SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH

Sunday, September 13, 2009

PENYOKONG S SUBRAMANIAM MENANGIS

Datuk S.Subramaniam, ketika menerima kekalahannya dalam percubaan untuk merebut kembali jawatan timbalan presiden MIC, mendakwa politik wang sebagai penyebab utama kekalahannya.

Beliau berkata wang diedarkan secara terbuka kepada perwakilan, minimum RM300 kepada setiap wakil.

"Saya terima kekalahan. Ia amat mengecewakan. Saya tidak jangka (kekalahan)," katanya kepada pemberita.

Ditanya sama ada beliau akan menyertai parti lain atau membentuk parti baru atau apakah langkah beliau seterusnya, Subramaniam yang lama berkhidmat sebagai timbalan presiden MIC berkata, "Saya perlukan masa untuk memerikirkan perkara itu (langkah seterusnya)".

Ditanya sama ada "mesej" Perdana Menteri hari ini tidak dipedulikan oleh perwakilan, Subramaniam berkata: "Saya kira Perdana Menteri membuat gesaan yang penting. Saya kira mesej itu hilang begitu saja".

Ditanya tentang kemungkinan tindakan disiplin terhadapnya oleh kerana beliau telah dirujuk kepada lembaga disiplin parti kerana membuat kenyataan mengenai pemilihan parti 1977, Subramaniam berkata beliau tidak kisah tentang itu.

"Saya tahu apa nak buat," kata beliau.

Sementara itu, ramai penyokong Subramaniam dilihat menangis. Mereka melepaskan rasa marah dengan melaungkan politik wang sebab kekalahan itu dan menggesa beliau menyertai parti lain.

Sementara itu, seorang lagi calon timbalan presiden, Datuk S.Sothinathan berkata beliau terima kekalahannya.

"Sekalipun apa yang diperkatakan oleh Perdana Menteri pagi ini...perwakilan telah membuat keputusan mereka dan tidak ada yang dapat mengubahnya," kata beliau.

No comments: