SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Sunday, November 1, 2009

APA DAH JADI DENGAN PR?:JIN BRABUS


Assalammualaikum

Minggu2 terakhir dibulan oktober ini berlaku berbagai rentetan peristiwa yang menggegarkan Malaysia yang antaranya Persidangan Dun Negeri Perak yang mencetuskan huru hara, kematian tragis 3 kanak2 sekolah akibat dari robohnya jambatan gantung di Sg Kampar Kuala Dipang, Kes kepimpinan Pas sehingga Pas Pusat terpaksa bermesyuarat sehingga lewat malam dan juga bilamana seorang lagi adun PKR keluar parti dengan mengumumkan menjadi adun bebas tetapi menyokong BN. Ini tidak termasuk lagi kes2 kemelut yang melanda BN sendiri seperti yang berlaku pada MCA.

Saya tidak mahu menghuraikan kemelut yang melanda UBN kerana biar lah mereka terjun dengan labu2nya kerana rakyat telah jelak dan meluat dengan perangai UBN itu sendiri.Walau media yang bersekongkol dengan mereka tidak menyiarkan kemelut yang melanda mereka sesama sendiri tetapi secara tidak langsung akhirnya rakyat akan tahu juga. Masakan bangkai gajah ditutup dengan daun kelapa tapi baunya akan tersebar juga.Saya cuma ingin menyatakan beberapa perkara yang terjadi dalam PR yang mana tak sepatutnya terjadi dalam keadaan rakyat yang mengharapkan PR membela nasib mereka tetapi apabila hal2 ini terjadi akan mengikiskan lagi sokongan dan pengharapan rakyat kepada PR itu sendiri. Kemelut yang melanda secara tak sengaja atau pun sengaja diadakan samada mendapat upahan atau bayaran lumayan atau pun tidak mendapat sesuatu yang diidamkan seperti jawatan EXCO atau yang tertinggi disesebuah negeri iaitu sebagai Menteri Besar. Maklumlah mereka akan merasakan mereka adalah yang terbaik dari yang ada.

Jadi angkara mereka ini seperti nila setitk maka rosak susu sebelanga, seekor kerbau membawa lumpur maka habis terpalit kesemua kerbau.Maka yang menanggungnya adalah siasah yeng tercemar samada PAS ataupun PKR. Rakyat terbanyak tidak tau bagaimana Pentadbiran kerajaan negeri PR memerintah dengan berintegriti dan telus serta sifar rasuah kerana tidak dicanangkan oleh media secara umum. Tak keluar di Utusan Melayau dan Berita Hairan mau pun di TV 3suku, disorokkan tetapi yang keluar saban hari adalah krisis yang melanda PR. Jadi rakyat Marhaen seperti saya ingin berpesan kepada pimpinan agar berhati hati lah dalam segala tingkah laku kerana apabila berita ini diulang2 takut mempengaruhi rakyat terbanyak terutamanya yang diatas pagar.

Saya tidak mahu menghuraikan kejadian dan kemelut yang melanda PAS. Cuma bilamana TGNA tiba2 menyarankan agar EGM perlu diadakan oleh PAS menyentak juga hati saya agar mengambil tahu serba sedikit apa yang sebenarnya berlaku. Walau pun hal yang berlaku secara umumnya diketahui sejak dulu lagi iaitu UG atau kerajaan Perpaduan PAS-Ameno dibuat dalam senyap tapi bau hamisnya dihidu oleh TGNA. Jadi tiada salahnya TGNA menyarankan EGM tersebut diadakan sehingga satu mesyuarat tergempar AJK PAS pusat diadakan maka telah diketahui umum EGM tidak akan diadakan tetapai diganti dengan seminar PAS.

Walau dipihak ahli tidak bersetuju tetapi terpaksalah menerima apa yang diputuskan oleh Keputusan Mesyuarat PAS Pusat. Dalam pemerhatian rakyat marhaen seperti saya merasakan perkara ini tidak akan selesai selagi barah dan nanah tidak dibuang. Hal yang sama akan diulang ulang oleh pencinta UG ini bila akan adanya PRK lagi sehinggalah PRU yang ke 13 nanti. Maka akan kalahlah satu persatu kerusi yang akan ditandingi pada PRKdan kalah secara total pada PRU akan datang.Tetapi ini terpulanglah pada Pimpinan Pas Pusat membuat keputusan setelah mengambil kira JK disiplin Parti menyiasat. Jikalau JK disiplin juga mengatakan tidak bersalah dan Puak2 ini dikekalkan juga maka tunggulah rakyat yang akan mengajar mereka setelah dikianati.

Jangan salahkan lagi rakyat jiga tidak memangkah PR dimasa depan. Hati saya cukup tersentuh semasa PRK Bagan Pinang yang lalu apabila melihat TGNA diwaktu makan malam disatu restoran di Teluk Kemang. Beliau makan seorang diri tanpa ditemani oleh walau seoarang pun Pimpinan PAS negeri atau Pusat pada 2 malam terakhir sebelum pengundian. Kalau pun tak mahu mengiktiraf beliau sebagai Menteri Besar Kelantan oleh kerana dalam PRK sekurang kurangnya menemani beliau sebagai Mursyidul Am PAS.Kenapakah beliau dibiarkan kesaorangan tatkala PAS sendiri yang bertanding. Dimanakah Tim Presiden atau PJ Pas Negeri. Kita tau PJ PAS N9 yang bertanding tetapi dimana PJ PAS begeri yang berjiran dengan N9. Sahlah mereka ini tidak turun berkempen sama. Cuma mereka ini sedang menghuru harakan keadaan ketika mau berperang. Jadi fikir2kan lah sendiri bhai.......

Mengenai PKR pula saya tersentak juga bila tiba2 tiada angin dan ribut melanda Dato' Zaid Ibrahim mengumumkan ingin bercuti selama 6 bulan dari jawatan Kepimpinan Pusat. Cuma saya tabik spring kepada Dato'Zaid ni kerana cepat memberi alasan mau merangka strategi untuk mengukuhkan PR. Mau menumpukan kerja untuk Konvensyen PR bulan disember ini.Kemudian dikejutkan perletakan jawatan Datok Jeffry Kitingan dan Cristina Liew dalam Pimpinan PKR Pusat.Walau pun azalinya setiap perletakan jawatan oleh pimpinan tidak akan menjejaskan parti tetapi persepsi PKR dikaca mata rakyat akan tercalar juga.

Mutakhir ini 1Malaysia dikejutkan lompatan katak pepuru Port Klang yang menyatakan keluar PR dan menjadi bebas tetapi menyokong UBN. Rakyat dihidangkan dengan irama yang sama iaitu menjadi bebas dan menyokong UBN sama seperti katak2 PKR yang lain. Dah 4 katak yang diternak PKR melompat keluar kolam. Behrang, Cangkat Jering, Lunas dan terakhir Pelabuhan Klang. Mungkin makan tak cukup kot. Duduk dalam PR dok makan kang kong aje sekali sekali nak la makan dedak yang berprotin tinggi.....hampeh btoi. Sebenarnya katak pelabuhan Klang ni dah lama nak melompat keluaq. Cadangnya sebelum hari raya aidil fitri yang lalu tetapi oleh kerana tak ada habuan diperolehi dari Khir Toyo maka diposponkan sehinggalah dijanjikan oleh Ketua 1Malaysia. Adalah bodohnya beliau memberi alasan kononnya kes Liwat DSAI menyebabkan beliau kelauq. Bak kata Ezam Mat Noor dulu tunjukkan 1 orang padanya yang masuk Ameno ikhlas kalau tak dijanjikan FULUSSSS....akhirnya dengan dia2 sekali melompat masuk Ameno. Sahihlah pasal FULUS.

Cerita pasal katak2 ni tak payah lah mendesak barua2 ni meletak jawatan. Buat kering kerongkong aje.Depa akan buat selamba berok aje kerana ada tunjang kuat dibelakang mereka. Pimpinan kena terus membuat kerja tanpa menoleh kebelakang lagi. Jangan dilayan berok2 mak yeh ni. Salah sendiri juga. Rakyat marhaen dah membuat lapuran dan aduan awai2 lagi tetapi pimpinan buat dek aje. Lambat tindakannya. Sepatutnya dipecat atau diwar war awai lagi. Katak2 ni memanglah prestasi mereka menjunam bila mana diberi amanah. Juak2 dan pecacai mereka dah bergerak sejak mula.

Banyak pembongkaran dibuat tapi hampas, Juak2 broker ni tidak disingkirkan dan masih memegang jawatan terutamanya sebagai ahli2 majlis di Dun masing2. Tak ada satu tindakan yang diambil oleh Pimpinan PKR Negeri, Surat pemecatan tidak dibuat atau lambat dibuat sehingga sekarang, Puak2 ni elaun dan crown diambil selamba je. Buat muka tak malu. Secara tak lansung rakyat melihat betapa lemahnya Kerajaan PR bila memerintah. Hal dalaman sendiri pun tak boleh selesai macammna nak diharapkan untuk memerintah Negara.Lagi senang kuasa asing akan menjajah negara kata PM 1 Malaysia menaburkan propagandanya kepada Rakyat Malaysia.Lambat laun rakyat akan terpengaruh apabila rakyat ditaburkan dengan gula2 dan madu dari UBN. La ni PM 1Malaysia bila berbicara ibarat orang tua2 kata 'burung tengah terbang dah dipipiskan lada'. Terpengaruh sungguh rakyat terutamanya sang makcik2 dan nenek2 saluran 1 bila mendengarkannya. Menitik air liuq mereka. Mereka ini tidak tercabar lansung dengan penyelewengan PKFZ yang negara kerugian berbilian ringgir wang rakyat. Mereka tidak teruja dengan kenaikan harga minyak, Mereka buat dek dengan kematian Teoh Beng Hock. Mereka juga digelapkan dengan cerita rasuah dan salah laku pepimpin UBN. Yang depa perihatin apabila diceritakan memang DSAI meliwat si saifool tu. Hak tu depa percaya sungguh2........

Akhir kalam rakyat marhaen seperti saya ingin menyedarkan Pimpinan PR agar jaga dari lena, bak kata pepatah Cina Tidur yang Panjang Akan memberi Mimpi yang bermacam2. Dalam waktu yang ada maka gerakkan lah semua Adun2 dan AP PR yang telah diberikan amanah oleh penyokong dan pendokong agar menjalankan amanah yang telah diberikan secara bijaksana dan sentiasa turun dilapangan berjumpa penduduk,Jangan hanya mengwaw warkan secara tulus mulus didalam blog masing2 seolah olah mereka membuat kerja dan menyelesaikan masalah rakyat pada hal mereka berada kononnya di Dubai, di Indonesia lah dan bermacam2 negara atas dan bawah angin,Akhir sekali penduduk setempat makan asap. Pejabat khidmat Parlimen pun tak ada tapi bila rakyat bising pasai susah nak jumpa,dia p la sewa rumah kedai buat pejabat tapi semedang aje berkunci sapa pun tak ada.

Last sekali pengundi terpaksa cakap dan pesan pada pintu pejabat aje la.......Tetapi kalau dah tak upaya mmemberikan perkhidmatan yang terbaik eloklah meletak kan jawatan sahaja. Tak payah ditekan dan tak payahla nak melompat parti. Letaklah jawatan secara ikhlas dan rakyat akan menyanjung tinggi jika berbuat begini. Akan dikenang sehingga akhir hayat. Tak akan terima cacian dan sumpah seranah dari pengundi, percayalah orang yang kianat akan menerima khifarah dan tulahan suatu hari nanti.Hanya masa yang akan menentukannya.Buatlah yang terbaik semasa pengharapan rakyat masih lagi memihak kepada PR.

Wallahualam.........


Jin Brabus

No comments: