SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH

Thursday, February 17, 2011

AZMIN DI ARAH TUTUP MULUT?


PAS mengingatkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali (gambar) supaya jangan cuba mengawal kesemua pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat selepas memenangi jawatan kanan itu akhir tahun lalu. Justeru, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, Azmin seharusnya menyuarakan isu-isu sensitif seperti pembahagian kerusi antara komponen Pakatan Rakyat dalam mesyuarat tertinggi parti, bukannya secara terbuka melalui media.

Malah kata Mustafa, Azmin juga tidak layak bercakap dan mendakwa PAS mahu mengintai kawasan PKR kerana isu tersebut tidak pernah muncul dalam perbincangan pemimpin tertinggi parti Islam itu sebelum ini.

“Apa yang beliau cakap adalah tidak betul. Perkara ini tidak pernah berbangkit, jadi saya tegaskan beliau berhenti bercakap mengenai isu ini,” kata beliau dipetik Sinar Harian hari ini.
Kata Mustafa, beliau merasakan perkara berkaitan disuarakan secara tertutup dalam mesyuarat tertinggi Pakatan Rakyat.

Baru-baru ini, Azmin dipetik sebuah portal berkata PKR sedang menghadapi rundingan sukar apabila PAS mula mengintai kerusi yang sama menjelang pilihan raya umum ke-13, yang dijangka diadakan dalam tempoh terdekat.

Dalam laporan semalam memetik Azmin, The Malaysian Insider menyebut bahawa PKR akan menyenarai pendek kesemua calonnya yang berpotensi menjelang 20 Mac ini untuk memulakan perundingan dengan rakan-rakan mereka dalam Pakatan Rakyat memandangkan pilihan raya umum ke-13 kemungkinan diadakan sekitar April ini.

Azmin berkata, kepimpinan negeri dikehendaki menghimpunkan nama-nama yang disyorkan untuk penelitian biro politik sebelum mengadakan perbincangan dengan PAS dan DAP.

“Persefahaman ialah setiap parti akan mengekalkan kerusi yang dimenangi tetapi kami boleh berunding berhubung kerusi-kerusi yang kami kalah dalam 2008,” kata Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Azmin yang dilantik semula sebagai pengarah pilihan raya baru-baru ini susulan pemilihan parti berkata, ada kemungkinan pertukaran kerusi-kerusi ditandingi memandangkan PAS juga mahu memberi tumpuan di bahagian-bahagian yang mempunyai pengundi campuran.

Kerusi-kerusi terbabit selama ini ditandingi PKR, yang dilihat sebagai parti kawasan bandar.

PKR juga berhadapan dengan masalah beberapa wakil rakyatnya, termasuk di kedua-dua peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, keluar parti sejak awal 2009 dan terbaru bulan lalu.

Dengan arah aliran pengundi Melayu mengalami kemerosotan, PAS akan memastikan ia mempertahankan bilangan wakil rakyatnya dengan bergerak ke kawasan-kawasan yang kurang pengundi Melayu.

Pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang di Johor bulan lalu menyaksikan 80 peratus pengundi Melayu memihak kepada Umno.

Begitu juga kerusi di Hulu Selangor, Galas dan Manek Urai di mana 10 peratus pengundi orang Melayu bergerak kepada pembangkang semasa diadakan pilihan raya kecil tahun lalu dan 2009.

Bagimanapun Azmin berkata, PKR juga akan melihat pada kerusi-kerusi yang PAS dan DAP tewas meskipun kedua-dua parti tertua itu mempunyai sokongan akar umbi di bahagian yang majoriti pengundinya ialah Melayu dan Cina.

kl today

Di PADANG SERAI JUGA ADA PARTI PERLU TUTUP MULUT DAN JANGAN GUNA MEDIA UNTUK MINTAK KERUSI

No comments: