SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Wednesday, March 11, 2009

PELOBI..

Bahang kempen pilihanraya semakin terasa,semakin banyaklah pelobi-pelobi calon kepanasan dan tidak keruan.Di dalam minda pelobi-pelobi calon hanya memikirkan sekiranya calon aku dapat bertanding apa aku dapat?berapa projek aku boleh dapat?tidak kira lah PRK BUKIT GANTANG,BUKIT SELAMBAU atau BATANG AI.Sikap pelobi ini adakalanya menjelekkan atau memualkan rasa macam nak muntah.Ada pelobi sanggup menganjurkan DINNER semata-mata untuk melobi calon pilihan mereka.Sedangkan DINNER tersebut terpaksa menelan kos yang tinggi.Bukan hanya pelobi dari BARISAN NASIONAL bahkan dari PR juga mempunyai pelobi seperti ini.MENGAPA INI TERJADI?

Jawapannya adalah sekiranya calon pilihan mereka di pilih selepas itu menang mereka akan mendapat projek.Itu antara jawapan yang utama tetapi mungkin juga ada jawapan lain yang lebih sesuai.Di AMERIKA SYARIKAT sekarang kumpulan-kumpulan pelobi telah di tolak oleh PRESIDEN BARRACK OBAMA kerana ia merimaskan.UMNO sekali pun sememangnya ada kumpulan-kumpulan pelobi yang menangguk di air yang keruh.Ketika ini di dalam PR sedikit sebanyak tunas pelobi telah beranak,jangan di biarkan sehingga satu tahap nasi dah jadi bubur.

Bermula minggu hadapan pelobi-pelobi calon akan tidur tak lena makan pun tidak kenyang kerana keputusan calon mana yang lebih layak akan di ketahui.Perasaan kumpulan pelobi-pelobi yang tewas sebelum mengundi ini akan menjadi frust menonggeng.Selepas itu pula tiada semangat berkempen untuk calon yang di pilih, disebabkan calon bukan dari kumpulan mereka.Ini yang di katakan keburukkan menjadi pelobi amatur kerana kurang strategi dan ilmu melarikan mesyuarat menyebabkan kecundang.Sebelum keputusan siapa calon untuk BUKIT SELAMBAU,BUKIT GANTANG mahu pun BATANG AI para pelobi sekalian bersedia untuk kecundang.Jangan salahkan pimpinan tetapi fikir sejenak.Kenapa aku jadi pelobi,CUMA TIDAK SALAH MENCUBA.

Kepada kumpulan yang tidak melobi,kalian terus bekerja tidak kisah siapa calon yang di pilih.Yang penting parti yang di dokong menang dan berjaya.Kepada pelobi di luar sana GOOD LUCK.

No comments: