SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH

Monday, September 14, 2009

KG BUAH PALA 2

Penduduk Kampung Tanjong Tokong menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pemaju, UDA Holdings Berhad yang telah mengistiharkan rumah-rumah penduduk kampung sebagai setinggan.

Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Tanjong Tokong, Mohd Salleh Yahya berkata, persatuan penduduk kampung nekad untuk mendapatkan semula hak-hak sebagai pemilik tanah.

“Masalah yang belum selesai selama penglibatan UDA 35 tahun di kampung ini yang pertama pihak UDA tidak dapat menyempurnakan projek pembangunan semula Tanjung Tokong dalam jangka masa tiga dekad.

“Keduanya sepanjang penglibatan UDA di dalam kampung telah mengistiharkan dan mengklasifikasikan semua penempatan penduduk termasuk yang bernombor adalah penempatan setinggan,” katanya.

Jelas Salleh, UDA yang merupakan salah satu agensi penempatan semula bagi kaum Melayu di bandar terutamanya Pulau Pinang tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik apabila menghentikan projek pembangunan kampung selama hampir dua dekad bermula dari tahun 1990 sehingga 2008.

Beliau mengingatkan semua pihak bahawa pembangunan di perkampungan ini harus dibuat atas dasar sosial dan kemasyarakatan dan bukan keuntungan komersil semata-mata.

Ini kerana perkampungan ini dibangunkan menerusi peruntukan langsung dari kerajaan pusat dan bukannya menerusi UDA Holdings yang lebih menjurus ke arah komersial.

Salleh menjelaskan status setinggan yang diklasifikasikan oleh UDA itu telah menyebabkan penduduk di kawasan tersebut tidak mempunyai apa-apa hak lagi.

Walhal, kata Salleh, tanah yang seluas 54 ekar itu diperolehi atas nama pembangunan semula Tanjung Tokong.

Daripada 300 buah rumah, 270 daripadanya mempunyai nombor rumah sendiri manakala 30 buah rumah lagi tidak mempunyai nombor.

“Sebagai setinggan kami tidak mempunyai apa-apa hak lagi ke atas rumah yang kami duduki. Oleh itu, kami merayu kepada pemilik rumah bernombor untuk mempertahankan hak mereka dengan cara menjadikan Tanjung Tokong sebagai zon warisan Melayu di Pulau Pinang.

“Jadi kita merayu kepada menteri yang bertanggungjawab tentang UDA Holdings dapat membuat keputusan yang jelas tentang pembangunan kerana rekod 35 tahun pihak UDA tidak dapat menyelesaikannya, kampung ini terbiar dan bilangan yang tidak mempunyai rumah mencecah hampir 1000 kali kerana tidak ada penyelesaian masalah dan tidak ada projek sepanjang 20 tahun,” katanya.

Kampung Tanjong Tokong telah wujud di Tanjung Tokong selama lebih daripada 200 tahun di Pulau Pinang sebelum kedatangan Francis Light.

Penduduk kampung tersebut pernah memohon bagi mendapatkan bantuan daripada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat untuk mendapat balik tanah ini daripada UDA Holdings.

Surat aduan telah dihantar berulang kali sejak tahun 2006 kepada Perdana Menteri pada waktu itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi tetapi tiada sebarang jawapan.

Bagi Salleh, projek segera bagi menyelesaikan masalah penduduk juga harus dibuat di kawasan baru dan bukannya di kampung asal iaitu Kampung Tanjong Tokong.

Beliau mendakwa UDA Holdings pernah berjanji dengan penduduk untuk memberikan surat pampasan sah dan mempamerkan pelan pembangunan keseluruhan Tanjung Tokong di pejabat cawangannya di Prima Tanjung.

“Tanpa sebarang perjanjian yang diikat antara pemaju dan penduduk, pihak UDA Holdings tidak mempunyai apa-apa ganti rugi dan pampasan sama ada berbentuk kewangan atau pun rumah ganti ke atas rumah-rumah penduduk.

“Persis seperti skandal tanah Kampung Buah Pala, tawaran yang dijanjikan kepada penduduk sememangnya lumayan tetapi tiada perjanjian secara hitam putih dibuat melalui kedua-dua pihak

P/S selepas ini mesti BN kata LIM GUAN ENG TAK TOLONG PENDUDUK KG TANJONG TOKONG...WEII MASALAH NI ZAMAN KHOO SOO KUN LAGI LA,APA BN BUAT?TIDUR KAAAA

No comments: