Bukti semakin jelas BARISAN NASIONAL SEMAKIN NAZAK.Pada malam kelmarin rakyat BUKIT SELAMBAU telah di mandikan dengan air asid secara percuma.Tanpa ada belas kasihan WATERCANON di halakan kepada orang ramai yang menghadiri ceramah.Kehadiran seramai 10 ribu orang betul-betul mengancam kedudukan BN untuk menang di BUKIT SELAMBAU.Tanpa ada perbincangan atau amaran kepada orang ramai yang berada di tempat ceramah FRU terus melepaskan AIR ASID kepada orang ramai,selepas itu pula di lepaskan GAS PEMEDIH MATA sehinggakan masuk ke dalam kedai-kedai makan yang berhampiran.
Bertempiaran orang mencari perlindungan,mujur jasa baik tuan kedai di kawasan tersebut memberi garam untuk meredakan kesakitan mata dan tekak kerana terhidu GAS PEMEDIH MATA.BARISAN NASIONAL tidak dapat menerima kekalahan di KEDAH,maka rakyat yang di marahinya.Di dalam kekalutan mencari perlindungan,terdapat makcik-makcik tua yang tidak berdaya melarikan diri menyebabkan mereka hamir pengsan dan ada yang muntah.Rakyat di layan sebegini rupa tanpa ada belas kasihan.Marilah kita sama-sama ranapkan BARISAN NASIONAL,SEMOGA PAKATAN RAKYAT MENANG HATRIK IAITU MENANG DI BUKIT SELAMBAU,BUKIT GANTANG DAN BATANG AI.
2 comments:
Yah, betul. Para penyokong telah dimandikan dengan watercannon and gas pemedih mata - bertempiaran lari semua orang. Yang menyedihkan ialah terdapat ramai kanak-kanak dan perempuan yang menyertai ceramah ini. Saya melihat sesetengah golongan wanita membawa tikar untuk mendengar ceramah ini - seolah-olah pergi ceramah yang biasa dilakukan. Tetapi ia telah berubah menjadi medan pergolakkan. Apakah kerajaan tidak berhati perut? hingga sanggup menggunakan watercannon dan gas pemedih mata. Bukan lebih senang sekiranya kerajaan membenarkan ceramah itu selama 1 jam dan meminta supaya semua bersurai. Bukankah ini tindakan yang lebih baik tanpa sebarang pergaduhan. Saya yakin PKR mempunyai golongan intelek yang mampu berfikir dan menerima syarat terhad ini. Tetapi tidak sampai 10,000 orang berkumpul . mungkin dalam 5,000 orang. Kesimpulannya semua orang perlu prihatin dalam tindakan mereka
http://kayrolldin.blogspot.com/2009/03/handphone-anda-original.html
Post a Comment