SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Tuesday, March 24, 2009

BUKTI BARISAN NASIONAL NAZAK

Bukti semakin jelas BARISAN NASIONAL SEMAKIN NAZAK.Pada malam kelmarin rakyat BUKIT SELAMBAU telah di mandikan dengan air asid secara percuma.Tanpa ada belas kasihan WATERCANON di halakan kepada orang ramai yang menghadiri ceramah.Kehadiran seramai 10 ribu orang betul-betul mengancam kedudukan BN untuk menang di BUKIT SELAMBAU.Tanpa ada perbincangan atau amaran kepada orang ramai yang berada di tempat ceramah FRU terus melepaskan AIR ASID kepada orang ramai,selepas itu pula di lepaskan GAS PEMEDIH MATA sehinggakan masuk ke dalam kedai-kedai makan yang berhampiran.

Bertempiaran orang mencari perlindungan,mujur jasa baik tuan kedai di kawasan tersebut memberi garam untuk meredakan kesakitan mata dan tekak kerana terhidu GAS PEMEDIH MATA.BARISAN NASIONAL tidak dapat menerima kekalahan di KEDAH,maka rakyat yang di marahinya.Di dalam kekalutan mencari perlindungan,terdapat makcik-makcik tua yang tidak berdaya melarikan diri menyebabkan mereka hamir pengsan dan ada yang muntah.Rakyat di layan sebegini rupa tanpa ada belas kasihan.Marilah kita sama-sama ranapkan BARISAN NASIONAL,SEMOGA PAKATAN RAKYAT MENANG HATRIK IAITU MENANG DI BUKIT SELAMBAU,BUKIT GANTANG DAN BATANG AI.

Saturday, March 21, 2009

PERLU RASIONAL

Melihat kepada keputusan yang di buat oleh PKR meletakkan S MANIKUMAR sebagai calon PRK N25 BUKIT SELAMBAU telah mendapat bantahan dan kritikan.Fenomena sebegini semestinya sudah di duga.Kita sebagai pejuang perlu rialistik dengan kehendak semasa dan politik.Apa yang berlaku di PERAK sedikit sebanyak menjadikan ia semakin panas di BUKIT SELAMBAU.Pengkhianatan yang di lakukan oleh OSMAN JAILU dan JAMALUDIN menyebabkan sesetengah pihak fobia dan takut berlaku di KEDAH.Jika di lihat dari aspek senioriti sememangnya dua individu terbabit telah lama bersama PKR dari awal penubuhan PKN.Jelas bahawa orang lama atau baru bukan persoalan tetapi roh perjuangan yang penting.Calon hanya sekadar perantaraan atau agen agenda perubahan.

Peranan yang di mainkan oleh sebilangan kumpulan dan individu menyebabkan perasaan ketidakpuasan hati mengenai calon meluap-luap.Di sampai itu sikap pelobi-pelobi yang kecewa,maka ia akan mengucar kacirkan jentera demi untuk memuaskan hati.Ini adalah satu tindakan yang sepatutnya di hindari.Ada juga fitnah-fitnah yang berlaku dan di gembar gemburkan untuk memburukkan pihak yang lain adalah tidak wajar di lakukan.

Keadaan sedikit panas ketika ini kerana adanya ugutan untuk menutup bilik gerakkan dan lain-lain lagi.Walaubagaimanapun kita sebagai pejuang perlu lebih rasional dan realistik di dalam membuat sesuatu keputusan.

Tuesday, March 17, 2009

BERJUANG WALAUPUN IA MENYAKITKAN

Berjuanglah walaupun ia menyakitkan,ungkapan ini amat berguna ketika zaman demokrasi hampir malap semula.Perjuangan tidak semestinya berakhir dengan kemenangan,walaupun perjuangan itu suatu sifat yang harus di puji tetapi ia perlu di selami atau di sulami dengan keimanan.Bagi seorang yang muslim,kita termaktub iaitu kepercayaan kepada ketentuan allah tuhan yang maha esa.Tetapi kenapa adanya orang islam itu sendiri keluar dari landasan perjuangan apabila sinar kemenangan semakin jauh?Kerana ia perlukan keimanan dan keyakinan dan berpegang kepada(yang benar tetap benar).

Perjuangan akan berlaku apabila ada penentangan yang melampaui batas.Timbul rasa marah dan benci kepada sesuatu benda atau individu menyebabkan berlakunya perjuangan.Konsep perjuangan ini luas iaitu perjuangan kemerdekaan,perjuangan cinta,perjuangan demokrasi,perjuangan untuk terus hidup dan banyak lagi perkara yang perlukan perjuangan dan pengorbanan.Apabila adanya perasaan marah maka bermula dari situ akan berlaku perjuangan.Perjuangan adalah asas di dalam kehidupan dan asas keinginan.Rasa keinginan yang mendalam akan ada perasaan ingin berjuang untuk mendapatkan sesuatu.Sebagai contoh di MALAYSIA,kebanyakkan pejuang demokrasi berteraskan parti politik masing-masing.Mereka berjuang melalui PARTI POLITIK kerana ia ke arah demokrasi.Sistem kehakiman yang tidak adil di MALAYSIA,kita memerlukan pejuang yang ingin menegakkan keadilan demi menyelamatkan MALAYSIA.Ini di antara pejuangan yang popular di MALAYSIA.Perjuangan untuk MERUNTUHKAN REJIM BARISAN NASIONAL adalah suatu perjuangan.

Tetapi sekarang, kenapa pejuangan di anggap extreme?memang benar perjuangan menyakitkan kepada mereka yang tidak ikhlas..

Wednesday, March 11, 2009

PELOBI..

Bahang kempen pilihanraya semakin terasa,semakin banyaklah pelobi-pelobi calon kepanasan dan tidak keruan.Di dalam minda pelobi-pelobi calon hanya memikirkan sekiranya calon aku dapat bertanding apa aku dapat?berapa projek aku boleh dapat?tidak kira lah PRK BUKIT GANTANG,BUKIT SELAMBAU atau BATANG AI.Sikap pelobi ini adakalanya menjelekkan atau memualkan rasa macam nak muntah.Ada pelobi sanggup menganjurkan DINNER semata-mata untuk melobi calon pilihan mereka.Sedangkan DINNER tersebut terpaksa menelan kos yang tinggi.Bukan hanya pelobi dari BARISAN NASIONAL bahkan dari PR juga mempunyai pelobi seperti ini.MENGAPA INI TERJADI?

Jawapannya adalah sekiranya calon pilihan mereka di pilih selepas itu menang mereka akan mendapat projek.Itu antara jawapan yang utama tetapi mungkin juga ada jawapan lain yang lebih sesuai.Di AMERIKA SYARIKAT sekarang kumpulan-kumpulan pelobi telah di tolak oleh PRESIDEN BARRACK OBAMA kerana ia merimaskan.UMNO sekali pun sememangnya ada kumpulan-kumpulan pelobi yang menangguk di air yang keruh.Ketika ini di dalam PR sedikit sebanyak tunas pelobi telah beranak,jangan di biarkan sehingga satu tahap nasi dah jadi bubur.

Bermula minggu hadapan pelobi-pelobi calon akan tidur tak lena makan pun tidak kenyang kerana keputusan calon mana yang lebih layak akan di ketahui.Perasaan kumpulan pelobi-pelobi yang tewas sebelum mengundi ini akan menjadi frust menonggeng.Selepas itu pula tiada semangat berkempen untuk calon yang di pilih, disebabkan calon bukan dari kumpulan mereka.Ini yang di katakan keburukkan menjadi pelobi amatur kerana kurang strategi dan ilmu melarikan mesyuarat menyebabkan kecundang.Sebelum keputusan siapa calon untuk BUKIT SELAMBAU,BUKIT GANTANG mahu pun BATANG AI para pelobi sekalian bersedia untuk kecundang.Jangan salahkan pimpinan tetapi fikir sejenak.Kenapa aku jadi pelobi,CUMA TIDAK SALAH MENCUBA.

Kepada kumpulan yang tidak melobi,kalian terus bekerja tidak kisah siapa calon yang di pilih.Yang penting parti yang di dokong menang dan berjaya.Kepada pelobi di luar sana GOOD LUCK.

Friday, March 6, 2009

SILAP MATA SIAPAKAH INI?

Silap mata siapakah ini?soalan ini berlegar-legar kerana pendedahan terbaru menegnai pembunuhan ALTANTUYA.Biarpun bermacam andaian di buat tetapi spekulai itu akan terjawab pada bulan APRIL 2009.Pendedahan sebuah akhbar perancis yang menceritakan saat-saat ALTANTUYA di bunuh,dan juga menceritakan kronologi pembunuhan tersebut.Detik-detik yang sukar di alami oleh ALTANTUYA memberi suatu mimpi buruk kepada keluarga SHARIBUU SEETIV.Di katakan ALTANTUYA di tembak di muka sebelum di letupkan amat menyedihkan dan menyayatkan hati.Kita sebagai sesama manusia yang punya sifat kemanusian bukan kebinatangan tidak tergamak untuk melakukannya.Tetapi individu yang terlalu mengikut arahan tergamak melakukannya.

Pendedahan mengenai syarikat yang berurusan untuk membeli kapal selam amatlah mengejutkan.Sebelum ini raja petra pernah di tahan kerana mengeluarkan kenyataan bahawa ROSMAH MANSOR terlibat dalam pembunuhanALTANTUYA.Ini pededahan dari luar negara dan berbeza skripnya.Kini dunia lauar mengtahui apa yang apa yang berlaku di MALAYSIA.Kita tunggu apa akan jadi pula selepas ini.

Thursday, March 5, 2009

Subuh...


Selamat pagi,hari ni aku bangun awal sebab ada urusan seri paduka baginda.Dah lama rasanya aku tak pergi masjid sembahyang subuh,tadi rekod baru la tahun 2009 ini.Seingat aku dah setahun aku tak p masjid sembahyang subuh.Bila aku masuk saja masjid aku lihat banyak pakcik-pakcik dan tok wan-tok wan.Masa aku sekolah dahulu pak cik-pak cik tu jugak yang aku lihat di masjid(10 tahun yang lalu).Tetapi di sini aku merasakan sedikit kelainan kerana banyak muka pak cik-pak cik yang baru aku tak pernah nampak sebelum ini.Waktu MAGHRIB ada jugak aku p masjid tapi jarang aku lihat muka pakcik-pakcik ini.Bila di fikirkan semula kenapa aku jarang lihat muka mereka,jawapannya ialah,kerana aku dah lama tak pergi solat subuh di masjid.Itu yang aku tak pernah lihat muka pakcik-pakcik tadi.Semoga selepas ini aku selalu melihat muka mereka ketika subuh.

Wednesday, March 4, 2009

BERTAMADUN KE?

Lewat malam baru aku nak update,sebab siang bz sikit tadi.Selesai sudah sidang DUN PERAK,walaupun hanyak di bawah pokok teta[pi ia tetap termaktub di dalam sejarah MALAYSIA.Sebuah KERAJAAN NEGERI yang sah telah di cabul kehormatan oleh BN.Kuasa speaker tidak lagi di hormati leh BN,mungkin BN tunggu kuasa rakyat untuk lanyak mereka di dua bukit.Sikap sesetengah individu yang menggelarkan mereka adalah PEKIDA amat menjelekkan.

Buat apa jadi anggota PEKIDA jika menyokong rasuah,Jangan cemari pertubuhan yang bermatlamat supaya di jadikan orang suruhan UMNO.Tindakkan SU KERAJAAN NEGERI 786 menutup banggunan SUK,adalah satu tindakkan yang bertamadun ke?Seluruh dunia telah tersebar dan melihat betapa bodoh dan hinanya kerajaan BN di mata rakyat MALAYSIA.

Pelabur asing tahu perkara ini berlaku,adakah mereka akan yakin dengan sistem perundangan kita?jika kuasa speaker dewan pun boleh di nafikan inikan pula rakyat biasa.MALAYSIA TERUS MENJADI BURUK DAN TERUS DI PANDANG NEGATIF OLEH NEGARA LUAR.Selepas itu pelabur tak akan masuk,maka ekonomi MALAYSIA AKAN TERUS MENJUNAM.HARAP TIDAK SAMPAI KE TAHAP SEPERTI NEGARA ICELAND,MATA WANG SUDAH TIDAK LAKU.Tetapi ini bukan mustahil.SALAH SIAPA SEMUA INI?

Tuesday, March 3, 2009

PAGI YANG MEMENINGKAN

Terdapat bermacam andaian mengenai politik PERAK.Ada yang mengatakan mungkin DUN PERAK di bubarkan.Selepas itu injuksi yang di bawa oleh ZAMBRY 786 akan di tolak mahkamah.SULTAN akan terima pembubaran DUN.JAMALUDIN dan OSMAN JAILU di katakan memasuki ISTANA KINTA semalam.Apa yang di bincangkan pun tak tahu.Perhimpunan AGUNG UMNO mungkin di tangguhkan kerana sisatan RASUAH(POLITIK WANG).Aku pun tak tahu mana satu betul...kena sabar la.

SABAR.......SABAR SAMPAI BILA? SABAR SAMPAI BILA-BILA.

Melihat kepada tindak tanduk umno sememangnya rasa nak demontrasi ja macam zaman reformasi dulu.Ketika REFORMASI berlaku di KUALA LUMPUR aku baru berumur 14 TAHUN.Rasa tak best kerana tak dapat turut serta.Kalau ada lagi reformasi kedua pastinya tak akan aku lepaskan peluang.Esok hari, apa akan jadi di dalam POLITIK negeri PERAK tak boleh nak duga.Adakah akan ada tangkapan di bawah akta ISA?Adakah kerajaan PERAK bertukar tangan kepada PR?Semua ini akan terjawab esok,sama-sama kita doa semoga keputusan berpihak kepada pihak yang benar.Tetapi kita perlu sabar,sabar sampai bila?sabar sampai bila-bila.

Sunday, March 1, 2009

MULANYA DISINI?

TASEK GELUGOR 28 Feb. - Sebanyak 40 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Negeri (JKKKN) Pokok Tampang, di sini bertindak keluar dari parti itu untuk menyertai UMNO.Mereka menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan, Shabudin Yahaya dalam satu majlis di sini semalam.Sazali Abdullah, 38, yang mengetuai kumpulan itu berkata, dia mengambil keputusan tersebut kerana hilang keyakinan terhadap pakatan pembangkang yang gagal menunaikan janji pada pilihan raya umum lalu-melayau,tt

Bermulalah episod keluar PKR,tinggal 4 minggu proses penamaan calon PRK BUKIT SELAMBAU dan BUKIT GANTANG akan di adakan.Kita semua jangan terkejut akan ada ahli PKR keluar parti menyertai UMNO.Alasan yang di berikan semestinya sudah tidak yakin dengan PARTI KEADILAN RAKYAT dan PAKATAN RAKYAT.JANGAN YANG KELUAR PKR TU EXCO KERAJAAN NEGERI SUDAH LA...CABEL LILIT BADAN LE MASA TU wakakakkaka....(gelak ABO)

Kenapa dan kenapa...

Kenapa ZAMBRY(MB 786) mengambil HAMDAN TAHA sebagai SU politik beliau?Kenapa EXCO PERAK hanya 6 ORANG?

Mengimbas kembali sorotan sejarah REFORMASI 1998.Keika itu pun saya masih di TINGKATAN 2.Hanya mengikuti perkembangan REFORMASI dari kawan-kawan yang dewasa ketika itu dan CD yang di jual di tempat ceramah.Ketika itu saya tidak pernah bertemu EZAM MD NOOR live tetapi amat kagum dengan PIDATO beliau yang berapi,mujur tak keluar api.Tetapi kekaguman saya terus meleset apabila EZAM sertai semula UMNO.

Saya ada bertemu seorang rakan tahun lepas di SHAH ALAM.Kawan saya ini antara manusia yang berada di dalam kumpuln ketika EZAM membuat sidang media untuk sertai UMNO semula.Sejak EZAM masuk UMNO SEMULA SAYA PUN TIDAK PERNAH BERJUMPA DENGAN KAWAN SAYA INI.Akhir sekali saya bertemu dengan kawan saya ini di KONGRES PKR tahun lepas di STADIUM MALAWATI.Soalan pertama apabila berjumpa kawan saya ini,"APA CERITA EZAM MASUK UMNO?"dia jawab"EZAM ADA MISI"dia jawab lagi"EZAM BAGI TAHU SIAPA YANG NAK IKUT DIA MASUK UMNO JANGAN IKUT KERANA DIA.saya pun tanya kepada kawan saya ini "BETUL KA APA YANG HANG CAKAP" dia jawab "YA".Selepas itu kawan saya juga berkata"EZAM ADA BERKATA,BG YGMUDA JANGAN IKUT SAYA TERUS BERSAMA KEADILAN KERANA PARTI KEADILAN ADA MASA DEPAN DAN AKAN MENANG PRU AKAN DATANG"saya agak terkejut dengan jawapan tersebut.Sehingga kini kawan saya itu masih kekal bersama PKR di negeri pantai timur.HAMDAN TAHA antara individu yang melancarkan proses EZAM kembali kepada UMNO.Kini HAMDAN TAHA di lantik menjadi SU POLITIK ZAMBRY(MB 786 PERAK).ZAMBRY adalah di antara penyokong ANWAR IBRAHIM ketika era REFORMSI.Pernah di tangkap bwh ISA bersama ZAHID HAMIDI.Kini keliling ZAMBRY(MB 786 PERAK) adalah bekas orang kuat ANWAR IBRAHIM.Kumpulan yang MENJADI BROOKER ADUN kebanyakkannya bekas orang ANWAR IBRAHIM.Kita tunggu minggu pertama BULAM MAC 2009 apa akan jadi.

APA SEBENARNYA?

Diketika Nizar dan Hj. Ismail terkial-kial menangani krisis Perak ini…tup-tup Hj. Osman akan muncul dengan tiga ADUN…Jamal, Osman dan Nasa…mengisytiharkan diri menyokong PKR! Pakatan Rakyat kembali menjadi majority…dan Hj. Osman jadi hero.

Sebaik saja Najib menjadi PM…Zamry and the gang akan melompat masuk kedalam PKR. PKR akan menjadi parti utama dan Zamry akan kekal sebagai MB…dari PKR. Jamal dan Osman akan kekal sebagai EXCO

from:ABO ONLINE.

Jika di nilai daripada apa yang di katakan oleh ABO,sebenarnya politik MALAYSIA akan melalui suatu REVOLUSI.Yang penting najib akan terduduk. Apa sebenarnya yang akan berlaku pada bulan MAC 2009?