Rakyat sudah semakin matang dan semakin bersedia untuk berdepan dengan umno dan kelicikan mereka.Tetapi satu "setback" terbesar dan terpenting kepada rakyat sekiranya DSAI dihantar kembali ke penjara atas kesalahan yang cukup jelas direka reka oleh umno.Untuk itu,rakyat juga harus bersedia untuk berdepan dengan kemungkinan yang terburuk ini
SEMARAK REFORMASI
LAGU SELOKA KEDAH
Wednesday, September 2, 2009
KEWIBAWAAN SPRM TERUS DI PERTIKAI...
SHAH ALAM, 2 Sept - Kewibawaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semakin dipertikaikan apabila saksi-saksi tampil mendedahkan bagaimana mereka ditampar, dibogel dan dipukul dengan batang besi oleh pegawai SPRM. Peguam keluarga Beng Hock, Gobind Singh Deo (foto), berkata saksi terbabit sudah membuat laporan polis yang akan dikemukakan pada inkues kematian Beng Hock yang bersambung pada 8 September ini. Jumaat lalu, Gobind memberitahu bahawa beliau akan turut mengemukakan bukti gambar kecederaan yang dialami mangsa ketika disoal siasat di pejabat SPRM Selangor di Tingkat 14, Plaza Masalam di Shah Alam. Gobind berkata antara yang dikaitkan dengan mendera saksi ialah Penolong Penguasa SPRM Selangor Mohd Ashraf Mohd Yunus yang turut terbabit dalam menyoal siasat Beng Hock. Berikutan itu, koroner Azmil Muntapha Abas menangguhkan prosiding ke 8 September bagi membolehkan Mohd Ashraf melantik peguam kerana soalan yang bakal ditanya Gobind pada inkues itu boleh mendedahkan beliau kepada pertuduhan jenayah.Gobind berkata laporan polis itu menerangkan secara terperinci bagaimana saksi berkenaan didera oleh pegawai SPRM di Tingkat 14, pejabat SPRM Selangor."Antaranya ialah pegawai bergilir-gilir menampar saksi, menutup mata saksi dan menyuruhnya berbogel, membalut batang besi dengan surat khabar dan menggunakannya untuk memukul perut, punggung, tangan dan kaki saksi, menendang di bahagian perut serta merotan untuk membelasah kemaluan dan tapak kaki sehingga saksi hampir pengsan. Ini bukan satu-satunya laporan polis yang ada pada kami, banyak lagi yang akan kami kemukakan," kata Gobind, yang enggan mendedahkan identiti pengadu buat masa ini. tvantara
[Jika benar dakwaan saksi-saksi ini, maka ternyata apa yang dijangka oleh rakyat kian terbukti. Namun, soalnya kenapa terdapat dakwaan banyak laporan polis dibuat terdahap pegawai SPRM terbabit langsung tidak disiasat oleh pihak polis. Apakah mereka ini mendapat lampu hijau daripada pihak atasan untuk mendera saksi-saksi yang terdiri daripada individu yang rapat dengan pemimpin kanan Pakatan Rakyat. Mereka diperlakukan sewenang-wenangnya hingga menyebabkan berlaku kematian. Apakah kita harus mendengar dan melihat segala perlakuan ini tanpa rasa simpati di hati. Jika sebelum ini terdapat dakwaan seorang pemimpin UMNO Pahang yang dizalimi oleh SPRM, maka itulah kita tidak hairan perkara yang sama berlaku kepada pihak pembangkang. Apa yang jelas, tindakan SPRM ini adalah mendapat arahan daripada pihak yang berkempentingan untuk mengambil alih tampuk pimpinan Kerajaan Negeri Selangor itu sendiri. Gara-gara kemaruk untuk terus berkuasa, maka mereka rela lakukan apa sahaja hatta sanggup mencederakan atau membunuh. Nafsu untuk berkuasa pasti bakal mengatasi segalanya!].
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment