Rakyat sudah semakin matang dan semakin bersedia untuk berdepan dengan umno dan kelicikan mereka.Tetapi satu "setback" terbesar dan terpenting kepada rakyat sekiranya DSAI dihantar kembali ke penjara atas kesalahan yang cukup jelas direka reka oleh umno.Untuk itu,rakyat juga harus bersedia untuk berdepan dengan kemungkinan yang terburuk ini
SEMARAK REFORMASI
LAGU SELOKA KEDAH
Wednesday, February 2, 2011
PERUTUSAN TAHUN BARU CINA MB SELANGOR
Selamat sejahtera dan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada seluruh masyarakat Cina khususnya di negeri Selangor. Sebagaimana kita maklum, masyarakat Cina di Malaysia membentuk populasi kedua terbesar di Malaysia. Daripada sekitar 28 juta rakyat Malaysia, masyarakat Cina membentuk kira-kira 26 peratus daripada jumlah penduduk dan daripadanya ada lebih 1.2 juta daripada mereka menetap di Selangor .
Justeru, keperluan untuk semua pihak mengenali ciri-ciri khusus masyarakat ini adalah penting bagi memastikan kita semua dapat tinggal bersama secara aman dan saling bekerjasama dalam banyak aspek kehidupan.
Satu daripada tradisi besar masyarakat Cina ialah Sambutan Tahun Baru Cina yang disambut mengikut kalendar Lunar. Secara tradisinya, Tahun Baru Cina ini disambut dengan membersih dan menghias rumah, perkumpulan keluarga untuk makan bersama, pemberian hadiah sehinggalah hari ke-15 iaitu hari terakhir sambutannya dengan mengadakan Pesta Tanglung. Keunikan budaya kaum Cina ini mestilah dihormati dan dipertahankan. Ia adalah warisan yang mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri.
Saya berharap aktiviti-aktiviti yang dibuat sempena sambutan Tahun Baru Cina ini akan mengukuhkan persaudaraan sesama manusia khususnya dalam keluarga yang sama di samping mengingatkan kita akan kepentingan menghargai perbezaan.
Tahun Baru Cina kali ini juga dikenali sebagai Tahun Arnab. Secara umumnya, kita tahu bahawa Arnab adalah sejenis haiwan yang digemari ramai. Arnab tidak dilihat mengancam manusia bahkan ramai yang suka membelainya. Dalam pengertian lain, Arnab adalah sejenis haiwan yang disenangi ramai dan dilihat sebagai simbol diplomasi. Dalam realiti perkembangan kehidupan yang kian menghimpit dewasa ini, marilah kita bersama meningkatkan diplomasi berdasarkan prinsip-prinsip yang luhur dalam kehidupan bermasyarakat.
Kerajaan Negeri Selangor sentiasa menganggap masyarakat Cina sama seperti masyarakat lain yang mesti dilayani secara adil dan saksama. Setakat ini Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan bantuan kepada sekolah-sekolah Cina sebanyak RM6 juta, mewujudkan jawatankuasa khusus berkaitan rumah ibadat bukan muslim dan bantuan-bantuan lain yang turut sama dinikmati oleh rakyat negeri Selangor. Meskipun kemampuan Kerajaan Negeri Selangor agak terbatas, saya berharap semua bantuan ini akan dapat membantu penghidupan rakyat dengan lebih baik lagi.
Dalam menghadapi musim perayaan ini, saya berharap kita semua akan dapat mengambil langkah yang sesuai untuk memastikan keadaan rumah yang ditinggalkan selamat ketika pulang ke kampung. Periksalah kenderaan masing-masing supaya tidak ada masalah yang berlaku semasa perjalanan di samping pandulah kereta dengan cermat supaya lebih selamat.
Saya ingin mengambil kesempatan ini mengajak seluruh masyarakat Cina khususnya untuk bersama meraikan Sambutan Tahun Baru Cina anjuran Kerajaan Negeri Selangor di Jalan Sulaiman, Kajang pada 12 Februari 2011.
Mewakili seluruh tenaga kerja Kerajaan Negeri Selangor, saya mengucapkan Gong Xi Fa Chai! Selamat Tahun Baru Cina, Semoga Perayaan Tahun ini diraikan dengan selamat dan penuh kemeriahan.
YAB TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment