SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Monday, July 6, 2009

Syhhhhhhhhhhhhhhhhhh...diam UG dan WACANA ILMIAH

Ketika ini suasana di kawasan MANIK URAI semestinya meriah dengan kempen yang telah mula di gerakkan.Apabila selesainya PROSES PENAMAAN CALON PRK MANIK URAI ia memberi gambaran bahawa semua mata dan telinga ahli politik dan juga permerhati politik ke arah PRK MANIK URAI.Tidak dinafikan dengan adanya PRK MANIK URAI ini maka diamlah cerita-cerita UG dan WACAN ILMIAH yang di cadangkan oleh pihak yang kelabu mata.

Proses berkempen bermula hari ini sehingga 13 hb julai malam,kerana 14 hb julai 2009 TIDAK DI BENARKAN LAGI BERKEMPEN.Tetapi pada 8 HB JULY 2009 ada satu peristiwa yang bersejarah dan mungkin sejarah atau babak baru akan terjadi.Kes DATO' SERI ANWAR IBRAHIM akan bermula,maka kepada penyokong yang mempunyai masa lapang dan kemampuan sila lah memberi sokongan soladiriti kepada KETUA PEMBANGKANG DATO; SERI ANWAR IBRAHIM DI MAHKAMAH TINGG KUALA LUMPUR.Walaupun 8 hb july masih lagi berlansung KEMPEN di MANIK URAI,kita perlu juga memberi penumpuan kepada konsprasi jahat UMNO dan BARISAN NASIONAL.

Para-para bloggers berimankan UMNO telah membela SAIFUL BUKHARI dengan bermacam cara,antaranya menganjurkan perhimpunan di hadapan MAHKAMAH TINGGI JALAN DUTA untuk memberi soongna kepada SAIFUL.Siap di buat iklan lagi demi meneruskan agenda memelihara UMNO yang kian nak mampos!Blog-blog PRO UMNO terang-terang sayang kepada SAIFUL BUKHARI AZLAN sehinggakan merasakan seolah-olah SAIFUL BUKHARI INI adik dan abang mereka.Sememangnya blogger UMNO yang bersifat busuk hati,cuma tidak terkejut mengapa mereka sikap demikian sedangkan pemimpin UMNO sememangnya begitu.BAPAK BOREK ANAK RINTIK.

Sudahlah wahai pimpinan WACANA ILMIAH kerana dalam bulan ini kita memepunyai misi yang besar untuk kita hadapi bersama,jika di takdirkan tuhan DATO SERI ANWAR IBRAHIM kembali ke SG BULOH adakah pemimpin PR yang PRO UG dan WACANA ILMIAH dapat membantu seperti zaman ALMARHUM USTAZ FADZL NOOR.Jika terjadi, di situlah kita akan dapat menilai seseorang IKHLAS atau TIDAK di dalam berkerjasama.MUNGKIN NANTI ADA YANG TAKUT KEHILANGAN KUASA MEMERINTAH ATAU TAKUT KERETA YANG BARU DI BELI TAK MAMPU BAYAR ANSURAN BULANAN.Segalanya boleh terjadi di dalam politik, hari ini jadi kawan esok boleh jadi lawan.

hidupharapan

1 comment:

Cokolat Angin said...

Walaupun kisah merobohkan bangsal penyembelihan babi di Alor Setar minggu lepas oleh MBAS,baru sekarang aku nak tulis sesuatu tentangnya,walaupun kejadian ini akan menjejaskan sokongan bukan Melayu terhadap Pas dan Pakatan Rakyat.

Aku tahu perkara yang sebenar yang mungkin dibincangkan ketika MB Kedah dan ahli ting tang beliau ketika menjamah nasi mangkuk bertingkat yang dibawa semasa perjalanan ke Kuala Lumpur dari Sri Mentaloon.Pas sebenarnya tidak berminat dengan kerjasama PAS,PKR dan DAP di Kedah,Mereka lebih senang memerintah Kedah tanpa parti Pakatan.Banyak bukti2 yang menunjukan Pas terlalu dominan dalam melaksanakan pemerintahan di Kedah.

Rancangan demi rancangan sedang diatur bagi memastikan kemenangan mutlak mereka yang akan membolehkan mereka memerintah Kedah pada masa akan datang tanpa bantuan rakan pakatan yang lain terutama DAP dan PKR.Kekuatan DAP dan PKR adalah kombinasi pelbagai bangsa di kawasan dun2 terlibat,seperti Lunas,Sidam,Kulim dan beberapa tempat lain.Orang Melayu tidak terusik terhadap isu ini dan Pas beranggapan ia lebih menguntungkan mereka walaupun tidak untuk Pakatan Rakyat.

Masyarakat bukan Melayu mula sangsi terhadap komitmen kerajaan negeri dibawah Pakatan Rakyat terutama di Kedah untuk membela dan memelihara kepentingan bukan Melayu.Undi mereka akan merosot untuk parti2 Pakatan rakyat pada PRU13 sekiranya baik pulih tidak dilakukan segera.Perkara ini akan menyebabkan impak negatif kepada parti yang bertanding dikawasan bercampur-campur yang akan ditandingi oleh PKR mahupun DAP.

Sebaliknya PAS kurang terkena tempiasnya kerana majoriti PAS bertanding dikawasan majoriti Melayu.Pas mudah untuk mengekalkan kerusi mereka tetapi untuk PKR dan DAP agak sukar.Pas akan meraih lebih kerusi jauh meninggalkan PKR dan DAP dan akan mampu menubuhkan kerajaan Kedah walaupun tanpa bantuan PKR dan DAP.Pas juga yakin tindakan membiarkan perobohan bangsal penyembelihan babi ini akan membuatkan pengundi Melayu bertambah dan mengundi mereka pada PRU akan datang,Inilah niat sebenar PAS yang senantiasa tidak ikhlas terhadap rakan2 dalam Pakatan.