SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Thursday, July 2, 2009

PERSOALAN DEMI PERSOALAN DI KEDAH


1) Sewaktu tindakan perobohan hendak dilakukan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), pemimpin DAP Negeri termasuk Pengerusi DAP Kedah dan Perlis, Thomas Su turut berada ditempat kejadian dan merayu agar tindakan tersebut ditangguhkan kerana mereka masih di dalam usaha untuk mencari tapak baru.

Mengapa tiada belas ikhsan dan tiada rasa simpati pihak kerajaan negeri untuk mempertimbangkan rayuan dan bantahan itu?

2) Sekalipun DAP Negeri telah mengnhantar surat untuk memhon tempoh sebulan dan tempoh itu berakhir, apakah kerajaan negeri perlu bertindak dengan membelakangkan konsep mesyuwarah dengan menjadi robot yang tepat pada waktunya kita melaksanakan tugas merobohkan premis berkenaan tanpa terlebih dahulu bertanya dan mempertimbangkan masalah-masalah yang mungkin mereka hadapi untuk mencari tapak baru?

3) Tindakan perobohan premis berkenaan tidak ubah seperti tindakan kerajaan UMNO BN di beberapa negeri seperti Selangor dan Terengganu yang kemudiannya mengakibatkan ledakan kemarahan rakyat yang menolak tindakan kerajaan negeri berkenaan. Apakah kerajaan Kedah tidak pernah belajar dari rentetan peristiwa berkenaan?

4) Bangunan tersebut boleh sahaja digunakan untuk tujuan lain setelah ianya disamak (dibersihkan) dan diubahsuai. Ia tidak perlu dirobohkan kerana pembinaannya sepastinya telah megeluarkan belanja yang banyak oleh pemiliknya. Jika Kerajaan Negeri Kedah tidak mahu menggunakan bangunan tersebut, pihak DAP dan masyarakat bukan Islam boleh diminta untuk menggunakan premis berkenaan untuk tujuan yang lain selain menjadi pusat penyembelihan khinzir dan sekali lagi kita tegaskan TINDAKAN PEROBOHAN itu amat TIDAK DIPERLUKAN.

5) Di dalam sejarah, belum berlaku tindakan merobohkan bangunan secara zalim dilakukan oleh Rasulullah. Malah di zaman Nabi Ibrahim sekalipun, sewaktu Kaabah dijadikan pusat menyembah berhala oleh golongan musyrik, Kaabah tidak dirobohkan sebaliknya hanya patung-patung dibersihkan darinya.

6) Lagipun menurut SU Akhbar MB, Helmi, satu kawasan baru telah dikenalpasti untuk dijadikan tempat penyembelihan babi ini iaitu di satu kawasan dalam Kampung Cina, Pendang.

"Pejabat MB telah bersetuju dengan tapak baru ini jika mendapat kelulusan khasnya dari Jabatan Veterinar. Surat juga telah dihantar kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Pendang agar permohonan ini diluluskan jika mendapat sokongan dari jabatan-jabatan berkaitan," beritahu Helmi.

Mengapa tidak boleh menunggu sehingga rancangan berkenaan benar-benar telah dapat dijayakan dan mengapa tiada kesabaran di dalam melakukan tindakan sehingga sanggup mengorbankan kesetikawanan dengan bertegas di dalam keadaan dimana kita masih boleh bertimbang-rasa? Apakah tempoh sebulan yang diberikan itu adalah "tempoh mati" yang tidak boleh dianjak semata-mata kita berkuasa?

Apakah tempoh sebulan memadai untuk mendapatkan tapak baru? Di mana letak akal budi pemimpin kerajaan negeri kedah di dalam soal ini?

Sukar untuk menjalin kesetiakawanan yang telah dibina dan dipupuk sejak zaman Almarhum Ustadz Fadzil Mohd Noor, tetapi mudah untuk dimusnahkan oleh pemimpin PAS kini.

Dan yang utama mengapa memberikan manek-manek kemenangan kepada UMNO BN dengan menghadiahkan kepada mereka isu-isu yang boleh dijadikan modal kepada mereka untuk menghentam PAS di saat kita sedang menghadapi pilihanraya kecil Manek Urai?

No comments: