SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH

Tuesday, February 1, 2011

PKR MEWAKILI PR DI MERLIMAU?

PAS sedia melepaskan status quo bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan memberi laluan kepada parti lain demi kemenangan Pakatan Rakyat. Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan Tantawi (gambar) berkata, PAS menyerahkan sepenuhnya keputusan kepada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat bagi menentukan calon yang akan mewakili pakatan pembangkang itu pada pilihan raya yang akan diadakan pada 6 Mac depan.


“PAS serah kepada pimpinan untuk buat keputusan, kita ada Majlis Presiden yang akan buat perbincangan.

“Memang secara status quo kerusi berkenaan ditandingi oleh PAS, tetapi oleh kerana ada permintaan daripada rakan-rakan parti lain, maka saya kita perbincangan adalah kaedah bijak untuk selesaikan masalah,” katanya ketika ditemui di sini, Isnin.

Sebelum ini Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin dilaporkan berkata, Parti Keadialn Rakyat (PKR) Melaka menawarkan calonnya bertanding pada pilihan raya kecil berkenaan.

Menurut beliau, meskipun secara tradisi pakatan pembangkang mengekalkan status quo, namun terdapat beberapa faktor yang menyokong PKR meletakkan calonnya untuk bertanding.

Mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, Nasruddin berkata beliau yakin isu berkenaan akan dapat diselesaikan dengan baik melalui perbincangan yang akan diadakan dalam masa terdekat.

“Bergantung kepada keputusan mesyuarat nanti yang sudah pasti ada asas-asanya tersendiri.

“Masing-masing akan kemukakan apa rasionalnya, yang penting kita nak kemenangan (Pakatan Rakyat),” katanya.

Tambah Nasruddin lagi, PAS akan menyokong siapa sahaja yang diputuskan bertanding pada pilihan raya kecil itu nanti.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan proses penamaan calon pilihan raya kecil DUN Merlimau ditetapkan 26 Februari ini, manakala 6 Mac sebagai tarikh pengundian.

DUN Merlimau mempunyai 10,679 pemilih berdaftar.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan daripada Barisan Nasional (BN) pada 20 Januari lalu.

Ia pilihan raya kecil ke-15 sejak Mac 2008. Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir yang juga Exco kerajaan negeri menewaskan calon PAS, Jasme Tompang dengan majoriti 2,154

KL TODAY

1 comment:

Blog 1 Malaysia said...

selamat bertanding..











Tektik kotor - Beruk-beruk tua nak mampus Sinar Harian mahu membungkus masa depan generasi baru..
http://blog1malaysia.blogspot.com/