SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH

Wednesday, July 1, 2009

3 LAGI PELAJAR DI BURU

Gara - gara kononya dituduh menconteng dinding dengan perkataaan C4 dan isteri puaka dua orang mahasiswa Universiti Malaya didakwa dengan tuduhan yang jika dijatuhkan hukuman mungkin boleh didakwa (maksima) sehingga 22 tahun penjara. Mereka dituduh berbuat begitu hanya beberapa jam sebelum Rosmah mansor hadir ke Universiti Malaya dan mengakibatkan kerosakan sebanyak RM25.

Kecekapan polis menangkap dua orang pelajar sebagai suspek dan mendapat reman 5 hari sebelum mendakwa mereka semalam. Manakala 3 lagi sedang diburu.

Tindakan cekap polis sememang dipuji tetapi kecekapan ini dilihat lebih untuk melindungi imej Rosmah. Alangkah amat baik jika kecekapan polis ini turut digunakan untuk menangani banyak lagi masalah keselamatan dan jenayah.

che'GuBard memohon kesemua mahasiswa terbabit sila berhubung segera. Solidariti Anak muda Malaysia sedia membantu mereka.

Bangkitlah anak muda dengan keberanian !!!

chegubard

No comments: