Selamat pagi,hari ni aku bangun awal sebab ada urusan seri paduka baginda.Dah lama rasanya aku tak pergi masjid sembahyang subuh,tadi rekod baru la tahun 2009 ini.Seingat aku dah setahun aku tak p masjid sembahyang subuh.Bila aku masuk saja masjid aku lihat banyak pakcik-pakcik dan tok wan-tok wan.Masa aku sekolah dahulu pak cik-pak cik tu jugak yang aku lihat di masjid(10 tahun yang lalu).Tetapi di sini aku merasakan sedikit kelainan kerana banyak muka pak cik-pak cik yang baru aku tak pernah nampak sebelum ini.Waktu MAGHRIB ada jugak aku p masjid tapi jarang aku lihat muka pakcik-pakcik ini.Bila di fikirkan semula kenapa aku jarang lihat muka mereka,jawapannya ialah,kerana aku dah lama tak pergi solat subuh di masjid.Itu yang aku tak pernah lihat muka pakcik-pakcik tadi.Semoga selepas ini aku selalu melihat muka mereka ketika subuh.
No comments:
Post a Comment