SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH

Saturday, July 4, 2009

MENARIK DI TOBIAR KEDAH

Hari ini gempar apabila terdapatnya emas di kawasana bekas lombong di TOBIAR KEDAH.Akibat cerita ini semakin menjadi bualan maka seluruh penduduk kampung bertukar profesion dari seorang pesawah kepada pelombong emas.Semestinya berita ini sudah di ketahui oleh KERAJAAN NEGERI KEDAH mungkin sudah ada pihak yang memantau.Dari kanak-kanak ke orang dewasa semuannya tertumpu di kawasan tersebut dengan harapan emas yang di jumpai berharga dan dapat di jual.Mungkin kerja sebegini tidak pernah di impikan oleh penduduk kampung tetapi ia menjadi realiti apabila emas yang didakwa di jumpai.

Saya teringat kembali cerita fenomena POKOK JARUM EMAS satu ketika dahulu dalam tahun 1994 atau 1995.Ketika itu saya sekolah rendah,setiap kali pulang dari sekolah petang saya akan melihat di tepi-tepi jalan penuh dengan orang ramai yang sedang mencari JARUM EMAS,ketika itu jarum emas di khabarkan boleh di jual dengan harga yang mahal menyababkan ramai ingin mencuba nasib.Ketika itu pantang tengok padang lapang mestinya di penuhi orang ramai sedang mencari JARUM EMAS.Apa yang terjadi kepada episod JARUM EMAS saya pun tidak ingat yang pasti tiada lagi ada orang berpanas terik tengah padang mencari JARUM EMAS.

Kemudian ketika tahun 2000 di pulau pinang adanya tintanium di temui di kawasan STADIUM BANDARAYA PULAU PINANG,maka berpusu-pusu manusia mencari tintanium,sehinggakan ada yang sanggup menceroboh kawasan larangan semata-mata ingin mendapatkan tintanium.Akhir sekali KERAJAAN MEWARTAKAN KAWASAN ITU HAK MILIK KERAJAAN,sesiapa yang menceroboh akan didakwa.Mungkin isu penemuan EMAS di tobiar ini akan berakhir dengan KERAJAAN MEWARTAKAN KAWASAN ITU KAWASAN LARANGAN DAN HAK MILIK KERAJAAN,perlu di ingat apa hasil bumi adalah hak milik KERAJAAN,SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL.

No comments: