LAMA Murai tidak muncul, bukan apa-apa cuma seminggu dua ni tak ada nafsu untuk bercakap atau berkokok mengenai politik. Bukan bermakna Murai sudah pencen, Murai masih ada dan akan tetap bersiul dan berkokok mencerita dan membuka kisah demi kisah yang tersorot di celah-celah sampah sarap.
Kali ni Murai nak ceritakan perihal satu email yang masuk ke dalam box email tuan Murai. Mulanya Murai malas nak baca, tetapi selepas menyilaunya dua tiga ayat, menarik pula email ini. Ada isu yang hendak dituturkan dan elok kalau didedahkan.
Kisahnya ialah mengenai perasaan orang-orang PKR Kelantan yang tidak berpuas hati dengan sikap rakan mereka di Kelantan. Email ini menceritakan mengenai hubungan PKR dengan Pas yang tidak begitu intim. Kerana itu katanya dia tidak hairan kalau dalam pilihan raya Manik Urai lalu Pas menang dengan majoriti yang sedikit, cukup untuk dibuat penawar! Sebabnya pilihan raya itu tidak didepan dengan semangat perpaduan yang ulit.
Pengiriman ini memberi contoh kepada apa yang berlaku ke atas dirinya (PKR) sendiri semasa pilihan raya berkenaan. Katanya dia dan rakan-rakannya yang beriya datang ke Manik Urai untuk membantu Pas, tidak diberikan peranan. Sedihnya, katanya seolah kedatangan mereka itu seperti tidak diperlukan.
Murai tidaklah dapat mengatakan benar atau tidak apa yang didakwan oleh pengirim ini. Yang pastinya apa yang Murai tenguk tidak banyak bendera Keadilan dikibarkan pada pilihan raya berkenaan seperti selalunya. Tetapi mungkin juga kerana SPR larang, maka kuranglah bendera Keadilan. Maka kekurangan bendera ini tidak boleh dijadikan hujah dan bukti yang timbul rasa kurang senang Pas dengan PKR?
Tetapi kalau sudah ada ahli Pakatan sendiri yang mengaku, ini bermakna benarlah bahawa pilihan raya kali ini tidak dihadapi dengan semangat kerjasama yang tinggi. Murai yakin atas apa yang diceritakan itu kerana orang Pas sendiri ada yang dimurih dan dihalang jangan pergi ke Manik Urai.
Sejajar mengenangkan hal ini Murai teringat kepada runggutan seorang Ketua Keadilan di Kelantan mengenai nasib parti itu di Kelantan. Ketua itu pernah merungut dan merintih mengenai layanan kurang adil dan memuaskan kepada PKR di Kelantan sebagai rakan dalam Pakatan. Rintihan ini sudah lama dicurahkan tetapi Murai buat-buat tak peduli saja.
Kata ketua itu, apa yang dilaungkan oleh Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat yang begitu kental sekali dengan Pakatan Rakyat tidak seperti mana yang dipraktikan. Bikin tidak seperti dikatakan, katanya. Di Kuala Lumpur Nik Aziz seolah menyimpul mati dirinya dengan Pakatan Rakyat. Sehinggakan beliau sanggup meminta orang yang bercakap nak berunding dengan Umno supaya keluar parti dan letak semua jawatan. Kemarahan Nik Aziz ini menunjukkan dia begitu ‘mmeruk’ dengan Pakatan Rakyat, kata ketua itu.
Tindakan Nik Aziz itu menjelaskan beliau benci kalau Pas bercakap soal perpaduan dengan Umno. Nik Aziz percaya dan yakin Pakatan Rakyat akan dapat membentuk kerajaan bersama Pakatan Rakyat. Semua pandangan dan pendirian Nik Aziz itu disokong. Ahli dan penyokong Pakatan baik PKR dan DAP mengalu-alukan. Nik Aziz menjadi simbol pengukuhan Pakatan Rakyat dan mursyidul yang menolak rundingan Pas dengan Umno.
Bagaimana pun apa yan dikesalkan si ketua itu, berlainan dalam praktikannya di Kelantan. Beliau memberi tahu Murai misalnya dalam soal pembahagian kek kemeangan di Kelantan PKR dilayan sebagai anak tiri sahaja. Saguhati untuk PKR tidak seberapa malah tidak kelihatan langsung.
Katanya PKR tidak mendapat apa yang sepatutnya diperoelehi. Mislanya jawatan penyelia DUN Pengkalan Kubur dan Nenggeri yang sebelum ini diperuntukan kepada PKR ditarik balik. Penyedia untuk DUN yang kalah itu diberikan kepada Pas. Katanya kalau ikut amalan biasa kawasan yang diperuntukan kepada PKR seharusnya diisi oleh wakil PKR bila kalah. Itulah baru dikatakan persahabatan.
Bukan itu saja kata ketua bahagian itu, jawatan-jawatan dalam PBT, badan berkanun dan lantikan politik seperti penghulu, guru halaqah dan sebagainya tidak mengikut kouta yang sewajarnya. Misalnya perlantikan penguhulu wakil PKR diberikan seorang saja untuk satu kawasan parlimen yang memperutnuakn 50 orang penghulu. Yang lainya disapu oleh Pas.
Wakil PKR dalam PBT pula hanya dua atau tiga orang daripada lebih 12 ahli. Manakala dalam badan berkanun pula wakil PKR hanya dilantik sebagai ahli saja, jawatan berprestaj seperti pengerusi dan ketua dikebas oleh Pas.
Ketua itu mengakui bahawa PKR hanya melukut di tepi gantang di Kelantan. Tetapi kalau mengikut semangat Pakatan Rakyat, PKR seharusnya tidak diperkecil begitu. Melukut juga perlu diberi tempat seadil-adilnya. PKR harus dilayan sama rata dan sepandan dengan keupayaannya. Walaupun ia melukut, namun kehadiran melukut di hujung badang itu ada juga gunannya.
Ketua itu merasa anih, Pas Kelantan nampak begitu berminat dengan Anwar Ibrhaim saja tetapi tidak suka kepada penyokong dan ahli paritnya di Kelantan. Sikap ini kata ketua itu samalah orang yang suka kepada susu tetapi benci kepada sapi. Sesuatu yang Murai rasa cemas bila ketua bahagian itu memberi ingatan kepada Pas, agar jangan berlebih sangat menganiaya PKR takut bimbang berlaku sesutau yang tidak diingini.
"Jangan buat nyanya ke PKR nanti, PKR juga orang bukan tunggul kayu," begitulah luah ketua itu.
Makanya bagi fikrian Murai, kerajaan Kelantan harus melayan PKR Kelantan dengan adilnya. Jangan mereka dipergunakan sewaktu dalam keadaan susah, tetapi bila sudah lepas dan bebas dilupakan begitu saja. Apa yang berlaku ke atas bekas parti Semangat 46 dulu berulang lagi. Jangan jadi si buta yang hagas, melempat tongkat selepas menyeberangi jambatan...
Jadi sebelum perasaan ahli dan penyokong PKR Kelantan terguris lebih dalam hendaknya adalah mana-mana pemimpin Pas mengajak pemimpin PKR kahsnya ketua bahagian berkenaan untuk duduk makan nasi kerabu dengan kopi O menyelesaikan masalah yang masih kecil dan putik ini. Dan jika ada pemimpin PKR datang menemui Exco Pas jangan buat layan-layan kucing saja, bercakap pun tidak tengok ke mata kerana asyik membelek surat khabar. Jangan..., jangan!
Murai: Hanya melaporkan saja untuk pengetahuan orang Pas
No comments:
Post a Comment