SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH

Friday, November 6, 2009

PRK CHANGKAT JERING???

Ini ada satu lagi berita yang menarik, tapi taklah semenarik Nora Danish yang mengenakan tudung dalam drama bersiri Sumpah Bunian. Walaupun menarik, tapi berita ini masih belum rasmi sahih isi kandungannya. Baru tahap khabar angin atau sok sek sok sek politik di alam maya ini.

Kalau didedahkan sebagagai bukti di mahkamah, ia boleh dikategorikan sebagai hear say evidence atau dalam bahasa penentang PPSMI ia baru bukti cakap dengar.

Berita yang mula aku jumpa kat satu blog oleh Cikgu Din yang bernama Sisi Bukit mengatakan, bahawa satu pilihan raya kecil akan diadakan di N 14 Changkat Jering.

Beliau berkata demikian kerana beberapa fakta daripada beberapa maklumat:

1. UMNO Bukit Gantang dah mula sewa sebijik rumah kat kawasan strategik kat kawasan Changkat Jering.

2. 3 kerusi Dun akan kosong apabila mahkamah terima permohonan Speaker V.Sivakumar meminta 3 kerusi itu kosong.

Menurut Cikgu Din lagi, “akhirnya pembubaran DUN Perak akan berlaku. Bagi Umno mereka sudah menyediakan jentera yang dibantu agensi kerajaan untuk menghadapi Pilihanraya Negeri.”

Menarik atau tak berita ini, terpulanglah kat kau. Tapi macam yang aku kata tadi tak lah semenarik tengok Nora Danish bertudung.

Walaubagaimanapun bagi aku berita itu sudah cukup menarik setakat ini untuk jadi penawar keputusan Nizar v Zambry petang tadi, boleh buat kepala aku pusing. Tahan marah.

Sabar.

sam ahmad

No comments: