SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Thursday, November 5, 2009

ANTARA KEUNTUNGN DAN KESIHATAN


Di dalam kita menghadapi kehidupan yang kian mencabar di dalam era globalisasi dan multimedia(MSC) kesihatan perlu di utamakan didalam kita mengikut arus tersebut.'Mencegah lebih baik daripada mengubati' adalah satu perkataan yang sesuai untuk di jadikan panduan.

Terdapat satu masalah yang timbul ketika ini di TAMAN SELASIH KULIM,ia kerana terdapat usaha untuk membina MENARA TELEKOMUNIKASI di dalam kawasan masjid AL-MUTTAQIN TAMAN SELASIH,kerja-kerja sudah mula di lakukan.Ia menimbulkan bantahan daripada anak khariah yang tidak berpuas hati di atas pembinaan tersebut dan juga akan memberi implikasi kepada penduduk TAMAN SELASIH KULIM serta anak khariah masjid tersebut.Dari apa yang di fahamkan PEJABAT AGAMA KULIM bersetuju dengan bayaran sewa tapak berjumlah RM1200 sebulan kepada pihak PEJABAT AGAMA KULIM.

Masalah yang di timbulkan oleh anak khariah masjid TAMAN SELASIH adalah dari segi apakah relevennya menara telekomunikasi tersebut berada di dalam kawasan masjid dan juga kesihatan penduduk setempat.Bukannya penduduk TAMAN SELASIH menolak kemajuan tetapi pembinaan menara tersebut terlalu hampir dengan masjid kurang daripada 300 meter.Cuba kita bayangkan jika berlaku sesuatu kepada menara tersebut semestinya memberi kesan kepada masjid,BAGAIMANA JIKA IA TUMBANG KERANA DI PUKUL RIBUT?semestinya menjejaskan masjid.Dari sudut kesihatan amatlah tidak baik apabila menara tersebut terlalu hampir dengan manusia,gelombang yang di keluarkan akan menjejaskan kesihatan JANGKAMASA PANJANG dari segi GENETIK dan juga tumbesaran serta penyumbang kepada penyakit kanser yang boleh membawa maut.Adalah lebih baik menara tersebut di bina di tempat yang sesuai dan jauh sedikit dari kawasan orang awam,di tambah pula di MASJID TERSEBUT ada antiviti kelas KAFA untuk anak-anak TAMAN SELASIH semestinya memberi kesan yang tidak sihat kepada anak-anak tersebut.

Janganlah kita hanya memikirkan keuntungan sehingga mengabaikan kesihatan dan juga masa depan anak-anak kita sendiri.Ketika ini anak-anak khariah sedang mengumpul tandatangan untuk di serahkan kepada syarikat telekomunikasi tersebut dan juga pejabat agama kulim.Usaha tersebuat sedang giat dilakukan....

hidup harapan

No comments: