SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH

Friday, July 3, 2009

MSO BUAT HAL LAGI??

KRISIS remeh yang berlaku di Kedah di antara DAP Kedah dan kerajaan PR yang diterajui oleh Pas sebenarnya boleh diselesaikan secara bijaksana oleh pimpinan PR. Tetapi memerlukan syarat untuk penyelesaian ini boleh berlaku iaitu kedua-dua pihak mestilah meletakkan kepentingan rakyat keseluruhannya bukan berdasarkan semangat perkauman. Kerajaan mestilah sentiasa menjaga hati rakyat, manakala rakyat pula mestilah mematuhi peraturan yang dikeluarkan oleh kerajaan yang mereka pilih.

Di dalam keadaan krisis yang berlaku sehari dua ini di Kedah, pimpinan PR telah sama-sama mengeluarkan kenyataan untuk menyelesaikan isu ini sebaik mungkin. Tetapi, dalam keadaan sedemikian terdapat suara sumbang yang tidak senang melihat penyelesaian isu ini. Seorang penulis, MSO (Mohd Sayuti Omar) sebagai contoh di dalam tulisannya di dalam media, secara terang-terangan mengesyorkan Pas agar memikirkan kembali kerjasama dengan DAP. Pada saya, tidak memeranjatkan juga bila MSO turut menyuarakan mengapa Pas tidak mahu bersama Umno. Inilah sebenarnya yang ingin diluahkan oleh MSO sejak lama dulu. MSO memang dikenali tidak pernah senang jika melihat PR atau Pas berada di dalam keadaan tenang.

Saya tidak mahu menuduh MSO ini ejen Umno, tetapi saya berani katakan bahawa MSO sebenarnya tidak ikhlas untuk membantu Pas. Dalam tulisannya sebelum ini pun beliau memandang sinis keupayaan Mursyidul Am Pas selaku Ketua Kerajaan di Kelantan. Maka, MSO berani mengasingkan politik dan agama di dalam menilai keperibadian Tuan Guru Nik Aziz. Saya sudah ulas perkara tersebut sebelum ini. Baca sini.

Siapa yang tidak tahu peranan MSO semasa kempen pemilihan Muktamar Pas baru-baru ini? MSO bukanlah seorang yang terlalu pintar untuk berpura-pura walaupun dalam setiap tulisannya beliau terlebih dahulu `memuji' tokoh-tokoh tertentu sebelum `melanyaknya'. Mursyidul Am Pas telah menjadi mangsanya. Bukan niat saya untuk memikirkan siapa `barua' di belakang MSO ini. Sekarang, MSO cuba pula untuk menjadi `batu api' kepada Pas agar menjauhkan diri daripada DAP dan dekatkan diri kepada Umno. Yang pelik dan hairannya, MSO masih mendapat tempat dan keistimewaan dalam Pas.

Apakah rugi besar jika MSO memikirkan sesuatu untuk memperkuatkan PR? Apakah untungnya terlalu besar pula jika MSO berusaha agar Pas bersekutu dengan Umno? Diharapkan pimpinan di dalam PR sedar siapa MSO ini. Beliau tidak akan pernah berhenti berusaha untuk melihat Pas kembali ke lubang biawak biarpun seratus kali...

wfauzdn

No comments: