SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Sunday, September 13, 2009

BN AKAN IKUT JEJAK LDP(JEPUN)


Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan kemenangan Parti Demokratik Jepun (DPJ) pada pilihan raya umum negara itu 30 Ogos lalu sebagai petanda awal Pakatan Rakyat (PR) menawan Malaysia.

Naib Presiden PKR, Mustaffa Kamil Ayub berkata, kemenangan DPJ jelas membuktikan rakyat negara itu menaruh keyakinan dan kepercayaan pada parti yang dipilih.

Menurutnya, sebagai parti pembangkang, DPJ membuktikan parti itu mampu mentadbir Jepun dengan baik sama seperti PR yang kini semakin diterima rakyat. Buktinya, berjaya mentadbir beberapa negeri di negara ini.

“Saya juga berpendapat, kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blognya adalah satu tanggapan munasabah iaitu UMNO dan Barisan Nasional mungkin akan mengalami nasib sama seperti Parti Liberal Demokratik (LDP) Jepun yang di tolak rakyat negara itu,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa UMNO dan BN mungkin mengalami nasib sama seperti Parti Liberal Demokratik (LDP) Jepun yang ditolak rakyat negara itu.

Mustaffa berkata, bukan mudah PR menawan Malaysia pada masa sekarang.

“Amalan politik Jepun dan Malaysia jauh berbeza. Di Malaysia, penggunaan media dikawal ketat oleh UMNO dan BN dan jelas tiada keseimbangan untuk pihak lain menegakkan keadilan.

“Bagaimanapun, PR akan tetap teruskan gerak kerja dalam memastikan kejayaan lebih baik pada Pilihan Raya Umum ke-13 kelak,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Organisasi DAP Malaysia, Teresa Kok Suh Sim berpendapat, jika UMNO dan BN terus memainkan sentimen isu menyakitkan hati rakyat dan mengamalkan dasar tidak adil, tidak mustahil parti itu mengalami nasib sama dengan LDP.

No comments: