Suasana politik MALAYSIA hari ini sebenarnya tiada parti politik yang betul-betul kuat dan steady.Sebabnya semua parti parti politik di MALAYSIA ada masalah masing-masing samaada masalah itu mampu menggoncang parti itu atau hanya ribut salji.Bagi saya seorang anak muda yang baru di dalam dunia politik melihatkan suasana ini ada baiknya kerana ia akan menyerlahkan kekurangan parti politik tersebut untuk di perbaiki sebelum PRU 13.
Selain daripada menyerlahkan kekurangan tetapi menyerlahkan jua individu-individu yang oputunis di dalam berpolitik bertopengkan perjuangan.Di saat mana-mana parti boleh mendabik dada ketika inilah perlu kita mengambil kesempatan untuk memperbetulkan keadaan dan mengadakan program memulihkan semula persepsi rakyat kepada PR khususnya,bukannya dengan menyibuk untuk mengagih-agihkan harta rampasan perang tanpa memikirkan bagaimana untuk menang pada PRU13.Sebagai contoh apabila bab projek bersemangat tetapi apabila bab program penerangan mahupun program untuk rakyat kurang semangat untuk berbincang,malang sungguh rasanya.Ada pula yang berkata kenapa perlu lagi berceramah?sedangkan dahulu ceramah tiap amalam adalah salah satu cara PR menerangkan atau pendedahan demi pendedahan pelbagai isu.Kerana dah menang ceramah sudah tidak relevan?jangan jadi minda yang korup!
Ketika ini setiap ahli parti PKR,PAS mahupun DAP perlu merapatkan barisan memikirkan dan berusaha untuk mengubah persepsi rakyat tentang keburukkan yang telah di LAKUKAN OLEH SEBILANGAN KAWAN-KAWAN di dalam PR.Janganlah terlalu leka mengejar projek sehinggakan terlupa bahawa ketika ini kita masih perlu berjuang dan terus berjuang.Apa gunanya jika PR hanya dapat mengekalkan kemenangan hanya untuk satu penggal dan tiada langsung strategi untuk mengekalkan kemenangan,yang ada hanya cari projek dan 'PLAY SAFE'.Itu yang sesetengah pemipin tahu dengan harapan apabila berlembut dapatlah mendapatkan sesuatu untuk mengenyangkan temolok.
Cukuplah!persepsi rakyat telah berubah melihat gelagat PAS yag terus menerus meneruska memeningkan rakan di dalam PR yang lain.Jika orang bawah sudah tidak suka berundurlah secara terhotmat baru di gelar 'anak jantan'.Masa menang dahulupun menang tanpa bertanding,bukan tak ada orang yang mahu bertanding jawatan presiden PAS ketika itu tetapi mungkin walak yang tinggi itu masalahnya,kalau walak membawa kebaikkan tidak apa tetapi membawa rebah.Gerun rasanya apabila melihat apa yang di dedahkan oleh ZENTRUM FUTURE STUDIES melihatkan PAS sudah tidak di yakini lagi,jangan salahkan orang lain lihat diri kita dahulu.Ada baiknya kita minta ZENTRUM FUTURE STUDIES untuk membuar survey pula untuk PKR dan DAP agar dapat di jadikan panduan sebelum PRU 13.
HIDUP HARAPAN.
No comments:
Post a Comment