SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Tuesday, March 17, 2009

BERJUANG WALAUPUN IA MENYAKITKAN

Berjuanglah walaupun ia menyakitkan,ungkapan ini amat berguna ketika zaman demokrasi hampir malap semula.Perjuangan tidak semestinya berakhir dengan kemenangan,walaupun perjuangan itu suatu sifat yang harus di puji tetapi ia perlu di selami atau di sulami dengan keimanan.Bagi seorang yang muslim,kita termaktub iaitu kepercayaan kepada ketentuan allah tuhan yang maha esa.Tetapi kenapa adanya orang islam itu sendiri keluar dari landasan perjuangan apabila sinar kemenangan semakin jauh?Kerana ia perlukan keimanan dan keyakinan dan berpegang kepada(yang benar tetap benar).

Perjuangan akan berlaku apabila ada penentangan yang melampaui batas.Timbul rasa marah dan benci kepada sesuatu benda atau individu menyebabkan berlakunya perjuangan.Konsep perjuangan ini luas iaitu perjuangan kemerdekaan,perjuangan cinta,perjuangan demokrasi,perjuangan untuk terus hidup dan banyak lagi perkara yang perlukan perjuangan dan pengorbanan.Apabila adanya perasaan marah maka bermula dari situ akan berlaku perjuangan.Perjuangan adalah asas di dalam kehidupan dan asas keinginan.Rasa keinginan yang mendalam akan ada perasaan ingin berjuang untuk mendapatkan sesuatu.Sebagai contoh di MALAYSIA,kebanyakkan pejuang demokrasi berteraskan parti politik masing-masing.Mereka berjuang melalui PARTI POLITIK kerana ia ke arah demokrasi.Sistem kehakiman yang tidak adil di MALAYSIA,kita memerlukan pejuang yang ingin menegakkan keadilan demi menyelamatkan MALAYSIA.Ini di antara pejuangan yang popular di MALAYSIA.Perjuangan untuk MERUNTUHKAN REJIM BARISAN NASIONAL adalah suatu perjuangan.

Tetapi sekarang, kenapa pejuangan di anggap extreme?memang benar perjuangan menyakitkan kepada mereka yang tidak ikhlas..

No comments: