PENTAS PEMUDA PAKATAN RAKYAT

TARIKH:14 HB NOVEMBER 2009

HARI :SABTU

WAKTU:9 MALAM

TEMPAT:DEWAN PAYA BESAR,LUNAS

PENCERAMAH:YB SIVAKUMAR(SPEAKER PR PERAK)

:BADRUL HISYAM(CG BARD,MPP PKR)

:SAIFUL IZHAM RAMLI(KETUA AMK KDH)

ORANG RAMAI DI JEMPUT HADIR

MESTI DENGAR

Friday, July 31, 2009

PRK PERMATANG PASIR PULA

ADUN Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman dari PAS meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pagi ini.

Mohd Hamdan, 60, meninggal dunia akibat sakit jantung pada kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu mengadakan pilihanraya kecil bagi DUN Permatang Pasir dalam tempoh 60 hari.

Permatang Pasir - salah satu kerusi DUN dalam Parlimen Permatang Pauh yang diwakili Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim - adalah kerusi DUN tunggal PAS di Pulau Pinang.

Dalam pilihanraya umum lalu, Mohd Hamdan memperolehi 11,004 undi untuk menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi. Ahmad Sahar mendapat 5,571 undi.

Dua bulan lalu, pilihanraya kecil diadakan bagi DUN Penanti - juga dalam parlimen Permatang Pauh - ekoran peletakan jawatan penyandangnya, Fairus Khairuddin.

Pilihanraya kecil itu dimenangi calon PKR, Dr Mansor Othman di mana jumlah pemilih yang keluar mengundi adalah yang terendah dalam sejarah, ekoran Umno tidak meletakkan calonnya bertanding di situ.

Thursday, July 30, 2009

PENGUMUMAN PENTING UNTUK PROGRAM HIMPUNAN AMAN MANSUH ISA


1. Bagi melancarkan Himpunan Aman Mansuhkan ISA pada 01 Ogos 2009, Sekretariat Himpunan Aman Mansuhkan ISA mengumumkan tempat berhimpun dan pergerakan himpunan seperti berikut:

Ø Tempat berhimpun dan negeri-negeri berkaitan:

a. Sogo:
Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak

b. Masjid Jame’ Kuala Lumpur:
Kelantan, Terengganu, Pahang dan Wilayah Persekutuan

c. Masjid Negara:
Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.

Ø Peserta-peserta himpunan aman dikehendaki berkumpul mengikut negeri masing-masing

2. Perarakan ke Istana Negara akan dimulakan tepat jam 2 petang untuk menyerahkan Deklarasi Rakyat membantah undang-undang zalim ISA

3. Semua peserta dikehendaki mengikut arahan pihak keselamatan khususnya pihak keselamatan yang ditetapkan oleh penganjur yang berpakaian merah

4. Peserta digalakkan masuk awal ke Bandaraya Kuala Lumpur dengan menggunakan kenderaan awam untuk mengelakkan kesesakan

PAKATAN RAKYAT MOHON MENGADAP YDP AGONG

Majlis Mesyuarat Pakatan Rakyat yang berlangsung semalam memutuskan antaranya memohon kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi membolehkan saya bersama Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dan Sdr. Lim Kit Siang mengadap Seri Paduka Baginda. Permohonan untuk mengadap YDPA juga demi untuk menzahirkan kebimbangan kami kerana Suruhanjaya DiRaja gagal menjadi wahana serius menangani permasalahan berbangkit. Kegagalan sebegini memperlihatkan peranan Suruhanjaya DiRaja dengan sengaja diremehkan dan penggunaan nama Di Raja diperalatkan hanya untuk menutup kebobrokan yang berlaku.

Selain itu permintaan agar pertemuan segera diadakan di antara saya, Tuan Guru Haji Hadi dan Sdr Lim Kit Siang dengan Dato’ Sri Najib Razak juga disampaikan sebentar tadi kepada pejabat beliau. Menyedari ketidakpuasan hati rakyat semakin hari semakin memuncak, terutamanya, apabila acapkali dikecewakan dengan penjelasan yang seumpama melepas batuk di tangga, Pakatan Rakyat memutuskan untuk mengadakan pertemuan ini bagi membincangkan beberapa perkara yang mendesak kerana ianya membabitkan integriti beberapa institusi kenegaraan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) dan Polis DiRaja Malaysia(PDRM).

Pertemuan juga dijangka membincangkan kontroversi kematian mendiang Teoh Beng Hock dan bidangkuasa suruhanjaya yang terbatas. Turut disentuh di dalam surat kepada perdana menteri ialah, adanya pembabitan agensi kerajaan untuk menggugat kestabilan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Hasrat untuk bertemu Dato’ Sri Najib juga adalah untuk menuntut agar tempoh perkhidmatan Tan Sri Musa Hassan tidak dilanjutkan, terutamanya apabila nama beliau dikaitkan dengan kongsi gelap pelbagai skandal seumpama pembelian Eurocopter. Manakala selari dengan kehendak rakyat dan perkembangan semasa, adalah wajar untuk negara ini memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA).

ANWAR IBRAHIM

SELANGOR MENUNGGU KEDAH MENANTI

Assalammualaikum

Dalam minggu yang berlalu bermula dari PRK Manek Urai hingga kepada kes kematian mendiang Teo Beng Hock setpol kepada Exco selangor yang juga merangkap Adun Seri Kembangan di Pejabat SPRM di Bangunan Masalam Shah Alam. Maka rancaklah media samada dari Bloggers dan Media Gila gerombolan memberi maklumat kepada rakyat Malaysia. Banyak Pro dan kontranya. Yang pastinya telah terbongkarnya satu konspirasi untuk menjatuhkan Kerajaan pakatan rakyat Selangor.

Ameno dan gerombolan ini menggunakan modus operandi yang sama sebagaimana mereka menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak iaitu isu RASUAH. Tiada isu lain yang boleh memerangkap Adun Pakatan Rakyat. Nak menggunakan isu skandal sex tak ada Adun Pakatan yang maniac atau pun yang kaki sex cuma ada pun yang terselak kain sikit sahaja dan bila isu ini dimainkan tidak meninggalkan kesan atau tidak menjadi kudis bisul sebagaimana Pimpinan gerombolan yang bisulnya bukan sahaja pecah tapi nanahnya memancut keluar membusuk seperti dalam rakaman DVD yang tersebar.

Jadi isu yang perlu dimainkan adalah rasuah walau pun kononnya rasuah menggunakan wang peruntukan Negeri yang amatlah ciput tapi diwar warkan seolah olah satu kesalahan yang amat besar seperti yang didedahkan oleh DSAI di Yayasan Al Nadoh Penanti baru2 ini.Kononnya rasuah adalah pembelian bendera yang berjumlah RM 2,380.00. Punyalah ciput dan mangkuk ayun sungguh bagi yang melapurkan kesalahan tersebut pada SPRM sehingga berlakunya kes kematian seorang pembantu Adun seperti yang dilapurkan.

Apalah kesalahan kes ini kalau nak dibandingkan dengan nilai pembinaan sebuah mahligai Bekas Menteri Besar Selangor yang berjumlah RM 24 juta seperti yang didedahkan oleh Adun Sekincan tapi tidak pula disiasat begitu juga dengan penyalah gunaan serta boros wang peruntukan Negeri selangor sebanyak RM23 juta yang dihabiskan dalam tempoh 3 bulan sebelum Selangor jatuh pada Pakatan Rakyat.Senyap sunyi SPRM.......Maka dengan kejadian kematian Setpol Adun Seri Kembangan itu menyebabkan Gerombolan terkedu sementara dengan cita2 mereka untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Walau pun mereka terkedu dan tersentot sementara di Selangor tapi cita2 besar mereka masih berjalan dan menjalar. Tumpuan Gerombolan adalah KEDAH. Negeri yang bakal menjadi kaya apabila HUB Petroleum yang bernilai berbilion ringgit akan diujudkan di Daerah Yan,Kedah. Maka meleleh lah air liur basi pimpinan gerombolan bila terbayangkan pendapatan yang bakal diperolehi oleh kerajaan Negeri Kedah kelak. Dan mengikut perkiraan mereka Kedah lagi mudah ditawan kerana ada Adun2 yang telah sedia untuk melompat macam katak pisang yang melekat di dedaun pisang. Tambahan pula juga terdapatnya Adun Pakatan yang telah disoal siasat oleh SPRM diantara 2 atau 3 kali. Pejabat Adun merangkap Exco itu juga telah diserbu.

Jadi makin mudahlah kerja buat gerombolan ini. Tapi yang menariknya diakhir akhir ini bukan sahaja khabar2 angin ini bertiup merangkumi hanya Adun2 PKR sahaja. Khabarnya terdapat 3 Adun PAS juga telah dipancing agar melompat sama agar Kerajaan Pakatan Rakyat tumbang di Kedah. Bunyinya macam tak munasabah tetapi tidak mustahil perkara ini berlaku. Jadi Pesanan dibuat agar Pimpinan PAS Negeri memerhatikan setiap Adun mereka terutamanya yang bermasaalah samada di peringkat Kawasan atau DUN masing2.

Terutama Adun yang kalah dalam perebutan untuk menjadi Yang DiPertua Kawasan. Tapi terpulanglah pada Pimpinan Negeri untuk mempercayai perkara ini. Kalau dulu Gerombolan memerlukan 5 Adun untuk mengambil alih negeri tetapi kini seramai 8 Adun telah dihubungi untuk merealisasikan impian Pimpinan Ameno yang diterajui oleh Ketua Perhubungan Negeri Kedah yang baru.

Jadi awasilah semua adun Pakatan agar jangan terbabit dengan Rasuah atau penyalah gunaan wang dan kuasa yang telah diberi walaupun sekecil zarah agar tidak akan diambil kesempatan oleh pihak Gerombolan Ameno dengan kerjasama SPRM dan ahli komponen mereka yang lain.Kerana bagi gerombolan isu RASUAH dan SKANDAL SEX adalah perangkap mudah mereka untuk menjatuhkan musuh politik mereka. Walau pun Rakyat tau perkara keji ini adalah kerja buat, amalan dan mainan pemimpin mereka sendiri. Ingatlah jika DSAI didapati bersalah dan dipenjarakan maka akan memudahkan lagi tumbangnya Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah.

Pelanduk selalu melupakan jerat yang dipasang tetapi jerat tidak akan melupakan pelanduk selamanya. Berkidmatlah untuk rakyat yang memilih kamu semasa PRU 12 yang lalu.Jangan ada lagi wakil Rakyat seperti ahli Parlimen Kulim. Gerombolan ketawa berdekah dekah kononnya mereka akan menang mudah pada PRU ke 13 yang akan datang dengan perangai MP yang ada. Jadi renung dan fikir2kan lah........


Jin Brabus

Wednesday, July 29, 2009

MAAF TIDAK ADA POSTING TERBARU

MINTAK MAAF KEPADA SEMUA KERANA SAYA TIDAK DAPAT UPDATE POSTING TERBARU DI SEBABKAN KESIHATAN KURANG MENGIZINKAN DAN SAYA BANYAK KERJA DI LUAR KAWASAN.MUNGKIN ESOK KEMBALI PULIH SEDIA KALA DAN ADA CERITA PANAS MENGENAI PR KEDAH.

Monday, July 27, 2009

CERAMAH DI NIBONG TEBAL








Ceramah perdana yang membariskan DSAI dan DATUK CHUA JUI MENG mendapat sambutan hangat daripada rakyat,sekitar 5000 orang memenuhi setiap ruang padang TAMAN ILMU.Pada mulanya ceramah tersebut sepatutnya di adakan di dalam dewan orang ramai TAMAN ILMU tetapi pihak empunya dewan telah menarik semula kebenaran walaupun duit deposit sebanyak RM200 telah di bayar di saat akhir.Ini menyebabkan pihak penganjur telah mengadakannya ceramah tersebut di luar dewan tersebut.Selain tetamu kehormat, CHEGU BARD juga mengisi slot ceramah dengan pengisian yang cukup baik dan hangat dengan isu-isu yang di ketengahkan.YB TAN TEE BENG(MP NIBONG TEBAL) dan juga ADUN SG BAKAP UST MAKHTAR tidak ketinggalan hadir dan memberi sedikit ucapan sebagai KETUA CABANG PKR NIBONG TEBAL.Tahniah juga harus di ucapkn kepada UNIT EHSAN kerana menjayakan dan juga menyumbang tenaga di dalam memastikan kelancaran program ceramah berjalan lancar.Uniknya ceramah di NIBONG TEBAL kerana wakil daripada KEDAH dan juga PERAK turut membantu.Syabas dan tahniah sekali lagi kepada yang terlibat.

Sunday, July 26, 2009

UTUSAN MALAYSIA PERCAYA BLOG?

Masih ingatkah kita lagi dengan hujah orang kuat Regim Bn yang sering meminta rakyat menolak apa yang didedahkan oleh media baru. Media baru sering dianggap musuh oleh regim Bn. Utusan sebagai media regim Bn sendiri banyak kali menyiarkan tulisan atau berita yang mengajak rakyat menolak secara total apa yang disiarkan oleh blog-blog dalam internet.

Tetapi semalam tiba - tiba Utusan telah menyiarkan berita muka depan yang 'mempromosi' blog yang kononya menyiarkan berita salah guna kuasa pemimpin DAP Selangor. SPRM pula secara berani menunjukkan sikap 'seronok menjadi kuda' regim Bn apabila secara terang - terang menyatakan sikap mengambil berat terhadap pendedahan blog tersebut.

che'GuBard dengan ini menyatakan sikap jelas SPRM seharusnya berani melakukan siasatan secara telus dalam perbagai hal yang melibatkan korupsi dan salahguna kuasa termasuk dalam perkara ini.

Cuma malangnya kini ialah apabila SPRm dilihat cuma berminat untuk menyiasat perkara yang melibatkan Pakatan Rakyat sahaja. Dalam isu salahguna kuasa peruntukan ini secara jelas ADUN Bn kerajaan Selangor terdahulu sememangnya sudah terbukti menyalahgunakan kuasa dalam agihan peruntukan.

Contohnya dalam isu peruntukan ADUN Selangor dari tahun 2008 . Apabila ADUN Pakatan Rakyat mengambil tempat selepas 8 Mac 2008, kita mendapati hampir kesemua ADUN telah menghabiskan peruntukan tahunan dalam masa dua bulan lebih sahaja yangs eharusnya dibelanjakan selama setahun. Malah ada antara ADUN Bn dahulu telah mengeluarkan peruntukan selepas kalah pilihanraya 8 Mac 2009 sementara menunggu Menteri Besar mengangkat sumpah. Ada pula bekas adun ini yang telah berbelanja lebih dari jumlah peruntukan tanpa ada permohonan buget tambahan dalam dewan.

Dalam hal ini SPRM jelas diam dan kecut.

Dalam blog cheGuBard ini telah banyak kali menyiarkan perbagai pendedahan salahguna kuasa dan korupsi malangya semuanya didiamkan.

Dalam agihan peruntukan DUN dan Parlimen pun di Rembau jelas berlaku salah guna kuasa. Bukan satu yang 'rahsia' dan 'sulit' peruntukan pembangunan parlimen di Rembau diagihkan kepada sesiapa sahaja kontraktor Umno yang masukkan cadangan apa pun projek dengan syarat mereka setuju memulangkan sebahagian dari pembayaran untuk Umno atau kegunaan pejabat parlimen.

CHEGUBARD

UITM DI MANA PULAK YANG AKAN DI TUTUP HARI INI?

Penyakit SELESEMA BABI yang kian menular di kalangan pelajar harus di tangani dengan segera,biarpun dengan cara menutup sesebuah pusat pengajian ia melihatkan cara yang kurang tepat bagi saya.Cuba kita fikirkan apabila pelajar yang di arahkan pulang ke kampung halaman masing-masing para pelajar semestinya bergaul pula dengan kawan-kawan mereka serta ibu bapa mereka,sedangkan pelajar yang pulang ke kampung semestinya tidak di benarkan pulang dan juga tidak di benarkan berjumpa atau bergaul dengan orang lain.Sepatutnya kuarantin sahaja para pelajar di dalam kawasan kampus bukannya benarkn mereka pulang dan bergaul dengan kawan-kawan di kampung.

Kegagalan KEMENTERIAN KESIHATAN menangani masalah ini menunjukkan betapa lemahnya sistem dan cara menangani SELSEMA BABI.Biarpun dalam TV3 riuh mengatakan bahawa KEMENTERIAN KESIHATAN buat itu dan ini tetapi WABAK tersebut terus menular dan nampaknya gagaldi kawal.

Seorang sahabat saya mengatakan KES SELSEMA BABI ini adalah POLITIK semata-mata.Bila di fikirkan apa yang di katakan kadang kala ada juga kebenarannya,hari-hari ada saja POLITEKNIK atau UITM akan di tutup.Kononnya untuk mencemaskan ibu bapa dan juga rakyat MALAYSIA,apabila rakyat cemas akan masalah SELSEMA BABI ini menyebabkan rakyat akan lupa masalah dan kesalahan yang di lakukan oleh KERAJAAN,sebagai contoh KES KEMATIAN TEOH BEN HOCK,KES PKFZ dan lain-lain lagi.Ini lah masalah yang timbul apabila KERAJAAN selalu menipu rakyat sehinggakan SELSEMA BABI pun rakyat tidak percaya...sudin sudin..

KERUSI DUN BEHRANG DAN CHANGKAT JERING AKAN DI KOSONGKAN?


Berita ini sememangnya membuat MB HARAM PERAK akan tidur tak lena dibautnya.Apa tidaknya belum sempat lagi untuk menikmati kehidupan sebagai MB PERAK mungkin jawatan itu akan di serahkan pula kepada PAKATAN RAKYAT.Cerita DUA ADUN BEBAS PERAK gagal di hubungi menjadi bualan di perak mahupun seluruh MALAYSIA.Mereka berdua ini di katakan tertipu dengan janji palsu UMNO dan mereka menjadi tidak puas hati dengan pengorbanan yang mereka lakukan tidak mendapat habuan yang setimpal.

Kita semua sedia maklum bahawa BN sebenarnya tidak ingin berlaku PRK di PERAK tetapi hak untuk meletkkan jawatan iatu hak ADUN itu sendiri,kalau benar mereka ini ingin mengosongkan kerusi,adakah HEE YIT FONG akan mengikut jejak langkah mereka ini.Khabar angin ini semestinya membautkan UMNO memeujuk mereka berdua ini supaya tidak mengosongkan kerusi,percayalah bahawa khabar angin seperti ini sebahagian ugutan kepada UMNO jika mereka tidak memenuhi atau menunaikan janji.

TAMPARAN HEBAT UNTUK SAMY VELLU


Bekas Naib Presiden MIC, Datuk S. S. Subramaniam bersama adiknya, yang juga Ketua MIC Cawangan, hari ini mengumumkan keputusan mereka untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Kedua-dua mereka merupakan Ketua Cawangan dalam Bahagian Petaling Jaya Selatan.

Ia diumumkan oleh mereka pada satu majlis di Taman Medan, Petaling Jaya Selatan di sini petang tadi. Turut hadir Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya menyertai PKR bukan kerana jawatan, saya sudah rasai jawatan yang secukupnya... saya bukan sertai kerana wang, saya ada wang secukupnya tapi saya sertai kerana suasana politik semasa," kata Subramaniam, 63, yang juga bekas Ahli Parlimen Segamat.
Bekas Naib Presiden MIC, Datuk S. S. Subramaniam bersama adiknya, yang juga Ketua MIC Cawangan, hari ini mengumumkan keputusan mereka untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Kedua-dua mereka merupakan Ketua Cawangan dalam Bahagian Petaling Jaya Selatan.

Ia diumumkan oleh mereka pada satu majlis di Taman Medan, Petaling Jaya Selatan di sini petang tadi. Turut hadir Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya menyertai PKR bukan kerana jawatan, saya sudah rasai jawatan yang secukupnya... saya bukan sertai kerana wang, saya ada wang secukupnya tapi saya sertai kerana suasana politik semasa," kata Subramaniam, 63, yang juga bekas Ahli Parlimen Segamat.


Beliau merupakan bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Subramaniam berkata, beliau sebenarnya sudah lama berhasrat untuk menyertai PKR.

"Sudah lama sokong PKR, dasar-dasar... baru sekarang berani untuk keluar," katanya.

Subramaniam berkata, beliau akan memaklumkan MIC tentang keputusannya.

"Keputusan muktamad untuk keluar MIC hanya dibuat baru-baru ini," kata beliau ketika ditemui wartawan sambil menambah bahawa "keputusan mereka tidak dipengaruhi semangat adik-beradik."

Turut sertai PKR hari ini ialah adik Subramaniam, Dr. Streram Sinnasamy yang merupakan Pengerusi MIC Cawangan Seri Sentosa.

Subramaniam merupakan Pengerusi MIC Cawangan Taman Perangsang.

Kedua-dua merupakan antara 12 pengerusi cawangan dalam Petaling Jaya Selatan yang mengumumkan keluar MIC hari ini.

Turut mengumumkan keluar ialah Ketua MIC Cawangan Pekan Meru.

Kesemua 13 cawangan itu turut dibubarkan.

PROGRAM CERAMAH DSAI DI NIBONG TEBAL DI SABOTAJ

Untuk makluman semua, esok adalah kali pertama padang bola di Taman Ilmu itu akan digunakan untuk mengadakan ceramah. Ada sebuah dewan di padang tersebut yang akan digunakan esok untuk ceramah





PKR telah membayar sewa dewan tersebut dengan harga sewa RM200 kepada JKP pemaju kawasan tersebut. Tetapi malangnya tiba-tiba hari ini, di pintu dewan tersebut dikunci dan di letakkan tulisan atas kotak berbunyi "Dewan sedang dibaiki-harap maaf (JKP)".

Untuk makluman semua juga, rumah ADUN Sg Acheh Dato' Mahmud terletak di Taman Ilmu berdekatan dengan rumah Rizal Hamid (gambar sebelah), penganjur PKR untuk program esok.

Menurut Rizal lagi, sebelum ini pintu ini tidak pernah berkunci pun. Beliau bagaimana pun telah membuat laporan polis. Pihak polis berjanji akan menyiasat. Tapi bagai nak dikatalah...polis siasat?.. Ok lah tu..tak mau komen lebih-lebih...


Laporan polis memang kena buat dari segi undang-undang. Tapi macam dok kata selalulah polis ni kadang-kadang Polis Diraja Malaysia tapi kadang-kadang macam POLIS RAJA DI MALAYSIA.

Dr Chua Jui Meng juga akan turut hadir esok di Taman Ilmu. Banner, poster dan handbill telah diedarkan. Kehadiran dijangka ramai esok memandangkan banyak isu tengah panas sekarang.


Agak-agak siapalah punya angkara. Kalau nak kata angkara JKP, takkanlah syarikat besar macam tu nak buat kerja macam tu. Duit dah sapu dah..

Bagaimanapun menurut Rizal, apa jadi sekali pun esok Program Ceramah Perdana tetap akan dijalankan. Mai..jangan tak mai...

Membujur Lalu Melintang Patah.

Lawan Tetap Lawan.

PENGARAH DAN PENERBIT FILEM TERKENAL MENINGGAL DUNIA


Pengarah dan penerbit filem terkenal YASMIN AHMAD telah meninggal dunia sebentar tadi,semasa hayatnya YASMIN telah mengarahkan beberapa filem yang menjadi box office seperti filem SEPET,GUBRA dan beberapa filem yang lain.Beliau telah jatuh pengsan ketika memberi penerangan mengenai filem di SRI PENTAS TV3.

Saturday, July 25, 2009

PETA DEMONTRASI ISA



klik gambar

SUKANEKA TASKI ABIM KULIM

Sebentar tadi berlangsung sukaneka TASKI ABIM KULIM,ia melibatkan seluruh pelajar TASKI ABIM seluruh KULIM KEDAH.Program bermula seawal pagi jam 8 dan berkhir 11.30 tengahari.

Berbagai acara di jalankan termasuk acara untuk para waris antaranya TARIK TALI untuk kaum bapa dan MENGANYAM KETUPAT untuk kaum ibu.8 acara di jalankan untuk pelajar-pelajar taski seluruh kulim.

Sukaneka tersebut juga di rasmikan oleh YANG DI PERTUA ABIM KULIM iaitu UST FADZIAL dan di pengerusikan oleh UST AHMAD.Saya sebagai waris merasakan cukup terhibur melihat gelagat pelajar-pelajar beraksi dengan penuh semangat kesukanan.

Friday, July 24, 2009

KEMALUAN ANDA DI LINDUNGI?


TERKIN KES DSAI

MAHKAMAH TELAH MEMUTUSKAN BAHAWA PIHAK PENDAKWA TIDAK PERLU MENYERAHKAN DOKUMEN DAN BUKTI KEPADA PIHAK PEMBELAAN.PERBICARAAN BERSAMBUNG 2 SEPTEMBER 2009.

PELIK TAPI BENAR





BUKTI HANYA DNA?BAGAIMANA DENGAN LAPORAN PERUBATAN?


Walaupun telah wujud empat laporan dari doktor berlainan yang mengesahkan bahawa Saiful Bukhari Azlan tidak mempunyai sebarang kesan yang menunjukkan dia diliwat, tetapi perbicaraan kes liwat Saiful lawan Anwar Ibrahim yang bakal bersambung nanti mungkin akan memberi kelebihan kepada Saiful.

Dalam ceramah umum di Beserah, Kuantan pada malam Sabtu lepas, pemimpin-pemimpin kanan PKR yang hadir, Zulkifli Noordin, Fuziah Salleh dan Azan Ismail, serta Saudara Ahmad Nizam Hamid senada dalam mendedahkan tentang keputusan hakim dalam sesi perbicaraan terakhir sebelum penangguhan baru-baru ini, bahawa perbicaraan seterusnya akan hanya mengambil kira bukti klinikal yang berupa hasil dari ujian DNA.

Keputusan mahkamah yang sebegini tentulah sangat mengejutkan, apalagi dalam keadaan telah wujudnya laporan pemeriksaan dari empat doktor yang bersedia memberi kesaksian mereka.

Mengecilkan skop pembuktian hanya kepada analisis DNA memberi gambaran bahawa empat orang doktor tersebut tidak berwibawa dan pandangan profesional mereka tidak berharga.

Pergantungan tunggal kepada ujian DNA dalam kes-kes jenayah, seperti di Amerika Syarikat, walaupun semakin diterimapakai di mahkamah-mahkamah mereka, namun sehingga hari ini masih menjadi kaedah pembuktian yang penuh kontroversi.

Ketepatan DNA hanya bersifat kepercayaan popular, bahkan kadar ketepatan 99.9 peratus DNA hanyalah suatu anggaran dan tidak ada sesiapa yang pasti tentangnya.

DNA memang berbeza untuk setiap manusia, tetapi yang digunakan dalam pembuktian adalah Profil DNA, yang sebenarnya hanya sebahagian kecil sahaja dari DNA keseluruhan seseorang manusia. Kerana itu, Profil DNA dua orang adik-beradik mungkin sahaja hampir sama.

Pada tahun 2001, Kathryn Troyer telah menjalankan ujian terhadap pengkalan data Profil DNA penjenayah Arizona, dan telah membuat penemuan dua penjenayah dengan profil genetik yang hampir sama, kedua-dua penjenayah ini mempunyai padanan 9 dari 13 lokasi kromosom. Sememangnya mereka berdua bukan adik-beradik kerana seorang berkulit putih dan seorang lagi berkulit hitam.

Asalnya FBI cuba menafikan bukti penemuan ini dengan mendakwa ia kes terpencil, 1 dalam 113 bilion, tetapi Troyer pada tahun-tahun berikutnya telah membuat berdozen-dozen penemuan yang serupa.

Ini telah menimbulkan persoalan tentang kredibiliti Profil DNA. DNA memang berciri unik, tetapi tidak untuk Profil DNA, ia hanya sekelumit dari keseluruhan genom.

DNA haruslah digunakan dengan kehadiran bukti dan kesaksian yang lain. Dalam kes jenayah, sebelum dibicarakan tertuduh bersalah atau tidak, Zulkifli Noordin berkata jenayah mesti dibuktikan berlaku.

Jika ada tuduhan seseorang merompak, rompakan itu mesti berlaku, ada barang yang hilang, ada wang yang hilang. Jika ada tuduhan seseorang merogol, rogol itu mesti berlaku, mangsanya disahkan hilang dara, ada bukti koyakan, ada bukti tusukan dan sebagainya.

Dalam kes Saiful, dia mendakwa diliwat, maka liwat itu seperti rogol mesti berlaku, ada koyakannya, ada tusukannya, dalam Islam mesti menghadirkan empat orang saksi.

Empat orang saksi telah hadir dengan laporan mereka, keempat-empat mereka doktor dan kesimpulan mereka sama, liwat tidak berlaku!

Doktor-doktor ini tidak akan dipanggil ke mahkamah, hanya hasil ujian DNA sahaja yang akan digunakan. Sampel DNA Anwar, menurut Zulkifli Noordin, boleh diperolehi di mana-mana sahaja, bahkan dari peluh yang dilap ketika Anwar berdebat dengan Shabery Chik dahulu pun, sebelum itupun sampel DNA Anwar sudah berada di tangan polis, ketika Anwar ditumbuk pengsan oleh Rahim Nor, dicuri tanpa keizinan, itu pengakuan polis sendiri, dan ia terdedah untuk disalahguna dengan menaburnya di lokasi yang didakwa tempat kejadian atau di bahagian tertentu di tubuh Saiful.

Kali ini Anwar mungkin akan terpaksa ke penjara untuk tempoh yang lebih lama, 12 tahun, kerana ini adalah tuduhan kedua untuk kesalahan yang sama....

Thursday, July 23, 2009

KEMATIAN PERTAMA KES SELSEMA BABI DI MALAYSIA?

Seorang pelajar Indonesia berusia 30 tahun menjadi korban pertama berkaitan wabak selesema A (H1N1) di Malaysia walaupun punca kematiannya bukan disebabkan oleh virus itu sendiri.

Pelajar itu yang menuntut di Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF) di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur mati akibat serangan jantung, kata menteri kesihatan hari ini.

Dalam kenyataan rasminya mengenai wabak tersebut, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata si mati telah pulang bercuti ke republik itu dan kembali ke negara ini pada 5 Julai lalu dan dilaporkan mengalami demam dan batuk sejak kembali bercuti tetapi simptom itu ringan.

Pada 20 Julai, pelajar itu mula demam panas, batuk serta letih, dan keesokannya mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan swasta di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

"Selepas menjalani pemeriksaan dan semasa menunggu mengambil ubat, kes tiba-tiba jatuh pengsan. Kes telah diberi bantuan kecemasan di pusat perubatan berkenaan, tetapi tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia pada 11.50 pagi," katanya.

Liow berkata, pusat perubatan berkenaan merekodkan penyebab kematian sebagai "cardiac arrest due to ventricular fibrillation."

Bedah disiasat yang dijalankan di Hospital Kuala Lumpur pada hari yang sama mendapati si mati mempunyai badan yang gemuk, terdapat tanda-tanda radang paru-paru dan kelainan pada tisu jantung serta cairan seperti nanah pada bahagian bawah salur pernafasan.

"Ujian virologi dan bakteriologi mendapati spesimen daripada tisu paru-paru dan salurannya (si mari) adalah positif untuk virus influenza A (H1N1)," kata Liow.

"Oleh sebab keputusan-keputusan ujian bedah siasat belum diketahui sepenuhnya, penyebab kematian untuk kes ini belum dapat dimuktamadkan.

"Faktor kegemukan, tempoh sakit yang berlanjutan perlu diambil kira dalam perkara ini

JAWAPAN KERAJAAN NANTI ADALAH SEPERTI BERIKUT

1)KEADAAN TERKAWAL
2)TAK PERLU PANIK
3)VAKSIN MENCUKUPI
4)SEMUA PINTU MASUK NEGARA DI KAWAL

KALAU JAGA BETUL-BETUL MACAM MANA SEHINGGAKAN ADA IPT YANG DI TUTUP,SEGALANYA SELINDUNGKAN DARI RAKYAT...BEGITULAH NASIB NEGARA ONE MALAYSIA.RAHSIA BELAKA....YANG MATI NI BUNUH DIRI KOT HEHEHEHH......

CHEGU BARD DI BUNGKUS



hahahahaha.... teruk gak cheGuBard gelak bila tengok gambar sendiri bungkus nasi lemak.

Minggu lepas pergi bawa keluarga makan di sebuah kedai makan di Kota Damansara. Sampai saja terus duduk di satu meja. Ada pinggan yang mengisi beberapa nasi lemak bungkus atas meja.

che'Nur terus 'gagau' nasi lemak atas meja.... sampai kata 'papa....papa..' cheGuBard terus angkat che'Nur letak atas kerusi bayi.

Era gelak sebab rupanya che'Nur perasan yang kertas surat khabar bungkus nasi lemak ada gambar che'GuBard.....

hahahahahaaaaaa akhirnya che'GuBard gelak sambil tengok che'Nur...

DSAI dan TOK GURU NIK AZIZ AKAN SERTAI RAKYAT PADA 1 OGOS 2009

Anwar Ibrahim dan Nik Aziz ialah antara pemimpin utama yang sudah menyatakan persetujuan untuk hadir bersama dalam Himpunan Rakyat 1 Ogos 2009 di Kuala Lumpur. Ini diumumkan oleh Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh ketika sidang media sebentar tadi selepas menghantar surat makluman kepada pihak istana mengenai penghantaran 'Deklarasi Rakyat'.

Selain dua pemimpin tersebut, Tn Guru Hj Hadi Awang, Presiden PAS dan ramai lagi pimpinan termasuk pimpinan 83 pertubuhan yang menyokong Deklarasi tersebut telah menyatakan persetujuan untuk hadir. Malah Pemuda Gerakan (komponen Bn) masih tetap teguh dengan pendirian akan hadir sama.

Semua persiapan hampir selesai, 3 tempat bakal menjadi tempat berkumpul sebelum semua akan berarak ke Stadium Negara. Tempat pertama ialah SOGO (Jalan Tunku Abdul Rahman), Masjid Jamek Kuala Lumpur dan KL Central. Semua dinasihatkan mula berkumpul hanya jam 2 petang dengan mengenakan baju merah / hitam.

Dijangka sekurang kurangnya 20,000 akan bersama dalam Himpunan Aman kali ini, dan jika tidak ada gangguan serius dari polis angka ini mungkin boleh mencecah seperti Himpunan Bersih yang pernah diadakan

TINDAKKAN PERLU DIAMBIL KE ATAS KHALID ABU BAKAR


Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar wajar dipanggil untuk siasatan kerana orang yang paling banyak mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang meragukan sepanjang isu siasatan polis terhadap kematian Teoh Beng Hock.

Di dalam tulisan GB sebelum ini telah dinyatakan, Bernama melaporkan bahawa Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata beliau kecewa dengan tindakan anggota exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah yang tidak bekerjasama dengan polis ketika diminta memberi keterangan mengenai kematian setiausaha politiknya, Teoh Beng Hock.

GB juga telah menyatakan bahawa kenyataan Ketua Polis Selangor itu jelas satu PEMBOHONGAN.

Beliau berkata: "Beliau menyuruh kita datang ke pejabatnya pada pukul 3 petang tetapi apabila pegawai kita pergi ke sana, kita diminta pula untuk menunggu hingga pukul 6 petang.

"Apabila sudah pukul 6 petang, exco itu enggan memberikan keterangan dengan alasan Menteri Besar Selangor memaklumkan kepadanya bahawa percakapan saksi tidak boleh dirakamkan selepas pukul 6 petang."

Kenyataan terakhir itu jelas merupakan satu sindiran dan penghinaan kepada Menteri Besar Selangor yang telah mengeluarkan arahan tiada sebarang rakaman saksi dilakukan selepas pukul 6 petang bagi mengelakkan kejadian yang menimpa Teoh berulang.

Benarkah exco itu tidak memberi kerjasama? Jawapannya dilampirkan dan adalah berita dari agensi berita yang sama melaporkan kenyataan Khalid Abu Bakar berkenaan iaitu BERNAMA.

BERIKUT KENYATAAN MELALUI BERNAMA.

Ean Yong dan setiausaha sulitnya beri keterangan kepada polis

SHAH ALAM: Polis hari semalam mengambil keterangan daripada Exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah di pejabatnya di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini berhubung kematian setiausaha politiknya, Teoh Beng Hock.

ASP Mohd Amirul Abdullah dari Ibu pejabat Polis Daerah Shah Alam mengambil keterangan daripada Yong selama tiga jam mulai pukul 3.30 petang dengan ditemani peguamnya Keppy Wong.

Polis turut mengambil keterangan daripada Setiausaha Sulit Yong, Hiew Kim Boon. Keterangan beliau diambil oleh ASP Mohd Hafiz Yaakob dari Ibu Pejabat Polis Daerah Klang dari pukul 3.55 hingga 5.25 petang di pejabat yang sama.

Teoh, 30, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam Shah Alam Khamis lalu selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Yong berkata beliau telah menjawab 50 soalan dalam 11 muka surat yang ditanya oleh ASP Mohd Amirul daripada pelbagai sudut termasuk prestasi kerja, masalah kewangan dan keperibadian Teoh sebelum disoal siasat oleh SPRM, Rabu lepas.

Beliau berharap keterangan yang diberikan itu dapat membantu siasatan.

Sementara itu, Yong berkata beliau telah membatalkan semua temu janji dari pukul 3 hingga 6 petang semata-mata untuk bekerjasama dengan polis dalam siasatan.

"Sebenarnya, IO (pegawai penyiasat) tiba pada pukul 3.40 petang dan mengambil keterangan (Anggota Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah M.) Mahoran terlebih dulu sehingga hampir pukul 7 malam," katanya mengulas kenyataan Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar semalam bahawa beliau tidak bekerjasama dengan polis ketika diminta memberi keterangan semalam.

"Saya yang menunggu IO, bukan IO tunggu saya...saya telah batalkan semua temu janji saya semata-mata untuk bekerjasama dengan polis," katanya. BERNAMA

GREENBOC

MESTI SIASAT PUNCA KEMATIAN TEOH

Akhirnya Dato’ Sri Najib Razak tunduk kepada desakan rakyat Malaysia yang mahukan Keadilan buat mendiang Teoh Beng Hock. Hari ini kabinet memutuskan serta akur kepada pandangan agar sebuah Suruhanjaya Diraja diwujudkan.

Cumanya, jika kita meneliti pengumuman berkaitan, berdasarkan terma-terma khusus yang digariskan kabinet, Suruhanjaya tersebut hanyalah untuk mengkaji peraturan soal siasat yang digunapakai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) dan bukannya untuk menyiasat punca sebenar kematian Sdr Teoh Beng Hock. Terma tersebut pastinya membatasi penyiasatan serta penelitian Suruhanjaya Diraja sekaligus tidak berjaya menghalang terhakisnya keyakinan rakyat terhadap institusi-institusi keadilan dan keselamatan negara ini serta tidak menjawab teka-teki yang menyelubungi kematian Mendiang Teoh.

Umum menyedari kaedah penyiasatan yang digunakan SPRM dikritik hebat antaranya oleh Majlis Peguam Malaysia. Sayugia diberi perhatian, Peraturan 20, Peraturan Lokap 1953, Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan, Seksyen 28A(4) Kanun Acara Jenayah serta Konvensyen Menentang Hukuman yang Menyiksa, Zalim danTidak Berperikemanusiaan telah melakarkan secara jelas kaedah-kaedah yang harus digunapakai sewaktu penyiasatan. Kerajaan sewajarnya memastikan SPRM bertindak mengikut lunas undang-undang yang sudahpun tersedia. Saya berpandangan Suruhanjaya Diraja yang bakal diwujudkan ini sepatutnya lebih menumpu untuk menjawab punca sebenar kematian mendiang Teoh Beng Hock.

Berhadapan dengan kemarahan rakyat yang kian memuncak, tidak wajarlah penyiasatan untuk menentukan punca kematian diserahkan kepada seorang majistret dan siasatan pula dikendalikan pihak Kementerian Dalam Negeri serta Polis. Kerajaan seharusnya sedar desakan mahukan sebuah Suruhanjaya Diraja didasari ketidakyakinan rakyat terhadap integriti serta kebebasan institusi seumpama Polis dan Kementerian Dalam Negeri.

Saya yakin rakyat Malaysia tidak mahu Suruhanjaya Diraja ini berakhir seperti penyiasatan video VK Lingam dan kes serangan bekas ketua polis negara terhadap saya. Sehingga kini tiada tindakan susulan yang bermakna diambil. Segala saranan serta hasil siasatan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Diraja hanya menemui jalan buntu demi menjaga kepentingan sesegelitir. Jika inilah jalan yang mahu ditempuh pastinya kerajaan umno-bn membawa negara kita menuju kehancuran.

ANWAR IBRAHIM

INI BARU MEMPOLITIKKAN KEADAAN

MIC Youth chief T Mohan was arrested in Penang this morning after coming to the aide of a Kampung Buah Pala resident who was distributing 'Save Kg Buah Pala' t-shirts at a temple in Jalan Dato Keramat

Wednesday, July 22, 2009

SELAMAT TINGGAL SAYANG


Beng Hock, kau tiba-tiba pergi tanpa sebarang pesan.

Kau kata, masih banyak yang kita ingin lakukan bersama.

Banyak lagi tempat yang sepatutnya kita kunjungi


Kau kata, masih banyak yang kita ingin lakukan bersama.

Banyak lagi tempat yang sepatutnya kita kunjungi

Kau kata akan menemaniku sepanjang perjalanan hidup ini

Tapi apa yang harus kulakukan sekarang?

Bagaimana dapat kita bertemu lagi?

Kau sentiasa di ingatanku

Aku selalu mengingatimu... aku mahu dikau kembali, muncul semula di pangkuanku

Dalam beberapa hari ini, aku sentiasa menantimu

Tetapi ia sungguh mengecewakan

Aku hanya ingin tahu sama ada kau selamat, apakah kau menderita?

Jangan biarkan aku terus menunggu? Aku mahu menemuimu sekali lagi. Cukuplah walau sekali.

Bila titisan air mataku tidak dapat menghidupkan dirimu

Aku terpaksa menerima hakikat kau telah pergi buat selama-lamanya

Hari ini, aku masih perlu mengucapkan selamat tinggal

Aku berjanji, aku akan jalani kehidupan seadanya.

Tetapi, kau mesti berjanji sentiasa di sisiku, dan kita bersama-sama membesarkan (bayi ini).

Beng Hock, perjalanan kita berdua dalam hidup ini sudah berakhir.

Tetapi aku berharap, kalaulah ada kehidupan selepas ini, aku amat berharap kita dapat bersama-sama meneruskan perjalanan kita.

Kekasihku, semoga dikau tenang di alam abadi.

Berikut teks luahan hati Soh Sher Wei kepada tunangnya Teoh Beng Hock di upacara penghormatan terakhir kepada setiausaha politik exco kerajaan Selangor pada 20 Julai 2009.

Cabinet approves royal commision

The government today agreed to form a royal commission of inquiry to look into the sudden death of political aide Teoh Beng Hock while under the watch of the Malaysian Anti-Corruption Commission last Thursday. malaysiakini

UMNO TURUN BERDEMONTRASI


Ketuan Bahagian gerombolan Ampang Isamil Kojo, petang ini bersama hampir 50,000 opps…. salah… 50 orang penyokongnya telah turun berdemo untuk menyatakan taat setia dan sokongan mereka kepada SPRM.

Gerombolan ini bersama beberapa rakan mereka dari serpihan BN telah berkumpul disebuah tempat letak kereta di hadapan sebuah pasar raya milik kapitalis antarabangsa.

Mereka telah menayangkan placard dan sepanduk tanda sokongan mereka kepada SPRM.

Mereka juga telah merlaung-laungkan slogan :

‘ Jangan jadikan Malaysia Republik’

‘DAP, PKR, PAS prejudis. SPRM jadi mangsa’

Ini adalah petanda baik kerana gerombolan telah mula menyedari hak asasi mereka untuk berdemo. Ini adalah satu tamparan hebat kepada Madey yang mengatakan bahawa tunjuk perasaan bukan budaya kita kah kah kah.

SEKITAR PENYERAHAN MEMORANDUM SPRM PULAU PINANG





KEPUTUSAN YANG SUDAH DI DUGA

Hari ini Pendakwa raya berjaya mendapat penangguhan sementara (interim) terhadap perintah mahkamah agar menyerahkan sebahagian besar dokumen bagi kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah sebentar tadi selepas membenarkan pendengaran permohonan itu ditunda ke Jumaat ini bagi membolehkan pembelaan memfailkan afidavit jawapan.

Isnin lalu pihak pendakwaan memfailkan notis usul di Bahagian Jenayah Mahkamah Tinggi di sini, bagi memohon penangguhan pelaksanaan perintah itu yang ditandatangani oleh Datuk Nordin, seorang daripada Timbalan Pendakwa Raya bagi kes liwat berkenaan.

Pada 16 Julai, Mohamad Zabidin membenarkan permohonan Anwar dan memerintahkan pendakwaan supaya menyerahkan dokumen berkenaan dalam masa tujuh hari.

Tempoh tujuh hari itu berakhir pada Khamis.

Mohamad Zabidin dalam keputusannya, bagaimanapun menolak permohonan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bagi mendapatkan sampel spesimen yang diambil daripada pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana sampel itu telah disita oleh ahli kimia dan pihak pembela boleh memeriksanya setelah ia dikemukakan kepada mahkamah.

Anwar, 62, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun tahun lepas.

Antara dokumen yang dibenarkan diberi kepada pihak pembelaan ialah kenyataan Mohd Saiful, Dr Osman Abdul Hamid daripada Hospital Pusrawi, pemilik kondominium berkenaan Hassanuddin Abdul Hamid dan tiga saksi utama lain.

Dokumen lain ialah salinan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari pos pengawal di Desa Damansara Condominium, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara, dan di kawasan menunggu lif di Blok 11 kondominium itu dari 25 hingga 27 Jun, 2008.

Mahkamah menetapkan 24 Julai sebagai tarikh sebutan permohonan Anwar bagi mengetepikan tuduhan liwat yang dikenakan terhadapnya dan tarikh sebutan perbicaraan kes itu.

HASIL SENI DI PUCHONG






NOTA: Berwaspada ! Bila melihat kerja seni Bumiputera ini.
Kerja seni ini lebih hebat dari kerja seni Bansky di Tembok Batu
Tebing Barat Palestin. Inilah sebahagian hasil seni yang
di buat oleh kumpulan seninam yang memanggil diri mereka:
L'Tous Rasuah et Le Bumis

CUBAAN UNTUK MENIMBULKAN SUASANA TEGANG


Pada 1 OGOS 2009 akan berlakunya perhimpunan membantah AKTA ZALIM iaitu ISA(INTERNEL SECURITY ACT) yang berlangsung di KUALA LUMPUR.Kerja mobilisasi sedang giat di jalankan untuk menarik orang ramai menyertai perhimpunan tersebut.

Semalam di khabarkan NGO MELAYU UMNO juga akan turut mengadakan pehimpunan MENYOKONG ISA,bermakna ia berlawanan dengan PERHIMPUNAN ANTI ISA.Ini menunjukkan taktik yang di gunakan oleh pihak tertentu untuk menimbulkan suasan tegang di antara kumpulan yang membantah ISA dan penyokong ISA.Tujuan kumpulan yang menyokong itu kononnya untuk mempertahankan ISA, dalam pada itu terdengar juga ia bertujuan mempertahankan HAK ORANG MELAYU.Kumpulan yang menyokong ISA ini kelihatan ingin mencetuskan bibit perkauman di dalam perhimpunan mereka kerana apabila bertembung semestinya ada pihak yang inginkan berlakunya pergaduhan di KUALA LUMPUR dan juga suasana tegang akan berlaku di KUALA LUMPUR.KUMPULAN NGO SEPERTI PROWARIS ini di adakan semata-mata untuk mmempertahankan UMNO sahaja bukannya orang MELAYU,cuma tindakkan mereka juga untuk berhimpun dan berlarak ke ISTANA memperlihatkan tindakkan menagguk di air yang keruh.

Masih ada masa untuk pihak penganjur PERHIMPUNAN ANTI ISA untuk menilai semula situasi yang bakal berlaku kelak,bukannya saya mengharapkan perhimpunan ANTI ISA ini di tangguhkan tetapi mungkin ada mekanisma yang sesuai untuk mengelakkan keadaan yang tidak tenteram.Kita cukup faham keadaan UMNO yang terdesak,mereka boleh melakukan apa saja untuk mengembalikan pengaruh mereka yang sudah hilang.Kalau NAK SOKONG ISA SOKONG LAH,apa kena mengena dengan HAK ORANG MELAYU PULAK....

PENYOKONG DAN PENENTANG ISA BERTEMU DI JALANAN...

Pendukung Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) juga akan berarak beramai-ramai ke Istana Negara seperti kumpulan penentang akta kontroversi itu pada 1 Ogos, demikian diputuskan malam tadi.

Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) bersama sepuluh NGO Melayu, yang bermesyuarat tentang perkara itu malam tadi, memutuskan untuk mengumpulkan tandatangan di Dataran Merdeka dan kemudian ke istana.

Ribuan penentang akta itu yang menganjurkan Himpunan MANSUH buat pertama kali bersemuka di jalanan dengan penyokong ISA yang mengadakan perhimpunan bertemakan "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA dan Pertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu."

DYMM SULTAN PERAK HARUS BERHENTI BERNOSTALGIA

Hari ini sekali lagi DYMM Seri Paduka Baginda Sultan Perak Sultan Azlan Shah, bertitah menyentuh mengenai hak Raja - Raja Melayu dan Perlembagaan Negara.(sila klik sini untuk membaca lanjut)
Di kesempatan ini che'GuBard ingin merafak sembah memohon agar ke bawah Tuanku berhenti terlalu bernostalgia.
Sistem beraja dalam negara ini dikenali sebagai 'Raja Berpelembagaan' , ertinya Hak dan Kedaulatan Raja - Raja Melayu dipelihara dalam Perlembagaan Negara. Begitu juga hak bahasa, hak bangsa Melayu dan seumpamanya. Perlembagaan merupakan dokumen penuh 'roh' yang menjamin sistem dan kelicinan perjalanan negara ini dengan menjamin hak dan kebebasan tiap individu. Perlembagaan yang sama jugalah menjadi tiang seri memastikan sistem beraja (Raja - raja Melayu) mampu menjadi payung teras memayungi rakyat semua dan menjadi tiang seri agama dan bangsa.
Persoalan adakah Raja Melayu, hak agama, bangsa mahupun bahasa kian terhakis, jawapannya ialah YA !.... untuk menghakis hak yang dijamin perlembagaan tersebut perlulah perlembagaan itu dipinda. Perlembagaan hanya boleh dipinda dengan majoriti dan kelebihan di Parlimen Malaysia. PAS mahupun KEADILAN tidak pernah menikmati majoriti dalam parlimen untuk meminda perlembagaan tersebut, begitu juga DAP. Umno dan Bn (atau dulu Perikatan) yang menikmati kuasa majoriti di Parlimen dan merekalah yang telah meminda beberapa kali perlembagaan hingga menghakis hak termasuk hak dan kedaulatan Raja - Raja Melayu.
Parti yang berimej parti ekstremis Melayu itulah sendiri yang menghakis hak orang Melayu. Kali terakhir apabila tahun 1994 seluruh media dalam negara untuk 'menfitnah Raja Melayu'. Bukan selindung lagi....ingatkah kita TV3, Utusan, RTM dan lain - lain digunakan untuk memberikan persepsi buruk kepada raja Melayu...Sultan Kelantan mencuri kereta sendiri, Sultan Pahang kaki judi, Sultan Johor 'gangster', Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan 'kaki arak'...begitulah kurang ajarnya media yang mendokong Umno...Raja Melayu dimalukan...rakyat diberi persepsi salah dan Umno telah meminda perlembagaan meragut hak Raja - raja Melayu ketika itu dengan pindaan perlembagaan di Parlimen.
Ingat ia kerja Umno bukan DAP!!
Umno (baca Mahathir) membuat semua ini kerana ingin menghadkan kuasa raja kepada kuasa 'upacara sahaja', dan selebihnya dikendalikan oleh parti pemerintah.
Menyedari hakikat Raja - raja melayu sudah hakis daulat dan hak maka Kongres Nasional Keadilan 2008 yang dihadiri oleh Melayu, Cina, India, Iban, Dayak dan semua kaum di negara ini telah meluluskan resolusi perlunya ada satu usaha serius untuk mengembalikan kedaulatan dan hak raja - raja Melayu agar sistem beraja ini mampu memainkan peranannya semula sebagai payung kepada semua rakyat negara ini.Begitulah dakwah Parti Keadilan Rakyat kepada semua rakyat. Raja adalah milik semua, raja harus dihormati bukan sahaja Melayu tetapi Cina, India, orang Asal atau apa kaum saja yang duduk dalam negara ini, barulah Raja Melayu punya daulat dan keistimewaan di mata rakyat.
Kembali kepada titah DYMM Seri Paduka Baginda Sultan Perak, patik merafak sembah agar Tuanku tidak terlalu bernostalgia. Sebaliknya lihatlah kuasa rakyat sebagai teras kuasa dalam negara ini, namun kuasa rakyat ini memerlukan payung Tuanku untuk terus hidup sentosa dalam negara tercinta ini.
Jesteru itu jika Tuanku berjaya mengembalikan dan memperkasakan kuasa rakyat percayalah kedaulatan Raja Melayu juga akan kukuh dan dimuliakan.
Ingat sejarah ketika Raja - Raja Melayu ditipu oleh Mc Micheal, rakyat bangkit menentang, memerdekakan dan mengembalikan kuasa ke dalam Istana. Kuasa Rakyat yang kuat menjamin Raja yang berdaulat.
Akhir sekali Tuanku fahamilah Umnolah yang telah banyak kali mengkhianati raja Melayu.
Ampun Tuanku beribu ampun.
Badrul Hisham Shaharin
http://chegubard.blogspot.com

LAPORAN POLIS DSAI 21-7-2009

KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA
Tarikh: 21 Julai 2009

Hari ini saya telahpun membuat dua laporan berasingan di Balai Polis Damansara.

Laporan polis pertama adalah berkaitan prosiding perbicaraan saya di mana saya telah pun menfailkan permohonan mengenepikan pertuduhan yang dikenakan ke atas saya kerana ianya merupakan satu konspirasi politik berniat jahat.

Affidavit yang saya kemukakan untuk menyokong permohonan menolak pertuduhan terhadap saya, menjelaskan dari perenggan 53 sehingga 63 bagaimana Tan Sri Gani Patail dan Tan Sri Musa Hassan terlibat di dalam membuat laporan palsu oleh ACP Koh Hong Sun berhubung penahanan saya di bawah ISA pada 20/21 September 1998. Gani dan Musa juga terlibat memalsukan bukti di dalam siasatan serangan ke atas saya oleh Tan Sri Rahim Noor. Ini antara contoh peranan kedua-dua mereka sehingga kini yang terlibat di dalam konspirasi politik dan memalsukan keterangan/bukti terhadap saya.

Dato Razak bin Musa ( Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan, SPRM ) dan Hanafiah bin Hj Zakariah ( Timbalan Pendakwa Raya yang berada di dalam pasukan pendakwaan)telah menfailkan affidavit bertarikh 30 Jun 2009.

Saya menemui kenyataan palsu yang terkandung di dalam affidavit tersebut. Saya percaya mereka menyedari kepalsuan kenyataan-kenyataan tersebut namun masih tetap memasukkannya untuk tujuan digunakan di dalam prosiding mahkamah nanti. Tindakan mereka adalah satu kesalahan jenayah dan menguatkan serta mengesahkan hujah bahawa saya berhadapan dengan pasukan pendakwaan yang merupakan sebahagian dari konspirasi politik sebagaimana yang wujud ketika perbicaraan 1998 itu.

Razak dengan sengaja mengelirukan Mahkamah Tinggi, walaupun sudah mengangkat sumpah, dengan berkata panel yang dianggotai oleh tiga hakim bersara ( Datuk Kadir bin Sulaiman, Datuk Wira Mohd Noor bin Ahmad dan Datuk Mohama Noor bin Abdullah) telah mendapati Gani tidal terlibat dalam sebarang kesalahan jenayah. Razak selaku ketua jabatan perundangan dan pendakwaan SPRM sewajarnya menyedari sekurang-kurangnya seorang ahli panel dari tiga hakim tersebut mendapati Gani sememangnya melakukan kesalahan jenayah.

Hanafiah pula selaku Timbalan Pendakwaraya Kanan semestinya sudah menyiasat dan meneliti fakta-fakta tersebut sebelum memasukkan affidavit Razak yang mengandungi kenyataan palsu ke dalam affidavit pendakwaan.

Laporan polis kedua yang saya kemukakan berhubung kegagalan pihak polis untuk menyiasat laporan yang dibuat oleh saya pada 20 Febuari 2009 ke atas Gani dan Musa berkaitan peranan mereka memalsukan laporan polis berkaitan penahanan saya pada 20 September 1998 yang difailkan oleh ACP Koh Hong Sun.

Peguam cara saya telah menghantar surat bertarikh 23 April 2009 kepada OCS Balai Damansara untuk mengetahui status laporan, namun sehingga ke saat ini belum ada sebarang jawapan.

Datuk Hishamuddin Hussein di dalam jawapan yang bertarikh 22hb terhadap soalan yang dikemukakan oleh YB Sivarasa di dalam Parlimen berkata laporan yang dikemukakan saya telah pun dirujuk kepada SPRM untuk tindakan lanjut pada keesokan harinya(21 Febuari 2009)

Peguam saya kemudiannya menghantar surat bertarikh 26 Jun 2009 kepada SPRM bertujuan untuk mengetahui kedudukan penyiasatan kerana kami belum mendapat sebarang maklum balas dari mereka selama ini.

Kami terkejut apabila menerima maklumbalas bertulis bertarikh 10 Julai 2009 yang menyatakan mereka telah menerima laporan tersebut, telah menelitinya dan mendapati kesalahan yang didakwa berlaku adalah luar dari bidangkuasa mereka. Mereka merujuk semula laporan tersebut kepada PDRM untuk tindakan selanjutnya. Adalah munasabah untuk menganggap SPRM selepas membuat kesimpulan sedemikian merujuk kepada PDRM sesegera mungkin.

Pertamanya, ini bermakna PDRM dan pegawai Kementerian Dalam Negeri telah menyebabkan Menteri Datuk Hishamuddin mengelirukan Parlimen dengan mengemukakan jawapan pada 22 Jun 2009 bahawa laporan tersebut sekian lama ada di SPRM sejak dari 21 Febuari 2009 untuk tindakan lanjut

Kedua, pihak polis yang menerima semula laporan tersebut dari SPRM(yang menerimanya pada penghujung Febuari 2009)gagal untuk berbuat apa-apa. Kesimpulannya adalah jelas wujud satu perancangan di dalam PDRM untuk memastikan tidak ada tindakan terhadap laporan yang dibuat oleh saya serta memastikan jenayah yang berlaku di sembunyikan. Oleh kerana laporan saya ini menyatakan Gani dan Musa Hassan(Ketua Polis Negara)terbabit memalsukan laporan, usaha menutup serta menyembunyikan dakwaan saya ini pastinya datang dari pihak atasan.
Oleh kerana SPRM menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai bidangkuasa untuk menyiasat dan pihak polis hanya berdiam diri tanpa mengambil sebarang tindakan, ianya jelas kepada saya bahawa Gani dan Musa dilindungi secara politik demi menyembunyikan peranan yang dimainkan mereka di dalam merekayasa pertuduhan palsu terhadap saya pada tahun 1998 dan sekarang.

ANWAR IBRAHIM


BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan
147410 Petaling Jaya
Tel: +603 7885 0530
Fax: +603 7885 0531

Tuesday, July 21, 2009

REWARD UNTUK KES BENG HOCK


Seorang ahli perniagaan dari Perak akan memberi hadiah 10,000 Ringgit kepada sesiapa sahaja yang dapat memberi maklumat sehingga dapat ditangkap ‘pembunuh’ Teoh Beng Hock.

Berita ini telah di hebohkan oleh Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming pagi ini.

Nga Kor Meng tidak memberitahu siapakah insan yang mengeluarkan dana ini. Apa yang diberitahu hanyalah insan ini seorang ‘ datuk’.

SESUAIKAH JIWA KU LI DENGAN PKR?


Pelawaan yang di lakukan oleh BEKAS MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI sebentar tadi amat memeranjatkan,ZAIB IBRAHIM secara terbuka mengajak KU LI supaya menyertai PKR dan meninggalkan UMNO.Bagi saya sebagai seorang anak muda yang baru di dalam dunia politik melihat suasana yang baik ketika ini membuatkan ZAID IBRAHIM tanpa segan silu untuk mempelawa TOKOH UMNO ini untuk masuk PKR.

Sesuaikah jiwa KU LI dengan PKR?itu persoalan yang utama bermain di fikiran saya ketika ini.Perbezaaan yang jelas di antar PKR dan UMNO dapat di lihat kepada keterbukaan PKR kepada seluruh rakyat MALAYSIA tanpa ada sempadan kaum UNTUK MENJADI AHLI PKR,berbeda dengan UMNO yang semangat kemelayuan yang kuat kononnya dan keahliannya khusus kepada orang MELAYU sahaja.Dari segi pentadbiran dan juga pendekatan tentu sekali membezakan kedua-dua PARTI ini.KU LI yang saya kenali adalah salah seorang yang semangat kemelayuannya tinggi dan niat untuk memartabatkan orang MELAYU juga tinggi,ketika era 80an dan 90an KU LI diantara orang kuat UMNO dan di beri kepercayaan sebagai MENTERI ketika itu.

Cuma kebelakangan ini beliau sudah mula tidak senang dengan corak kepimpinan UMNO sekarang yang banyak rasuah(politik wang),sehingga KU LI merasa terpanggil untuk mencabar jawatan presiden UMNO pada pemilihan baru-baru ini.Tetapi malang, hanya satu pencalonan sahaja iaitu daripada BAHAGIAN GUA MUSANG KEBETULAN KU LI KETUA BAHAGIAN GUA MUSANG.Begitulah nasib KU LI yang inginkan perubahan tetapi di halang,mungkin kerana tidak sehaluan dengan politik baru UMNO.

Kejutan besar jika KU LI masuk PKR dan tamparan hebat kepada UMNO dan BARISAN NASIONAL.Mungkin juga selepas ini ada lagi pemimpin BARISAN NASIONAL akan MENYERTAI PKR selepas CHUA JUI MENG meninggalkan MCA.Sungguhpun pelawaan ZAID IBRAHIM boleh di anggap jenaka oleh pemimpin UMNO,namun siapa yang tahu apa isi hati KU LI setelah mengetahui pelawaan ZAID IBRAHIM ITU.

hidup harapan

TERKINI-AFIDAVIT PALSU

Pergelutan perundangan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail terus berlanjutan - kali bukan di mahkamah tetapi di balai Damansara Utama, Petaling Jaya.

Penasihat PKR, yang juga ketua pembangkang, akan membuat dua aduan polis berhubung "kenyataan-kenyataan palsu" yang terdapat dalam afidavit pertuduhan liwat terhadapnya.

Kenyataan tersebut berhubung siasatan terhadap Abdul Gani yang dituduh oleh mantan timbalan perdana menteri, dalam laporan polisnya, pernah terlibat memalsukan kes mata lebamnya.

Laporan polis itu akan dibuat awal petang ini.

EZAM TUDUH DAP BUNUH TEOH BEN HOCK


Laa...hidup lagi rupanya Ezam al-kataki al-kotaki wal-hitami ini. Di Manek Urai tak muncul dan nampak batang hidung pun.. Tiba-tiba muncul pula di Kg.Kanchong Darat,Banting Selangor pada Ahad malam.

Kalau mereka (DAP) berani tuduh SPRM yang membunuh Teoh Beng Hock,maka tanpa perasaan gentar saya pula yang mendakwa mereka (DAP) yang bunuh Teoh.

Demikianlah kata Ezam Md.Nor dalam satu majlis ceramah di Kg.Kanchong Darat,Banting Selangor malam tadi (Ahad).

Kata Ezam lagi, tiada sebab untuk SPRM membunuh saksi mereka kerana ianya amat penting kepada SPRM. Sudah tentu si perasuah yang membunuhnya kerana bimbang kegiatan rasuah mereka didakwa oleh SPRM.Mengapa kita harus takut untuk untuk menuduh mereka,jika mereka terus menerus menuduh SPRM dan Barisan Nasional yang melakukan semua ini. Demikianlah kata-kata Ezam dalam ceramahnya malam tadi.


Itu pun ada juga orang umno percaya cakap Ezam. Punya bangang tak dak dah.. kata orang utara. Teoh mati dalam pejabat SPRM dalam siasatan SPRM. Masa bila pula DAP pi bunuh Teoh. Beginilah rupa sebenar Ezam ingatkan cerdik tapi bangang sebangangnya. Akai ada ka...


Saya cadangkan DAP saman segera Ezam. Bagi saya, dia memang saja nak cari publisiti murahan setelah dia tahu karier politik dan kredibelitinya jatuh merudum.


Dia memang suka DAP saman dia sebab boleh jadi popular balik.


Entahlah Ezam oi.. Nasib hang la.. antara maruah dan habuan... Ezam Al-Kataki Al-Kotaki Wal-Hitami.. Sekejap ada..sekejap tiada..

DIN BINJAI

BAJU PENGANTIN BEN HOCK


Anak muda itu bukan Melayu…

Ada “pelampau” (extremist) yang beranggapan darahnya halal. Karena anak muda itu bukan Islam, maka darahnya halal. Karena namanya Teoh Beng Hok, maka darahnya halal…

Ini manusia jenis apa? Entah ajaran mana yang diikut? Ugama mana yang diturut? Bajingan kalau semua hal, termasuk soal nyawa dan kemanusiaan, diperhitung sebagai memenuhi percaturan politik-kekuasaan.

Tak ada sebab Teoh perlu bunuh diri. Hanya selang sehari, dia akan mendaftarkan perkahwinannya dengan Soh Cher Wei; si gadis berjarak umur 4 tahun lebih muda, yang juga seorang guru. Dia dirundung nestapa bukan kepalang, menanti kepulangan kekanda yang ditahan aparat pemerintah. Tak pulang-pulang.

Mereka sudah menempah dan menetapkan warna baju pengantin. Menelefon saudara-mara dan kawan-kawan memaklumkan tarikh bersandingan, dengan bangga. Juga sesi foto yang mahu diambil di taman bunga, tasek atau pantai waktu mentari jingga. Juga anak dalam kandungan kekasehnya… zuriat mereka berdua.

Teoh tentu tak pernah menduga, rupa-rupanya yang mengkehendakinya ke pejabat tingkat 14 itu adalah jemputan maut…

Kita tak dapat menerima sama sekali kemunafikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sekonyong-konyong mengutus ucapan takziah kepada keluarga Teoh atas tragedi tersebut. Ucapan takziah yang diutus dari Arab Saudi tak lebih seumpama usaha untuk cepat-cepat cuci tangan dan melindungi sesuatu.

Andai saya ahli keluarga mendiang Teoh, saya akan menginjak-injak kalungan takziah dari Najib.

Kematian Teoh bukan kematian ‘biasa’. Dikatakan terhumban dari tingkat 14, ke bumbung pada aras 5–sewaktu Teoh sepatutnya berada dalam pengawasan pehak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Takkan sesiapa yang waras akan menerima dalih SPRM yang kononnya mendakwa sudah ‘membebaskan’ Teoh sekitar jam 4.30 pagi–hari di mana Teoh kemudiannya ditemui mati kira-kira 9 jam kemudian.

Tak akan siapa boleh menerima dalih bahawa selepas dibebaskan, Teoh tak segera pulang dan konon dikatakan telah menumpang tidur di sofa pejabat SPRM. Takkan siapa percaya Teoh mengingau, atau tergelincir jatuh. Apatah lagi bunuh diri.

Kes kematian anak muda ini diselubungi kesangsian. Maka, Najib atau mana-mana menteri Umno-BN tak perlulah menasehatkan rakyat untuk tidak merasa sangsi.

Mereka tidak berhak dan tidak punya wibawa sama sekali menghalang kewarasan rakyat yang merenung betapa memang wujud sesuatu yang tak kena kepada bukan sahaja pegawai SPRM, cara pengendalian soal-siasat, malah menjurus kepada SPRM itu sendiri.

SPRM kini diragui, sangat-sangat diragui. Kematian misteri Teoh hanya mengesahkan bagaimana tuduhan sebelum ini yang SPRM merupakan salah-satu jejari kekuasaan Umno-BN untuk mencemar dan mematahkan satu-persatu tengkok para pemimpin Pakatan Rakyat.

Sehingga esei ini ditulis, SPRM masih tidak menafikan dakwaan Ahli Majlis Perbandaran Kajang, saudara Tan Boon Hwa yang dilaporkan diperlaku tidak umpama oleh pegawai penyiasat SPRM–diugut, dipaksa berdiri berjam-jam dan membuat pengakuan palsu, diancam nyawa serta keselamatan anak-isteri dan keluarga beliau.

Kes penyelewengan jutaan dan ratusan juta dipendamkan, sementara ke arah Pakatan Rakyat disasarkan serangan. Bayangkan bagaimana siasatan tegas yang melibatkan ahli majlis perbandaran Kajang hanyalah atas tuduhan membeli 1, 500 helai bendera Malaysia. Inilah apa yang dinamakan sebagai “lawak seram”!

Kini jelas nyata SPRM adalah laksana serigala lapar yang mahu menerkam, menggugat dan merampas kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat.

Contohnya sudah ada di Perak, dengan dua ADUN Keadilan yang pada mulanya diseret dengan tuduhan menerima suapan berbentuk tunai dan habuan seks, tiba-tiba beralih menyokong Umno-BN di dalam DUN.

Kerajaan Pakatan Rakyat Perak dirampas dengan cara culik dan ugut. Juga serangan di Kedah sehingga menyaksikan pilihanraya kecil Bukit Selambau terpaksa diadakan.

Serangan komplot ini sempat terhala ke Pulau Pinang dalam kes yang melibatkan bekas timbalan ketua menteri yang dituduh menerima rasuah. Perangkap juga pernah dipasang di Bandar Tun Razak yang melibatkan Menteri Besar Selangor dalam kes “46 ekor lembu.”

Keadilan-Pas-DAP sekian lama serius untuk membenteras rasuah. Selama ini, rasuah adalah barah di dalam Umno, dan bukannya di dalam Pakatan Rakyat. Kerajaan Kelantan tidak tercemar oleh rasuah, meski sudah 15 tahun memerintah, dan memang 3 kali pilihanraya umum.

Pakatan Rakyat terus tegas melawan dan menentang rasuah, tetapi bukan dengan sandiwara mahupun merekayasa bukti dan pertuduhan. Lihat sahaja daripada kes “Pelabuhan Klang” sehinggalah “mahligai Khir Toyo” adalah kes berprofail tinggi. Ya, di mana SPRM?

Bagi yang dekat dan biasa dengan papan catur politik Umno-BN, agak mudah untuk membaca siapa yang membiayai plot-plot sandiwara ini–justeru tak satupun yang terlepas daripada pengetahuan dan restu Presiden Umno.

Tentulah bukan beliau sendiri yang perlu ke sana ke mari. Juga, siapa pula yang merendahkan harga diri bertindak sebagai macai (operator) penggerak dan bersumpah untuk menjayakannya.

Ceh! Betapa jelek dan jijiknya politik elit Umno!

Dalam sessi sidang parlimen awal tahun ini, satu isu dan konspirasi besar dibongkar ketua Pakatan Rakyat di parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ianya melibatkan “blue-print” khusus yang dikeluarkan pehak yang mahu merampas Selangor daripada tangan Pakatan Rakyat. Plot dan projek itu dengan biaya ribu juta ringgit.

Menteri Kewangan Kedua waktu itu tidak dapat menjawab soalan YB Azmin Ali berhubung peruntukan besar kepada beberapa jabatan dan agensi kerajaan yang akan digunakan di Selangor.

Broker politik Umno-BN yang lazimnya bising membebel sesama mereka mengutuk MP Pakatan, khususnya Anwar waktu bersembang di cafe, terdiam. Cuba buat-buat tidak mendengar apabila rahsia jahat bos-bos mereka cobor.

Selepas mengenali bagaimana SPRM dan sekian banyak agensi kerajaan diperkuda, ada asasnya untuk kita mempercayai kes kematian Teoh akan mendapat pembelaan yang adil. Sama seperti kes pembunuhan Altantuya Sharibuu… tak akan siapa yang waras dapat mengerti mengapa dua anggota polis berpangkat rendah itu perlu meragut nyawa Altantuya?

Ya, melihat kedudukan pangkat mereka, tak ada ‘faedah’-nya mereka melakukan pembunuhan itu. Untuk apa? Tapi, skrip ini adalah skrip di zaman Najib sebagai PM. Barangkali memang begitu. Modus operandi takkan jauh berbeda.

Bagi pemimpin Umno-BN, riuhnya hanya dua-tiga hari dengan sejuta janji manis… kemudian disenyapkan. Dialih pandangan rakyat dengan entah apa lagi gula-gula baru.

Sesungguh kita akan mengenang nasib anak muda yang dibaham nyawanya oleh segelintir yang terdesak dan desperado untuk kekal berkuasa. Kematiannya itu pula akan didiamkan sebagai satu “strategi politik” oleh puak pelampau dan menganggap darah orang yang berbeda bangsa, berbeda ugama dan berbeda faham politik adalah halal.

Politik cara Umno-BN inilah apa yang saya ungkapan sebagai “politik intrik” atau “politik gelap.” Lawannya adalah “politik idea” atau “politik pencerahan” yang jauh memberi manfaat kepada rakyat.

Julung kali perjuangan Reformasi selepas lebih sedekad, akhir telah memakan korban nyawa! Seluruh anak muda wajar mengirim sahabat kita ke pusara dengan baju pengantin yang kekal, sehingga rakyat bangun. Bangkit membela.

HASMI HASHIM

Monday, July 20, 2009

HANDPHONE TEOH BERADA DI TANGAN SPRM?


Kenyatan KETUA POLIS SELANGOR semakin menambahkan kecurigaan terhadap kematian TEOH BEN HOCK,ini kerana barang peribadi mangsa masih berada di tangan SPRM.Pelik bukan apabila seorang yang telah di bebaskan tidak menyerahkan semula barangan peribadi milik mangsa.Daripada pengalaman seorang sahabat yang pernah di tahan oleh polis,beliau berkata setelah di bebaskan kita berhak mendapatkan semula barang eribadi kita termasuk pakaian kita.Menurutnya polis akan menyerahkan semula barang kita setelah kita di bebaskan tanpa ada sebanrang masalah.Lebih menghairankan lagi SPRM masih menyimpan barang peribadi TEOH BEN HOCK walaupun dakwaan mengatakan bahawa beliau telah keluar dan di lepaskan,MEMANG PELIK BIN AJAIB.

Selain itu PEJABAT SPRM di dakwa tidak mempunyai CCTV,ini lebih melucukan apabila kenyataan sebegini diberi,apa yang di sorokkan?Rakyat tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku sehingga TEOH BEN HOCK mati dalam keadaan mengerikan.Kenyataan yang bercanggah menyebabkan keraguan di kalangan rakyat.SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT AKHIRNYA JATUH KE TANAH JUA.

TEOH MATI 4 HINGGA 5 JAM SEBELUM DI TEMUI

Siasatan awal mendapati Teoh Beng Hock sudah meninggal dunia empat atau lima jam sebelum mayatnya ditemui dekat pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pukul 1.30 tengah hari Khamis lalu, kata ketua polis negeri.

Menjawab soalan kemungkinan setiausaha politik seorang exco kerajaan Selangor itu jatuh dari Tingkat 14, yang menempatkan pejabat SPRM itu, Datuk Khalid Abu Bakar berkata:
"kemungkinan besar."

Ditanya mengenai barang-barang yang diambil dari pejabat SPRM itu semalam, Khalid berkata, polis melihat semula tempat kejadian dan apa yang tertinggal pada hari pertama kejadian.

Petang semalam, polis mengambil beberapa dokumen dan selak tingkap di Tingkat 14 bagi membantu siasatan kematian Teoh yang menimbulkan pelbagai pertanyaan.

Dalam sidang media bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan di ibu pejabat polis negeri di Shah Alam hari ini, Khalid berkata, rakaman CCTV menunjukkan setiausaha politik kepada Ean Yong Hian Wah memasuki bangunan itu jam 5.15 petang Rabu.

Bagaimanapun tiada rekod Teoh keluar keesokannya selepas dilaporkan selesai siasatan jam 3.45 pagi Khamis.

Khalid juga berkata, polis sudah mendapat telefon bimbit Teoh daripada seorang pegawai penyiasat SPRM.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut berkenaan rekod telefon tersebut kerana masih dalam siasatan polis.

Musa, dalam sidang itu, berkata polis setakat ini telah berjaya menyiasat 60 peratus kes kematian tersebut.

Teoh, 30, setiausaha kepada pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram Selangor ditemui mati di koridor Tingkat Lima plaza berkenaan selepas disoal siasat berhubung kes salah guna peruntukan DUN oleh beberapa
wakil rakyat.

TEMPAT BARU BAGI PENGGEMAR SUKAN TERJUN


Kini di MALAYSIA terdapat satu tempat baru untuk melakukan terjunan bebas,tempat terbabit amat sesuai kepada peminat terjun bebas atau banji yang berketinggian melepasi standard.Kedudukan tempat tersebut di tengah kota menyebabkan tempat ini menarik untuk di kunjungi.Tempatnya terletak di BANGGUNAN MASALAM SELANGOR,ia juga menjadi tumpuan ramai selepas 16 JULAI 2009....Kepada penggemar terjun banji bolehlahke situ...SELAMAT MENCUBA TEMPAT BARU WAKAKAKAAKAKAKAKAKAKAK............

AWAS..

TINGKAT BANGUNAN MERBAHAYA DALAM DUNIA

Adalah diberitahu kepada satu Malaysia agar berhati-hati apabila
berada di bangunan tinggi. Dalam banyak budaya di dunia ini
ada tingkat-tingkat bangunan yang dianggap suwei.

Di bawah ini ialah contoh-contoh:

Di Eropah - bangunan di tingkat 13 dianggap suwei.

Di Etiophia - bangunan di tingkat 5 di anggap suwei.

Di China - bangunan di tingkat 4 dianggap suwei.

Di Malaysia - bukan satu tingkat tetapi dua tingkat.

Tingkat Empat sarang KJ.

Tingkat Empat belas sarang SPRM.

Ini tanda malaysia boleh kah kah kah.

MEMORANDUM YANG BELUM DI HANTAR...AWAT TAK HANTAQ NIE,DOK TUNGGU APA??

KES KEMATIAN SDR. TEOH BENG HOCK DI BANGUNAN SPRM

Perkumpulan Pembantu Khas dan Peribadi
Kepimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat
Negeri Kedah Darulaman.

Kepada,

Yang Berbahagia Dato Seri Hj Ahmad Said bin Hamdan,
Ketua Pesuruhjaya
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Blok D6, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Peti Surat 6000
62007 Putrajaya, Malaysia. 21 Julai 2009

Melalui,

Tuan Idrus bin Jaafar
Pengarah,
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Negeri Kedah,
Tingkat 2, Blok B, Bangunan Persekutuan
Jalan Sultan Badlishah, Peti Surat 6000,
05720 Alor Star, Kedah.

Dato,

PENYATAAN SEDIH, KESAL, TERKEJUT SERTA KECEWA TERHADAP
KEMATIAN MISTERI SDR. TEOH BENG HOCK DI BANGUNAN SPRM .

Kami terdiri dari pembantu khas dan peribadi kepada kepimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah ingin membuat penyataan sedih, kesal, terkejut dan kecewa terhadap kematian misteri Sdr Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik Exco Kerajaan Negeri Selangor yang ditemui mati, dipercayai jatuh dari bangunan pejabat SPRM jam 1.30 petang pada 16 Julai 2009 baru-baru ini selepas di soal siasat pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia selama 11 jam.

2. Penyataan sedih, kesal, kecewa dan terkejut ini kami nyatakan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana kematian Sdr Teoh Beng Hock adalah terlalu misteri yang masih dibawah jagaan SPRM dan kematian misterinya berlaku pula dibangunan SPRM. Persoalannya bagaimana perkara itu boleh berlaku?

3. Kami terdiri dari pembantu khas dan peribadi kepada kepimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah ingin menegaskan bahawa kami benci rasuah dan kami anti rasuah, sesuai dengan matlamat Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah berusaha ke arah Sifar Rasuah kepada seluruh jentera kerajaannya. Namun persoalan yang timbul ialah kami sebagai pembantu khas dan peribadi sentiasa terdedah kepada fitnah dan konspirasi oleh pihak tertentu yang cuba menjatuhkan nama baik Kerajaan Pakatan Rakyat khususnya di negeri Kedah dengan menggunakan berbagai taktik dan strategi dan yang paling mudah ialah dijerat dengan kononnya melakukan rasuah.

4. Sekali lagi kami tegaskan bahawa kami benci dan anti rasuah dan berusaha sedaya upaya mengelak dari terjebak dalam kegiatan rasuah. Malangnya kami sekarang berada dalam keadaan yang cukup menggerunkan, terasa seolah-olah diekori, dipantau dan akan ditangkap bila-bila masa sahaja walaupun tidak pernah melakukan rasuah walau sesen pun, tetapi mungkin suatu hari nanti akan diminta juga hadir ke pejabat SPRM hanya semata-mata atas maklumat yang dilaporkan kepada SPRM tanpa sebarang bukti kukuh. Oleh itu kami merayu kepada pihak SPRM jika keterangan bersangkutan tugas SPRM terpaksa juga dilakukan kepada kami maka ianya hendaklah dilakukan di premis kami. Ini bukan bermakna kami tidak mahu memberi kerjasama untuk membenteras rasuah yang menjadi musuh negara, tetapi biarlah keterangan dari kes yang baru diperingkat pengumpulan bukti dilakukan bukan di premis SPRM, kerana kami amat bimbang kerjasama baik yang diberikan diakhiri dengan tragedi yang menyayat hati seperti yang berlaku pada 16 Julai 2009 yang lalu.

5. Walaubagaimana pun, jika SPRM mempunyai asas dan bukti yang kukuh selepas membuat siasatan di premis saksi atau tertuduh maka kami tidak mempunyai halangan untuk pegawai SPRM membawa mereka ke pejabat SPRM dengan syarat setelah mendapat perintah mahkamah dan mestilah dibenarkan ditemani oleh peguam demi memastikan keselamatan diri saksi dan tertuduh ketika berada di premis SPRM.

6. Mengenai kematian Sdr Teoh yang trajis dan misteri itu, pihak SPRM mestilah bertanggung jawab sepenuhnya dan tidak boleh berlepas tangan dan kami berharap pihak SPRM bersedia memberikan peluang kepada pihak berwajib dan berkepentingan melakukan siasatan yang menyeluruh.

7. Harapan kami pihak SPRM dapat menjalankan tugas selepas ini tanpa dilihat dan dirasai melakukan dakwaan terpilih dengan menangguhkan kes-kes profil tinggi sejak zaman berzaman.

Bersama Membenteras Rasuah Sehingga Keakar Umbi.

Yang benar,


1. Nama: ………………?………………………… Tandatangan: ……?………………...

Jawatan: …………………………………?………………………

PENYERAHAN MEMORANDUM KEPADA SPRM PULAU PINANG


Sebentar tadi kami kawan-kawan dari PKR dan DAP PULAU PINANG teah menyerahkan memorandum kepada SPRM PULAU PINANG,menuntutu supaya di tubuhkan siasatan diraja punca kematian TEOH BEN HUAT SETIAUSAHA POLITIK EXCO KERAJAAN SELANGOR tempoh hari.Wakil PR pulau pinang iaitu ADUN KOMTAR merangkap SU KETUA MENTERI PULAU PINANG telah menyerahkan memorandum tersebut kepada PENGARAH SPRM PULAU PINANG itu sendiri iaitu PUAN LATIFAH.Namun wartawan tidak di benarkan menemuramah beliau dan beliau menerima memorandum tersebut.Antara yang hadir kebanyakkannya kakitangan pejabat KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG dan juga aktivis,tidak ketinggalan juga dua EXCO AMK KEDAH turut serta di dalam sesi penyerahan tersebut.

Hari ini juga MENDIANG TEOH BEN HUAT telah di semadikan di SEMENYIH SELANGOR.Mengiringi ke tempat pengkubumian sekitar 3 ribu orang bersesak untuk memberi penghormatan yang terakhir kepada mendiag TEOH.Para pemimpin PAKATAN RAKYAT juga kelihatan iaitu DATO' SERI ANWAR IBRAHIM,LIM KIT SIANG dan juga pemimpin PAS SALAHUDIN AYUB

Sunday, July 19, 2009

KEADILAN UNTUK SEMUA....

Saya pernah dipukul dan diaibkan. Dibiarkan terbujur kaku kesejukan di dalam pusat tahanan Bukit Aman. Tiada rawatan segera, hanya menanti takdir Tuhan, tidak pasti selamat ataupun tidak. Sudah pasti ramai yang tidak menyangka, malah saya sendiri sukar membayangkan, ada di antara pimpinan intitusi keselamatan dan keadilan negara ini, yang diharapkan melindungi rakyat, mampu bertindak melampaui batas. Lebih dari 10 tahun telah berlalu, rakyat Malaysia mahukan yang lebih baik untuk semua. Akan tetapi penguasa semakin lalai dari amanah yang diberikan.

Belum lagi negara kita pulih dari kesedihan dan kemarahan kerana dikejutkan dengan kematian sdr Teoh Beng Hock. Sudah ada mereka yang sanggup merendahkan akal budi serta harga diri dengan terjun menjerumus ke dalam jurang yang paling dalam; jurang kebencian dan perkauman. Kerana ingin mengampu, ada di antara media kongkongan umno-bn sedang mula mencatur serta menuai bibit-bibit perkauman sempit, demi melepaskan beban tanggungjawab beberapa institusi seperti SPRM, Kehakiman dan Polis.

Terhakisnya keyakinan rakyat terhadap institusi Kehakiman, Polis serta SPRM adalah akibat perbuatan sendiri. Rakyat tidak sesekali boleh diperbodohkan. Mereka menuntut penjelasan berhubung skandal pita video V.K Lingam, skandal PKFZ, skandal pembelian Eurocopter komisen kapal selam beratus juta dan tuduhan pembabitan pegawai atasan polis dengan kumpulan kongsi gelap.

Berhadapan dengan kemarahan serta ketidakyakinan rakyat terhadap sistem yang mereput, maka tidak menghairankan lah propaganda murahan dianyam oleh sang picisan, walaupun ianya ternyata gila. Hasrat dan keinginan rakyat diketepikan, yang penting penguasa tidak dituding bersalah dan terpaksa memikul beban. Para pengampu tidak pernah peduli sekiranya apa yang ditulis dan disiarkan meloyakan. Makanya kegilaan dan meloyakan, bukanlah sesuatu yang asing melainkan ianya senantiasa bertaut demi mengolah persetujuan mereka yang diperintah.

Kegilaan dan alasan meloyakan seperti ini mengingatkan saya kepada bait-bait kisah yang terkandung di dalam Illiad dendangan penyair buta Homer. Apabila ditanya kepada Agamemnon, mengapa bertindak merampas kekasih Achilles. Sang penguasa menjawab, bukan salahnya sendiri melainkan ianya kerana mahkluk Erinys merasuki dengan ate(keinginan), lalu menyebabkan dia merampas kekasih kesatria Greek tersebut. Agamemnon, takut dan gusar amarah Achilles serta tentera Greek sekaliannya, sanggup menyajikan alasan seperti itu, biarlah ianya meloyakan dan tidak masuk akal. Persamaan di antara Agamemnon, penguasa rakus Greek dan para pengampu yang wujud sekarang amatlah jelas sungguhpun hidup di zaman berbeza.

Namun saya yakin Rakyat Malaysia sedar isu pokoknya ialah Keadilan. Samada ianya membabitkan mendiang Teoh, Kugan dan Allahyarham Rumie Azzan Mahlie, apa yang dituntut ialah Keadilan. Kezaliman tidak pernah mengenali warna kulit, asal ras dan kepercayaan. Mereka yang menzalimi dan dizalimi, bukannya hak eksklusif mana-mana kaum dan agama. Merenung pesan Al- Quran jelas sekali gesaan agar ditegakkan Keadilan dan menentang kezaliman.

“Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan…” (surah al hadiid: 25)

Kebobrokan dan kezaliman berterusan tidak boleh lagi dibiarkan. Oleh kerana itu PAS, DAP dan PKR bersatu di bawah payung Pakatan Rakyat. Kami bertekad menegakkan Keadilan dan membawa perubahan kepada sistem yang sepatutnya berkhidmat kepada rakyat melewati batas ras kebudayaan serta kepercayaan. Tragedi yang menimpa Allahyarham Rumie Azzan Mahlie, Kugan dan Teoh sewajarnya mengingatkan kita, Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban untuk bersatu segera melakukan Perubahan.

ANWAR IBRAHIM

SYABAS PASUKAN MALAYSIA-ANWAR IBRAHIM

Saya dimaklum akan kekalahan tipis 2-3 pasukan bola sepak kebangsaan kepada skuad gergasi dari Eropah, Manchester United petang semalam.

Alhamdulillah, meski pun tewas, jelas ada peningkatan terhadap mutu permainan dan prestasi pasukan Malaysia. Saya turut diberitahu bahawa kedua-dua gol pasukan negara telah dijaringkan olih pemain muda berbakat, saudara Mohd Amri Yahyah.

Syabas diucapkan kepada saudara Amri dan seluruh pasukan Malaysia atas prestasi dan semangat yang dipamerkan. Saya doakan semoga pasukan bola sepak negara terus cemerlang dan berjaya.

Syabas pasukan Malaysia!

ANWAR IBRAHIM

ANWAR IBRAHIM PUN PUJI,INI RAKYAT MALAYSIA BOLEH KATA NASIB JE GOL TU...ESOK MU AKAN TURUN DENGN KESEBELASAN YANG KUAT HAHAHAH GO MALAYSIA.....

KETUA PESURUHJAYA SPRM PERLU LETAK JAWATAN-LIM KIT SIANG


Lebih 3,000 orang membanjiri Stadium Kelana Jaya menuntut keadilan bagi Teoh Beng Hock yang ditemui mati Khamis lalu, selepas disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) berhubung dakwaan salahguna peruntukan untuk DUN di Selangor.

Pemimpin utama Pakatan Rakyat, termasuk pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, ahli jawatankuasa PAS pusat, Datuk Husam Musa, berucap kepada hadirin.

Poster dan kain rentang dipasang di sekitar kawasan stadium tersebut, yang memaparkan gambar Teoh, dengan tulisan ‘Keadilan untuk Beng Hock"

Dalam ucapannya, Kit Siang mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat kematian Teoh - setiausaha politik kepada exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hean Wah.

Beliau juga mahu kabinet membuat keputusan segera mengenainya.

Lim turut menggesa ketua pesuruhjaya SPRM, Datuk Ahmad Said Hamdan supaya meletak jawatan.

GULAI PRU 13..

1.Parlimen Permatang Pauh
2.'Perampasan' Kuasa di DUN Perak
3.Parlimen Kuala Terengganu
4.Parlimen Bukit Gantang
5.DUN Bukit Selambau
6.Speaker DUN Perak di heret keluar Dewan
7.DUN Penanti
8.Karpal Singh dihalang oleh samseng Pemuda UMNO daripada masuk Parlimen
9.Manik Urai
10.Setiausaha Politik EXCOKerajaan N.Selangor, Teoh Beng Hock mati jatuh dari Tingkat 14, Pejabat SPRM,Plaza Masalam

11.Bekas Naib Presiden MCA keluar parti dan masuk PKR
12.Tambang Teksi dan bas naik
13.PPSMI
14.ISA
15.Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ)
16.SPRM
17.OKT mati dalam tahanan
18.Tuduhan Liwat DSAI

Di atas adalah di antara rempah ratus untuk 'masak' gulai dalam PRU13 nanti

GAMBAR HIASAN



Gambar hiasan seorang anak muda Itali yang jatuh mati.

TAHNIAH HARIMAU MALAYA



Sempat juga tadi tengok perlawanan MALAYSIA VS MANCHESTER UTD,kesudahanya MALAYSIA 2 MANCHESTER UTD 3.Corak permainan antara yang terbaik yang di tunjukkan oleh ANAK MUDA MALAYSIA menentang BARISAN BINTANG,BUKAN BARISAN NASIONAL.Mungkin aku tidak sempat melalui zaman kegemilangan bola sepak MALAYSIA tetapi sedikit sebanyak permainan yang di pamerkan BARISAN ANAK MUDA MALAYSIA amat membanggakan.Buka faktor nasib,ia berlaku kerana kesungguhan mereka bermain dan tanpa tekanan dari mana-mana pihak,MANCHESTER UTD yang menampakkan sedikit tekanan apabila kedudukan dua sama.

Menjadi satu keganjilan di STADIUM BUKIT JALIL apabila RAMAINYA RAKYAT MALAYSIA LAHIR DI ENGLAND ataupun LAHIR DI DUBLIN.Selepas ini suruh mereka yang fanatik gila tu tukar ic ALAMAT OLD TRAFFORD heheh.Sakit mata juga bila melihat rakyat MALAYSIA terlompat-lompat apabila RONNEY jaringkan gol pertama,mungkin mereka itu tak sedar mak cik bibah mereka ada di PENDANG dan bukan di CARDIF.Berpijak di bumi yang nyatalah wahai penyokong MU MALAYSIA,jika kita tidak sokong NEGARA KITA SIAPA LAGI YANG NAK SOKONG?Walaupun aku peminat ARSENAL tetapi jika ARSENAL VS MALAYSIA aku tetap sokong MALAYSIA TANAH AIR KU..Baik buruk bola sepak MALAYSIA hanya itu yang kita semua ada..terima je la.ISNIN INI MU NAK BALAS DENDAM HEHEHEHEH..TUNGGGGUUUUUUUUU.

MESTI BACA...

Tanya lah kepada orang-orang Pakatan Rakyat di Perak…”Siapakah yang menyebabkan kerajaan PR Perak jatuh?”. Jawapanya hampir serupa. Hampir seratus peratus akan menyalahkan Jamal dan Osman. Kerana itulah yang dimainkan disetiap ceramah dan perjumpaan.

Orang-orang Pakatan Rakyat sudah lupa bagaimana BPR (Sekarang SPRM) memainkan peranan menjatuhkan Pakatan Rakyat Perak.

Tiga bulan selepas Pakatan Rakyat mengambil alih Perak, Umno masih gagal memujuk Jamal dan Osman…malah beberapa lagi ADUN PKR untuk berpaling tadah. Umno sudah hilang kesabaran dan mula menggunakan khidmat BPR untuk membantu menjatuhkan PR Perak. Dan perancangan pun dimulakan untuk memerangkap Jamal dan Osman, dua orang ADUN PKR yang bermasalah.

Dengan menggunakan Imran sebagai ejen, BPR berjaya memerangkap Jamal dan Osman …dan satu operasi dijalankan. Skrip operasi tersebut disediakan oleh BPR Putrajaya, tanpa pengetahuan Pengarah BPR Perak, Datuk Shamsiah.

Pada hari operasi tersebut dijalankan, Datuk Shamsiah hanya membaca skrip yang disediakan oleh BPR Putrajaya…dan nyata skrip dan apa yang terjadi berlainan sama sekali. Datuk Shamsiah naik marah dan melawan. Akhirnya beliau ditukarkan ke Sarawak.

Tangkapan yang dilakukan terhadap Jamal dan Osman bukan kerana mereka benar-benar bersalah..tetapi hanya untuk digunakan sebagai ugutan terhadap mereka. Sehingga kini, walaupun kerajaan Perak sudah bertukar tangan..namun kes mereka masih lagi tertunggak-tunggak dimahkamah.

Dakwaan yang dilakukan terhadap Jamal dan Osman digunakan sebagai umpan untuk meruntuhkan kerajaan PR Perak. Kalau Jamal dan Osman bersedia untuk menyokong BN, maka dakwaan mereka akan ditarik balik. Ini kerja SPRM!! Komponen ke 17 Barisan Nasional.

Jamal memilih untuk tidak terjatuh dari Tingkat 14 Bangunan SPRM sebaliknya belot dan menyokong BN. Jamal dan Osman terselamat dari maut tetapi kerajaan PR Perak runtuh. Semuanya kerja SPRM.

Setelah berjaya di Perak, SPRM melebarkan aktivitinya ke Pulau Pinang. Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Fairus Khairudin juga bermasaalah. Tak perlu sesiapa pun yang melaporkan kepada SPRM, sebaliknya SPRM begitu ghairah membenteras rasuah dinegeri-negeri Pakatan Rakyat. 500 juta rasuah kapal selam terlalu kecil bagi mereka. 12.5 billion skandal PKFZ juga masih kecil bagi mereka.
Bukti-bukti terhadap Fairus memang jelas. Dan Anwar melakukan ‘pre-emptive strike’ dengan meminta Fairus meletak jawatan. Tetapi bukan itu yang dimahukan oleh SPRM!! SPRM tidak mahu Fairus meletak jawatan sebaliknya mengharapkan Fairus akan menjadi Jamal dan Osman.

SPR melengah-lengahkan keputusan untuk mengadakan pilihanraya kecil. Malah SPR juga cuba mengelak PRK diadakan. Seminggu kemudian, SPRM memutuskan Fairus tidak bersalah. Tidak ada kes terhadap Fairus.

Semasa keputusan SPRM Putrajaya mengumumkan Fairus bersih seperti kain putih, aku berada di Penanti bersama beberapa pemimpin PKR untuk persiapan PRK Penanti. Bila aku tanya…bagaimana kalau Fairus tidak bersalah dan menarik balik surat perletakan jawatannya…mereka senyum. Tak mungkin!! SPRM Pulau Pinang sudah memaklumkan kepada pemimpin PKR Pulau Pinang bahawa Fairus tidak boleh lepas.

Bila aku bagi tau kepada salah seorang pemimpin PKR disitu, tentang laporan Malaysiakini, dia terus menghubungi kawannya di SPRM Penang. SPRM Pulau Penang tak tahu menahu tentang pengumuman tersebut!! Malah kertas siasatan masih berada di Pulau Pinang!! Bagaimana SPRM Putrajaya boleh membuat pengumuman sedangkan kertas siasatan masih belum siap dan masih lagi di Pulau Pinang? Macam tu lah kerja SPRM. Mereka membuat kerja bukan untuk membenteras rasuah tetapi membuat kerja-kerja kotor Umno dan Barisan Nasional.SPRM gagal di Pulau Pinang.

Apabila Najib mengambil alih Umno Selangor, sasaran pertama Najib ialah untuk menggulingkan kerajaan PR Selangor. Dan sekali lagi SPRM dipergunakan. Tak perlu sesiapa yang membuat laporan…SPRM akan bertindak walaupun hanya laporan akhbar.

Tan Sri Khalid menjadi sasaran awal. Kes lembu korban pun boleh dijadikan alasan untuk SPRM membuat siasatan. Dan mereka serius!! Kalau kes Anwar pun boleh dicipta…apatah lagi terhadap Khalid. Pakatan Rakyat Selangor boleh dikatakan kukuh kalau mengikut jumlah kerusi. Ini sukar untuk Najib merampas Selangor tetapi Najib mempunyai seluruh jentera kerajaan untuk dipergunakan.

Siasatan yang dilakukan terhadap EXCO-EXCO Selangor merupakan langkah terdesak kerana Najib sudah hilang sabar. Najib perlu melakukan semua ini sebelum sidang Parlimen penggal depan yang akan bermula September atau Oktober ini.

Keruntuhan kerajaan PR Perak memberikan impak negatif kepada Umno. Rakyat bangun memberontak dan Najib tidak mahu perkara ini berlaku di Selangor. Dia mahukan rampasan kuasa yang akan dilakukan di Selangor akan dilihat seolah-olah mendapat restu rakyat. Sebab itu beliau bersungguh-sungguh mempelopori Kerajaan Perpaduan dengan Pas.

Dan sebahagian daripada pemimpin Pas termakan dengan perancangan Najib ini. Kalaulah perancangan Hj. Hadi dan Ust. Nasha untuk mengadakan UG dengan Umno ini diterima dalam Muktamar Pas yang lalu, Selangor sudah lama jatuh ke tangan Umno.

1 Julai 2009 merupakan tarikh yang dinantikan oleh perampas-perampas kuasa UBN. Tarikh tersebut ialah tarikh Anwar akan dibicarakan. Pendakwa akan memohon supaya jaminan yang diberikan terhadap Anwar ditarik balik dan Anwar akan dihantar ke Sungai Buloh. Untuk mengimbangi impak yang akan berlaku akibat dari peristiwa ini, SPRM juga akan menahan seorang bekas Timbalan Menteri dari BN dan juga…Tan Sri Khalid.

Pakatan Rakyat akan kehilangan ketua, Selangor juga akan kehilangan ketua. Dan pada masa itu, Najib akan bertindak. Apakah yang akan berlaku sekiranya Muktamar Pas bersetuju dengan UG?

Anwar dipenjara Sungai Buloh, Hj. Hadi sudah bersedia dengan UG dan apakah yang boleh dilakukan oleh Kit Siang?

Beberapa ADUN dari PKR dan PAS sudah boleh dibeli dan Selangor akan menjadi model Kerajaan Perpaduan, dimana ia akan di kuasai oleh Umno tetapi Menteri Besar dari Pas. Begitulah mulianya Umno…sanggup menyerahkan kerusi Menteri Besar kepada Pas. Dan ulama-ulama dari Pas akan mengeluarkan nas-nas dan hadis bagi menghalalkan rampasan kuasa itu. Demi bangsa, agama dan negara. Pemimpin-pemimpin PKR dan DAP semuanya korup dan tidak bermoral, maka lebih mulia untuk bersekongkol dengan Umno.

Itu sebabnya mengapa Nik Aziz bermatian mempertahankan Pakatan Rakyat. Malah sanggup ‘menghalau Timbalan Presiden Pas’ sekiranya masih mahu meneruskan usaha Kerajaan Perpaduan.

Mengapa SPRM tidak berminat untuk mencari kesalahan pemimpin Pas? Ataupun adakah kerana memang tidak ada pemimpin Pas yang korup?

Kalau dibandingkan dengan kes lembu dan kereta Tan Sri Khalid, apa yang berlaku di Kedah lagi teruk. Tapi SPRM tidak berbuat apa-apa. Biaq pi la. Kerana Umno masih mengharap Ust. Azizan akan bersama mereka satu hari nanti. Pernahkah Ustaz Azizan mengkritik UG? Malah beliau ‘menasihati’ Nik Aziz pula!.

Lupakanlah Kerajaan Perpaduan. Lupakan lah niat untuk berbaik dengan Umno.

Apa yang berlaku kepada Teoh Beng Hock hanyalah salah satu dari ‘kekejaman’ Umno dan Barisan Nasional. Kematian Teoh Beng Hock juga sepatutnya menjadi ‘catalyst’ kepada Pakatan Rakyat untuk memperkukuhkan pakatan. Kejatuhan PR di Perak bukan hanya disebabkan oleh Jamal, Osman atau pun pemimpin-pemimpin PKR yang tidak bermoral. Kejatuhan PR di Perak adalah angkara Umno dan SPRM.

Altantuya dah mati…Bala dah hilang…Kugan mati dalam lokap…Raja Petra juga hilang…Adi Anwar Mansor masih memerlukan ‘life support’ akibat disiksa dalam lokap polis.

Berapa lagi nyawa yang diperlukan untuk mempertahankan nafsu Umno dan Barisan Nasional? Jangan tunggu sehingga anak kita sendiri mati dilokap polis atau membunuh diri di pejabat SPRM - Mat Saman Kati (MSK)


"KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT "

Saturday, July 18, 2009

TEOH ALAMI BANYAK KECEDERAAN.

TEOH ALAMI KECEDERAAN AKIBAT JATUH TETAPI POLIS BELUM KETEPIKAN PERBUATAN KHIANAT – berita hairan


Polis masih belum mengetepikan lagi teori kemungkinan ada perbuatan khianat disebalik kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock, walaupun laporan awal bedah siasat yang dijalankan dua pakar patologi semalam menunjukkan mangsa mengalami pelbagai kecederaan akibat jatuh dari tempat tinggi

CHUA JUI MENG ISI BORANG PKR


CHUA JUI MENG MASUK PARTI KEADILAN RAKYAT

Bekas naib President MCA Chua Jui Meng, secara resmi telah mengisi borang untuk menjadi ahli Parti Keadilan Rakyat pada jam 2.30 petang ini.

Chua telah meletakkan jawatan ketua bahagian MCA Bakri dua hari dahulu.

Kemasukan Chua Jui Meng ini akan menambahkan lagi porak peranda yang sedang berlaku dalam MCA.

Apa cerita yang akan dibocorkan oleh Chua kepada PKR sama-sama kita tunggu jeng jeng

CHUA JUI MENG DI PROGRAM PKR


Former health minister Chua Jui Meng, who quit on Thursday as chief of Bakri MCA division, has this afternoon appeared at a function organised by opposition PKR.

MANGSA TERBARU KEGANASAN POLIS


SHAH ALAM, 17 Julai: Adun Rawang, Gan Pei Nei yang menjadi salah seorang mangsa pukulan pihak polis pagi tadi di Bangunan Masalam berkata, keputusan untuk tindakan seterusnya akan diambil selepas perbincangan dengan pihak peguam di Bangunan SUK, petang ini.


Beliau yang bercakap dengan Siasah berkata, beliau dan rakan-rakan yang lain baharu sahaja pulang dari hospital di Kelang untuk menjalani pemeriksaan ekoran pukulan terbabit menyebabkan benjolan di kepalanya.



Untuk pengetahuan, Gan merupakan wakil rakyat wanita yang sepatutnya menerima wartawan Siasah dalam satu tembubicara berbentuk focus untuk bulan Ogos namun terpaksa membatalkannya ekoran kejadian berkenaan.



“Kami pun hairan kenapa pula kami yang dipukul polis sedangkan kita hanya berkumpul secara aman di Bangunan Masalam dan hanya cakap-cakap sedikit sahaja,” terangnya kepada Siasah baru sebentar sebelum ini.



Menurutnya, antara yang turut menjadi mangsa adalah Exco Kerajaan Selangor, Elizabeth Wong dan ramai lagi ditangkap termasuk Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar dan Ahli Parlimen Kapar, Manikavasagam.



Mereka berkumpul di hadapan Bangunan Masalam dekat sini bagi menyatakan sokongan dan simpati serta memohon satu siasatan terperinci dilakukan oleh pihak polis terhadap bagaimana bentuk penyiasatan pihak SPRM sehingga berakhir dengan kematian mangsa.



Gan berkata, keadaan di Masalam kini aman dan orang ramai kelihatan berhimpun di hadapan Balai Polis Shah Alam bagi menyuarakan sokongan kepada rakan-rakan mereka yang masih belum dibebaskan ketika berita ini ditulis.



Pada jam 1.30 petang semalam, pembantu Exco Selangor, Teoh Beng Hock, 30, ditemui meninggal selepas dikatakan jatuh di Bangunan Masalam selepas selesai siasatan oleh SPRM pada jam 3.45 pagi sebelum itu.



Ekoran itu, Kerajaan Selangor menyifatkan kematian Teoh sebagai satu tragedi yang amat menyedihkan dan Menteri Besar mengucapkan takziah kepada keluarga Teoh ekoran kehilangan orang yang tersayang yang sepatutnya mendapatkan perkahwinannya pada hari ini.

Pakatan Rakyat menggesa pihak kerajaan mewujudkan satu Jawatankuasa Diraja untuk menyiasat secara khas dan terperinci bagaimana kejadian itu berlaku dan boleh berakhir dengan satu kematian yang amat menyedihkan

PENDAKWARAYA MERAYU PULA KEPADA MAHKAMAH RAYUAN

Usaha jijik BN semakin hari semakin jelas,akibat daripada terdesaknya mereka ini di rayu pula ke MAHKAMAH RAYUAN agrmbatalkan keputusan MAHKAMAH TINGGI.Ini terjadi kerana segala dokumen yang di minta oleh pihak pembelaan jelas menunjukkan DSAI tidak bersalah dan kes itu patut di gugurkan serta merta.

Rakaman cctv semestinya memeningkan kepala pendakwaraya kerana tiada langsung bukti menunjukkan bahawa SAIFUL BUKHRI ke APARTMENT yang di maksudkan tempat SAIFUL BUKHARI di liwat.Bukti jelas DSAI tidak bersalah dan ini semua konspirasi dan khianat pihak yang berkepentingan.Camera litar tertutup itu di perolehi daripada pengawal keselamatan dan menunjukkan suatu penipuan terancang untuk memburukkan DSAI dan menghumbannya semula ke penjara SG BULUH.

Selain itu hasil pemeriksaan perubatan juga menunjukann dubur SAIFUL BUKHARI masih normal dan tiada kesan di masukkan benda tumpul,ada gambar dan perbezaa dubur yang di liwat dan tidak di liwat jelas SAIFUL TIDAK DI LIWAT,ini yang membuatkan pendakwaraya terdesak.Jika di serah dokumen dan rakaman kepada pihak pembelaan semestinya (BUANG KES).Banyak lagi bukti yang menyebabkan pihak pembela memohon untuk membuang kes kerana tiada bukti liwat.Kenyataan SAIFUL BUKHARI juga bercanggah,SAIFUL BUKHARI menyatakan bahawa bersama DSAI di sebuah rumah pada tarikh dan waktu yang di nyatakan oleh SAIFUL BUKHARI tidak sama kedudukn yang sebenarnya beliau berada ketika itu,SAIFUL BUKHARI bukan berada bersama DSAI pada hari dan waktu yang di dedahkan malahan beliau berada di tempat lain dan di sahkan oleh beliau sendiri kepada rakannya.Mungkin BUdAkHINGUSAN seperti SAIFUL BUKHARI lupa apa yang dia lakukan pada hari itu.Mungkin pihak pendakwa sudah mengenal pasti kelemahan pendakwaa mereka sehinggakan mereka tidak berjaya menghalang supaya menyerahakn dokumen dan rakamnctv,jalan terakhir dengan merayu di MAHKAMH RAYUAN.

Kita bimbang juga dengan krediabiliti MAHKAMAH RAYUAN,contohnya KES NEGERI PERAK.Sehari selepas keputusan MAHKAMAH TINGGI MENGISTIHARKAN NIZAR MBPRAK YANG SAH,tengok-tengok esok MAHKAMAH RAYUAN terima RAYUAN ZAMBRY 786 terus keputusan terbalik kong.Segalanya mungkin berlaku di saat ini rakyat perlu bersedia dengan pelbagai kemungkinan yang tidak pernah terlintas di minda mungkin boleh berlaku.REFORMASI.

Friday, July 17, 2009

PERHIMPUAN RAKSAKSA BELA KEMATIAN TEOH

Kerajaan Selangor akan mengadakan perhimpunan solidariti "Perhimpunan Rakyat" Ahad ini bagi menuntut keadilan bagi Teoh Beng Hock yang ditemui mati, dipercayai jatuh dari bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam selepas disoal siasat berhubung dakwaan salahguna peruntukan untuk DUN di Selangor.

Perhimpunan tersebut akan diadakan Ahad 19 Julai ini di Stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya pada jam 4.30 petang.

Ia akan dihadiri oleh pimpinan Pakatan Rakyat, kata satu kenyataan sekretariat akhbar pejabat menteri besar Selangor.

Menurutnya, Ketua Polis Selangor Dato Khalid Abu Bakar telah dimaklumkan mengenai perhimpunan tersebut.

"Kerajaan negeri sekali lagi menyampaikan takziah kepada keluarga Teoh dan bersedia untuk memberikan sumbangan kewangan bagi pengurusan jenazah dan pengembumian," katanya kenyataan itu lagi.

SEMUA DI JEMPUT HADIR - SEMUA DI JEMPUT DATANG - SETIAKAWAN DENGAN YANG DISEKSA

MESTI TONTON

ORANG TERAKHIR JUMPA TEO...


Orang terakhir jumpa Teo: Saya didera SPRM...

Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Hwa mencerita pengalaman perit yang dilaluinya ketika disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rabu lalu, berhubung dakwaan salahguna peruntukan untuk DUN di Selangor.

Tan disoal siasat oleh SPRM pada hari yang sama dengan Teoh Beng Hock - setiausaha politik exco kerajaan Selangor - yang ditemui mati, dipercayai jatuh dari bangunan pejabat SPRM jam 1.30 petang semalam.

Tan mendakwa, dua pegawai SPRM yang menyoal siasatnya, cuba mendapatkan pengakuan palsu daripadanya, dengan memaksanya menafikan telah membekalkan 1,500 ribu bendera Malaysia bagi satu majlis sambutan hari Kemerderkaan di DUN Sri Kembangan.

Sewaktu sesi soal siasat tersebut, katanya, pegawai berkenaan menggunakan teknik 'polis baik dan polis jahat' - pada mulanya bersikap baik tetapi kemudiannya bertindak kasar dan memaksanya berdiri selama empat jam dari pukul 10 malam hingga 2 pagi.

Tan berkata, ada beberapa kali dia diancam dengan keganasan fizikal, di mana seorang pegawai menuding ke dahinya dan didakwanya berkata: "Kami jangan bohong. Saya boleh pukul kami. Percayalah!".

Sewaktu disoal siasat, katanya, pegawai yang lain masuk ke bilik untuk mempersendakan kelemahannya bercakap dalam bahasa Malaysia dan memanggilnya dengan istilah yang kesat - Cina bodoh - dan bertanya sama ada dia rakyat China.

Yang paling teruk, kata Tan, ialah ancaman terhadap keluarganya yang disifatkannya sebagai satu 'penderaan mental'.

"Mereka kata, jika saya tidak cakap benar, mereka akan ambil isteri dan tiada siapa yang akan menjaga anak-anak saya. Tetapi saya tidak beralah," kata Tan dalam satu sidang akhbar di bangunan setiausaha kerajaan negeri hari ini.

PENDEDAHAN TERBARU..

Semuanya telah diberitahu lebih awal. Amaran demi amaran diberikan tetapi tidak dipedulikan kerana yang memberi amaran ialah Malaysia Today. Malaysia Today dianggap bukan sumber maklumat yang sah. Malaysia Today dianggap penyebar khabar-khabar angin dan cerita-verita karut.

Apabila BPR (sekarang SPRM) menculik keluarga seorang inspektor polis, Malaysia Today membongkar cerita tersebut. SPRM menculik isteri dan anak seorang Inspektor polis yang menyiasat tentang ketua kumpulan haram diatas arahan pegawai atasan polis yang berpangkat ASP.

Inspector tersebut hanya menjalankan tugas seperti yang diarahkan dan membuka satu fail dan penyiasatan tentang aktiviti pelacuran, pengedaran dadah dan judi haram. Dan ini menyebabkan tiga ketua sindiket ditahan.

Apa yang dimahukan oleh SPRM amat mudah. Mereka mahukan Inspektor polis tersebut mengubah laporannya supaya tiga ketua sindiket tersebut boleh dibebaskan.

Dan ispektor polis tersebut perlu melakukannya sekiranya mahukan isteri dan anaknya dibebaskan.

Inspektor polis tersebut enggan melakukannya. Sebaliknya dia membuat satu laporan polis. Begitu juga dengan isternya. Tetapi tiada tindakan susulan dibuat oleh pihak polis. Tiada pegawai SPRM yang ditangkap ataupun diheret kemahkamah kerana kesalahan menculik

SPRM kemudian membocorkan maklumat tersebut kepada media bahawa mereka sedang menyiasat seorang pegawai kanan polis, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCD), kerana kesalahan tidak mengisytiharkan harta bernilai 27 juta ringgit. Sepatutnya siasatan SPRM adalah rahsia kerana tertakluk dibawah OSA, tetapi itu tidak menja hal. Lagi pun, OSA hanya digunakan terhadap penyokong pembangkang dan bukan mereka yang berkuasa.

Walaubagaimanapun, Pengarah CCD tidak didakwa kerana tidak mengisytiharkan harta bernilai RM27 juta. Dia didakwa kerana menyalahgunakan harta milik polis untuk kegunaan sendiri, sesuatu yang dilakukan oleh semua pegawai kerajaan, menteri dan ahli politik setiap hari dan minggu. Tetapi jenayah sebenar yang dilakukan oleh Pengarah CCD ini ialah menahan beberapa ketua kumpulan haram Cina yang mengawal jenayah pelacuran, Ah long, dadah dan judi haram diseluruh Malaysia.

Mereka menahan peguam yang bertindak bagi pihak Pengarah CCD tersebut. Pegawai SPRM menahan beliau pada malam raya dan menggari beliau selepas memperlakukan seolah-olah peguam tersebut seperti seorang perompak bank. Untuk memastikan peguam tersebut mendapat malu, beliau ditahan dalam operasi ala Hollywod, dimana beliau ditahan dihadapan seluruh staf beliau.

Malaysia Today menulis semua ini. Malaysia Today bukan sahaja menulis semua ini malah mengulang cerita ini berkali-kali untuk memastikan tiada siapa yang terlepas cerita ini. Tapi tiada tindakan dibuat. Tiada siapa yang menafikan cerita ini. Lebih penting lagi, tiada siapa yang melakukan sesuatu tentang apa yang dibongkar oleh Malaysia Today.

SPRM telah menjadi alat untuk mereka yang berkuasa untuk sekian lama. Secara rasmi, BN mempunyai 14 parti komponen dimana Umno menjadi peneraju utama. Secara tak rasmi, BN mempunyai 17 parti komponen. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah komponen ke15, PDRM adalah komponen ke 16, dan SPRM ke 17. Mereka berkhidmat untuk kepentingan Umno dan Perdana Menteri.

Bila ditanya, mereka akan menjawab. “Siapa yang tembak? Mana pistolnya? Mana buktinya?” Tak ada siapa yang menembak…tak ada pistol…tak ada yang mati…jadi tiada jenayah yang berlaku!

Hari ini, ada mayat bergelimpangan. Ianya adalah mayat seorang pemuda Cina, setiausaha politik kepada ADUN Seri Kembangan yang ditangkap dan disiksa oleh pegawai SPRM. Ya…dia telah disiksa. Dan dia disiksa kerana SPRM mahu dia bercakap.

Tetapi dia tak boleh bercakap. Dia tak bercakap kerana tiada apa-apa yang hendak dicakapkan. SPRM mahukan beliau memerangkap rakan-rakan dalam pembangkang. SPRM mahumenyabitkan rakan-rakan beliau dalam pembangkang diatas beberapa kesalahan jenayah yang SPRM dakwa dilakukan oleh pembangkang.

Dia cuba menerangkan bahawa dia bukan degil. Dia cuba menerangkan bahawa tiada jenayah yang telah dilakukan. Dia cuba menerangkan bahawa rakan-rakannya dalam pembangkang tidak melakukan jenayah dan itu semuanya hanyalah khayalan SPRM.

Jadi, mereka terus menyiksa beliau. Dan dia tidak mampu menahan siksaan. Lagipun, dia bukan lah yang bersifat ‘macho’. Dia merupakan seorang yang berperawakan lembut dan akan berkahwin hari Jumaat ini. Itu sahaja yang dia mahu.

Mereka mengugut akan membunuhnya sekiranya dia tidak mahu bercakap. Dengan linangan airmata, dia meminta belas kasihan dan memohon belas kasihan supaya jangan mengapa-apakan dia. Pegawai SPRM mengugut akan mencampak beliau kebawah sekiranya dia enggan bercakap. Dia menangis dan melutut memohon agar tidak diapa-apakan.

Mereka mengheret beliau ketengah-tengah bilik dan membuka tingkap. Satu kesilapan berlaku. Sepatutnya ia hanyalah satu ugutan. Mereka hanya mahu menimbulkan ketakutan. Mereka sebenarnya tidak mahu menghumban lelaki tersebut kebawah. Mereka hanya mahu beliau melihat kebawah.


Lelaki muda tersebut panik. Dia meronta apabila melihat ketinggian dimana dia akan dicampak. Pegawai-pegawai SPRM tidak dapat mengawalnya dan terlepas. Lelaki tersebut terjatuh dan meragut nyawa beliau.


SPRM kemudian mengumumkan bahawa mereka telah membebaskan Teoh Beng Hock malam sebelumnya. Mereka gagal memberitahu bahawa SPRM bukan membebaskan Teoh sebaliknya menghantar Teoh kealam lain. Tiba-tiba mereka menjumpai mayat tersebut. Dia melompat. Dia membunuh diri. Dia mengambil nyawanya sendiri. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak diheret ketingkap untuk diajar bagaimana hendak terbang.

Keadaan ini sudah berlarutan untuk satu jangka masa yang lama. SPRM bertindak seolah-olah mereka Tuhan. Mereka menculik keluarga dan menyiksa mereka yang ditangkap. Mereka mengugut untuk membunuh sisiapa yang mereka tahan sekiranya enggan bercakap.

Dan sekarang, lelaki muda ini telah mati. Tetapi tiada sesiapa yang akan didakwa. Tiada sesiapa yang akan menerima hukuman kerana lelaki ini mengambil nyawanya sendiri. Mengapa dia mengambil nyawanya sendiri…tiada siapa tahu. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak pernah diugut untuk dibunuh. Dia tidak diheret ketingkap. Dan dia secara tidak sengaja telah terjatuh.

Inilah yang akan diberitahu oleh SPRM kepada kita semua.

(Artikel ini adalah terjemahan kepada artikel asal The writing was already on the wall so long ago oleh Raja Petra.)

PENDEDAHAN CARA SPRM SOAL SIASAT......


JOHOR BAHRU: Matanya ditutup dengan tali leher sebelum ditumbuk, disepak dan dibogelkan. Itulah keadaan terpaksa dilalui seorang pembantu tadbir sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini, di dalam sebuah bilik gelap di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, kelmarin.

Mangsa tidak menyangka kehadiran dua pegawai SPRM yang menjemputnya di tempat kerja pada 7 Julai lalu untuk ke pejabat mereka bagi dirakam keterangan sebagai membantu siasatan satu kes rasuah membabitkan pegawai tertinggi PBT terbabit berakhir dengan penderaan.

Selain penderaan fizikal, mangsa yang berusia 29 tahun itu turut mendakwa sekumpulan tiga lelaki berada di dalam bilik soal siasat mengeluarkan kata-kata kesat berbaur penghinaan seperti bodoh dan sial apabila tidak berpuas hati dengan jawapan diberikannya.

Malah, detik yang amat perit dan meninggalkan kesan trauma dalam hidup lelaki berkenaan tidak berlaku sekadar dua atau tiga jam, tetapi terpaksa melaluinya lebih 12 jam.

Semuanya bermula apabila lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Zul itu dikunjungi dua pegawai SPRM Johor di pejabatnya di sebuah PBT di Simpang Renggam dekat sini, kira-kira 8.30 pagi 7 Julai lalu, yang mengkehendaki dia dan seorang lagi kakitangan memberi keterangan berhubung kes rasuah di pejabat agensi itu di sini.

Katanya, sebaik tiba di pejabat SPRM, dia diarahkan menanggalkan jam tangan, cincin dan menyerahkan semua barangan di dalam kocek seluarnya sebelum dibawa seorang pegawai memasuki sebuah bilik gelap.

“Seterusnya mata saya ditutup dengan tali leher dan diarahkan duduk ke atas kerusi sebelum tiga lelaki yang mula menyoal dengan nada serius.

“Mereka juga menyuruh saya mendedahkan berapa jumlah wang yang diterima seorang pegawai tertinggi tempat saya bekerja daripada beberapa orang kontraktor bagi menjayakan satu aktiviti lawatan sambil belajar ke Bandung, Indonesia pada 23 hingga 26 April lalu,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Menurut Zul, dia menerima pukulan sulung di kepala dipercayai menggunakan satu objek keras oleh seorang pegawai yang membuat soal siasat itu apabila dia memberikan jawapan tidak tahu menahu dan tidak menerima wang yang dimaksudkan itu.

Zul berkata, oleh kerana tidak berdaya untuk mempertahankan dirinya, dia terpaksa merayu kepada pegawai terbabit sambil bertanya kenapa dia diperlakukan sedemikian, tetapi rayuannya disambut dengan kata-kata kesat dan maki hamun pegawai terbabit.

“Saya kemudiannya diarahkan ke bilik seorang lagi pegawai di mana di situ, saya diberitahu bahawa saya adalah saksi kepada kes yang sedang disiasat SPRM itu.

“Malah pegawai berkenaan turut mengingatkan saya supaya tidak membongkarkan apa yang berlaku di dalam bilik gelap itu jika tidak mahu memalukan diri sendiri.

“Ketika itu jam 9 pagi dan saya melalui proses merakam keterangan sehingga jam 11 pagi sebelum dihantar semula ke pejabat oleh pegawai SPRM,” katanya.

Zul berkata, ketika di pejabat dia menemui rakannya yang turut dipanggil untuk memberi keterangan itu dan dimaklumkan dia tidak mengalami situasi penderaan di dalam bilik gelap itu.

“Oleh kerana berasakan diri saya diperlakukan dengan cara kejam oleh pegawai SPRM yang menyalahgunakan kuasa, saya membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Kluang tidak lama kemudian sebelum membuat laporan polis,” katanya.

Katanya, oleh kerana kesal dengan insiden yang dilaluinya itu, keluarganya sudah melantik seorang peguam untuk membawa perkara yang memalukan serta melampaui batas itu ke peringkat mahkamah.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Simi Abdul Ghani yang dimaklumkan berhubung insiden yang menimpa Zul itu berkata pihaknya menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan selanjutnya.

Katanya, pengadu mempunyai hak untuk membuat laporan polis berhubung dakwaan itu dan siasatan sewajarnya dilakukan jika terbukti dakwaan itu adalah benar dan telus.

“Pengadu berkenaan sudah membuat laporan polis, jadi kami serahkan kepada pihak berkuasa berkenaan untuk menjalankan siasatannya dan jika terbukti dakwaan itu benar, biar pegawai yang terbabit dikenakan tindakan undang-undang sewajarnya,” katanya. (KedahLanie)

MAKSUD BARU SPRM?

Komen ini saya dapati di ruangan FACEBOOK-Kata seorg penyokong, SPRM tu apa ? Sjaya Pembunuh Rakyat Msia... Ye ke ? Anda bgaimana ?

TERKINI...3 DI TAHAN PAGI INI


Polis bertindak meleraikan 300 orang yang berhimpun di luar bangunan Hotel Concorde di Shah Alam menuntut supaya SPRM disiasat ekoran kematian seorang pembantu ahli politik pembangkang.

Ketika mereka melaung "siasat, siasat, siasat", pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat mengadakan sidang akhbar di hotel tersebut.

Pemimpin PKR tiba pada jam 10.20 pagi dan menyampai ucapan ringkas kepada orang ramai di situ, ketika masuk ke dalam hotel.

Kira-kira 10 minit kemudiannnya, polis pencegah rusuhan mula betindak meleraikan orang ramai menyebabkan berlaku pergelutan di situ.

Sekurang-kurangnya tiga orang ditahan

CHUA LETAK JAWATAN PENGERUSI MCA BAHAGIAN..


Bekas Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng malam ini meletak jawatan sebagai Pengerusi MCA bahagian Bakri yang dipimpinnya sejak 1988 tetapi menolak desas desus yang mengatakan beliau akan keluar parti dan menyertai PKR.

Beliau menyerahkan tugas memimpin bahagian itu kepada timbalan pengerusi bahagian, Sia Ka Tuan.

Chua sebaliknya meminta supaya semua anggota jawatankuasa MCA bahagian itu menyokong penuh kepimpinan presiden parti, Datuk Seri Ong Tee Keat, lapor Bernama.

"Sudah sampai masanya saya memberi laluan kepada orang yang lebih muda dari saya," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat MCA bahagian Bakri malam ini.

Katanya beliau sudah memaafkan mereka yang mencabarnya dalam pemilihan tahun lalu, dan kini beliau hanya mahukan mereka memandang ke hadapan, jangan saling bertelagah disebabkan perkara-perkara kecil.

Terdahulu beliau mengadakan pertemuan tertutup dengan penyokongnya selama sejam di dewan bangunan ibu pejabat itu.

Bercakap mengenai masa depannya Chua berkata beliau akan meneruskan visi perjuangannya iaitu mahukan supaya kepimpinan kerajaan mengkaji semula Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan membela rakyat semua kaum dalam negara.

Beliau berkata matlamat perjuangannya yang terkandung dalam manifesto semasa bertanding untuk jawatan presiden MCA pada tahun 2005 dan 2008 lalu akan terus diperjuangkan sekalipun beliau tidak lagi memegang jawatan dalam parti.

"Saya percaya Malaysia boleh menjadi negara terkaya, lebih kaya daripada Singapura dan saya mahu kekayaan negara ini dikembalikan kepada rakyat semua kaum dalam negara," tambahnya.

PAKAI BAJU HITAM ESOK TANDA SETIA KAWAN....

LILIN BANYAK TERPASANG

Lebih 500 warga telah datang untuk membakar lilin
dan membawa bunga.

Semuanya datang untuk roh arwah Teoh Beng Hock yang mati jatuh
dari bangunan SPRM pagi tadi.

Majoriti warga yang datang menyampaikan tahziah telah
memakai baju hitam tanda setiakawn.

Suasana disekeliling kelihatan sugul dan sedih.

Ini ditambah pula dengan berita bahawa si arwah
akan merakamkan perkahwinan Jumaat esok

Thursday, July 16, 2009

REAKSI LIM KIT SIANG SELEPAS TRAGEDI

In an immediate reaction, DAP supremo Lim Kit Siang expressed shock and asked in his twitter account, “Is there now the first case of death in custody, not police but MACC? If so, heads must roll!”

The DAP leader is in Penang and said he was waiting for a full report about the tragedy.

“What has this country come to?” he asked

PA EXCO KERAJAAN SELANGOR MATI..


(foto: Teo, kanan, bersama Ean Yong berbual denga pegawai siasatan di pejabat exco itu)


PA EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR(ADUN SRI KEMBANGAN) MATI,Teo Beng Hock30 DI PERCAYAI TERJUN DARI PEJABAT SPRM SELANGOR.SPRM tidak jelas sama ada Setpol Adun Sri Kembangan mati akibat terjatuh atau terjun dari bangunan tersebut.

PERKEMBANGAN TERKINI AKAN MENYUSUL...

JANGAN BIARKAN HATI AHLI PKR DI KELANTAN TERUS DI GURIS

LAMA Murai tidak muncul, bukan apa-apa cuma seminggu dua ni tak ada nafsu untuk bercakap atau berkokok mengenai politik. Bukan bermakna Murai sudah pencen, Murai masih ada dan akan tetap bersiul dan berkokok mencerita dan membuka kisah demi kisah yang tersorot di celah-celah sampah sarap.

Kali ni Murai nak ceritakan perihal satu email yang masuk ke dalam box email tuan Murai. Mulanya Murai malas nak baca, tetapi selepas menyilaunya dua tiga ayat, menarik pula email ini. Ada isu yang hendak dituturkan dan elok kalau didedahkan.

Kisahnya ialah mengenai perasaan orang-orang PKR Kelantan yang tidak berpuas hati dengan sikap rakan mereka di Kelantan. Email ini menceritakan mengenai hubungan PKR dengan Pas yang tidak begitu intim. Kerana itu katanya dia tidak hairan kalau dalam pilihan raya Manik Urai lalu Pas menang dengan majoriti yang sedikit, cukup untuk dibuat penawar! Sebabnya pilihan raya itu tidak didepan dengan semangat perpaduan yang ulit.

Pengiriman ini memberi contoh kepada apa yang berlaku ke atas dirinya (PKR) sendiri semasa pilihan raya berkenaan. Katanya dia dan rakan-rakannya yang beriya datang ke Manik Urai untuk membantu Pas, tidak diberikan peranan. Sedihnya, katanya seolah kedatangan mereka itu seperti tidak diperlukan.

Murai tidaklah dapat mengatakan benar atau tidak apa yang didakwan oleh pengirim ini. Yang pastinya apa yang Murai tenguk tidak banyak bendera Keadilan dikibarkan pada pilihan raya berkenaan seperti selalunya. Tetapi mungkin juga kerana SPR larang, maka kuranglah bendera Keadilan. Maka kekurangan bendera ini tidak boleh dijadikan hujah dan bukti yang timbul rasa kurang senang Pas dengan PKR?

Tetapi kalau sudah ada ahli Pakatan sendiri yang mengaku, ini bermakna benarlah bahawa pilihan raya kali ini tidak dihadapi dengan semangat kerjasama yang tinggi. Murai yakin atas apa yang diceritakan itu kerana orang Pas sendiri ada yang dimurih dan dihalang jangan pergi ke Manik Urai.

Sejajar mengenangkan hal ini Murai teringat kepada runggutan seorang Ketua Keadilan di Kelantan mengenai nasib parti itu di Kelantan. Ketua itu pernah merungut dan merintih mengenai layanan kurang adil dan memuaskan kepada PKR di Kelantan sebagai rakan dalam Pakatan. Rintihan ini sudah lama dicurahkan tetapi Murai buat-buat tak peduli saja.

Kata ketua itu, apa yang dilaungkan oleh Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat yang begitu kental sekali dengan Pakatan Rakyat tidak seperti mana yang dipraktikan. Bikin tidak seperti dikatakan, katanya. Di Kuala Lumpur Nik Aziz seolah menyimpul mati dirinya dengan Pakatan Rakyat. Sehinggakan beliau sanggup meminta orang yang bercakap nak berunding dengan Umno supaya keluar parti dan letak semua jawatan. Kemarahan Nik Aziz ini menunjukkan dia begitu ‘mmeruk’ dengan Pakatan Rakyat, kata ketua itu.

Tindakan Nik Aziz itu menjelaskan beliau benci kalau Pas bercakap soal perpaduan dengan Umno. Nik Aziz percaya dan yakin Pakatan Rakyat akan dapat membentuk kerajaan bersama Pakatan Rakyat. Semua pandangan dan pendirian Nik Aziz itu disokong. Ahli dan penyokong Pakatan baik PKR dan DAP mengalu-alukan. Nik Aziz menjadi simbol pengukuhan Pakatan Rakyat dan mursyidul yang menolak rundingan Pas dengan Umno.

Bagaimana pun apa yan dikesalkan si ketua itu, berlainan dalam praktikannya di Kelantan. Beliau memberi tahu Murai misalnya dalam soal pembahagian kek kemeangan di Kelantan PKR dilayan sebagai anak tiri sahaja. Saguhati untuk PKR tidak seberapa malah tidak kelihatan langsung.

Katanya PKR tidak mendapat apa yang sepatutnya diperoelehi. Mislanya jawatan penyelia DUN Pengkalan Kubur dan Nenggeri yang sebelum ini diperuntukan kepada PKR ditarik balik. Penyedia untuk DUN yang kalah itu diberikan kepada Pas. Katanya kalau ikut amalan biasa kawasan yang diperuntukan kepada PKR seharusnya diisi oleh wakil PKR bila kalah. Itulah baru dikatakan persahabatan.

Bukan itu saja kata ketua bahagian itu, jawatan-jawatan dalam PBT, badan berkanun dan lantikan politik seperti penghulu, guru halaqah dan sebagainya tidak mengikut kouta yang sewajarnya. Misalnya perlantikan penguhulu wakil PKR diberikan seorang saja untuk satu kawasan parlimen yang memperutnuakn 50 orang penghulu. Yang lainya disapu oleh Pas.

Wakil PKR dalam PBT pula hanya dua atau tiga orang daripada lebih 12 ahli. Manakala dalam badan berkanun pula wakil PKR hanya dilantik sebagai ahli saja, jawatan berprestaj seperti pengerusi dan ketua dikebas oleh Pas.

Ketua itu mengakui bahawa PKR hanya melukut di tepi gantang di Kelantan. Tetapi kalau mengikut semangat Pakatan Rakyat, PKR seharusnya tidak diperkecil begitu. Melukut juga perlu diberi tempat seadil-adilnya. PKR harus dilayan sama rata dan sepandan dengan keupayaannya. Walaupun ia melukut, namun kehadiran melukut di hujung badang itu ada juga gunannya.

Ketua itu merasa anih, Pas Kelantan nampak begitu berminat dengan Anwar Ibrhaim saja tetapi tidak suka kepada penyokong dan ahli paritnya di Kelantan. Sikap ini kata ketua itu samalah orang yang suka kepada susu tetapi benci kepada sapi. Sesuatu yang Murai rasa cemas bila ketua bahagian itu memberi ingatan kepada Pas, agar jangan berlebih sangat menganiaya PKR takut bimbang berlaku sesutau yang tidak diingini.

"Jangan buat nyanya ke PKR nanti, PKR juga orang bukan tunggul kayu," begitulah luah ketua itu.


Makanya bagi fikrian Murai, kerajaan Kelantan harus melayan PKR Kelantan dengan adilnya. Jangan mereka dipergunakan sewaktu dalam keadaan susah, tetapi bila sudah lepas dan bebas dilupakan begitu saja. Apa yang berlaku ke atas bekas parti Semangat 46 dulu berulang lagi. Jangan jadi si buta yang hagas, melempat tongkat selepas menyeberangi jambatan...

Jadi sebelum perasaan ahli dan penyokong PKR Kelantan terguris lebih dalam hendaknya adalah mana-mana pemimpin Pas mengajak pemimpin PKR kahsnya ketua bahagian berkenaan untuk duduk makan nasi kerabu dengan kopi O menyelesaikan masalah yang masih kecil dan putik ini. Dan jika ada pemimpin PKR datang menemui Exco Pas jangan buat layan-layan kucing saja, bercakap pun tidak tengok ke mata kerana asyik membelek surat khabar. Jangan..., jangan!

Murai: Hanya melaporkan saja untuk pengetahuan orang Pas

Nasib nasib.....ONE MALAYSIA

Belumpun rakyat MALAYSIA menikmati apa yang di hadiahkan oleh PM ONE MALAYSIA,ada lagi satu hadiah istimewa untuk RAKYAT MALAYSIA.Bermula 1 OGOS 2009 tambang bas dan teksi akan di naikkan sebanyak 30 PERATUS DARI HARGA SEKARANG.Hmmmmm macam itulah nasib rakyat MALAYSIA yang selalu di permainkan oleh KERAJAAN ONE MALAYSIA.

Sebelum ini tindakkan populis PM ONE MALAYSIA MENGURANGKAN HARGA KOS PENGAMBILAN LESEN MOTOSIKAL kelas B2 sebanyak 50 peratus semestinya menyeronokkan golongan muda,tetapi hari ini satu lagi hadian ONE MALAYSIA kenaikkan tambang BAS dan TEKSI.Secara normalnya rakyat MALAYSIA akan mengambil lesen motosikal seumur hidup sekali sahaja,cuma pembaharuan setiap tahun atau dua tahun sekali di kenakan.Pembayaran semasa proses pengambilan lesen hanya sekali tetapi kenaikan tambang bas an teksi ini bermula 1 ogos dan hari-hari berikutnya,mana ada orang bayar tambang bas dan teksi sekali dalam seumur hidup.

Dasar penipu tu menipu jugak la,mungkin KERAJAAN ONE MALAYSIA sakit hati apabila kalah di PRK MANIK URAI.Nasib nasib.......ONE MALAYSIA

LANGSUNG DARI MAHKAMAH TINGGI BY TWITTER

SILA REFRESH
-Mahkamah mula bersidang

-Berhubung sampel asal DNA saiful: pihak pendakwaan tidak perlu untuk membekalkan nya kepada pasukan pembelaan

-Berhubung spesimen ujian di atas slaid semasa ujian: pihak pembela boleh periksa dan melihat spesimen itu

-Berhubung nota2 penganalisian ahli kimia: pihak pendakwa mestilah membekalkan nya kepada pihak pembelaan. Juga semua dokumen

-Termasuk nota2 doktor-doktor hospital kuala lumpur. Juga semua laporan perubatan

-Keterangan di bawah sek 112 yang diambil dari mereka Saiful Hasanuddin Rahimi Rashid Othman abd hamid Mstilah dbekalkan kpd piha ...

-Menurut twitter Tian Chua: kejayaan kecil Anwar!

-MAHKAMAH MENANGGUHKAN PERBICARAAN SEHINGGA 24 JULY 2009.

INGATAN KEPADA SELURUH PENYOKONG PAKATAN RAKYAT!!

Buat semua pejuang rakyat, insan yang mempereratkan kembali hubungan parti pembangkang dan menubuhkan Pakatan Rakyat dan hampir - hampir menumbangkan BN sekarang dalam keadaan bahaya.

Perbicaraan beliau sekarang sedang berlangsung. Jangan dilupa kezaliman yang bakal dihadapi beliau.

Jika DSAI ditakdirkan bersalah dan masuk penjara AWAS..Pakatan Rakyat akan berpecah!!

Ini tidak mustahil, segala gerak kerja untuk menjahanamkan PR tidak berjaya selagi mana DSAI bebas di luar sana. Dari isu kerajaan perpaduan, DAP KEDAH, dan sebagainya beliau mampu menyelesaikannya dengan dokongan penuh oleh mereka yang sealiran dengannya.

Ya, mungkin tulisan ini dilihat seolah - olah saya fanatik dengan DSAI. Tapi, DSAI telah ditakdirkan olehNya untuk mengoncang politik selesa jahat Zionis BN. PAS tidak pernah dalam sejarah mendapat kerusi DUN yang cukup banyak, DAP boleh memerintah P.Pinang, dan KeADILan memerintah Selangor. Ya, semua ini atas kesilapan Pak Lah, tapi insan ini yang menggunakan sebaik peluang ini dan para blogger telah mengambil inisiatif untuk menyebarkannya di dalam dunia internet.

DSAI,

Bagi mereka yang tidak menyukai DSAI khasnya di dalam gabungan Pakatan Rakyat, biarkan!!

Rakyat Malaysia akan senantiasa mendoakan DSAI.

Keperitan hidup DSAI tidak siapa yang mampu menghadapinya. Liwat adalah satu fitnah yang paling bangsat.

Izinkan saya memberi kata - kata yang mungkin dapat menyedarkan beberapa pihak yang cukup cemburu dengan DSAI yang berada dalam PR.

Walk my shoes, just to see
What it’s like, to be me
All be you, let’s trade shoes
Just to see what I’d be like to
Feel your pain, you feel mine
Go inside each other’s mind
Just to see what we find
Cause where you see it from where you’re sitting
Is probably 110% different
I guess we would have to walk a mile
In each other’s shoes, at least

DSAI, jangan bimbang masih ramai anak muda yang akan sentiasa menyokongn DSAI. Bagi mereka DSAI adalah pemimpin yang mewakili suara anak muda walaupun DSAI telah berumur 60 tahun.

Suara Rakyat Suara Keramat!!!

ADUN KG TUNKU DI SIASAT SPRM....ADA PRK PULAK KE..


ADUN DAP Kampung Tunku, Lau Weng San akan memberi kenyataan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Menurut kenyataannya, Lau berkata, beliau akan hadir di pejabat SPRM Selangor untuk memberi kenyataan tersebut pada jam 1.30 tengahari ini.

Lau adalah salah seorang daripada tujuh wakil rakyat Pakatan Rakyat Selangor yang disiasat oleh SPRM dakwaan salah guna wang peruntukan DUN.

Sebelum ini dilaporkan SPRM sedang menyiasat tujuh wakil rakyat Pakatan tersebut berhubung penggunaan dana kerajaan negeri dalam kawasan pilihanraya masing-masing.

Selain Lau, enam lagi wakil rakyat tersebut ialah Teresa (Kinrara), Hannah Yeoh (Subang), Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Ean Yong Hian Wah (Sri Kembangan), Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama), Edward Lee (Bukit Gasing) dan Lau Weng San (Kampung Tunku).

Kesemua wakil rakyat berkenaan diperuntukkan RM500,000 setiap tahun, yang boleh digunakan untuk melaksanakan projek kemasyarakatan, kebajikan, infrastruktur dan perkara-perkara lain.

Manakala Exco kanan kerajaan negeri, Teresa Kok pula dilaporkan berkata fail-fail berkaitan peruntukan kerajaan negeri kepada setiap wakil rakyat berkenaan, telah diambil oleh SPRM dari Pejabat Tanah dan Galian dua minggu lalu.

TERKINI DARI MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR

Mahkamah menangguh perbicaraan ke pukul 2.30 tenghari bagi mendengar keputusan permintaan dokumen oleh peguam DSAI,sebentar tadi pengendali TWITTER DSAI di halang memasuki kamar MAHKAMAH.Ini menunjukkan tindakkan terdesak pihak yang berkepentingan untuk menghalang penyebaran maklumat perjalanan perbicaraan.

CHUA JUI MENG AKAN MASUK PKR?

A group of former senior MCA leaders from Johore including a former minister will soon join the opposition PKR.

Reliable sources connected to former health minister and defeated MCA presidential candidate Chua Jui Meng confirmed the move will involve former Senator David Yeoh and several other former senators from the party.

They are expected to announce their decision to leave the party and apply to join PKR on July 18 (Saturday) in Kuala Lumpur

Wednesday, July 15, 2009

POLITIK JAMBATAN


POLITIK JAMBATAN,itulah tajuk yang paling sesuai diberikan kepada politik BN,setiap kali pilihanraya macam-macam projek mega atau tak mega untuk mengaburkan mata pengundi.Terutama pengundi di kawasan pendalaman yang semestinya memerlukan pembangunan,makan hadirlah gerombolan membawa bermacam projek demi memenangi hati pengundi.Bukan hanya di MANIK URAI,sebelum ini di PRK di kawasan lain pun bermacam-macam janji yang di taburkan last skali tk dapat di penuhi akibat kalah.Nasib penduduk MANIK URAI nampaknya begitulah kerana BN kalah,sudah semstinya mereka tidak akan menunaikan janji yang mereka buat.Contohnya pembinaan JAMBATAN BARU di MANIK URAI,cuma kali ini starategi BN bagi saya agak menjadi tetapi tidak di terjemahkan sepenuhnya dari kertas undi.

Kali ini penduduk MANIK URAI termakan pujukan jambatan BARISAN NASIONAL namun kemenangan tetap milik pas.Daripada 9 peti undi di MANIK URAI BN berjaya memenangi 5 peti undi dan selebihnya di menangi oleh PAS.Jika di nilai cara politik BN ini,kita dapat menyimpulkan bahawa STRATEGI BN ini tidak ubah dari dahulu sampai sekarang bermodalkan pembangunan,mungkin dari zaman KAPAL LAYAR sehingg ZAMAN DACING konsep dan pendekatan saman.PAS menang penduduk MANIK URAI tak dapat JAMBATAN baru leeee,skit lagi je nak dapat jambatan...

KALAU CIK TARUH TILAM SAYA KASI 10 SEN HEKHEKHEK

REFORMASI TANPA ANWAR 2

Berderailah air mata rakyat apabila DS Anwar ditangkap dan dibawa ke mahkamah. Jika tidak kerana kebijaksanaan DS Anwar menjangka bahawa beliau akan ditangkap dan memaklumkan sikapnya kepada para pengikut yang ramai berkumpul di rumahnya di Damansara pada waktu itu, saya kira tidak mustahil nama DS Anwar kini sudah tercatat di mana-mana batu nesan di Cherok Tok Kun.

Jelajah penjelasan DS Anwar ke seluruh negara waktu itu tertangguh. Rasa tidak menentu berselubung. Memikirkan sekumpulan polis bertopeng yang memecah masuk dan lengkap bersenjata, tidak ada apa yang boleh menidakkan sangkaan yang buruk tentang nasib DS Anwar. Cukup popular waktu itu baris kata “jika saya (DS Anwar), bekas Timbalan Perdana Menteri boleh dilakukan sebegini rupa, apatah lagi nasib rakyat biasa”.

Jika kita dapat kesan, DS Anwar selalu memilih bahasa mudah yang dalam maksudnya untuk menyuntik kesedaran rakyat. Sebab itu, saya selalu ingat, malah juga diceritakan ramai rakan-rakan saya yang pernah bertemu DS Anwar; pesan beliau “don’t underestimate the wisdom of the peoples” (jangan meremehkan kebijaksanaan rakyat).

Saya berpeluang berjumpa dan berbual dengan ramai tokoh – pelbagai parti dan pelbagai tahap dalam hierarki parti. Selalu saya ingatkan bahawa agenda perubahan dari kata Islah, Reformasi atau Transformasi yang mahu digunapakai, political languages (bahasa politik – maksud saya retorika politik) perlu diubah. Bahasa eksklusif tidak ada daya penarik. Kita jangan sekadar pandai mengambil nama-nama tokoh untuk dititip dibibir tanpa mahu cuba memahami kelebihan-kelebihan yang menjadikan mereka berpengaruh. Seburuk-buruk Hitler, dalam pengajian komunikasi beliau tetap punya tempat tersendiri.

Tapi sayang, ahli politik memang biasa dengan top-down approach. Mereka mahu semuanya di bawah kawalan mereka. Sebab itu untuk saya DS Anwar ada keunikan tersendiri. Tatkala bergerak ke kerusi kekuasaan, beliau menumpahkan pandangan politiknya yang sebenar melalui Gelombang Kebangkitan Asia atau biasa kita dengar buku Asian Renaissance. Saya bersyukur kerana berjaya mendapatkan semula buku ini dalam bahasa Melayu selepas buku pertama hilang dicuri! Ketika saya ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) – penerbit buku ini, saya dimaklumkan bahawa kerajaan telah memerintah lupus buku ini, namun staf DBP tersebut masih menyimpan 7 naskah buku ini jika saya mahu membeli.

Kebencian kerajaan pimpinan DS Dr. Mahathir kepada DS Anwar cukup dalam. Selepas cabaran Tengku Razaleigh lewat 1980-an, ternyata DS Dr. Mahathir tidak mahu lagi dicabar. Seorang doktor, ahli sains sering ditanggap berfikiran bahawa 1+1 mesti = 2. Manakala DS Anwar selaku tokoh belia, dilatih dalam bidang pengajian Melayu, ternyata mempunyai corak fikir kemanusiaan 1+1 mungkin tidak menjadi 2.

Rumusan masyarakat Madani ternyata satu kaedah yang tidak disukai DS Dr. Mahathir. Bacalah pengantar buku tersebut. Ia dinyatakan ketika mereka berdua masih memimpin kerajaan. Tidak ada ahli politik Malaysia yang berada di kedudukan DS Anwar waktu itu yang berani mengambil jalan memberikan kuasa kepada masyarakat sivil (baca: rakyat) ketika suara-suara lain bertumpukan usaha memusatkan kuasa (centralization). Tidak perlu pergi sampai kepada Perdana Menteri, pemimpin JKKK pun sudah cukup, seboleh-bolehnya mahu mengawal segalanya.

Di sanalah yang membezakan DS Anwar dengan DS Dr. Mahathir. Penghakupayaan masyarakat hanya mungkin subur dengan urus tadbir yang baik serta kedaulatan undang-undang. Dari sanalah persoalan Ekonomi yang Manusiawi ditawarkan – sambil kita mendongak langit menjana pertumbuhan, kita jangan lalai merenung ke bawah tempat berpijak. Tanpa gagal, dalam tiap pembentangan Belanjawan (yang ditukar menjadi Bajet oleh DS Dr. Mahathir), DS Anwar tidak lupa menyebut tentang surplus money dari hasil ekonomi negara patut diurusi dengan pengiktibaran kisah mimpi Nabi Yusof a.s. tentang 7 ekor lembu gemuk dan 7 ekor lembu kurus. Tanyalah orang UMNO hari ini, di mana simpanan sekitar RM 5-6 billion dalam Tabung Warisan Generasi yang diilhamkan DS Anwar untuk generasi mansang saat DS Dr. Mahathir rakus menyelamatkan ‘projek-projeknya yang gagal’. Kita tidak lagi mendengar Perwaja dan Renong misalnya.

Tidak lama usai DS Anwar ditangkap, khabar tiris dari penjara mengatakan bahawa beliau telah dipukul teruk justeru pihak polis telah mengisytiharkan bahawa beliau ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Ezam Mohd Nor selaku Setiausaha Politiknya waktu itu yang berkenala melindung nasib di Indonesia telah mengeluarkan kenyataan selepas dirumus bersama ‘orang-orang Anwar’ yang lain bahawa yang memukul DS Anwar dalam kes mata lebamnya yang popular itu ialah Ketua Polis Negara (KPN).

Pernah, semasa saya di tingkatan 5 itu, khabar angin sampai ke Perlis bahawa DS Anwar meninggal di dalam penjara. Saya masih ingat subuh itu cukup suram. Saya tidak ada kata mahu diungkap, sekadar menanti berita sahih.

Tidak cukup dengan itu kita tahu bahawa affidavit DS Nalakaruppan tiba-tiba muncul di dalam media walhal beliau masih belum dibawa ke mahkamah untuk didakwa!

Kita juga tahu Sukma dan Munawar Anees telah dijatuh hukum dalam bicara 30 minit tanpa peguam yang dilantik mereka sendiri! Pernah sekali DS Anwar bergurau dengan stafnya tidak lama selepas isu tuduhan Saiful meletup “Susah betul saya nak ambil staf sekarang – dulu yang tua (Munawar Anees) pun kena tuduh, nak ambil perempuan pun kena, nak ambil yang muda pun kena, kali ini saya cuba ambil yang ‘sihat’ sikit (merujuk Eekmal, SU Akhbar DS Anwar sekarang, haha – jangan marah Eekmal!).

Kita juga tahu dari keterangan Dr. Zahari bahawa polis ada meminta sampel darah DS Anwar untuk tujuan yang bertentangan dengan tujuan asal sampel darah ini diberikan. Kita juga tahu kisah duta Malaysia cuba membayar rasuah kepada seorang lelaki kulit hitam di Amerika untuk mengaku ada hubungan homoseksual dengan DS Anwar. Mujur ada kewarasan untuk lelaki ini muncul membuat pengakuan. Kita juga terkejut dengan kehadiran Lim Kong Boon yang dikatakan pakar kimia tetapi penghujahannya kemudian ditolak mentah oleh mahkamah kerana ‘merepek’nya dia hingga boleh menjejaskan isu pendakwa raya. Lebih jauh daripada itu, tarikh-tarikh pendakwaan berubah mengikut kesesuaian polis walhal mereka telah merampas diari DS Anwar pada malam tangkapan! Aneh! Sama seperti kes Saiful – siasatan apa yang mereka buat apabila pertuduhan muncul mengatakan Saiful secara sukarela membuat hubungan homoseksual walhal Saiful mengatakan tanpa rela. Apa yang disiasat?

Malah, kita juga tahu dalam kes dakwaan kepada DS Anwar tahun 1998, bahawa Perdana Menteri telah wewenang menolak sapina melalui peruntukan khas undang-undang yang ada padanya.

Umumnya, saya seorang yang pragmatik. Saya bergiat dalam kegiatan dakwah tabligh untuk satu tempoh dan ia telah membina paradigma yang kuat untuk saya melihat bahawa semua manusia adalah ‘rakan’ saya di mana kami sama di sisi Allah s.w.t. dan kami perlu bersama-sama mengusahakan redha Allah s.w.t.

Kesan dari paradigma ini ialah saya tidak mampu membenci orang-orang UMNO mahupun parti-parti lain. Untuk saya, ruang dakwah itu sentiasa terbuka. Mereka dan saya sendiri sentiasa terdedah kepada kesilapan dan harus sedar serta berusaha memperbaikinya.

Tapi saya tidak berkompromi untuk menyatakan sikap politik saya secara jelas. Bahawa persoalan dakwah bertahap itu tidak semestinya saya membiarkan negara ini hancur di tangan mereka yang tidak peduli persoalan sebuah negara bermaruah.

Dari apa yang saya nyatakan di atas jelas:

1. Polis yang dulunya sumber pengharapan rakyat sedia berkhidmat untuk sebuah kekuasaan UMNO biarpun ia di luar prinsip, kemunasabahan dan keadilan.
2. Media yang dikawal jelas hanya pembesar suara kepada godfather politik yang menguasainya.
3. Institusi kehakiman hilang kewarasan undang-undang.
4. Bidang profesionalisme mahu diluluh lantak untuk menjustifikasikan kes.
5. Perdana Menteri hilang pertimbangan tentang sebuah negara hukum.

Untuk saya, 5 perkara inilah, dalam kes 1998 yang menjadi teras kenapa saya menolak dakwaan terhadap DS Anwar dan percaya bahawa ini adalah konspirasi peringkat tertinggi untuk mematikan karier politik DS Anwar. Tidak ada kompromi untuk apa yang saya sifatkan tiang-tiang yang membina sistem kenegaraan. Sebab itu untuk saya DS Anwar boleh dipecat dengan cara wajar, mengikut lunas parti atau kuasa Perdana Menteri menasihat DYMM YDP Agong. Oh ya, sampai hari ini kita tidak pernah melihat dokumen rasmi ini. Raja Negeri Sembilan waktu itu tentulah Raja yang saya fikir tidak mudah mengambil keputusan sepenting itu. Kita tahu Arwah Raja dan Permaisurinya pernah bertemu DS Anwar di Munich, Jerman. Kita juga tahu sejarah bagaimana Raja Negeri Sembilan selaku Raja Pertama di takhta pasca Merdeka datang dari luhur yang demokratik dan memahami sistem kenegaraan.

Konspirasi dan Reformasi akan terus hidup dan bertarung. Ia belum berhenti selagi DS Anwar hidup.

Persoalan penting buat kita – Apa kisah Reformasi Tanpa Anwar

LANGSUNG DARI MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR

SAYA AKAN MENGIKUTI SEBERAPA RAPAT MUNGKIN KEADAAN DI MAHKAMAH TINGGI MELALUI TWITTER...sila refresh untuk mendapat info terkini

Sidang jam 2.00pm akan bermula sebentar lagi. Ruang mahkamah sudahpun dipenuhi hadirin

-Peguam DSAI YB Sivarasa Rasiah menerangkan bahawa Hj Sulaiman Abdullah terpaksa menarik diri dari mengetuai pembelaan

-R. Sivarasa menegaskan hak DSAI utk mendapatkan peguam terbaik bagi membela diri DSAI

-Pasukan Pendakwaraya diketuai oleh Dato' Yusuf sudahpun memulakan hujah mereka

-Alasan Dato' Yusof bahawa DSAI tidak sepatutnya diberi masa utk menentukan peguam pilihan adalah kerana kes ini berkepntingan umum.

-Alasan pihak pendakwaan mempunyai kesamaan dengan alasan saiful bukhari

-Saiful masih blum kelihatan di dalam kamar mahkamah wlupun ada laporan mengtakn dia memasuki perkarangan mhkmh diiringi kawalan keselamatan

-Hakim zabidin md diah menolak permohonan DSAI untuk diberi masa memilih pengganti Hj Sulaiman yang sedang sakit

-Edmund bon sedang berhujah bagi mendapatkan dokumen yang enggan diserahkan oleh pihak pendakwaan

-Timbul tanda tanya mengapa pihak pendakwaan tidak memberikan dokumen yang dikehendaki serta berhak diperolehi oleh peguam DSAI

-Hakim tidak membantah permohonan peguam DSAI utk mndptkn dokumen seumpama rakmn cctv yg ada pd pihak pndakwaan mrupakan permohonan bona fide

-Amir hamzah mengambil alih peranan mengetuai hujah pihak pembelaan

-Dato' Yusof sedang berhujah balas berhubung permohonan pihak pembelaan DSAI untuk dapatkan dokumen.

-Mahkamah bersambung esok untuk mendengar jawapan dari peguam DSAI berhubung permohonan mendptkan dokumen

SEGALANYA MUNGKIN BERULANG

Petang semalam ketua pasukan pembelaan saya memaklumkan bahawa beliau terpaksa berundur dari kes saya dan lain-lain kerana keuzuran. Kita turut mendoakan kesejahteraan saudara Haji Sulaiman dan terpaksa menerima keputusan beliau dengan sedih dan berat sekali.

Dalam keadaan terdesak sademikian peguam saya mengusulkan agar ditangguh perbicaraan bagi membolihkan saya melantik ketua pasukan guaman baru. Hakim lantas menolak dan menetapkan perbicaraan pada jam 2 petang hari ini.

Ini agak janggal dan menunjukkan aliran perjalanan mahkamah yang dikhuatiri mengulangi kezaliman lampau. Persoalannya ialah siapa yang menyebabkan penangguhan? Mengapakah Gani Patail terus zalim dan berdendam sehingga konco-konconya gagal menyerahkan dokumen hingga sekarang. Ini termasuk lapuran perubatan Pusrawi!

ANWAR IBRAHIM

KEGANASAN BN YANG TIDAK DI SIARKAN OLEH MEDIA


SEORANG PETUGAS PAKATAN RAKYAT TURUT TERCEDERA DI KEPALA APABILA DI BALING BATU OLEH PENYOKONG BN,TETAPI BELIAU TIDAK MAHU KE HOSPITAL APABILA DI MINTA

KELIHATAN SEORANG WANITA PENYOKONG PR TERBARING APABILA KEPALANYA PECAH TERKENA BATU YANG DI BALING PENYOKONG UMNO DAN TERPAKSA DI KEJARKAN KE HOSPITAL UNTUK MENDAPAT RAWATAN

HANYA GAMBAR INI DI SIARKAN OLEH MEDIA,GAMBARKAN PUTERI UMNO DI KASARI...

Inlah bentuk mainan media regim yang tidak layak di ajak berpakat atau berpadu

Pengajaran dari Manik Urai




Selain isu pembangunan janji dan ugutan projek, wang yang ditabur....Umno memainkan sepenuhnya isu kerajaan perpaduan. Kita sudah terperangkap dengan isu ini dan keputusan ini bolehlah kita anggap sebagai 'kifarah' atas isu tersebut.

Pilihanraya jelas belum bersih. Selepas PRU 2008 seolah kita terlupa isu perjuangan BERSIH yang menuntut pilihanraya adil dan bersih. Ingat kemenangan 2008 bukan kerana pilihanraya bersih dan adil tetapi kebangkitan rakyat sehingga menyebabkan penipuan yang dilakukan tidak cukup untuk 'cover' peralihan undi yang mendadak dan hampir luar jangka. Selepas Manik Urai kita seharusnya kembalikan isu dan tekanan serta desakan terhadap isu yang dibawa BERSIH ini.

Manik Urai adalah signal penting, untuk dibaca oleh semua kepimpinan Pakatan Rakyat khususnya yang memegang amanah sebagai wakil rakyat. Ingatlah jangan terlalu selesa dengan kemenangan. Kita menang bukan semata - mata kerana kekuatan parti tetapi kerana kebencian rakyat kepada Regim pemerintah. Rakyat memilih kita kerana kita mampu bersatu atas isu berkepentingan ramai. Jesteru itu rakyat juga mampu menghumban kita jika kita gagal melaksanakan harapan dan janji perubahan kepada rakyat.

Kita sering telagah dalam isu sekecil lantikan ahli Majlis......sekali lagi ditegaskan ini masalah warisan regim Bn....jangan lawan kerana nak tempatkan orang itu atau nak tolak orang ini dalam menjadi ahli Majlis sebaliknya kita harus besar hati desak segera diadakan Pilihanraya Majlis Kerajaan Tempatan seperti yang pernah diadakan. Pembayar cukai berhak memilih siapa yang harus menguruskan cukai mereka.....ini peneguhan prinsip demokrasi dan hak....jika kita lakukan ini nescaya akan terus jauhlah Bn dari hati rakyat

CHEGUBARD

APA SUDAH JADI?

Setelah mendapat keputusan penuh,saya merasakan cukuplah apa yang saya paparkan dalam blog keputusan tak rasmi menggambarkan suatu keputusan yang tak rasmi bagi saya.Menang tetap menang,MAHATHIR pernah berkata"SATU PUN MENANG JUGAK"cuma kali ini bukan satu tetapi 65 undi sahaja.Keputusan yang tidak memberangsangkan ini sudah di duga sejak awal lagi apabila melihat RATING di antara PAS dan BN jurangnya semakin mengecil dan sengit,tepat jam 4.30 petang RATING bertukar kepada PAS PAS 51% BN 49% hanya di bezakan dengan satu peratus.

Pada pendapat saya kenapa majoriti terlalu kecil? kerana ada yang tidak kena dengan PARTI PAS kali ini.BN berjaya mengurangkan defisit dan berjaya mencuri undi pas.PAS perlu menilai semula pendekatan dan startegi yang baru untuk memenangi hati pengundi.Pas masih menggunakan cara lama untuk berkempen,sebagai contoh hanya fokus kepada ceramah dan edaran risalah,dalam pada itu strategi PAS kali ini nampaknya tidak menjadi, melihatkan seolah-olah kegagalan biro strategi PAS UNTUK MENCIPTA SUASANA PILIHANRAYA yang sebenar.Jentera juga gagal memainkan peranan yang betul kali ini,MENGAPA?janganlah kita terlalu over konfiden tidak tentu pasal dan mendabik dada mengatakan kita hebat,nahhh MU jadi saksi.

Terdapat beberapa isu yang gagal di selesaikan dengan baik oleh PAS,sebagai contoh MASALAH BABI di KEDAH.Walaupun KEDAH di negeri lain tetapi ia memberi impak kepada pengundi di MU yang sudah celik dan bukannya hanya berpaksikan kepada TOK GURU sahaja.Begitu mudah untuk di selesaikan PAS KEDAH gagal dan malanglah apabila kita melihat kesilapan demi kesilapan yang mudah di lakukan,semua itu memberi peluru kepada BN untuk menembak PAS begitu sahaja.BN bukannya bijak tetapi mereka mengambil kesempatan di atas kelekaan kita mendapat 5 NEGERI.Pemimpin pas perlu bermuhasabah diri apakah kesilapan yang mereka lakukan,jangan asyik menyalahkan orang lain dan menuding jari kepada pihak ketiga.

Masalah calon tidak kurang hebatnya sebenarnya,hingga ke saat akhit pengundi masih kabur mengenai siapakah calon yang mempunyai keterampilan dan gaya sebagai pemimpin.Baik calon BN dan PAS hingga saat akhir tidak dapat menonjolkan siapa pemimpin.Mungkin bagi PAS,calon yang boleh mengimamkan solat dan baca talkin lengkap sebagai calon.Pada pendapat saya tambah sedikit lagi kreteria untuk melengkapkan diri sebagai calon,samalah calon BN jika BIJAKNYA BN kenapa meletakkan CALON yang agak elit di kawasan kampung.Semua ini di perhatikan oleh pengundi MU kali ini.Saya tidak menolak seratus peratus ada unsur pemberian duit oleh BN cuma biasalah BN memang macam itu teknik mereka janganlah kita mengikut jejak mereka,alamatnya serabut lagi la.

Kita sebagai PR mempunyai 3 PARTI teras iaitu PKR,PAS dan DAP.Tetapi di MU kenapa kurangnya peranan yang diberikan kepada PKR dan DAP.Saya di khabarkan PKR di beri hanya satu kawasan peti undi.Keseluruhan PKR di tempatkan di satu tempat,mengapa tidak di bahagikan?Kita lihat PRK BUKIT SELAMBAU PKR telah membahagikan setiap peti undi adanya PAS dan DAP di situ barulah kerjasama dapat di jalinkan dengan baik.Apakah pengarah pilihanraya PAS ada strategi ampuh untuk menang besar?buktinya hanya majoriti 65 undi.Kita dalam PR perlu ada persefahaman barulah boleh membentuk satu pakatan yang kuat di masa hadapan,ambillah pendapat dan strategi dari kawan-kawan dalam PR untuk membenamkan BN di MU.Kadang-kadang sikap terlalu mengikut peraturan menyebabkan adakalanya ia memakan diri kita.Best kali ini penyokong PAS dan PR tetap merayu undi walaupun di tegah oleh SPR,itu hak kita.Ini demokrasi maka rayakanlah demokrasi sebaik mungkin.

PRK MANIK URAI memberi pengajaran yang berguna kepada seluruh PARTI PAS dan PR agar tidak terlalu yakin dan merasa kita sudah kuat.Masalah UGnya DENGAN WACANA ILMIAHnya PERLU DI BERI PENJELASAN YANG SECUKUPNYA KEPADA AHLI DI BAWAH.Masalah TIMBALAN PRESIDEN PAS harus di selesaikan secepat mungkin demi untuk melihat PAS masih releven untuk orang melayu.Dahulu persepsi orang ramai mengatakan PAS parti kampung sudah meleset,kerana MU pun kawasan pendalaman tetapi PAS hampir kalah.Ini bermakna bukan semua orang melayu KAMPUNG undi pas ketika ini.fikir-fikirkalah wahai pemimpin PAS.....

hidup harapan

KES DSAI DITANGGUH PUKUL 2 PETANG INI

Hj Sulaiman tdk dpt mngetuai pembelaan krn mslh ksihatan. Beliau tdk mahu kes dtangguhkan. Akan brbncg utk mendptkan peguam pimpinan yg baru...UPDATE BY TWETTER

TAHNIAH ABG UJI.....REFORMASI


Tahniah di ucapkan kepada CALON PAS iaitu FAUZI ABDULLAH,beliau berjaya menewaskan calon BN ONE MLAYSIA dengan slim majoriti hanya 64 undi.Letih rasanya nak mengulas mengenaikeputusan ini mungkin esok kita bincangkan,dari pagi mengikuti perkembangan melalui facebook,twitter serta blog dan web-web yang seangkatan dengannya.Kehidupan ABG UJI akan berubah bakal di gelar YB FAUZI...TAHNIAH SEKALI LAGI.

Siang nanti PUKUL 9 PAGI di MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR ANWAR IBRAHIM akan di bicarakan,kepada sesiapa yang berkesempatan pergilah ke MAHKAMAH untuk soladiriti kepada ANWAR IBRAHIM.Jangan tunggu sampai ANWAR IBRAHIM lepas ke dalam semula baru nak tunjuk sokongan....REFORMASI REFORMASI REFORMASI...

hidup harapan

Tuesday, July 14, 2009

TAK RASMI MENANG 64 UNDI

PAS, 5,347; Umno, 5,283; majority, 64. Total votes: 10,722.

Election Commission has temporary stopped announcing the results from the final five ballot boxes.

KIRAAN SEMULA

Kiraan semula sedang di jalankan,hati- hati dengan penipuan BN di saat akhir

8.24pm: Official results from Election Commission thus far:

PAS, 4,335; Umno, 4,299; majority, 36.

Results from five ballot boxes yet to be released. The total tally so far is from 23 ballot boxes

KEPUTUSAN PENUH TIDAK RASMI

UNDI PAS 5363
UNDI BN 5293
MAJORITI 90
JUMLAH UNDI ROSAK 90
JUMLAH KELUAR MENGUNDI
10 746 (87.42%)

JUMLAH SALURAN MENANG 14

JUMLAH UPU MENANG 4
JUMLAH SALURAN KESELURUHAN
27
MASA : 7.33 PM (FINAL TIDAK RASMI)

TAK RASMI PAS MENANG DENGAN 70 UNDI

At the PAS campaign headquarters, officials are saying that the party has won by 70 votes (PAS - 5,363 votes, BN - 5,293). However, it is still not clear who has won

TAK RASMI....PAS KALAH?

KEPUTUSAN TAK RASMI CALON BN MENANG DENGAN UNDI 38 UNDI....

SAINGAN SENGIT-ADUSHHHH

No. Nama Parti Jumlah Undi Semasa

1 Fauzi bin Haji Abdullah Parti Islam Semalaysia 4603

2 Tuan Aziz Tuan Mat United Malay National Organisation 4799

Total Majoriti: -196

KEPUTUSAN TAK RASMI....

No. Nama Parti Jumlah Undi Semasa

1 Fauzi bin Haji Abdullah Parti Islam Semalaysia 4504

2 Tuan Aziz Tuan Mat United Malay National Organisation 4316

Total Majoriti: 188

KEPUTUSAN TAK RASMI....

No. Nama Parti Jumlah Undi Semasa

1 Fauzi bin Haji Abdullah Parti Islam Semalaysia 4033

2 Tuan Aziz Tuan Mat United Malay National Organisation 3776


Total Majoriti: 257

TERKINI

There is a carnival-like atmosphere near the main tally centre at SMK Yahya Petra as PAS supporters start to gather in anticipation of the results.

Stalls have been put up to sell food and drinks and many roads leading to town have been closed with the police redirecting the traffic.

MUHYIDIN DAH CABUT


Satu petanda baik bagi PAKATAN RAKYAT,TPM sudah keluar dari MANIK URAI.Ketika PRK PERMATANG PAUH TPM ketika itu NAJIB RAZAK sudah meninggalkan PERMTANG PAUH pukul 3 tghari.Pada sebelah malamnya DSAI menang dengan MAJORITI yang besar.Adakah PRK MANIK URAI akan mengikut jejak langkah PRK PERMATANG PAUH..TUNGGU DENGAN PENUH SABAR....

CALON BN GAGAL DI HUBUNGI..

Menurut Tukar Tiub TS Muhyiddin Yasin telah meninggalkan MU.Juga dgn penyokong dan jentera. Bilik gerakan sejak pukul 3 lebih tutup. 14 minutes ago
Di Manjor kubu kuat UMNO, PAS menang 30 undi. Dulu kwsn itu dimenangi UMNO. HP calon UMNO gagal dihubungi. 37 minutes ago....

perakexpress

KESESAKAN MENUJU KE PUSAT PENJUMLAHAN UNDI MANIK URAI

There is serious traffic jam along the road from Manek Urai to main town of Kuala Krai. The main tally centre is in SMK Sultan Yahya Petra 1 in Kuala Krai

TERKINI-TT

TERBARU !!!

Penyokong dan jentera BN sudah tidak kelihatan lagi.

Semenjak jam 3.00 petang kebanyakan bilik gerakan BN telh tutup.

Jumlah turun membuang undi ialah 85 peratus. Satu rekod.

Dari risikan awal calon Pakatan Rakyat akan menang dengan
majoriti 1700 undi. (TT)

TERKINI DARI MANIK URAI-ZENTRUM FUTURES STUDIES

PREDIKSI sehingga PETI UNDI TUTUP jam 5 kedudukan ialah PAS 54% dan BN 46% dengan peratusan mengundi 88% - tenang kerana data ini adalah data 'foresight'

TERUS DARI ZENTRUM

PERATUS KELUAR MENGUNDI TERTINGGI

PERATUS KELUAR MENGUNDI YANG TERAKHIR ADALAH 92%,KETIKA INI SEMUA 9 PUSAT PENGUNDIAN TELAH DI TUTUP....SINAR FM

PAS claims victory as polling ends

PAS supporters are already celebrating the victory of its candidate Mohd Fauzi Abdullah in the Manek Urai by-election.

PUSAT MENGUNDI DI TUTUP

Tepat jam pukul 5 petang semua pusat mengundi telah di tutup,proses pengiraan akan di mulakan.Kepada CAUNTING AGGENT hati-hati dengan penipuan BN yang kian terdesak..Sogokkan terbesar BN adalah JAMBATAN kepada penduduk MU....

1. SK Temalir (983 orang)
2. SK Peria (2,019)
3. SK Manek Urai (1,890)
4. SK Manek Urai Baru (1,093)
5. SK Sungai Sok (980)
6. SK Chuchoh Puteri (1,517)
7. SK Lata Rek (1,094)
8. SK Kampung Karangan (1,049)
9. SMK Laloh (1,643)

KITA MENANG DENGAN 2000 UNDI-PENGARAH PILIHANRAYA PAS KELANTAN

Berdasarkan pengundian sehingga jam 3 petang tadi, Pengarah pilihanraya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun yakin calon parti itu - Mohd Fauzi Abdullah - sudah menang pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Menurutnya, bancian selepas pengundian mendapati calonnya dijangka menang dengan majoriti hampir 2,000 undi.

Fatah berkata, jentera pilihanraya parti itu telah mengumpul dan mengira pembuangan undi setakat ini.

"Saya tak ingat berapa peratusan yang diperoleh oleh PAS dan BN.

“Tetapi saya boleh kata, kita akan menang dengan majoriti hampir 2,000 undi,” tambahnya.

Pada jam 3 petang tadi peratus pengundian mencecah 83.89 peratus atau 10,312 orang walaupun ada dua jam lagi untuk mengundi, sebelum pengundian tamat pada jam 5 petang.

TERBARU,PAS MEMINTAS SEMULA

PREDIKSI MIKRO N41 MANEK URAI - PAS 57% manakala BN 43% dengan peratusan pemilih 87% (setakat jam 4.25 petang) dengan kebarangkalian majoriti sebanyak 2139

terus dari zentrum

PERGADUHAN DI HARI PENGUNDIAN

Lebih kurang 300 penyokong PAS dan BN dilaporkan bertembung di pusat membuang undi SK Peria dekat kira-kira 12 tengah hari ini.

Pergaduhan tersebut berjaya dileraikan oleh polis dan empat buah trak unit tindakan ringan diletakkan di situ bagi meningkatkan keselamatan, lapor laman web Utusan Malaysia.

Susulan pergaduhan itu, beberapa orang penyokong kedua-dua belah pihak mengalami kecederaan dan semuanya dihantar ke Hospital Kuala Krai.

Akhbar yang sama juga melaporkan, kira-kira jam 11 pagi terjadi insiden membaling batu dan botol antara kedua-dua belah pihak di sekolah berkenaan.

Sementara itu laman web The Star pula melaporkan, lima anggota Puteri Umno mengalami kecederaan dalam kekecohan dua kumpulan penyokong parti yang bersaing itu di luar SK Peria kira-kira 10.30 pagi.

PAS MULA KETINGGALAN-ZENTRUM FUTURES STUDIES

Data terbaru menunjukkan BN 53% manakala PAS 47%, data jam 4 petang... maka SATU JAM PENENTU bermula

PERATUS KELUAR MENGUNDI TERKINI

ANALISIS MIKRO PERSEPSI n41 MANEK URAI - sudahpun 85% menjayakan demokrasi

terus dari zentrum

TERBARU...ADAKAH INI MIMPI BURUK?

Prediksi persepsi menunjukkan BN 49% dan PAS 51% setakat jam 3.00 petang

TERKINI DARI MANIK URAI-ZENTRUM FUTURES STUDIES

ANALISIS MIKRO PERSEPSI N41 MANEK URAI - setakat jam 3 petang sudah hampir 83 peratus pemilih secara bertanggung jawab bersama dalam demokrasi

terus dari zentrum

MENGAPA PERATUS PENGUNDI TERLALU TINGGI??

Ketika ini pukul 2.40 tghri peratus keluar mengundi terus meningkat,hampir 80 percent sekarang,ini menjadi tanda tanya?pengalaman mengajar kita mengenai peratus yang tinggi akan menyebabkan BN menang.PRK PENGKALAN PASIR juga tinggi dahulu melihatkan PAS TEWAS.Jika PAS menang pun bagi saya dengan slim majoriti.....ada yang nak JAMBATAN kot heheheh

TERKINI DARI MANIK URAI-ZENTRUM FUTURES STUDIES

ANALISIS MIKRO PERSEPSI N41 MANEK URAI - setakat jam 2 petang sudah hampir 80% pemilih secara budiman dan jauhari menghormati demokrasi, dan data aliran pengundian menunjukkan BN 47.6 dan PAS 52.4 peratus... period "genting" sedang tik tak

terus dari ZENTRUM

SEMAKIN BAHAYA DI MANIK URAI

Peratus keluar mengundi sehingga pukul 1 tengah hari sudah mencecah 76.2 peratus atau 9,359 pemilih mengundi pilihan masing-masing - sama ada calon BN Tuan Aziz Tuan Mat atau calon PAS Mohd Fauzi Abdullah.

Mengikut trend pembuangan undi setakat ini, peratus keluar mengungi kemungkinan akan lebih tinggi daripada 85 peratus seperti disasarkan lebih awal oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

PERATUS KELUAR MENGUNDI TERUS MENINGKAT..

Peratus keluar mengundi sehingga pukul 12 tengah hari sudah mencecah 68.4 peratus atau 8,415 pemilih menunaikan tanggungjawab - empat jam selepas pusat pembuangan undi dibuka.

KETIKA PRU 11,PERATUS KELUAR MENGUNDI DI KAWSAN YANG DI MENANGI BN ADALAH TINGGI.ADA KAWASAN YANG MENCATATKAN PERATUS KELUAR MENGUNDI 90 PERATUS....

ANALISIS TERKINI PRK MANIK URAI OLEH ZENTRUM FUTURE STUDIES

ANALISIS MIKRO PERSEPSI N41 MANEK URAI - strata pada jam 12.20 ialah BN 42.6% dan PAS 57.4%

Buat sesiapa yang melalui jalan GUAR MUSANG dan KOTA BHARU KESESAKAN LUARBIASA BERLAKU harap dapat mencari alternatif, namun demikian demokrasi. Nah rayakanlah!....


Terus dari ZENTRUM

SELEPAS PRK MANIK URAI,PRU 13?

Kini persoalan bilakan PRU 13 sudah mula berbunyi dan menjadi tanda tanya,melihat kepada usaha0usaha BN untu meraih sokongan menyebabkan andaian PRU 13 semakin hampir.Gula-gula yang diberikan oleh BARISAN NASIONAL kepada rakyat kebelakangan ini agak keterlaluan dan lucu pun ada.Usaha untuk menarik semula sokongan orang bukan MELAYU menyebabkan pendekatan yang di perkenalkan seakan meninggalkan ORANG MELAYU terus terkebelakang.

Dasar librelisasi ekonomi semestinya mengesahkan ORANG MELAYU akan di pinggirkan seterusnya menjadi menjadi KAUM KELAS KE 3 di MALAYSIA.Konsep ONE MALAYSIA sememangnya meniru konsep PKR dengan harapan ORANG CINA dan INDIA kembali menyokong MCA dan MIC.

WANG MULA DI TABUR DI MANIK URAI...

Kira-kira 40 dilihat beratur di hadapan sebuah rumah kayu dalam kawasan bangunan pejabat Kesedar, yang terletak kira-kira 50 meter dari pusat mengundi di SK Peria.

Malaysiakini nampak mereka menghulurkan kad pengenalan masing-masing kepada beberapa petugas di depan pintu rumah tersebut.

Beberapa orang yang bertugas di situ memegang senarai nama yang didakwa pengundi yang tinggal di luar Manek Urai dalam daftar pemilih.

Petugas terbabit kemudiannya memanggil nama dari senarai berkenaan dan mereka yang beratur di situ akan menunjukkan kad pengenalan masing-masing bagi mengesahkan identiti mereka.

Seorang lelaki warga emas yang pulang dari Kuala Lumpur untuk mengundi, memberitahu Malaysiakini bahawa mereka menerima RM300 jika nama mereka terdapat dalam senarai tersebut sebagai elaun tambang.

Wartawan melihat sendiri orang ramai menunjukkan kad pengenalan mereka kepada petugas di situ dan kemudian keluar sambil memegang beberapa keping wang tunai RM50.

Tidak kelihatan sebarang logo parti politik tetapi terdapat sebuah kereta Proton Wira warna putih bersama logo Kesedar di depan rumah tersebut, tempat orang ramai beratur.

Seorang petugas lelaki yang berbaju putih memanggil nama mereka yang beratur. Difahamkan beliau merupakan tuan rumah bagi ceramah "Pentas Pemuda" di Sungai Peria beberapa hari lalu.

BAHAYA KEADAAN DI MANIK URAI

SPR mensasarkan kira-kira 85 peratus daripada pengundi akan keluar mengundi ada pilihan raya kecil ini.

Selepas pengundian ditutup pukul 5 petang ini, dan kemudian pengiraan undi di semua sembilan pusat berkenaan, penjumlahan undi akan dilakukan di SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai.

Keputusannya dijangka seawal-awalnya pukul 8 malam ini.MALAYSIAKINI

JIKA DI LIHAT SASARAN SPR MENAMPAKKAN SESUATU YANG BURUK AKAN BERLAKU KEPADA PR,MUNGKIN PERATUS KELUAR MENGUNDI AKAN MENJADI LEBIH DARI 85 PERATUS,JIKA LEBIH DARI SASARAN SPR ALAMATNYA MUNGKIN KALAH LAH PR KALI INI.MASA ADA LAGI 5 JAM SEGALA KEMUNGKINAN BOLEH BERLAKU,MUNGKIN FAKTOR CUTI PERISTIWA SELURUH KELANTAN MENYEBABKAN PENGUNDI KELUAR AWAL.WALAUBAGAIMANAPUN KITA PERLU WASPADA DENGAN HELAH BARISAN NASIONAL.DARI JAUH SAYA MENYERU SEMUA PETUGAS TUMPUKAN PERHATIAN KE ATAS SEMUA PINTU MASUK MANIK URAI...TINGKATKAN PENGAWASAN DAN JALANKAN TUGAS YANG DI AMANAHKAN SEBAIK MUNGKIN.

PUSAT-PUSAT MENGUNDI DI MANIK URAI

1. SK Temalir (983 orang)
2. SK Peria (2,019)
3. SK Manek Urai (1,890)
4. SK Manek Urai Baru (1,093)
5. SK Sungai Sok (980)
6. SK Chuchoh Puteri (1,517)
7. SK Lata Rek (1,094)
8. SK Kampung Karangan (1,049)
9. SMK Laloh (1,643)

Jumlah keseluruhan pemilih, termasuk 25 orang melalui pos, 12,293 orang.

PERATUS KELUAR MENGUNDI TERKINI PRK MANIK URAI

11.35am Peratus keluar mengundi sehingga pukul 11 pagi ini sudah mencecah 57.6 peratus atau 7,085 pemilih menunaikan tanggungjawab - tiga jam selepas pusat pembuangan undi dibuka.-MALAYSIAKINI

REKOD PM 105 HARI...SELAMAT MENGUNDI

Berakhirlah sudah KEMPEN PRK MANIK URAI,apa yang menariknya kali ini rekod baru tercipta apabila PM 105 HARI tidak datang membantu kempen CALON BARISAN NASIONAL.Dengar KHABAR calon BN ini bukan calon kesukaan PM, itu yang menyebabkan PM 105 HARI tidak berkempen di MANIK URAI.

Andaian lain kenapa PM 105 HARI tidak turun berkempen mungkin PM 105 HARI telah menghidu bau kekalahan di MANIK URAI,kelihatan TPM sahaja yang bertungkus lumus untuk membuktikan bahawa TPM juga mampu menjadi barisan hadapan BARISAN NASIONAL.Tak semena-mena TPM jadi ustaz,terus berceramah menggunakan AYAT AL-QURAN,mungkin untuk pancing undi sahaja.Lepas PRK MANIK URAI AYAT AL-QURAN yang di hafal mesti sudah lupa.

SEMOGA PENGUNDI MANIK URAI DAPAT MENILAI YANG MANA BAIK DAN BURUK,JANGAN JADI PUAKA SUDAH LA...SELEPAS INI PRK DI MANA PULAK?UTARA KOT HEHEHEHEHEH.....

SELEPAS PRU 12 INILAH PRK YANG PERTAMA SAYA TAK TURUN BERKEMPEN,BATANG AI TAK KIRA LA...

HIDUP HARAPAN

Monday, July 13, 2009

WAK TEMPE DI HALAU KELUAR DEWAN UNDANGAN NEGERI

Bekas Menteri Besar Khir Toyo hari ini diarahkan keluar dari Dewan Undangan Negeri Selangor selepas enggan menarik balik tuduhannya terhadap Speaker Teng Chang Kim.

Sidang Dun hari ini bertukar panas apabila Adun Sekinchan Ng Suee Lim meminta Speaker menjelaskan apakah wakil rakyat boleh menerima writ saman di perkarangan Dewan.

Permohonan ini merujuk kepada tindakan peguam Khir Toyo yang mahu menyerahkan writ saman terhadap beliau di perkarangan dewan semalam.

Ng bagaimanapun enggan menerima writ itu dan berkata dewan bukan tempat untuk menyerahkan writ saman.

Speaker Teng Chang Kim berkata Dewan bermaksud di dalam dewan legislatif termasuk juga di perkarangan dewan.

Khir bagaimanapun enggan menerima penjelasan itu. Teng meminta Khir menjelaskan peraturan tetap mana yang dirujuk, namun Khir gagal berbuat demikian, cuma berkata Speaker berat sebelah.

Speaker meminta Khir menarik balik tuduhan tersebut, namun doktor gigi itu enggan sebelum diarah keluar Dewan.

Menyusuli Khir Toyo adalah wakil-wakil rakyat BN yang mengeluarkand diri mereka sendiri dari Dewan.

Banyak pihak menyokong tindakan tegas Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor yang menghalau keluar Khir Toyo yang menuduh Speaker berat sebelah tanpa bukti.

Ini adalah kerana tindakan Speaker berkenaan adalah menasabah dan wajar berbanding dengan tindakan Speaker Dewan Rakyat yang acapkali mengarahkan ahli parlimen Pakatan Rakyat spaya keluar dewan tanpa alasan kukoh.

"Malah tindakan Pandikar Amin Mulia misalnya, lebih kerap berat sebelah tetapi ahli parlimen Pakatan Rakyat tidak pernah menempelak Speaker sepertimana yang dilakukan oleh Khir Toyo di DUN Selangor hari ini," kata seorang pemerhati politik.

"Malah Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Wan Junaidi Tuanku Jaafar pernah mengarahkan Tony Pua Kiam Wee (DAP-Petaling Jaya Utara) keluar dewan dan tidak menghadiri sidang selama sehari hanya kerana mengingkari arahannya supaya duduk," tambahnya.

ADUN UMNO SERTAI PAS?

Malam tadi aku mendapat bermacam-macam info sensasi. Serba salah juga…nanti disiarkan, kalau tak jadi orang kata aku fitnah. Tapi kalau jadi..aku rasa bersalah sebab tak siarkan walaupun diminta.

Sekitar jam 11.55 malam tadi, aku mendapat sms dari team Perakexpress yang berada di Manik Urai. Seorang ADUN Umno akan menyertai Pas dan pengumumannya akan dibuat hari ini.

Kalau ini benar-benar berlaku, maka Umno boleh mula bungkus barang dan balik kesarang masing-masing.

Itu berita gembira bagi Pakatan Rakyat. Tapi jangan seronok sangat.

Hari ini Najib akan ke Kedah. Dua hari sudah, Ezam berada di Sungai Petani untuk memulakan gerak kerja dia. Dalam keghairahan Manik Urai, Najib mencuba melakukan sesuatu di Kedah.

Hari Jumaat lepas, satu pertemuan diadakan di Taiping diantara Zambry Kader dengan beberapa orang tertentu. Satu perancangan sedang dilakukan dan pada 14 July, pada hari pembuangan undi di Manik Urai, Najib akan datang ke Perak. Apakah Najib akan membuat pengumuman yang mengejutkan?

Tolong perhatikan wakil rakyat anda.

MSK

LOGO KHAS UNTUK PENGUNDI MANIK URAI

PENGACARA NTV7 TERIMA SURAT AMARAN


Eksklusif Pengacara rancangan isu semasa ntv 7 , Point of View, Florence Looi menerima surat amaran kerana meminta ahli panel undangan untuk meramal kemungkinan Najib membuka ruang demokrasi. Secara kebetulannya, salah seorang ahli panel memberi penilaian yang rendah ketika menjawab soalan tersebut.

Dalam Point of View yang disiarkan pada 5 Julai, sebelum rancangan sampai ke penghujungnya, Florence Looi telah meminta ahli panel untuk meramal kemungkinan Perdana Menteri yang ke-6, Najib Abdul Razak membuka ruang demokrasi di Malaysia. Soalan ini telah menyebabkan Florence menerima surat amaran.

Menurut sumber dalaman stesen televisyen tersebut, surat amaran itu dikeluarkan atas sebab " Florence Looi tidak harus meminta ahli panel undangan untuk menilai (grade) Najib. Ini tidak selaras dengan panduan dalaman stesen tv."

SAHAM ONE MALAYSIA

Apalah nasib RAKYAT MALAYSIA apabila dapat PERDANA MENTERI BARU mesti suka buat benda lawak.Apa yang lawaknya?Ketika zaman PAK LAH ada ISLAM HADHARI masuk zaman NAJIB N ROSMAH terus ada saham ONE MALAYSIA.Satu lagi PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL ingin memutarkan kepala rakyat MALAYSIA.

KERAJAAN MALAYSIA sebenarnya sudah terdesak untuk mendapatkan modal,selepas itu di LANCARNYA SAHAM ONE MALAYSIA yang sememangnya ingin mempergunakan duit rakyat untuk menyelamatkan BARISAN NASIOANAL.Sebanyak 10 BILION SAHAM ONE MALAYSIA di buka kepada rakyat MALAYSIA yang berumur 18 tahun ke atas.Habisla makcik-makcik munah di kampung kena temberang dengan saham ONE MALAYSIA ini.KERAJAAN sudah tidak ada duit sehinggakan ingin mempergunakan wang rakyat untuk bertahan dan bertahan.Apalah NASIB AMANAH SAHAM KEDAH dahulu ketika zaman OSMAN AROFF,tinggal berapa sen sesaham?atau dah lama bungkus bersama UMNO KEDAH.

UMNO sememanya tidak boleh hidup jika tiada projek dan bermewah-mewah,jika susah sedikit pastinya UMNO akan di tinggalkan.PARTI UMNO merupakan tempat para pelobi mencari makan melalui projek-projek kroni pemimpin UMNO,apabila KERAJAAN kembali mempunyai wang pastinya UMNO akan terus bernafas dan terus memperbodohkan orang melayu dengan slogan HIDUP MELAYU.Janganlah sesiapa terpedaya dengan SAHAM ONE MALAYSIA ini lebih baik melabur dalam SAHAM AKHIRAT kerana keuntungannya kekal abadi..

hidup harapan

SIAPA PENASIHAT YANG BARU?

Negeri KEDAH semalam telah kehilangan seorang BEKAS KETUA AMK dan JUGA BEKAS PPN NEGERI KEDAH iaitu HJ MOKHTAR MANSUR.Beliau merupakan AJK CABNAG MERBOK.Tetapi yang pergi tetap pergi.

Kini seorang individu pasti merasakan kehilangan ini amat di rasai dan perlu di cari ganti secepat mungkin.Individu ini sememangnya kaya dan berharta berbanding kehidupan beliau zaman reformasi,mungkin itu rezeki masing-masing.Biarpun apa pun terjadi individu ini kehilangan seorang penasihat dan sahabat yang di kenali sudah lama.Di khabarkan di rumah jenazah semalam individu inilah yang paling sibuk menguruskan jenazah.Kehadiran MAMAT EZAM mungkin sedikit sebanyak akan mengurangkan kesedihan,tetapi siapa yang tahu perasaan beliau.Siapakah yang akan menggantikn tempat penasihat individu terbabit,usaha jangan tak usaha kerana ada yang sudah setuju....SEMOGA ALLAH MEMBERKATI DAN MELINDUNGI KERAJAAN PAKATAN RAKYAT KEDAH HARI INI DARIPADA UNSUR KHIANAT..AMIN.

Sunday, July 12, 2009

KEDUDUKKAN PERSEPSI DI MANIK URAI

Kedudukan Persepsi Kepercayaan Politik - data setakat ini: PR (PAS) 57.3% dan BN (UMNO) 42.7%. Bagi kumpulan umur 21 - 30 pecahan adalah PR (PAS) 68% dan BN (UMNO) 32%; 31-40 bagi PR (PAS) 53.3% dan BN (UMNO) 46.7%; 41-50 pecahan adalah PR (PAS) 42.6% manakala BN (UMNO) 57.4%, dan kajian menunjukkan persepsi kepercayaan terhadap media di sepanjang kempen masih dikuasai oleh MEDIA BARU dengan 48%.

JAMBORI UNIT EHSAN MALAYSIA



MAKANAN NI YANG BEST,DAGING KAMBING DA...TERIMA KASIH LA ZULKARNAIN N TEAM MENGURUSKAN MAKANAN KEPADA KAMI..THANKS BROO ZUL

AMK KULIM BANDAR BHARU JUGA TIDAK KETINGGALAN,DARI RELAU KEDAH NAK MAI BATU FERINGGI JAUH JGK,HAMPIR 2 JAM BARU SAMPAI...

RAJA BUAH DAN RAMBUTAN MENYAMBUT KETIBAAN KAMI SEBELAH PETANG

SAUDARA ASRIZAL MENERIMA BAJU UNIT EHSAN MALAYSIA DARI YB TUAN SPEAKER DUN PULAU PINANG,MUAT KE RIZAL HEHEHEH

TU DIA BELASAH SAMPAI CLEAR,ANGAH DAH LUPA KETUA AMK SIK LA TU SAMPAI TAK INGT ORANG BELAKANG NAK MAKAN

SAIFUL KETUA AMK KEDAH BERI UCAPAN,PEGUAM ANWAR IBRAHIM NIE......

SPEAKER DUN PULAU PINANG SEDANG MAKAN DI TEMANI OLEH ZUL IBRAHIM,FITRI,ASRIZAL DAN KAWAN-KAWAN YG LAIN...

YASIR(ORG KUAT CHEGU BARD)MENERIMA VEST MEWAKILI UNIT EHSAN NEGERI SEMBILAN...

PERSEMBAHAN SENI SILAT GAYUNG DARI UNIT EHSAN PERAK,PERTUNJUKKAN TERSEBUT MELIBATKAN 7 ORANG ANAK MUDA

INI GURU SILAT YANG SEDANG MEMERHATI ANAK BUAH SEDANG MEMBUAT PERSEMBAHAN,TP....BETUL KA MUKA INI TOK GURU SILAT?HEHEHEHEHEH

SEBAHAGIAN AMK KEDAH YANG BERMAIN BOLA SEBELUM ACARA MANDI LAUT DI MULAKAN HEHEHEHEHEH.....

WAKIL UNIT EHSAN KEDAH SAUDAR AZMAN MENERIMA VEST UNIT EHSAN DARI YB MALEK KASSIM EXCO KERAJAAN PULAU PINANG

SPEAKER DUN PULAU PINANG YB HALIM MEMBERI UNCAPAN,BELIAU JUGA MEWAKILI TKM 1 YANG TIDAK DAPAT HADIR

ORANG KUAT UNIT EHSAN KEDAH,HAMIZAN SIAP BAWAK BASIKAL LAGI WAKAKAKAK...BARU HABIS DIRIKAN KHEMAH

MISTERI WANITA KEBAYA MERAH DI HINGHWAY GURUN DAN SG PETANI




Saturday, July 11, 2009

KENAPA SAIFUL BUKHARI TIDAK SAMAN?


Susulan laporan perubatan tiga pakar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang mengesahkan "mangsa al-liwati" si Saiful Bukhari Azlan tidak mempunyai kesan dan tanda-tanda diliwat, maka kami mencabar "budak Saiful" untuk menfailkan saman "fitnah" terhadap doktor terbabit, Hospital Kuala Lumpur dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini kerana, laporan perubatan itu jelas sekali telah menyebabkan "imej dan maruah" Saiful tercemar dan mendapat aib yang cukup memalukan.

Apa tidaknya, dalam heboh-heboh beliau mencanangkan kononnya "dirinya sudah tiada teruna" dan "tidak suci" lagi, tiba-tiba isu laporan perubatan kedua ini dikeluarkan pula. Jika dulu, laporan perubatan Hospital Pusrawi yang dikeluarkan oleh Dr.Mohamed Osman dianggap "palsu" dan "tidak mengikut peraturan". Malah, asas yang diberikan ialah doktor terbabit bukan doktor pakar, hanya pegawai perubatan biasa dan laporan yang dibuat tidak lengkap serta bermacam-macam lagi alasan "tidak munasabah" yang diberikan. Namun, anehnya segala kemusykilan itu bukannya dijawab sendiri oleh "budak Saiful". Sebaliknya pihak lain yang membuat kenyataan seperti Pengarah Hospital Pusrawi, Kementerian Kesihatan dan lain-lainnya.

Sedangkan Saiful hanya mendiamkan diri melihat "kesilapan" yang beliau lakukan itu. Laporan perubatan itu telah tersebar meluas di internet termasuk dalam beberapa buah akhbar alternatif yang lain. Sebaliknya, sehingga kini Saiful tidak pernah cuba mengemukakan "saman" atau "injuksi mahkamah" supaya laporan itu ditarik balik atau sebagainya.

pahangdaily

TAKHZIAH

Bekas PENGERUSI PERHUBUNGAN PKR KEDAH HJ MOKHTAR MANSUR telah kembali rahmatullah semalam.Beliau di antara perintis PKR KEDAH dan PKN KEDAH.Takziah di ucapkan kepada seluruh keluaga beliau semoga beliau di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman....AL-FATIHAH

HIDUP HARAPAN

KISAH DAN TAULADAN

Sebelum Muktamar Pas yang lalu, Perakexpress sibuk mempromosikan Nizar sebagai bakal calon Naib Presiden Pas. Nizar mendapat pencalonan yang begitu banyak…dan kalau dia bertanding, aku rasa dia boleh menang dengan selesa.

Tapi bila aku diberitahu bahawa Nizar menarik diri dari bertanding Naib Presiden…aku terkejut. Memang frust sebab aku rasa dia mampu membawa Pas Perak lebih baik. Tapi bila diberitahu mengapa dia menarik diri..aku terima. Bagi aku, Nizar berjiwa besar. Dia tidak mahu dilihat sebagai opportunis, cuba menggunakan popularitinya untuk mendapatkan kuasa.

Tetapi satu lagi alasan yang diberikan..yang tak pernah aku terfikir. Nizar merasakan dia masih belum teruji. Dia gagal dalam mempertahankan Pakatan Rakyat Perak sehingga menyebabkan Pakatan Rakyat Perak runtuh. Dia berazam untuk menebus kegagalannya dengan mengembalikan Pakatan Rakyat Perak sebagai kerajaan yang sah.

Bagaimana seorang yang begitu diminati oleh rakyat Perak…seorang yang dapat diterima oleh majoriti rakyat Perak, tanpa mengira bangsa, agama atau pun parti…boleh gagal?

Dalam setiap ceramah…kita mendengar tentang bagaimana kesalahan diletakkan kepada Jamal, Osman dan Hee. Dan dalam cakap-cakap dikedai kopi atau dalam blog, PKR sering dipersalahkan kerana mempunyai Adun-Adun yang tidak berkualiliti, Adun yang tidak bermoral..macam-macam.

Apabila Anwar ditendang dari Umno..memang mudah untuk menyalahkan Mahathir..tetapi tidak mudah untuk menyalahkan orang-orang disekeliling Anwar. Bila Pak Lah dipaksa turun, memang mudah untuk menyalahkan Mahathir..tetapi tidak mudah untuk menyalahkan orang-orang di Tingkat Empat. Apabila Nizar dipaksa turun dari jawatan Menteri Besar, memang mudah menyalahkan Jamal, Osman dan PKR, tetapi tidak mudah untuk menyalahkan orang-orang Pas dipejabat Menteri Besar.

Dan apabila PR Kedah hampir-hampir runtuh…memang mudah untuk menyalahkan PKR dan DAP di Kedah, tapi tidak mudah untuk menyalahkan kuasa-kuasa di “Batu 9”.

Hangpa nak kutuk Jamal sebagai pengkhianat…kutuk la. Aku setuju.

Hangpa nak kutuk PKR kerana meletakkan calon-calon yang tidak berkualiti. Kutuk la. Aku setuju.

Hangpa nak kata katak-katak ini tidak bermoral…kata la. Aku setuju.

Hangpa nak kata depa dua ekor ini bodoh. Kata la. Aku setuju.

Tetapi…mengapa seorang Menteri Besar yang dianggap sama taraf dengan Anwar ini tidak mampu mengawal dua ekor katak yang bodoh? Di mana kualiti pemimpin Pas yang dianggap handal ini?

Pada awal pemerintahan Pakatan Rakyat di lima negeri…Selangor merupakan negeri yang paling teruk dilanda masalah. Malah pada hari pertama lagi…Pakatan Rakyat Selangor berhadapan dengan ‘pengkhianatan’ Dr. Hasan Ali. Tetapi dapat diselesaikan. Kemudian diikuti dengan isu babi. Jauh lebih besar, tetapi dapat diselesaikan. Ditambah pula dengan isu Eli Wong…tetapi dapat juga diselesaikan.

Tetapi di Perak..ia hanya masalah balak. Tetapi oleh kerana gagal diselesaikan…Pakatan Rakyat runtuh. Di Kedah…hanya isu tempat penyembelihan babi…menyebabkan DAP keluar Pakatan. Tiga ADUN PKR hampir-hampir melompat dan kerajaan PR Kedah hampir runtuh. Dan ia memerlukan campurtangan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat untuk menyelesaikan kemelut di Kedah.

Apakah ianya melambangkan kualiti kepimpinan yang ada pada Pas?

Aku simpati kepada Nizar dan aku akan terus menyokong Nizar kerana aku dapat merasakan kejujurannya. Tetapi simpati aku kepada kepimpinan Pas yang lain semakin berkurangan kerana mereka hanya nampak kesalahan orang lain…tetapi jarang melihat diri sendiri.

Semasa Nizar menjadi Menteri Besar… pejabat Menteri Besar macam markas Pas. Semua staf dipejabat Menteri Besar terdiri dari orang Pas kecuali Nadarajah. Tapi Nadarajah hanya ditugaskan untuk menjaga orang India.

Orang-orang bukan Pas cukup susah nak jumpa Menteri Besar. Orang Pas boleh keluar masuk ikut suka hati. Pernah sekali aku membawa seorang rakan untuk berjumpa Nizar, tetapi diberitahu oleh Mohamad Tiang,..”Orang PKR kena jumpa Ustaz Zul.”

Bila aku nak buat Konvensyen teh tarik..nak jemput Nizar kena melalui Ustaz Zul. Tapi blogger Pas boleh buat mesyuarat dalam pejabat Menteri Besar.

Ini yang berlaku pada aku…yang berlaku pada ramai lagi orang PKR macam mana?

Nizar tak tahu perkara ini….kerana dilakukan oleh orang-orang disekeliling nya. Disebabkan orang-orang disekeliling Nizar..Nizar tumbang. Apakah Pas Kedah tidak belajar hal ini?

Aku tak mahu menyalahkan Nizar.. kerana pegawai-pegawai disekelilingnya adalah lantikan parti. Dan apabila Pakatan Rakyat Perak tumbang…maka parti yang memimpin perlu juga dipersalahkan. Walaupun Pas mempunyai pemimpin yang berkualiti, yang tinggi akhlak, yang cukup bermoral…tetapi gagal memimpin. Dimana silapnya?

Kalau dalam satu program keibubapaan…seorang bapa meluahkan perasaannya, “anak saya tak dengar cakap…anak saya degil, anak saya perangai macam setan.” Siapakah yang gagal?

Apa yang berlaku di Perak, juga berlaku di Kedah. Apa yang diceritakan dikedai-kedai kopi atau blog ialah tentang tingkah laku ADUN DAP dan PKR…tapi tak ada sesiapa yang bercerita tentang kuasa ‘Batu 9’.

Pentadbiran Pakatan Rakyat Kedah banyak dikuasai oleh Markas Pas Batu 9. Malah ada rungutan dikalangan ADUN-ADUN bahawa banyak pandangan dan cadangan mereka di veto oleh kepimpinan PAS, sehingga ada yang berkata bahawa keputusan EXCO pun boleh diubah sekiranya ‘Batu 9’ tidak bersetuju.

Ada yang merungut dimana peruntukan DUN tidak disalurkan kepada ADUN PKR atau DAP sepenuhnya. Hanya sebahagian disalurkan kepada ADUN manakala sebahagian lagi disalurkan terus kepada YDP Pas kawasan.

Mungkin betul tuduhan ini…mungkin fitnah. Tetapi apabila terdapat rungutan-rungutan…ianya perlu diambil perhatian. Bukan dengan menolak mentah-mentah tanpa memberikan ruang untuk menyuarakan perasaan.

Penubuhan Majlis Pakatan Rakyat di Kedah perlu di munafaatkan walaupun ia menimbulkan persoalan…”mengapa baru sekarang ditubuhkan?” Jangan hanya aktif bila nak pilihanraya atau hanya bila timbul masalah.klik disni

Friday, July 10, 2009

PELAJAR UNISEL TOLAK ROSMAH JADI CANCELOR


1500 PELAJAR BANTAH ROSMAH SEBAGAI CANCELOR UNISEL


Satu resolusi tergempar telah di luluskan malam tadi di Dewan Utama Unisel – Kampus Bistari Jaya Batang Berjuntai.

Resolusi ini : Menuntut agar Rosmah Mansor dilucutkan dari menjadi Cancelor Unisel.

Seramai 1500 pelajar yang berasak -asak membanjiri dewan telah mengangkat tangan dan sebulat suara menyokong resolusi tersebut.

Awalnya satu forum ‘ Memperkasakan Mahasiswa dan Realiti Politik Kampus’ telah di adakan didalam dewan yang sama. Forum ini adalah anjuran bersama Kelab Anwar Ibrahim ( AIC) dan Majlis Perwakilan Pelajar Unisel.

Ahli panel : Naib Presiden Parti KeadilanRakyat Mustafa Kamil Ayub, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin serta Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff .

Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim telah memberikan ucapan. Setelah selesai uacapan Anwar telah membuka ruang untuk soal jawab. Ketika ruang soal jawab inilah resolusi tergempar itu telah diluluskan dengan sebulat suara.

Tidak ada seorang pun pelajar dan anak muda dalam Dewan Utama Unisel pada malam tadi yang membantah.

Majlis Perwakilan Pelajar Unisel akan berbincang tidak lama lagi untuk mencari ganti canselor Unisel yang baru.

Forum ini telah di pengerusikan oleh Profesor Mohd Noh Nawawi.
(TT)

SUDAH LA MADEY

Sudah la MADEY jangan dok sedih la,sememangnya PPSMI tu memberi masalah kepada pelajar.Tahun 80an tak da pun sisitem sebegini rupa tetapi sekolah berjaya melahirkan pelajar yang cemerlang dan ketika ini menjadi pemimpin masyarakat.Najib dah tak pakai nasihat hang dia cuma dengar nasihat ROSMAH,siapa MAHATHIR ketika ini?jawapannya BEKAS PERDANA MENTERI bukan PERDANA MENTERI.Sama STATUS dengan MAMAT EZAM iaitu BEKAS PKR,semuanya bekas belaka.

Sudah la MADEY jangan dok sedih la,BARISAN NASIONAL dah tak guna nasihat hang dah,kalau ikut hang mesti BN msuk bertanding PRK PENANTI,COMFIRM BN TUMBANG.Mujur BARISAN TAK DENGAR NASIHAT HANG BN TAK KALAH DAN TAK MENANG.

Sudah la MADEY jangan dok sedih la,PETRONAS pun dah tak mau guna nasihat hang dah,makan gaji buta ada la.PETRONAS akan ambil penasihat baru ganti MAHATHIR untuk memastikan duit PETRONAS dapat di agihkan kepada PEMIMPIN umno.

Sudah la MADEY jangan dok sedih la,NAJIB suka dengar nasihat ROSMAH,DASAR LIBRELISASI EKONOMI tu BAIK UNTUK NEGARA kata NAJIB,walaupun MAHATHIR tak suka tetapi MAHATHIR BEKAS PERDANA MENTERI,NAJIB PERDANA MENTERI cakap siapa yang laku?NAJIB LA.

SUDAH LA MADEY jangan dok sedih la,BANYAK-BANYAK BERTAUBAT KEPADA TUHAN.SELALU P MASJID NANTI MATI SEMBAHYANG MAYAT DI MASJID BUKAN DI ATAS MENARA PETRONAS.P LA MINTAK MAAF KAT ANWAR TU,AKU PERCAYA ANWAR MESTI MAAFKAN HANG..BERTAUBATLAH WAHAI BEKAS PERDANA MENTERIKU.SUDAH LA.....

hidup harapan

Thursday, July 9, 2009

NASIB PENIAGA PASAR RAMADHAN.


Hari ini MPKK KULIM KEDAH telah mengeluarkan lesen untuk peniaga pasar RAMADHAN seluruh KULIM,semalam juga telah di adakan sesi pendaftaran untuk tapak PASAR RAMADHAN di KELANG LAMA KULIM dan lain-lain.Di fahamkan akibat daripada jumlah peniaga yang memohon terlalu ramai menyebabkan berlaku masalah apabila banyak peniaga gagal mendapatkan tapak di PASAR RAMADHAN KELANG LAMA KULIM.

Sebelah pagi tadi di fahamkan ada seorang peniaga telah menunggu di hadapan pejabat MPKK seawal 12.30 tengah malam,bermakna beliau tidur di hadapan pejabat MPKK untuk mendapat tapak PASAR RAMADHAN.Untuk tapak PASAR RAMADHAN TAMAN SELASIH juga terlalu ramai sehinggakan banyak peniaga yang gagal mendapat tapak PASAR RAMADHAN.Ini berlaku kerana para peniaga yang gagal mendapat tapak di KELANG LAMA telah datang untuk mendapatkan TAPAK untuk TAMAN SELASIH,menyebabkan berlaku lebihan dengan kata lain tapak untuk peniaga yang disediakan tidak dapat menampung peniaga yang ramai.Kali ini bukan setakat peniaga kecil tetapi RESTORAN-RESTORAN BESAR juga turun berniaga di PASAR RAMADHAN,semestinya pemilik RESTORAN akan mengambil tapak yang besar dan banyak untuk memuatkan peralatan dan kelengkapan bertaraf RESTORAN.Nampaknya peniaga kecil terus ketinggalan mendapatkan tapak untuk berniaga.

Terkejut apabila mendengar peniaga sanggup menunggu seawal 12.30 malam untuk mendapatkan TAPAK PASAR RAMADHAN,mungkin peniaga tersebut membawa khemah untuk bermalam di hadapan pejabat MPKK.Di negara barat orang ramai sanggup bermalam di kaki lima stadium untuk mendapatkan tiket bola sepak,tiket konsert mahupun mendapatkan novel HARRY POTTER.Di MALAYSIA untuk mendapatkan tapak berniaga sanggup bermalam di kaki lima.Ini menggambarkan rakyat MALAYSIA sanggup melakukan apa sahaja di dalam mencari rezeki kerana kesusahan rakyat amat di rasai.Begitu penting kepada para peniaga mendapatkan tapak berniaga untuk menyara hidup dan menceri rezeki ketika bulan yang mulia BULAN RAMADHAN.

Ketika ini terdpat banyak penjaja-penjaja kecil di tepi jalan, menggambarkan rakyat didalam kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan.Kita lihat banyak anak-anak muda berniaga kecil-kecilan di tepi jalan dan sudah tiada pilihan untuk mencari rezeki serta sudah hilang perasaan malu untuk berniaga,tidak menjadi suatu benda yang pelik ketika ini apabila TAPAK PASAR RAMADHAN tidak mencukupi....

PROGRM PKR SARAWAK DI HALANG

Polis Sarawak bertindak samseng dengan menyerbu sebuah rumah panjang untuk menyuraikan peserta kursus kewartawanan anjuran Skuad KEADILAN negeri itu.

Sepasukan lapan anggota polis menyerbu rumah panjang itu di Saratok, kira-kira 350 kilometer dari Kuching dan memaksa kesemua 37 peserta meninggalkan rumah panjang itu pada 4 Julai lalu.

Alasan diberi oleh polis ialah kursus kewartawanan itu tidak mempunyai permit.

Ketua Skuad KEADILAN Sarawak Jol-Jolhi Bee berkata beliau telah memohon untuk mendapatkan permit walaupun tidak perlu berbuat demikian kerana kursus itu adalah aktiviti parti yang diadakan dalam dewan tertutup.

“Seperti biasa kesemua permohonan yang dibuat pihak Skuad tidak akan diluluskan,” kata beliau.

“Pihak Skuad merasa kesal dengan tindakan polis yang bertindak di luar batasan dan berat sebelah kerana sebelum ini Biro Tata Negara (BTN) anjuran Barisan Nasional menganjurkan kursus dan tidak memohon sebarang permit. Tidak ada pula serbuan polis bila ia membabitkan aktiviti BN,” tambah beliau.

Bagaimanapun, tindakan keterlaluan polis itu tidak mematahkan semangat peserta yang berpindah ke lokasi lain di Saratok untuk menyambung kursus berkenaan.

“Ini telah menaikkan semangat mereka dengan memahami erti perjuangan apabila hamba-hamba BN bertindak sewenang-wenangnya menyalahguna kuasa mereka,” jelas Jol-Jolhi.

Menurut beliau, pihak Skuad telah lima kali menangguh dan memindahkan program kursus ini kerana setiap kali pihak Skuad telah mengesahkan tempat dan tarikh, pihak BTN akan mengisi dewan dengan program anjuran mereka pada masa dan tempat yang sama.

Merujuk kepada sambutan penduduk terhadap KEADILAN di Saratok, Jol-Jolhi berkata kebanyakkan mereka menyedari bahawa mereka ditipu oleh Kerajaan BN sekian lama dengan pelbagai janji kosong.

Walaupun sudah 46 tahun merdeka dan bergabung dengan Semenanjung Malaysia, Sarawak masih mempunyai kawasan-kawasan luas yang tidak menikmati kemudahan asas seperti bekalan air bersih dan elektrik.

“Contohnya, Kerajaan Negeri berjanji akan menyalurkan bekalan letrik kepada penduduk Saratok sebelum hari Gawai iaitu pada 1 Jun lalu, namun apa yang ada hanya tiang dan pendawaian sahaja, letriknya tidak disalurkan sehingga ke hari ini,” kata beliau.

Banyak lagi janji palsu BN disini membuatkan penduduk rasa muak dan tertipu kerana Sarawak adalah antara negeri terkaya tetapi sebahagian besar rakyatnya terus dibelit kemiskinan.

ISU KEDAH MENGUJI KESABARAN

Bila tamat sahaja isu kerajaan perpaduan kita ingatkan boleh lah menarik nafas lega sementara menanti pilihanraya kecil manik urai yang akan berlangsung tak lama lagi. Rupa2nya banyak lagi isu yang makin mencabar yang mendatang. Sebagai warga yang perihatin kepada politik Malaysia serta penyokong Pakatan Rakyat setiap hari kami berbicara dan berbincang hala tuju politik semasa merasa amat teruja dengan beberapa isu yang berlaku dalam hari2 yang lalu.

Kekecohan yang berlaku walau pun dianggap tidak lah meruncingkan tetapi keadaan yang berku ini di manipulasikan oleh berita arus perdana secara menggila dan seolah olah peristiwa yang berlaku telah menggoncangkan negeri negeri pakatan Rakyat. Tujuan utamanya agar menghilangkan keyakinan rakyat kepada pemimpin pakatan rakyat. Namun atas kepintaran dan sikap terbuka Pimpinan Pakatan Rakyat menyelesaikan masalah yang di hadapi secara bersama menyebabkan media arus perdana terkedu dan terus menggelapkan berita cerita tersebut kerana bagi mereka berita sebegini tidak mempunyai nilai komersial atas arahan pimpinan Ameno.

Di Kedah antara yang menggairahkan media adalah isu meruntuhkan tempat penyembelihan babi yang mana tempat ini lansung tidak menjadi isu semasa pemerintahan UBN dulu. Samada mereka membiarkan saja untuk mendapat sokongan murahan atau kes terpencil ini tidak mendatangkan laba bagi pimpinan UBN masa itu.

Bayangkan berapa lama penduduk sekitar yang menderita akibat pencemaran yang berlaku selama tempat penyembelihan itu ujud. Pemberita lansung tidak menyiarkan persetujuan perobohan tempat tersebut dari penduduk sekitar tetapi yang ditunjukkan adalah protes dari dua tiga kerat pemimpin desprado yang cuba menjadi jaguh kaum mereka walau pun majoriti penduduk dari kaum tersebut pun bersetuju tempat tersebut di robohkan dan dipindahkan ketempat lain yang lebih sesuai.

Antara yang kuat melompat untuk menjadi jaguh adalah Adun Kulim yang cukup kuat dasar perkaumannya dan sebenarnya tidak sesuai menjadi adun Pakatan Rakyat. Salah saorang Adun yang mungkin mencari helah atau boleh menghalalkannya melompat dengan sentiasa mencari isu walaupun sekecil kuman.

Saya tertarik juga dengan artikel ketua penerangan Pas pusat ustaz Idris Ahmad yang lalu mengatakan Ameno menikus di kedah dengan kebijaksanaan Menteri Besar Kedah sekarang. Bagi Saya Ameno bukan nya menikus tetapi Ameno sekarang di Kedah seperti harimau yang lapar yang bersembunyi disebalik lalang yang akan menerkam mangsanya yang lalu didepannya. Percayalah kerja pujuk memujuk masih berlaku sehingga kesaat ini.

Mereka tidak akan berhenti sehingga mereka berjaya merialisasikan impian mereka. Walaupun Kedah antara negeri termiskin di Malaysia tetapi Kedah kaya dengan sumber alam yang berharga untuk diniagakan.

Pemimpin pakatan lain sibuk mendengar taklimat di Mentaloon tentang kes DSAI tapi ada Adun kita sibuk dengan perancangan mereka di Rumah Adun Ameno di Baling. Juga yang tidak hadir ke majlis taklimat tersebut adalah antara Adun2 yang disyakki mau berpaling tadah. Mereka ini lansung sudah hilang penghormatannya pada DSAI kerana pada majlis sepenting ini pun mereka tidak hadir.

Setelah menang mereka lupa pada jasa dan pengorbanan DSAI. Sepatutnya mereka lah orang yang patut paling kuat menyokong dan bersimpati pada DSAI bila pertuduhan dan fitnah melanda kepada beliau. Kalau tak kerana jasa DSAI mereka tidak naik sampai kepuncak ini sekarang. Saya masih ingat DSAI berkempen pada PRU ke12 lalu.

Komitmen DSAI datang berkempen walau pun sejam dua tapi menyemarakkan sokongan kepada tempat yang ditandingi PKR dulu. Tapi 3-4 kerat Adun ini seolah olah lupa atau sengaja buat2 lupa apabila nampak harta dan habuan dunia didepan mata. Cukup cepat kelabu mata kata orang utara. Mereka merasakan diri mereka cukup hebat sekarang. Tak apalah hampa tunggu PRU akan datang samada hampa dipilih atau tidak. Pengundi hampa dok sesal undi hampa dulu. Pelaq sungguh....................klik disini

CUBAAN MENJATUHKAN KERAJAAN PR KEDAH

Minggu lepas adalah minggu yang menggemparkan. Semuanya kerana dua ekor katak…Jamal dan Osman. Sehingga hari ini, cerita tersebut masih dimainkan dengan berita terbaru tentang kenyataan Misbahul Munir.

Aku bukanlah orang yang pertama mendapat maklumat tersebut…tapi aku boleh kata bahawa aku diantara orang yang awal mendapat berita itu. Tidak timbul soal Jamal mahu meyertai PKR semula…aku tak tulis pun benda tu. Yang tulis benda tu ialah Albanjari.

Bila cerita ini meletup, ada pemimpin Pas yang melatah. Ketua Penerangan Pas membuat kenyataan media menafikan perkara tersebut. Semalam Misbah pula membuat kenyataan menafikan cerita itu. Tetapi mengapa tidak ada pemimpin PKR membuat sebarang kenyataan? Baik di Perak ataupun Pusat? Sedangkan cerita ini membabitkan PKR?

Kerana mereka tahu apa yang sebenarnya berlaku…dan berita kehilangan Jamal dan Osman hanyalah ‘diversion’ kepada satu gelora yang lebih besar. Riuh rendah di Perak tetapi yang bergelora adalah di Kedah.

Sekurang-kurangnya, ada pemimpin Umno yang kelamkabut manakala akhbar dan TV mempunyai cerita untuk disiarkan.

Jamal tidak pernah menyatakan kepada sesiapa bahawa dia akan kembali kepda PKR. Anwar sendiri tidak mahu berjumpa dengannya lagi…dan Misbah tidak perlu membuat kenyataan bagi pihak PKR..”Kita berpandangan kalau sekalipun mereka ingin kembali kepada PR, sebaiknya mereka letak jawatan sebagai ADUN dan menyerahkan mandat kepada rakyat untuk memilih semula wakil rakyat yang baru, dan mereka boleh menjadi ahli biasa PKR atau kekal bebas.”

Apa yang aku dapat tahu, Jamal bukan sahaja tidak akan kembali kepada PKR..malah akan bertindak lebih teruk lagi. Dia sudah jadi seperti Ezam Mohd. Nor.

Ramai orang Umno tak suka kat Jamal…seperti mereka tak suka kat Ezam. Tetapi Jamal berguna untuk individu tertentu dalam Umno…sama seperti Ezam berguna untuk Khairy dan Pak Lah. Dan Jamal berguna untuk Najib..untuk melakukan kerja-kerja kotor Najib. Jamal bersedia melakukannya…demi duit. Macam Ezam dulu.

Najib merancang untuk menjatuhkan kerajaan PR Kedah dan Jamal adalah diantara balaci-balaci yang digunakannya. Dan tugas Jamal adalah untuk membuat hubungan dengan ADUN-ADUN PKR Kedah untuk melompat menjadi ADUN bebas tetapi menyokong Umno. Modus operandi mereka hampir sama dengan apa yang berlaku di Perak.

Satu ADUN DAP sudah mengisytiharkan menjadi ADUN Bebas. Ini menjadikan komposisi ADUN diKedah ialah BN 14, Bebas 1 dan PR 21. Sekiranya BN berjaya menarik 4 lagi ADUN PKR untuk menjadi ADUN Bebas tetapi menyokong Umno, menjadikan BN 14, Bebas 5 dan PR 17. Dan dengan itu, apa yang berlaku di Perak…akan berulang di Kedah.

Apakah ini mustahil dilakukan? Tidak. Malah operasi ini sudah berjalan sejak lama. Tetapi masalah ini dipandang ringan oleh kepimpinan Pas Kedah. Ustaz Azizan masih dengan keras kepalanya.

Isu kandang babi bukan lah isu yang besar, tetapi hanya merupakan jerami yang mematahkan belakang unta. Ustaz Azizan tidak sedar tentang permainan Umno melalui kakitangan kerajaan dibawahnya. Sama seperti di Perak…kita leka dengan perebutan jawatan, pasir dan balak….sehingga tidak sedar permainan Setiausaha Kerajaan Negeri. Di Kedah…operasi ini dilakukan melalui Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS).

Di Kedah, ada seorang ADUN PKR yang mempunyai sifat-sifat yang hampir serupa dengan Jamal. Kaki joli dan kaki tambah bini.klik di sini

NASIB KG BUAH PALA ZAMAN KERAJAAN PR DAN NASIB KG SG BATU ZAMAN KERAJAAN BN


Pampasan RM200 ribu yang dipersetujui adalah sudah mencukupi malah terlalu besar untuk setiap keluarga di Kg. Buah Pala. Lim Guan Eng memang tertekan dengan berbagai isu yang timbul sekarang. Beliau menafikan kononnya beliau tidak mahu berjumpa dengan penduduk Kg. Buah Pala, tetapi 2 Timbalannya YB Dr Mansor dan YB Ramasamy telah bertemu dengan penduduk Kg. Buah Pala dan beliau anggap telah berjaya. pampasan itu sudah lebih dari cukup.



Cuba kita imbau kembali isu perpindahan yg memang kerap berlaku di P. Pinang terutamanya melibatkan orang Melayu yang terpaksa pindah. Pada tahun 2006 di Kg Sg Batu sebagai contoh, bayangkan mereka terpaksa pindah dalam bulan Ramadhan ketika mereka sedang bersiap sedia menyambut hari raya. Tidakkah ini terlalu kejam namanya. Cuma ketika itu BN yang perintah jadi media arus perdana langsung tidak buat liputan. Mengapa TV3 dan yang sepusat dan sepusing dengannya tidak datang walaupun telah dijemput. Cuba kes ini terjadi sekarang sudah tentu ia menjadi isu besar.



YB Syed Amerudin Adun Bayan Lepas yg ketika itu Exco Perumahan bertindak seolah2 wakil pemaju bukan membela nasib rakyat orang Melayu yang mengundinya. Beliau tergamak melihat orang Melayu diusir keluar ketika mahu menyambut hari raya. Beliau turut sediakan lori lagi untuk mereka pindah. Inilah sikap YB Syed Amerudin wakil rakyat UMNO yang kononnya nak bela nasib orang Melayu. Penduduk Sg Batu tidak bernasib baik jika nak dibandingkan dgn penduduk Kg Buah Pala yyang akan dapat pampasan RM200 ribu. Penduduk Kg Sg. Batu hanya dapat sebuah rumah berharga RM40.00 sahaja. Itupun setelah PKR dan PAS campur tangan. Ikuti sedutan video yang masih ada dalam simpanan saya, dengarlah luahan rasa derita jiwa mereka.

http://sharpshooterblogger.blogspot.com

DSAI DI MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR

Wednesday, July 8, 2009

ANGGOTA CAWANGAN KHAS DI KERAH JADI GURU SANDARAN DI MANIK URAI

KUALA KRAI [4.47 pm] - Nampaknya, UMNO kini semakin terdesak dan gusar dengan kekuatan PAS mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri N41 Manek Urai dalam pilihan raya kecil itu 14 Julai ini. Berbagai tipu helah dan strategi yang telah mereka lakukan untuk tujuan mempengaruhi pemikiran rakyat supaya menyokong BN. Difahamkan, antara langkah paling kritikal yang dilakukan oleh UMNO ialah dengan menempatkan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang dipercayai adalah anggota Cawangan Khas PDRM (SB). Sumber menyatakan lebih 500 SB yang menyamar sebagai Guru Sandaran telah ditempatkan dibeberapa buah sekolah yang terletak dalam kawasan peti undi panas UMNO. Tujuannya tidak lain tidak bukan untuk menjalankan propaganda bagi pihak UMNO-BN bagi mempengaruhi pengundi-pengundi di kawasan tersebut supaya menyokong BN. Anggota-anggota SB yang mengambil peranan sebagai pengajar di beberapa sekolah di Dewan Undangan Negeri Manek Urai dipercayai sudahpun menjalankan kerja kotor mereka bagi pihak BN sejak sebulan lalu iaitu lama sebelum hari penamaaan calon. "Anggota SB yang berpura-pura bertugas sebagai guru sandaran ini antara lain akan cuba menyelitkan unsur-unsur propaganda Umno dan BN semasa lepak sambil minum di kedai-kedai kopi bersama masyarakat tempatan." Mereka ini ditempatkan di sekolah-sekolah di Manek Urai di mana BN dijangka akan menghadapi tentangan sengit daripada calon Pas dan kerana itu anggota-anggota SB ini dikerahkan untuk memastikan BN menang," kata sumber kepada PDO. Sumber juga menyatakan anggota SB bukan sahaja menyamar sebagai Guru Sandaran tetapi juga menyelinap masuk ke Manek Urai dalam pelbagai peranan dan fungsi. Antara yang dikenal pasti ialah sebagai penoreh getah, peniaga ikan, nelayan, petani, pekerja Majlis Daerah Kuala Krai dan lain-lain agensi kerajaan. "Mereka ini menyamar dalam pelbagai bentuk pekerjaan bagi mendapat maklumat dan mempengaruhi pemikiran rakyat tempatan supaya membenci Pas. Mereka ini akan hilang dari Manek Urai sejurus selepas pilihan raya," kata salah seorang penduduk yang ditemui.

[Apakah ini satu strategi licik yang dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang juga merupakan Menteri Pelajaran dan Pengarah Pilihanraya BN di Manek Urai. Menggunakan guru untuk meracuni pemikiran rakyat adalah satu langkah "bijak" yang tidak sepatutnya berlaku sebenarnya. Tindakan menggunakan SB untuk menyamar sebagai Guru Sandaran adalah langkah yang cukup memalukan buat "parti kerajaan" seperti UMNO. Maka itulah, rakyat di Manek Urai perlu berhati-hati dengan pengaruh puak-puak ini. Janganlah menjadikan kuasa untuk melakukan apa sahaja. Kemenangan yang diharapkan oleh UMNO dan BN kini menyebabkan mereka terpaksa melakukan apa sahaja. Justeru itu, rakyat perlulah bijak menilai setiap apa yang dilakukan ini].

pahang daily

PERAIH IKAN ADAKAN DEMO JUMAAT INI

Kira-kira 1,000 peraih dan peniaga ikan akan mengadakan perhimpunan Jumaat ini untuk membantah tindakan Umno yang didakwa telah memperlekehkan profesyen mereka, demikian dilaporkan Malaysiakini.

Mereka mendakwa, Umno dalam ceramahnya dalam kempen pilihanraya kecil DUN Manek Urai, telah perlekehkan profesyen peraih dan peniaga ikan.

Calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai, juga seorang peraih ikan.

Kenyataan yang dianggap memperlekehkan mereka itu, didakwa dibuat oleh ketua penerangan Umno, Ahmad Maslan dalam ceramahnya malam tadi.

Perkara itu dinyatakan oleh penasihat jentera pilihanraya PAS Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dalam satu sidang akhbar pagi tadi.

Ketika ditemui kemudiannya, beliau berkata, bantahan tersebut akan diketuai oleh Presiden Persatuan Peraih dan Peniaga Ikan Kelantan, Ahmad Tarmizi Salleh.

Mereka akan berkumpul mulai jam 5 petang di pasar Laloh.

HAYAT PPSMI HINGGA 2012

PPSMI dimansuhkan mulai 2012

Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan sepenuhnya tiga tahun lagi, demikian diumumkan menteri pelajaran.

Pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin itu, susulan keputusan mingguan jemaah menteri pagi ini, dibuat jam 2.30 di kementeriannya di Putrajaya.

Di sekolah kebangsaan, bahasa Melayu akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar Sains dan Matematik, sementara sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing.

Pemansuhan itu dijalankan berperingkat-peringkat sehingga semua pelajar yang terlibat dengan dasar itu tamat peringkat masing-masing.

Dasar yang diperkenalkan sejak 2003 itu mendapat semakin banyak bantahan, khususnya sejak awal tahun ini apabila sekumpulan aktivis bahasa berjaya menggerakkan ribuan orang berarak ke Istana Negara.

Selain memimpin Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), yang mengepalai demonstrasi besar itu, tokoh sastera Datuk A Samad Said juga menyertai sekumpulan lima Sasterawan Negara membantah dasar itu - mencipta rekod bantahan golongan budayawan Melayu.

HIMPUNAN PPSMI BERJAYA?


Ketika orang ramai turun di jalan raya membuat bantahan terhadap SISTEM PPSMI, ada sesetngah pihak berkata"INI BUKAN BUDAYA KITA" selepas itu di hinanya orang yang berlarak di jalanan.Di MALAYSIA terdapat beberapa catatan peristiwa yang membabitkan bantahan di jalan raya di adakan.Seingat saya ketika zaman reformasi,HIMPUNAN BERSIH dan perhimpunan PPSMI,selain itu ada juga himpunan yang lain tetapi jumlah kehadiran tidak serami HIMPUNAN BERSIH pada 10 NOV 2007 dan refrmasi 1998.

Pada 1 ogos 2009 akan di adakan bantahan ISA di KUALA LUMPUR bakal menghimpunkan pencinta keadilan seluruh MALAYSIA.Setelah perhimpunan PPSMI di adakan kita menampakkan tekanan di berikan rakyat kepada KERAJAAN gagal di bendung menyebabkan kajian demi kajian sehinggakan PPSMI mungkin di masuhkan untuk sesi persekolahan tahun hadapan.Walaupun kerja turun ke jalan raya di angap kerja bodoh oleh sesetengah pihak tetapi ia tetap mmeberi kesan.Memang pada mulanya rakyat tidak berbincang isu PPSMI,tetapi apabila berlakunya PERHIMPUNAN PPSMI di KUALA LUMPUR ia telah menjadi perdebatan hangat sama ada di INERNET mahupun PARLIMEN KEDAI KOPI.

Jika PPSMI berjaya di hapuskan maka berjayalah mereka yang selama ini berkempen untuk memertabatkan bahas ibunda yang selama ini di anak tirikan oleh anak sendiri.Biarpun isu ini di anggap kurang panas namun ia melibatkan semua penduduk MALAYSIA tidak mengira kaum.Sistem pembelajaran yang pincang dan merapu boleh di anggap gagal perlu perbaiki.Bermula tahun 2003 PPSMI di perkenalkan ia meyebbakan generasi yang terlibat atau pelajar yang terlibat pening,selepas itu generasi ini juga di perkenalkan PLKN yang nyata menyusahkan pelajar itu sendiri.Pelajar dari tahun 2003 hingga 2009 akan menjadi bahan sejarah kerana sistem PPSMI yang di perkenalkan hanyalah untuk projek kroni dan pelajar di jadikan bahan kajian KERAJAAN.

SUDAHLAH PROJEK TIPU BUDAK SEKOLAH...BUDAK SEKOLAH PUN DAH ADA BLACKBERRY DAN PANDAI ACCES INTERNET.

HIDUP HARAPAN

PENYOKONG SAIFUL TIDAK KELIHATAN

Perkhabaran yang di terima sebentar tadi bahawa tidak kelihatan penyokong SAIFUL BUKHARI yang datang memberi sokongan,mungkin WEB MASTER BLOG GAP saja yang ada sebagai penyokog SAIFUL BUKHARI.Seawal pagi jam 6.30pg sekumpulan penyokong DSAI telah mula berkumpulan dalam beberapa kumpulan kecil sekitar kawasan MAHKAMAH.Di fahamkan rombongan AMK di halang oleh polis untuk masuk ke kawasan MAHKAMAH,perbincangan di adakan dengan pihak polis akhirnya mereka semua di benarkan masuk ke kawasan MAHKAMAH.Sekitar 150 orang datang memberi soladiriti kepada DSAI di perkarangan MAHKAMAH.Yang tidak kelihatan hanyalah penyokong SAIFUL BUKHARI,mungkin penyokong SAIFUL malu.Penyokong SAIFUL disyakki datang dengan menggunakan ILMU PUAKA menyebabkan mereka tidak dapat di lihat oleh mata kasar..

HIDUP HARAPAN

KES DSAI TANGGUH 15 JULY 2009

Opposition Leader Anwar Ibrahim's sodomy trial has been adjourned to next Wednesday as his lead counsel Sulaiman Abdullah is unwell. MALAYSIAKINI

PENERANGAN TERTUTUP KES DSAI

Sebentar tadi saya menghadiri taklimat tertutup mengenai kes DSAI di SERI MENTALOON ALOR STAR.Program yang di anjurkan oleh PKR kedah di adakan di DEWAN UTAMA kediaman MENTERI BESAR KEDAH.Kehadiran sekitar 500 orang hampir memenuhi dewan tersebut.Jemputan di utamakan kepada PIMPINAN PAKATAN RAKYAT KEDAH bagi memahami serta merungkai persoalan mengenai kes DSAI yang akan di sebutkan di MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR pagi nanti.

Banyak juga input yang di perolehi dan ada juga berita yang kurang enak untuk di kongsi,namun ia tetap menjadi debaran mengenai episod baru atau babak baru konspirasi UMNO untuk merosakkan kerier politik DSAI dan PAKATAN RAKYAT.Terdapat juga anggota polis yang berpakaian preman cuma memasuki dewan namun gagal apabila di halang oleh AMK KEDAH yang di tugaskan untuk menjaga keselamatan sebentar tadi.Wartawan juga di larang masuk sama sekali menyebabkan berlaku sedikit salah faham di pintu masuk DEWAN sebentar tadi,kerana ada wartawan bebas cuba masuk.Setiap hadirin yang hadir mesti mempunyai KAD JEMPUTAN sebelum di benarkn masuk.Saya di benarkan masuk kerana mendapat jemputan dan EXCO AMK KEDAH,itu yang mudah untuk masuk.GAMBAR AKAN DI UPLOAD SIANG NANTI.

Mereka yang hadir untuk memberi penerangan seperti PEGUAM DSAI saudara SAIFUL IZHAM RAMLI(KETUA AMK KEDAH) DATO JOHARI ABDUL(MP SUNGAI PETANI), PENGERUSI PERHUBUNGAN NEGERI PKR KEDAH YB AHMAD B KASSIM(MP KUALA KEDAH) dan di pengerusikan oleh KETUA PENERANGAN PKR KEDAH saudara ROZAINI.Program berakhir sekita jam 11.40 malam,program seperti ini perlu ada supaya pimpinan PAKATAN RAKYAT KEDAH dapat menyalurkan berita yang sebenar apa yang berlaku,ia memudahkan proses penerangan sehingga ke akar umbi.

Saya merasakan kurang senang apabila tidak kelihatan beberapa ADUN PKR KEDAH yang hadir, ADUN SIDAM dan BEKAS ADUN BUKIT SELAMBAU(ARUMUGAM) yang kelihatan,ADUN LUNAS,ADUN KULIM,ADUN BAKAR ARANG dan ADUN BUKIT SELAMBAU tidak nampak batang hidung.Untuk ADUN yang tidak hadir silalah memberi kerjasama kerana belum tentu PRU13 anda mampu menang dengan gayanya,jangan terlalu sombong merasakan kemenangan PRU12 kerana diri anda,sebenarnya UNDI RAKYAT mahukan ANWAR IBRAHIM JADI PERDANA MENTERI DAN PEMIMPIN RAKYAT.Ketika itu letak tunggul kayu pun menang....ada otak fikir la...

HIDUP HARAPAN

Tuesday, July 7, 2009

ADIK IPAR ROSMAH SUMBANG RM250 JUTA KE ISRAEL(ZIONIS)


Rosmah Mansor cuba muncul dengan imej 'penyayang' dan prihatin dengan cuba menjadi ikon membantu Palestin. Dia muncul dalam perbagai program kutipan derma untuk Palestin. Ini ialah sebahagian usaha bersungguh - sungguh untuk memberikan imej bersih kepadanya selepas dia tercalar dengan perbagai imej negatif.

Terbaru usahanya ke Universiti Malaysia untuk melancarkan tabung "kuasa 10 sen untuk membantu Gaza" - 'Power of 10 Sen, By Children for Children' . Namun usaha memberikan imej baru kepadanya digagalkan oleh sekumpulan mahasiswa universiti tersebut yang menyambutnya dengan grafiti di dinding dewan yang bakal dihadirinya. Tertera grafiti "Perempuan Isteri Puaka" dan C4 dengan jelas. Mujur pihak 'keselamatan' Rosmah segera bertindak mengecat dinding itu semula sebelum Rosmah tiba. Laluan Rosmah juga ditukar agar memastikan Rosmah tidak lalu di dinding itu.

Namun walaupun tidak melihat grafiti tersebut dan hanya mendengar cerita cukup menaikkan angin Rosmah. Polis dipaksa campur tangan dan 2 tangkapan awal direman 5 hari hanya kerana ditangkap melakar grafiti di dinding.

Kembali kepada usaha Rosmah menaikkan imejnya dengan kononya membantu Palestin. Adakah ia benar usaha bersungguh-sungguh atau sekadar mencari ruang pembersihan imej ?

Mungkin petikan artikel antara Henry Gurny dan Chin Peng yang diperturunkan semula di bawah ini boleh menjelaskan.


Secara mata kasar sememangnya negara ini kelihatan anti Amerika , anti – Zionis yang kuat. Itulah gambaran media negara ini membentuk persepsi kepada rakyat sendiri.

Lihat sahaja selepas ucapan 'berapi – api' Dr. Mahathir menghentam barat dan Amerika dalam satu Perhimpunan Agong Umno media tempatan terus memainkan ucapan tersebut seolah ucapan itu juga menjadikan Dr.Mahathir hero negara Islam.

Malangnya ramai tidak tahu bahawa selepas itu Dr.Mahathir membazirkan jutaan wang rakyat untuk membayar Jack Abramoff, Heritage Foundation, kumpulan pelobi Yahudi (zionis) untuk melobi sehingga membolehkan Dr.Mahathir berjumpa dengan Bush buat beberapa minit dan menjelaskan ucapanya. (sila klik membaca lanjut isu pelobi yang dibayar untuk membolehkan bertemu Bush). Tradisi menggunakan pelobi tersebut juga diteruskan dengan bayaran jutaan ringgit oleh Abdullah kepada Jack Abramoff untuk membolehkan beliau berjumpa Bush.

Jack Abramoff telah dijatuhkan hukuman bersalah di Mahakamah di Amerika kerana mengumpul bayaran melampau dan cara salah sebagai pelobi dan dalam fakta kes beliau di mahkamah ada tercatat kes Malaysia membayar beliau.

Masih ingatkah kita, dengan insiden menantu Abdullah Badawi pada 2006 yang membawa pemuda Bn berkumpul di depan KLCC membuat demonstrasi menghalau Condoleezza Rice . Khairy yang patah tangan pada ketika itu diberikan imej juara anti Amerika dengan mengumpulkan anak muda menghalau pemimpin Amerika yang dibawa masuk oleh bapa mertuanya. Tindakan Khairy seolah menggambarkan Malaysia benar anti Amerika , Anti Zionis Israel. Namun ramai yang tidak tahu pada waktu yang sama tentera Amerika sedang berada di Johor 'berseronok' mengukur tanah negera ini dalam sesi latihan ketenteraan.

Ketika keganasan Israel memuncak semula baru – baru ini, regim warisan penjajah yang memerintah negara ini cuba menggambarkan bahawa negara ini serius menentang dan ingin melumpuhkan negara Zionis itu. Maka rakyat pun di ajak jangan makan KFC (walaupun KFC itu milik saham terbesar anak tempatan), jangan makan Mc Donald atau jangan minum coke.

Boikot itu kuasa pengguna tetapi boikot barangan kecil tidak akan ada sudahnya. Jika berani halang saja barangan tersebut masuk ke Malaysia...sudah tentu tidak berani....

Malaysia sebenarnya tidak kisah, tahu atau tidak banyak kontrak atau hubungan perniagaan yang lebih besar dari setin coca cola yang agihan kek ekonominya tidak dirasai rakyat tempatan tetapi terus masuk ke poket zionis berlaku di Malaysia.

Selain yang diterangkan sebelum ini Jack Abramoff (pelobi Yahudi pro Zionis), regim ini punya kaitan rapat dengan Saatchi & Saatchisebuah agensi perunding/pengiklanan multi nasional yang pro Zionisme. Syarikat tersebut menjadi perunding imej dalam beberapa siri pilihanraya yang bertanggungjawab mencari teknik kempen dan pengiklanan untuk kempen regim Bn. Syarikat yang sama juga terlibat dalam banyak projek kerajaan.

CIMB sebuah syarikat kewangan yang dimiliki oleh adik Najib Tun Razak telah menadatangani kontrak bernilai USD 250 juta kepada sebuah syarikat yang berpengkalan di Israel. CIMB telah menyumber luarkan pengurusan Jabatan IT nya kepada EDS (electronic data system) selama 10 tahun. (Sila klik sini untuk baca siapa EDS? )

Hubungan CIMB dengan EDS bukan sahaja tidak mempedulikan keganasan Israel Zionis tetapi turut memangsakan pekerja CIMB sendiri yang dibuang kerana Jabatan IT disumberluarkan. (sila klik sini carian CIMB aniaya pekerja)

EDS telah ditubuhkan pada tahun 1995 dan berngpengkalan di Herzelyia, Israel. Syarikat ini jugalah merupakan syarikat yang mengendalikan sistem komputer polis, ketenteraan dan pertahanan Israel. Malah ia juga terlibat dalam industri persenjataan Israel. Dan hubungannya dengan Malaysia dirakamkan dengan bangga dalam Laporan Tahunan CIMB 2008. (sila klik untuk laporan CIMB 2008)

Kesimpulanya Rosmah tidak serius yang dikumpul ratusan ribu itu belum tolak kos itu dan ini tetapi adik iparnya sumbang RM250 juta kepada regim Zionis untuk terus bunuh anak Palestin.

CHEGUBARD

ESOK....

Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan akan hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Kompleks Mahkamah Jalan Duta. Beliau akan berdepan dengan tuduhan fitnah yang direka khusus demi merencatkan perjuangan rakyat dan agenda Perubahan. Berikut merupakan butiran program tersebut:

Tarikh: Hari Rabu 8hb Julai 2009

Tempat: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Masa: 8.00pagi

Pejabat Dato’ Seri Anwar Ibrahim

INIKAH BLOGGERS YANG MENJADI JURU CAKAP ADUN BEBAS??

Sejak isu Osman dan Jamal dipanaskan semula menerusi blog tertentu, nama-nama peloya itu kembali diingati semula. Peranan dan gaya hidup malah bini-bini mereka juga turut terkait sama. Hebat sungguh insan2 ini yg telah berupaya meruntuhkan sebuah kerajaan di sebuah negeri. Meranapkan harapan jutaan rakyat serta mengigit jarikan beberapa pemohon balak yg belum sempat mantan MB Nizar luluskan. Amat memeritkan ?

Di sepanjang perbualan, sambil minum2 kopi dengan beberapa pimpinan bertaraf negeri (baca pimpinan negeri Pakatan Rakyat) Perak baru-baru ini, isu ini juga turut dibualkan bersama. Lucu, kelakar dan simpati bercampur-campur bila adunan cerita tentang 2 watak 'gedebe' ini ditelanjangkan semula. Bagi wak, isunya tidaklah sebesar mana, hingga boleh memaksa untuk DUN Perak terbubar dalam tempoh masa yg terdekat. Siapalah mereka itu..,2 watak yg tidak punya harga lagi dimata pengundi di kawasannya sendiri. Hidup seumpama terbuang..tak ubah macam surat khabar lama, hanya layak dibuat bungkus ikan atau sayur di pasar-pasar.

Andai berlaku pembubaran DUN, hakikatnya bukan kerana angkara 2 watak itu, watak itu telah monopous, tidak lagi penting..malah telah dikesampingkan..kerana tidak begitu me'najib'kan langsung..magicnya hanya seketika, dan bersifat sementara, umpama bidalan melayu, " habis madu sepah dibuang ", "habis kapur, sireh ditebang " sehinggakan cerita yg berlaku dan terjadi di ruang lobi Duta Vista benar-benar buat urat leher jadi keras kerana lawaknya si Osman.

Dunia ini kecil beb ! Bayangkan macamana terkucilnya si Osman apabila secara tidak sengaja telah terserempak dan bertembung secara spontan di ruang lobi tersebut dengan bekas ketuanya. Haji Nizar. Hingga terkeluarlah kata-kata dari mulut Osman jailu memohon maaf, atas tindakannya dulu, yg mana beliau cukup menyalahkan rakannya si Jamal. Dengan topi atas kepala macam topi budak-budak hip hop suka pakai itu, si Osman tiada pilihan selain terpaksa bercakap juga dgn Nizar. Walaubagaimanapun, seperti yg dijangkakan, apa saja cakap si Osman tidak lebih sekadar boleh didengar sahaja, percaya jangan. Lagipun percakapan yg tergagap-gagap salahkan sana, salahkan sini, bukanlah cakap yg boleh dipakai sangat, anggap saja sebagai hiburan.

Dan pekung itu tidak perlu lama untuk diketahui apabila blogger blog Umno, memecah inti ceritanya dimana Osman jelas mengejek2 pula apa yg telah dicakapkannya kepada Hj. Nizar ketika berjumpa di Bandar Sunway, Ipoh..., sekadar untuk menolak malu. Dasar munafik jika benarlah itu wajah Osman yang sebenarnya.

Apapun, Osman tetap tidak menyatakan bahawa beliau akan berpaling tadah, cuma sekadar memohon maaf sahaja kepada Hj. Nizar, kerana hidupnya akan kekal bahagia dgn limpahan wang ringgit dan janji2 mulus Umno/BN sehingga akhir hayat. Biarkan..biarkan..dan kita terus biarkan ! Malah jika boleh, biarlah batu nesannya juga disadur dgn replika ringgit berwarnakan ungu. Baru boleh lawan si Billy Jean.

DUN bubar hanya sekadar kemungkinan, malah Hj. Nizar juga meletakkan ayat yg cukup 'selamat' apabila menyebut sebelum PRU13, ini bermakna tiada tarikh, tiada bulan dan tiada tahun yg digazetkan bila akan bubar...selamat bukan ! Tetapi andai mahu mencipta 'kontroversi' atau meletup isu, anda boleh saja menyebut mana-mana nombor utk di'judi'kan bagi tatapan pembaca blog. Tapi hakikatnya tetap kosong tanpa ada kesinambungannya. Sekadar untuk sedap dibaca.

Apapun kepercayaan untuk pembubaran DUN Perak, tidak ubah seperti resam kita menanti detik tarikh 16 September tahun lalu, terus berlalu dan dilalukan. Dan dihujungnya tidak lebih sekadar retorik, yang menyiksakan jiwa!

albanjari

MUHYIDDIN : NASIB MALANG BN DI MANEK URAI BERTERUSAN

Muhyiddin Yassin mahu pilihanraya kecil DUN Manek Urai 14 Julai ini menandakan berakhirnya "nasib malang" BN dalam pilihanraya kecil selama ini.

Inilah mesej yang disampaikan beliau yang juga timbalan presiden Umno, dalam satu mesyuarat tertutup semalam, demikian menurut pemimpin parti yang menghadirinya.

Tetapi apa yang berlaku melihatkan nasib malang BN berterusan.

Kelmarin Muhyiddin menjadi bengang kerana para gedebe gerombolan telah mula beratur untuk berarak ke pusat penamaan calon – tetapi – penyokong satu habuk tak ada..

General siap sedia nak pergi perang tapi soldadu sudah cabut kah kah kah. Ada pusat dang dut ke di Manek Urai kah kah kah.

NAJIB CARI POPULAR,KATA MAHATHIR

Tun Mahathir Mohamad membidas Perdana Menteri Najib Razak atas langkahnya membuka ruang semakin luas untuk pelabur asing mengambil kepentingan dalam ekonomi negara.

Mahathir berkata langkah-langkah yang diumumkan oleh Najib hanya bertujuan untuk meraih populariti dan tidak akan membantu kaum Melayu, Cina atau pun India.

Antara yang diumumkan oleh Najib ialah pemansuhan beberapa syarat untuk melindungi kepentingan bumiputera dan kaum lain dalam sektor-sektor utama termasuk pelaburan asing.

Syarikat- syarikat yang disenaraikan di Bursa Kuala Lumpur tidak lagi perlu memperuntukan 30 peratus saham kepada Bumiputera sebagaimana yang ditetapkan sebelum Najib mengambil alih kerajaan Barisan Nasional April lalu.

“Saya berpendapat segala langkah itu lebih bertujuan untuk menjadi popular,” kata Mahathir merujuk kepada langkah-langkah Najib meliberalisasikan ekonomi untuk menarik pelaburan asing.”Saya tak tahu sama ada langkah-langkah ini akan membantu eknomi, sebab hakikatnya ekonomi Malaysia telah berkembang sejak kemerdekaan,” tambah mantan Perdana Menteri itu.

“Ekonomi kurang rancak sekarang, tetapi ini adalah kerana faktor persekitaran luaran, bukannya kerana perkara-perkara didalam negara,” Mahathir berkata.

Mahathir berkata Najib harus berwaspada terhadap pelabur asing yang mahukan kawalan sepenuh ke atas syarikat-syarikat pengurusan dana kerana “mereka tidak ada sebarang nilai kesetiaan kepada negara.”

“Mereka berada di negara ini untuk membuat untung. Apabila mereka tidak dapat berbuat demikian, mereka meninggalkan negara ini dan kita menanggung kesannya,” kata Mahathir.

Ketika menangani krisis ekonomi Asia pada tahun 1997-98, Mahathir mengekalkan dasar-dasar ekuti dan peruntukan saham bumiputera dan enggan membuka secara bebas sektor-sektor utama seperti perbankan kepada pelabur asing.

Beliau telah berpaut kepada prinsip bahawa Malaysia memerlukan pelaburan asing untuk merancakan pertumbuhan ekonomi negara, Namun pada masa sama Mahathir lantang menekankan keperluan melindungi peniaga bumiputera dan industri tempatkan daripada menjadi mangsa pengambil alihan syarikat-syarikat antarabangsa.

Mahathir sebelum ini telah mengelar Najib sebagai lemah dan pengecut apabila beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri kepada Abdullah Badawi.

Kritikan terbaru secara terbuka Mahathir mencerminkan rasa tidak puas hati di kalangan pelbagai pihak, khususnya akar umbi UMNO terhadap mainan politik Najib bersabit hak keistimewaan kaum bumiputera, semata-mata untuk meraih sokongan pengundi bukan Melayu.

SELAMATKANUMNO