SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Saturday, September 5, 2009

KPN DI BIDAS

Berapa orang penganut ugama Hindu menyelar kenyataan Ketua Polis Negara yang menghalang mereka untuk menyertai upacara menyalakan lilin yang dijadual akan diadakan petang ini sebagai memprotes insiden kontroversi kepala lembu yang dibawa oleh penduduk Seksyen 23 Shah Alam di hadapan bangunan SUK Negeri Selangor baru-baru ini.

"Tindakan Ketua Polis Negara itu jelas satu diskriminasi. Mereka (polis) lansung tidak menghalang ekstremis Melayu yang mengarak kepala lembu minggu lalu, tetapi mereka cuba halang kita untuk berhimpun secara aman sekadar menyalakan lilin," kata Palani yang mengulas kenyataan Musa itu.

Musa sebelum ini menyatakan perhimpunan menyalakan lilin itu adalah satu perhimpunan haram tanpa permit dan tindakan tegas akan diambil ke atas sesiapa sahaja yang mengambil bahagian.

“Siasatan berhubung insiden ini masih dalam siasatan polis dan pada pandangan pihak polis tidak ada keperluan untuk mana-mana pihak menganjurkan apa-apa aktiviti berbentuk perhimpunan mengenainya,” ujar beliau

Namun masyarakat Hindu merasakan tindakan polis yang melambat-lambatkan siasatan jelas menunjukkan mereka cuba untuk "mencari jalan" memberikan keringanan kepada ektremis tersebut. Sehingga kini tidak ada sebarang tangkapan dibuat. Tiada sebarang pendakwaan dibuat.

"Saya percaya mereka (polis) bersama Peguam Negara merancang sesuatu untuk menunjukkan mereka berkerja tetapi sebenarnya mencari jalan untuk membuat pendakwaan dan kemudian akan menyebabkan mahkamah menjatuhkan hukuman yang ringan," tambah Palani lagi.

Beberapa orang pemimpin pakatan rakyat turut menyelar kenyataan Musa itu dan ia menunjukkan polis masih tidak mengamalkan konsep keadilan dan kesaksamaan.

"Kalau Pakatan Rakyat terus sahaja dibelasah, dipukul dan ditangkap walaupun tidak lansung menyentuh isu perkauman seperti insiden Gobala dan Kishvinder Singh, tetapi kalau UMNO terlibat, sehelai bulku roma pun mereka tak sentuh," tegas seorang pemimpin Pakatan Rakyat.

"Kita akan pastikan Polis diajar secukupnya di Bagan Pinang nanti dengan kalahkan UMNO BN yang mereka asyik ampu sekarang ini," ujarnya lagi.

No comments: