Rakyat sudah semakin matang dan semakin bersedia untuk berdepan dengan umno dan kelicikan mereka.Tetapi satu "setback" terbesar dan terpenting kepada rakyat sekiranya DSAI dihantar kembali ke penjara atas kesalahan yang cukup jelas direka reka oleh umno.Untuk itu,rakyat juga harus bersedia untuk berdepan dengan kemungkinan yang terburuk ini
SEMARAK REFORMASI
LAGU SELOKA KEDAH
Saturday, February 5, 2011
ONE MALAYSIA ONE EGYPT
Kira-kira 2,000 rakyat Malaysia yang berdemonstrasi di hadapan kedutaan Amerika Syarikat hari ini telah menerima penangan tembakan meriam air oleh pihak polis semasa menuntut Presiden Mesir, Hosni Mubarak. Perarakan dari Masjid Al-Shakireen di KLCC selepas solat Jumaat adalah bagi menyerahkan satu memorandum bermula jam 2.15 petang kepada Duta Besar Amerika Syarikat di Malaysia. Kandungan memorandum itu antaranya menuntut Hosni berundur serta merta, mahukan Amerika menggesa Hosni meletakkan jawatan, serta menggesa kerjasama daripada persatuan dan pertubuhan antarabangsa yang lain membantu rakyat Mesir
Para pendemo berarak dengan membawa kain rentang yang mengecam Hosni ketika berarak menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak berhampiran bangunan Tabung Haji.
Perarakan itu disertai orang awam, beberapa pemimpin dan penyokong badan bukan kerajaan (NGO) serta parti politik Pakatan Rakyat. Mereka meneriakkan ‘Mubarak turun!’, ‘Hidup Rakyat’, ‘Undur Mubarak’, ‘Bebaskan Mesir’ dan banyak lagi di samping membawa sepanduk.
Antara mereka yang berarak ke kedutaan Amerika ialah ahli parlimen PAS Kubang Krian, Salahuddin Ayub; Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, ahli jawatankuasa pusat PAS, Mohamad Sabu, Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin, dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan.
Lebih kurang 200 polis dan unit simpanan polis persekutuan (FRU) dilihat mengawal keadaan disetiap pinggir jalan sejak bermulanya perarakan itu dari Taman KLCC lagi.
Memorandum akhirnya berjaya diserahkan kepada Pegawai Keselamatan Kedutaan Amerika Syarikat, David Benn. Hari ini pejabat kedutaan di Jalan Tun Razak itu ditutup kerana cuti Tahun Baru Cina.
Sementara itu, lapan orang dikatakan ditahan oleh pihak polis berhampiran Bangunan Tabung Haji dan semasa perarakan dilakukan. Perkara ini disahkan sendiri oleh Ketua polis Dang Wangi, ACP Mohd Zulkarnian Abdul Rahman.
Pihak polis beranggapan perarakan tersebut adalah perhimpunan haram yang tidak diberikan permit dan mendakwa mempunyai kuasa bertindak sedemikian.
Tindakan pasukan keselamatan Malaysia yang menggunakan kekerasan semasa perarakan ini turut mendapat perhatian media antarabangsa seperti Al-Jazeera, CNN dan AFP yang turut hadir membuat liputan program ini. Kejadian begini pastinya akan menurunkan lagi kredibiliti negara di dalam amalan demokrasi di mata masyarakat dunia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment