SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Thursday, July 2, 2009

ORANG CINA MARAH KA?

Hari ini seperti dijangka, banyak akhbar memuatkan berita gempar: DAP keluar PR Kedah. Yang seronoknya ialah kepala berita sesetengah akhbar-akhbar Melayu (tak payah sebut nama, tak perlu publisiti nama depa) yang tajuknya: 'DAP keluar Pakatan'. Sejak bila DAP keluar PR? Yang keluar PR ialah DAP Kedah, bukan DAP Pusat. Tajuk 'keluar' juga mungkin tidak tepat, sebab kenyataan Pengerusi DAP Kedah menyebut partinya 'berundur' dari PR Kedah. Berundur dan keluar ada bezanya. 'Berundur' boleh melangkah ke depan balik, keluar mungkin tak masuk-masuk lagi!

Baru sebentar tadi saya mengunjungi kedai runcit di kawasan perumahan saya yang dimiliki oleh seorang anak muda Cina untuk memasukkan kredit telefon bimbit. Si-pekedai itu ketika itu sedang membaca akhbar Cina yang tajuk depannya pasti berita mengenai tindakan DAP Kedah itu. Saya tidak perlu memahami apa yang ditulis dalam akhbar yang dibacanya, melihat gambar Pengerusi DAP Kedah dan Ustaz Azizan di dalamnya sudah cukup menceritakan maksud kandungan akhbar Cina itu.

"Tak patut betoi kerajaan Kedah ni", saya cuba mencetus provokasi, "Ada ka patut depa pi roboh rumah sembelih babi tu!"

"I kata patut!!", tiba-tiba kata anak muda yang memang fasih berbahasa Melayu itu. Suaranya yang nyaring mengejutkan saya.

"Pasai apa hang kata patut, ramai orang Cina marah dengan kerajaan Kedah", kata saya.

"Sapa kata Cina marah. I tak marah, mak I...", katanya sambil menunjuk jari kepada emaknya yang sedang melayan seorang pelanggan lain, "Mak I pun tak marah. Semua 7 adik beradik kami di rumah ni pun tak marah! Kalau you pi tanya orang Cina lain pun, I percaya ramai yang macam I juga, tak marah"

"Kalau rumah sembelih lembu duduk kat situ, duduk tengah-tengah pekan, duduk dekat tempat kedai makan dan pasar, kemudian kerajaan pi roboh, you marah dak?", tanya pemuda itu.

"Pasai apa nak marah, saya tak marah", jawab saya.

"Sebab tu kami juga tak marah. Memang patut rumah sembelih di tempat dekat dengan orang ramai berkumpoi macam tu diroboh, baunya tak elok, macam rumah sembelih lembu juga, baunya mesti tak elok", jelasnya.

"Tapi DAP marah, depa keluar Pakatan", kata saya.

"Depa keluar sebab depa tak cerdik. Orang cerdik tak marah benda tak elok ada depan depa!", kata pemuda itu sambil memasukkan nombor kredit ke dalam telefon bimbit say

2 comments:

FAUZI said...

Ketua Pemuda Gerakan ketinggalan zaman, kata MB Kedah
ALOR SETAR, Jun 25 — Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak menyifatkan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang ketinggalan zaman apabila terus mengajak orang menyertai BN.
"Semua sekarang nak tinggalkan Umno dan BN untuk menyertai PAS dan Pakatan Rakyat. Tiba-tiba dia pula ajak masuk BN, pelik sungguh," kata Azizan kepada media dalam satu majlis di Gurun hari ini.
Azizan mengulas gesaan Tan yang meminta DAP dan PKR menyertai BN bagi membentuk kerajaan baru di Kedah dengan meninggalkan PAS.
Ini kerana, kata Tan, kerajaan Kedah dibawah pimpinan PAS sekarang meminggirkan orang bukan Melayu di Kedah.
Menurut Azizan, Tan ketinggalan dalam banyak hal termasuk isu kouta 50 peratus untuk orang Melayu apabila tanah rezab Melayu diambil untuk projek perumahan di bandar Alor Setar.
Tan juga, kata Azizan, ketinggalan dalam isu pusat penyembelihan babi di Mergong.
Sebelum ini, Azizan berkata, yang tidak adil adalah kerajaan BN sebelum ini yang telah meluluskan tanah rezab Melayu untuk projek perumahan tetapi menetapkan hanya 20 peratus sahaja kouta untuk orang Melayu.
"Ini tanah rezab Melayu, bukan tanah pegangan bebas. Untuk tanah pegangan bebas, mana ada syarat itu," katanya.
Dalam isu pusat penyembelihan babi di Mergong pula, pusat yang terletak di Pasar Mergong ini, walaupun telah bergerak selama lebih 30 tahun, namun ia tidak pernah mempunyai lesen yang sah dari pihak berkuasa tempatan.
Aktivitinya pula mendapat bantahan orang Melayu yang turut ke pasar ini kerana bahan-bahan buangannya dibuang dalam tong sampah yang sama dengan penggunaan lain dan sebahagiannya dialirkan ke sungai berdekatan.
Ekoran bantahan itu, Majlis Bandaraya Alor Setar telah mengarahkan pusat penyembelihan ini dipindahkan ke tempat lain.
Ekoran itu, persatuan peniaga babi ini telah membuat rayuan kepada Menteri Besar Kedah untuk memberikan tempoh kepada mereka sebulan untuk mendapatkan tempat baru.
"Menteri Besar telah menulis surat kepada Datuk Bandar Alor Setar agar rayuan mereka ini diterima. Jika selepas sebulan mereka tidak dapat kawasan baru, itu masalah mereka kerana mereka yang meminta tempoh sebulan," kata Setiausaha Akhbar MB Kedah, Helmi Khalid yang dihubungi hari ini.
Menurut Helmi, satu kawasan baru telah dikenalpasti untuk dijadikan tempat penyembelihan babi ini iaitu di satu kawasan dalam Kampung Cina Pendang.
"Pejabat MB telah bersetuju dengan tapak baru ini jika mendapat kelulusan khasnya dari Jabatan Veterinar. Surat juga telah dihantar kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Pendang agar permohonan ini diluluskan jika mendapat sokongan dari jabatan-jabatan berkaitan," beritahu Helmi.
Sementara itu, hubungan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat di Kedah sangat baik, kata anggota Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar.
"Oleh itu, saya yakin pancingan Tan itu tidak akan dimakan oleh sahabat-sahabat saya dalam PKR atau DAP. Orang sekarang nak tinggal BN dan nak masuk Pakatan," kata beliau.
Tentang isu-isu yang dibangkitkan, Firdaus yakin ia akan adapat diselesaikan dengan baik Oleh MB Kedah.
"Sabarlah, isu babi ini sensitif dan tidak siapa mahu babi diternak atau disembelih di sebelah rumah mereka sekarang dengan wabak selsema babi ini. Jadi kena bersabarlah supaya kawasan yang dijadikan kawasan ternak dan sembelih itu nanti benar-benar sesuai," katanya.
Dipetik dari Malaysia Insider

DR 1221 said...

btol la tu, pokok tak bgoyang pun, maknanya tak dak angin la kan.