SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Saturday, March 21, 2009

PERLU RASIONAL

Melihat kepada keputusan yang di buat oleh PKR meletakkan S MANIKUMAR sebagai calon PRK N25 BUKIT SELAMBAU telah mendapat bantahan dan kritikan.Fenomena sebegini semestinya sudah di duga.Kita sebagai pejuang perlu rialistik dengan kehendak semasa dan politik.Apa yang berlaku di PERAK sedikit sebanyak menjadikan ia semakin panas di BUKIT SELAMBAU.Pengkhianatan yang di lakukan oleh OSMAN JAILU dan JAMALUDIN menyebabkan sesetengah pihak fobia dan takut berlaku di KEDAH.Jika di lihat dari aspek senioriti sememangnya dua individu terbabit telah lama bersama PKR dari awal penubuhan PKN.Jelas bahawa orang lama atau baru bukan persoalan tetapi roh perjuangan yang penting.Calon hanya sekadar perantaraan atau agen agenda perubahan.

Peranan yang di mainkan oleh sebilangan kumpulan dan individu menyebabkan perasaan ketidakpuasan hati mengenai calon meluap-luap.Di sampai itu sikap pelobi-pelobi yang kecewa,maka ia akan mengucar kacirkan jentera demi untuk memuaskan hati.Ini adalah satu tindakan yang sepatutnya di hindari.Ada juga fitnah-fitnah yang berlaku dan di gembar gemburkan untuk memburukkan pihak yang lain adalah tidak wajar di lakukan.

Keadaan sedikit panas ketika ini kerana adanya ugutan untuk menutup bilik gerakkan dan lain-lain lagi.Walaubagaimanapun kita sebagai pejuang perlu lebih rasional dan realistik di dalam membuat sesuatu keputusan.

No comments: