SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Saturday, July 18, 2009

MANGSA TERBARU KEGANASAN POLIS


SHAH ALAM, 17 Julai: Adun Rawang, Gan Pei Nei yang menjadi salah seorang mangsa pukulan pihak polis pagi tadi di Bangunan Masalam berkata, keputusan untuk tindakan seterusnya akan diambil selepas perbincangan dengan pihak peguam di Bangunan SUK, petang ini.


Beliau yang bercakap dengan Siasah berkata, beliau dan rakan-rakan yang lain baharu sahaja pulang dari hospital di Kelang untuk menjalani pemeriksaan ekoran pukulan terbabit menyebabkan benjolan di kepalanya.



Untuk pengetahuan, Gan merupakan wakil rakyat wanita yang sepatutnya menerima wartawan Siasah dalam satu tembubicara berbentuk focus untuk bulan Ogos namun terpaksa membatalkannya ekoran kejadian berkenaan.



“Kami pun hairan kenapa pula kami yang dipukul polis sedangkan kita hanya berkumpul secara aman di Bangunan Masalam dan hanya cakap-cakap sedikit sahaja,” terangnya kepada Siasah baru sebentar sebelum ini.



Menurutnya, antara yang turut menjadi mangsa adalah Exco Kerajaan Selangor, Elizabeth Wong dan ramai lagi ditangkap termasuk Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar dan Ahli Parlimen Kapar, Manikavasagam.



Mereka berkumpul di hadapan Bangunan Masalam dekat sini bagi menyatakan sokongan dan simpati serta memohon satu siasatan terperinci dilakukan oleh pihak polis terhadap bagaimana bentuk penyiasatan pihak SPRM sehingga berakhir dengan kematian mangsa.



Gan berkata, keadaan di Masalam kini aman dan orang ramai kelihatan berhimpun di hadapan Balai Polis Shah Alam bagi menyuarakan sokongan kepada rakan-rakan mereka yang masih belum dibebaskan ketika berita ini ditulis.



Pada jam 1.30 petang semalam, pembantu Exco Selangor, Teoh Beng Hock, 30, ditemui meninggal selepas dikatakan jatuh di Bangunan Masalam selepas selesai siasatan oleh SPRM pada jam 3.45 pagi sebelum itu.



Ekoran itu, Kerajaan Selangor menyifatkan kematian Teoh sebagai satu tragedi yang amat menyedihkan dan Menteri Besar mengucapkan takziah kepada keluarga Teoh ekoran kehilangan orang yang tersayang yang sepatutnya mendapatkan perkahwinannya pada hari ini.

Pakatan Rakyat menggesa pihak kerajaan mewujudkan satu Jawatankuasa Diraja untuk menyiasat secara khas dan terperinci bagaimana kejadian itu berlaku dan boleh berakhir dengan satu kematian yang amat menyedihkan

No comments: