SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Tuesday, September 29, 2009

CALON PAS PRK BAGAN PINANG


Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar diumumkan malam ini sebagai calon PAS dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan.

Pemilihan Zulkefly diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di pusat penyelarasan DAP bagi pilihanraya kecil berkenaan dekat Port Dickson.

Petang tadi, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pemilihan bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad sebagai calon BN.

Dewan Harian PAS bermesyuarat petang tadi untuk memuktamad pemilihan calonnya di Bagan Pinang.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor dari BN yang menang dengan majoriti 2,333 dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.

Azman yang juga naib ketua bahagian Teluk Kemang, menewaskan Ramli Ismail dari PAS yang mendapat 4,097 undi.

SURAT UNTUK PRESIDEN PAS...

Datuk Seri,

Apabila angin ribut kuat di tengah laut, Datuk Seri tak terasa sejukkah ketika Datuk Seri sedang memancing jerung. Ketika badai melanda, Datuk Seri tak kecewakah apabila kail hanya lekat anak gelama tengkerong?

Arus politik di daratan barangkali lebih dari angin ribut di lautan. Datuk Seri baliklah cepat dan lihat di sebuah negeri ehsan mengehsan, yang kaya dengan pucuk batubata.

Memurut khabar, seperti yang saya pernah tulis berkali-kali, anak buah Datuk Seri ini gila dan ketagih sangat nak bercakap atau membuat kenyataan akhbar. Kononnya ‘press confren’. Hasilnya selalu jadi bola tanggung. Orang ‘kelepup’ kepala kita balik.

Apa yang terjadi di negeri ehsan mengehsan itu? Dalam sidang akhbar dan TV (kedua-duanya media tak sebulu dengan PAS) kononnya seorang yang bertaraf Pesuruhjaya tidak akan tunduk kepada ugutan rakan sepemerintahnya yang menggesa pucuk pemimpin kerajaan mengambil tindakan disiplin ke atas dirinya berhubung isu arak.

Tuan Guru Datuk Seri,

Betulkah status atau pangkat PESURUHJAYA setiap negeri itu adalah status atau pangkat MENTERI BESAR kalau Pas memerintah? Maaf Datuk Seri, terlupa pula saya. Datuk Seri juga Pesuruhjaya kemudian jadi MB dulu. Di Kedah, Datuk Seri Azizan, Pesuruhjaya, kini MB juga.

Begitulah bla...bla...bla...

Maka terah sekian lama hengar bingar, kecuh hebuh tentang Ronnie Liu dari DAP dengan seorang pesuruhjaya di negeri ehsan mengehsan ini belum reda lagi. Semua orang tahu. Isunya bukan pasal arak sangat. Isunya isu yang ada main acilut di belakang tabir.

Tapi yang jelas kita nampak sekarang, ianya seperti satu perjuangan MAHA SUCI, MAHA JUJUR dan maha-maha demi prinsip, dasar dan kewajipan konon. Saya tak berapa faham tentang ini Datuk Seri tapi saya fikir sia-sia jika kita nak minta berdamai atas nama pakatan, perkongsian dan lain-lain, kerana ada sebahagian mereka bukan ini perjuangan mereka, walaupun dikatakan sebagai ahli Pas yang tidak gila pangkat dan darjat.

Apa yang dihebuh sebenarnya bukan isu itu. Datuk Seri pasti faham. Inilah satu penyakit yang saya sangat-sangat takut Datuk Seri, apabila melanda ke atas pemimpin dan perjuangan Pas. Siang malam menjeri mengatakan kerana Allah, jihad, demi Islam tetapi sebenarnya tingkah laku, gerak dan feel, malah kelip mata pun orang tahu, yang dikejar bukan itu. Kata ulama, inilah ‘hubbun dunya.’
Betulkah?

Datuk Seri, maafkan saya.

Bagaimana kalau kita buat bacaan begini dalam situasi sekarang:
PKR sekarang ada 15 kerusi
DAP sekarang ada 13 kerusi
Umno sekarang ada 20 kerusi
PAS sekarang ada 8 kerusi

Yang peliknya, 8 kerusi ini, parti yang Datuk Seri terajui, hingar bising, kelupur melenting lebih dari 15 kerusi atau lebih dari 20 kerusi. Mereka menaruh impian yang sangat tinggi, melaram yang tak menasabah. Bercita-cita tak kesampaian. Bagi mereka walaupun 8 kerusi, mereka boleh perintah.

Kalau yang 20 kerusi melenting dan kacau, tidak menghairankan. Kan itu pembangkang. Tapi yang 8 ini, apa jadahnya?

Kalau hanya 8 kerusi berimpian boleh memerintah, formulanya apa?

Saya nak peringatkan Datuk Seri, Nasaruddin, Salehuddin Ayub, Datuk Mahfuz dan Setiausaha dan lain-lain diperingkat pusat ini, hubaya-hubayalah dengan melenting dan menggelupur mereka yang bertaraf pesuruhjaya ini kerana pesuruhjaya memungkinkan terus melompat menjadi Menteri Besar.

Formulanya sangat senang:

Bersusik-suksik, berbisik, mengenyit mata dan keremot hidung dengan hidung mancung berkilat merlit, maka akan terjadi 8 kerusi menduduki bersama dengan 20 kerusi. Akan jadi 28 kerusi.

28 kerusi akan sama dengan PKR dan DAP: 15+ 13= 28.

Apabila seimbang begini, berlakulah beli membeli untuk melebihi hanya satu jari kelingking, maka pihak itulah yang akan jadi kerajaan. Atas muslihat busuk dan khianat yang dirancang sekian lama, maka apakah tidak mustahil seorang dari yang 8 ini menjadi MB dan ia tentulah dipilih dari kalangan Pesuruhjaya kerana itulah tarafnya pun.

Bukan mustahil Datuk Seri. Ketika itu Datuk Seri akan melihat terpelantingnya prinsip Islam, perjuangan Islam, Lillahita`ala, jihad demi hanya gilakan sedikit kuasa. Katika itu Datuk Seri akan menangis kerana begitu jadinya setelah berpuluh tahun tarbiah dan usrah Tuan Guru tidak menjadi.

Jadi Datuk Seri, maafkan saya kerana saya tak percaya apa yang bergolak sekarang hanya kononnya nak mempertahankan prinsip, demi Islam dan demi maruah. Yang sebenarnya formula seperti di ataslah yang menjadi kegilaan. Kemungkinan akan berlaku. Jangan tidak percaya dan jangan terkejut kalau ada ‘press confren’: kami 8 orang mengisytiharkan keluar dari pakatan dan menyertai Umno.

Bukankah politik itu seribu kemungkinan Datuk Seri.
Wallahu aklam. Maaf. - Azizi Abdullah

Ulasan GB

Nota : Surat di atas ditulis sebelum berlaku pergolakan SELCAT yang ditimbulkan oleh Dr Hassan Ali.

Saturday, September 26, 2009

KEDUDUKAN MALAYSIA SEMAKIN BAGUS

Ketika Pulau Pinang diiktiraf kerana usahanya memerangi rasuah oleh Transparency International (TI), Malaysia terus merudum dalam Indeks Persepsi Rasuah apabila berada pada kedudukan ke-47 pada tahun 2008 berbanding tangga ke 43 pada tahun 2007.

Malah, kedudukan Malaysia lebih buruk dari Israel yang dilabel sebagai entiti haram pengganas dan negara yang dianggap kurang membangun seperti Botswana dan Bhutan. Israel berada pada kedudukan ke-33, Botswana ke-36 manakala Bhutan berada pada kedudukan ke-45.

Paling mendukacitakan ialah apabila indeks yang dikelaurkan oleh TI itu menunjukkan negara-negara umat Islam tidak mengamalkan ajaran Islam yang memerangi rasuah.

HADIAH PENYAPU UNTUK PAS?


PAS Selangor nampaknya masih mempunyai agenda sendiri di dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Badan Perhubungannya, Mohd. Khairuddin Othman yang menyatakan bahawa Pas Selangor sedia mengkaji secara terperinci cadangan mana-mana wakil rakyat yang mahu parti itu melihat semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang di negeri ini.

Beliau juga menyatakan pihaknya akan mengadakan satu menyuarat tergempar dalam masa terdekat ini untuk membincangkan perkara tersebut.

Beliau turut berkata, pihaknya juga amat kesal, kecewa dan terkilan dengan kenyataan yang dikeluarkan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali terhadap Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali berikutan tegurannya mengenai Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat).

Menurut beliau, lebih mengecewakan ialah kenyataan yang dibuat Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang amat mengejutkan parti kerana beliau sebagai pemimpin Pas negeri harus menyokong pendirian parti.

Persoalan kini, mengapa Khairuddin cuba memaksa Ahli Parlimen Shah Alam untuk membuat keputusan menyokong pendirian parti sedangkan dalam masa yang sama Hassan Ali sendiri tidak menyokong pendirian Pakatan Rakyat Selangor di dalam isu Selcat?

Hassan Ali sebelum ini menuduh kononnya pegawai kerajaan diaibkan dan tidak diberikan peluang untuk menjawab soalan yang dikemukakan.

Betulkah pegawai kerajaan diaibkan oleh Selcat atau mereka sendiri yang telah mengaibkan diri mereka sendiri kerana selama ini bersekongkol dengan perbuatan salahlaku bekas Menteri Besar Selangor Mohammad Khir Toyo?

Betulkan pegawai kerajaan itu tidak mendapat peluang untuk menjawab tuduhan di dalam sessi Selcat ataupun kerana pekung-pekung mereka telah terdedah dan tidak dapat menui jawapan bagi membela diri mereka lantarannya?

Apakah Hassan Aii merasakan sudah tidak mempunyai "channel" lain selain dari melakukan kritikan meruntuh itu secara terbuka dan apakah PAS Selangor merasakan semua ahli PAS akan turut menyokong tindakan mereka yang sifatnya jelek sejak dari penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bermula selepas PRU 12 yang lalu.

Pertentangan dua kumpulan di dalam PAS Selangor semakin tajam dan ia dimulakan dengan penyingkirin beberapa orang pemimpin PAS dari Dewan Harian PAS Selangot oleh Pesuruhjaya PAS Selangor sendiri, Dr.Hassan Ali yang dipercayai telah berbeza pendapat dengan kumpulannya yang pada ketika itu sibuk mengenai percubaan untuk menubuhkan kerajaan bersama UMNO yang tidak lansung direstui oleh pengundi-pengundi di negeri Selangor.

Penyingkiran dua tokon PAS Selangor dari Dewan Hariannya, Khalid Samad dan Shaari Sungip JELAS satu usaha menutup perbezaan pendapat dan kini PAS Selangor terjerit-jerit kononnya perbezaan pendapat perlu diraikan di dalam Pakatan Rakyat khususnya merujuk hal Selcat. Alangkah hipokritnya mereka!

Dalam pada itu, Mohd. Khairuddin dalam kenyataannya yang dikeluarkan pagi ini menegaskan, Pas Selangor tetap dengan pendiriannya mendesak proses pendengaran ke atas pegawai tinggi kerajaan yang dijalankan Selcat dilakukan secara tertutup bagi menjaga integriti pegawai yang terlibat dan dapat mengelak daripada diaibkan.

Ini kerana kata beliau, Selcat dan kerajaan negeri seharusnya mengambil pengajaran daripada ‘anugerah penyapu’ ciptaan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.

Sebenarnya proses pendengaran kes-kes yang dibangkitkan oleh Selcat amat perlu dilakukan secara terbuka dan telus. Saya ingin bertanya kepada Mohgd Khairuddin, sebutkan bila masa di dalam kerajaan Islam pimpinan Rasulullah melakukan sesuatu penghujjahan dan penghakiman secara tertutup?

Yang perlu mendapat hadiah penyapu adalah PAS Selangor, bukan kesemuanya tetapi orang-orang seperti Hassan Ali, Khairuddin Othman, Iskandar Samad dan Roslan Mohd Shahir.

Dan golongan celaka ini (meminjam istilah Tuan Presiden PAS sendiri terhadap pendokong PPSMI) membuat onar di saat pilihanraya kecil Bagan Pinang sedang berada di depan mata. Tidakkah patut mereka dipenyapukan seperti rakyat melakukan kepada Khir Toyo?

Paluan gendang PRK BAGAN PINANG makin hampir mula la ada pihak yang mengambil kesempatan..

GREENBOC

Wednesday, September 23, 2009

ADUN JOHOL NS LETAK JAWATAN?

SATU SMS DI TERIMA....

ADUN JOHOL,NS CANCER TULANG(LAST STAGE).DAH HANTAR SURAT LETAK JAWATAN TAPI TAK DI TERIMA,KERANA 4 KERUSI PISAHKAN PR KUASAI NS.2 ADUN BN-KES RASUAH,B.PINANG PRK.

Wednesday, September 16, 2009

Tuesday, September 15, 2009

ADUN BEBAS LUNAS JUGA LAYAK DI KALUNGKAN KASUT...

Selesai sudah pemilihan PARTI MIC,tiba-tiba muncul pula isu kalung kasut terhadap TUN MAHATHIR.Melihat kepada apa yang berlaku berlaku kerumitan dan hubungan MIC dan masyarakat india semakin jauh.Kita dapat lihat yang menang di dalam pemilihan MIC kali ini semuanya calon pilihan SAMYVELLU yang merupakan bekas BESAN MAHATHIR satu ketika dahulu.Banyak pemimpin di zaman MAHATHIR yang sudah slow atau pun tidak sektif dulu di dalam politik seperti DAIM ZAINUDIN,MUSA HITAM dan lain-lain lagi.Tak kurang juga yang sudah bertemu tuhan,saya masih ingat kata-kata ALMARHUM UATZA FADZIL NOOR'BIAR MAHATHIR UMUR PANJANG AGAR DIA DAPAT MELIHAT APA KESALAHAN YANG DIA LAKUKAN'.

Dalam persidangan MIC baru-baru ini ada perwakilan yang mengatakan bahawa sebenarnya TUN MAHATHIR LAYAK DI KALUNGKAN KASUT KERANA MENYIBUK HAL MIC.Kenyataan seperti ini semestinya kurang di senangi oleh UMNO dan juga kaun kerabat yang masih setia dengan TUN MAHATHIR.MAHATHIR sebenarnya sudah lama perlu di kalungkan kasut,sifat MAHATHIR yang maha zalim bukan setakat harus di kalung kasut sepatutnya di baling kasut ke mukanya seperti yang di alami oleh BUSH di IRAQ.Walaupun saya juga mengakui sumbangan TUN MAHATHIR kepada MALAYSIA sememangnya ada tetapi apa yang di lakukan terhadapa DSAI tidak dapat di maafkan.Kita lihat ketika itu orang melayu menolak UMNO tetapi sayang orang cina dan india ketika itu masi bersama BN.Kita sedia maklum betapa teruknya DSAI di seksa selam 6 tahun dalam penjara gara-gara MAHATHIR yang takut kehilangan kuasa dan ingin menyelamatkan anak beranak beliau.

Selepas TUN MAHATHIR,orang yang layak di anugerahkan kalungan kasut adalah YB RADZI SALLEH kerana menjadi katak dan juga beberapa kuncu-kuncu trmasuk DIN KOMODO.Mereka inilah yang di katakan PETUALANG(PENGKHIANAT)yang meruntuhkan PARTI PKR,mereka mesti ingat walaupun dengan satu kerusi PARLIMEN satu masa dahulu PKR masih bernyawa sehingga kini.Tidak perlu insan yang berlidah cabang di dalam PKR kerana PKR telah di asuh sebagai parti yang beranak di jalanan dan tidak kisah dengan cabaran....

Monday, September 14, 2009

BAGAN PINANG:PR DI POSISI MENYERANG


Walaupun berdepan dengan peratus undi pos yang terlalu tinggi di Bagan Pinang, Pakatan Rakyat (PR), PAS dan Pakatan Rakyat akan mengambil pendekatan menyerang dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang, demikian lapor Mohd Zuharman dari Malaysian Insider.

Perkara ini disahkan oleh Pengarah Pilihanraya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman. Ia turut disahkan juga oleh Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub.

Salahuddin yakin kedudukan Pakatan Rakyat cukup mantap dan menyifatkan keupayaan pakatan berada di posisi menyerang bakal mencerminkan aspirasi rakyat menjelang pilihan raya umum ke 13 nanti.

Selain itu PRK Bagan Pinang dianggap sebagai referendum rakyat terhadap kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) dalam proses transformasi penentuan landskap politik negara.

Salahuddin turut menegaskan PR akan membawa momentum PRK Kuala Terengganu di mana ketika itu PR juga berada di posisi menyerang berdepan dengan BN dan Bebas ke Bagan Pinang bersama hujah konkrit bagi menangkis isu dibangkit pihak lawan.

“Persefahaman dalam Pakatan serta isu bersama akan lebih meyakinkan kita untuk menghadapi pilihan raya di Bagan Pinang nanti,” katanya kepada wartawan The Malaysian Insider ketika ditemui di pejabatnya.

PRK Dun Bagan Pinang merupakan PRK ke sembilan selepas Permatang Pasir. Ia bakal diadakan berikutan kematian penyandangnya, Azman Mohd Nor. Dalam pilihanraya umum lalu Azman menewaskan calon PAS, Ramli Ismail dengan majoriti 2,333.

Umum menyifatkan satu sejarah tidak pernah berlaku dalam negara PRK diadakan sebanyak sembilan kali dalam tempoh lebih kurang setahun bermula di Permatang Pauh sejak Ogos tahun lalu.

Sepanjang lapan PRK dilangsungkan sebelum ini PR dua kali menghadapi kerusi yang dimenangi lawan iaitu di Kuala Terengganu dan Batang Ai. Keputusannya, di KualaTerengganu PR melalui calon PAS, Abdul Wahid Endut berjaya menundukkan calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, dengan majoriti berganda namun Batang Ai terus dikuasai BN.

Di Bagan Pinang PR sudahpun bersetuju akan menurunkan calonnya dari parti PAS di samping BN akan menampilkan calonnya dari parti Umno.

Sementara itu Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, berpersepsi PR yang berada di posisi menyerang tidak akan terganggu oleh sebarang kesan berbanding dengan BN yang berada di posisi bertahan.

“Walaupun BN menang ia tidak akan memberi apa-apa indikator kerana ia berada di posisi bertahan. Tetapi kalau sebaliknya, landskap politik kerajaan BN akan terus tercalar,” katanya.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yakin semangat perjuangan PR tidak pernah lemah walau terpaksa berdepan dengan apa jua keadaan demi rakyat.

Kata Guan Eng, walaupun dari segi teori kemampuan menawan Dun Bagan Pinang hanya 40 peratus tetapi usaha bagi memastikan kejayaan PR tetap diteruskan hingga ke titik terakhir. Selebihnya berserah kepada tuhan, katanya.

Manakala Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan, semasa mengulas kekuatan status partinya menjelang PRK tersebut dilaporkan tidak boleh memberi jaminan kemenangan dalam setiap pilihan raya kerana dikhuatiri hilang semangat kerjasama selain daripada membantutkan usaha menarik undi.

TARIKH PENAMAAN CALON DUN BAGAN PINANG

Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang 3 oktober penamaan calon,hari pengundian 11 oktober 2009.

APA KOMEN MENTERI AGAMA?


Sepuluh Ramadan terakhir sepatutnya dimanfaatkan dengan memperbanyakkan ibadat pada waktu malam. Namun segelintir anak muda juga sibuk berjaga malam tetapi bukan untuk beribadat, sebaliknya menyertai pesta liar.

Kumpulan anak muda Melayu itu dikesan menghiburkan diri dalam ‘parti bikini’ di sebuah disko di ibu negara, malam kelmarin.

Wartawan Metro Ahad yang menyusup masuk ke parti itu untuk memastikan kesahihan maklumat diterima mengenai aktiviti liar dan lucah itu mendapati ia bukan sekadar gimik, tetapi benar-benar berlaku.

Seumpama kelab di luar negara yang kerap menampilkan tarian wanita separuh bogel kepada pengunjung, begitu juga situasi di disko itu.
Dalam tempoh tertentu, seorang penari bergoyang di satu sudut menempatkan sebuah tiang dan seorang lagi meliuk lentok di kawasan DJ memutarkan lagu.

Pesta tidak bermoral itu terang-terangan tidak menghormati Ramadan dan melanggar syarat pemberian lesen operasi pusat hiburan.

Penganjuran parti berkenaan dikesan selepas munculnya iklan bertajuk ‘Bikini In The City Party’ (parti bikini di kota) yang diuar-uarkan hanya satu malam di laman mencari kenalan popular di Internet, Facebook.

Iklan memaparkan poster wanita berbikini itu disiarkan beberapa hari sebelum pesta berkenaan diadakan.

Berdasarkan maklumat di iklan itu, pengunjung wanita bukan saja tidak dikenakan bayaran, malah diberi minuman percuma jika hadir dengan memakai bikini.

Ternyata iklan itu berjaya mengumpan ramai ‘kaki disko’ menyertainya apabila 202 orang mengesahkan penyertaan mereka melalui Internet.

Sebelum menghadiri parti itu, wartawan Metro Ahad membuat penyamaran dengan menghubungi penganjurnya untuk membuat tempahan awal.

Dimaklumkan, parti bikini itu dibuka kepada sesiapa saja dan ia bukan pesta rahsia atau eksklusif kerana sesiapa bebas membuat tempahan.

Seperti dijadualkan dalam iklan itu, wartawan Metro Ahad menyusup masuk sekitar jam 11.30 malam kelmarin. Tiada bayaran masuk dikenakan dan pengunjung hanya perlu bayar jika menempah minuman.

Pemantauan mendapati beberapa kumpulan anak muda Melayu leka berhibur sambil meminum arak. Di atas meja mereka penuh dengan botol dan jag arak.

Masing-masing menanti kemunculan wanita berbikini seperti dijanjikan. Wartawan Metro Ahad diberitahu pelayan disko itu, parti tetap berjalan seperti dijanjikan tetapi lewat sedikit.

“Layanlah lagu dulu. Rileks abang... sekejap lagi muncullah (wanita memakai bikini). Nanti dia orang akan naik atas meja dan menari,” kata pelayan wanita berbangsa Melayu itu.

Ruang disko mulai padat apabila semakin ramai pengunjung datang. DJ pula bertanya jika ada pengunjung wanita yang hadir memakai bikini, tetapi tiada.

Kira-kira jam 11.45 malam di satu sudut, kelihatan beberapa wanita memakai bikini bersiap sedia untuk menghiburkan pengunjung.

Tepat jam 11.50 malam, dengan alunan lagu rancak dan pengumuman DJ, lima wanita terbabit naik ke atas meja dan mula mempamer tarian mengghairahkan mengikut alunan lagu sambil pengunjung tidak henti bersorak.

Umpama pertunjukan fesyen, pengunjung bebas mengambil gambar atau video sama ada menggunakan telefon atau kamera.

Tidak lama kemudian lima wanita itu berpecah dengan dua daripada mereka menari di beberapa sudut disko terbabit. Seorang di kawasan DJ memutarkan lagu dan seorang lagi di kawasan khas yang menempatkan sebatang tiang.

Limpahan cahaya menunjukkan dengan jelas liuk lentuk wanita berbikini itu menari ghairah dan sesekali membuat aksi terlampau.

Untuk tempoh 20 minit, disko itu hangat dengan aksi wanita berbikini sebelum mereka beredar meninggalkan pengunjung yang mahu persembahan mereka diteruskan.

Bagaimanapun, DJ memberitahu akan ada lagi kejutan. Selepas memutar beberapa lagu, DJ terbabit naik ke atas meja dan meminta seorang lelaki secara sukarela naik ke atas meja diikuti tiga wanita, juga secara sukarela.

Sekali lagi pengunjung dihiburkan dengan tarian mengghairahkan apabila wanita terbabit diminta menggoda lelaki itu.

DJ mengumumkan wanita bergaya paling berahi akan dipilih pengunjung sebagai pemenang menerusi sorakan paling kuat. Pemenang dipilih menerima RM150.

Hiburan diteruskan kerana seperti dijadualkan pengunjung boleh bergembira sepuas-puasnya sehingga jam 3 pagi.

Wartawan Metro Ahad berkesempatan berbual dengan beberapa pengunjung dan ternyata mereka teruja dengan penampilan wanita berbikini itu.

Seorang pengunjung yang memperkenalkan dirinya sebagai Man berkata, sukar untuk melihat pesta seperti dilangsungkan itu.

“Apabila mengetahui menerusi Facebook, saya segera mendaftar bersama beberapa rakan. Bukan senang nak tengok wanita berbikini menari ghairah di atas meja.

“Memang saya seronok. Sambil minum (arak), tengok aksi ghairah perempuan pakai bikini,” katanya separuh mabuk.

Bagi Zam yang mendakwa dirinya eksekutif, dia sememangnya gemar berhibur dan kerap menyertai beberapa parti.

“Bulan puasa pun saya berparti dan parti seperti ini memang saya tunggu sangat. Minum (arak), ‘goyang-goyang kepala’, tengok awek bikini... seronok beb.

“Tak tahulah bila disko ini nak tunjuk lagi perempuan pakai bikini sebab dalam iklan beritahu satu malam ini saja,” katanya.

Zam berkata, lebih ‘gempak’ jika ada pengunjung wanita yang datang memakai bikini seperti diuar-uarkan di dalam iklan.

“Tapi tak nampak pula pengunjung wanita datang pakai bikini. Kalau ada, memang gempak beb!” katanya.

KG BUAH PALA 2

Penduduk Kampung Tanjong Tokong menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pemaju, UDA Holdings Berhad yang telah mengistiharkan rumah-rumah penduduk kampung sebagai setinggan.

Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Tanjong Tokong, Mohd Salleh Yahya berkata, persatuan penduduk kampung nekad untuk mendapatkan semula hak-hak sebagai pemilik tanah.

“Masalah yang belum selesai selama penglibatan UDA 35 tahun di kampung ini yang pertama pihak UDA tidak dapat menyempurnakan projek pembangunan semula Tanjung Tokong dalam jangka masa tiga dekad.

“Keduanya sepanjang penglibatan UDA di dalam kampung telah mengistiharkan dan mengklasifikasikan semua penempatan penduduk termasuk yang bernombor adalah penempatan setinggan,” katanya.

Jelas Salleh, UDA yang merupakan salah satu agensi penempatan semula bagi kaum Melayu di bandar terutamanya Pulau Pinang tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik apabila menghentikan projek pembangunan kampung selama hampir dua dekad bermula dari tahun 1990 sehingga 2008.

Beliau mengingatkan semua pihak bahawa pembangunan di perkampungan ini harus dibuat atas dasar sosial dan kemasyarakatan dan bukan keuntungan komersil semata-mata.

Ini kerana perkampungan ini dibangunkan menerusi peruntukan langsung dari kerajaan pusat dan bukannya menerusi UDA Holdings yang lebih menjurus ke arah komersial.

Salleh menjelaskan status setinggan yang diklasifikasikan oleh UDA itu telah menyebabkan penduduk di kawasan tersebut tidak mempunyai apa-apa hak lagi.

Walhal, kata Salleh, tanah yang seluas 54 ekar itu diperolehi atas nama pembangunan semula Tanjung Tokong.

Daripada 300 buah rumah, 270 daripadanya mempunyai nombor rumah sendiri manakala 30 buah rumah lagi tidak mempunyai nombor.

“Sebagai setinggan kami tidak mempunyai apa-apa hak lagi ke atas rumah yang kami duduki. Oleh itu, kami merayu kepada pemilik rumah bernombor untuk mempertahankan hak mereka dengan cara menjadikan Tanjung Tokong sebagai zon warisan Melayu di Pulau Pinang.

“Jadi kita merayu kepada menteri yang bertanggungjawab tentang UDA Holdings dapat membuat keputusan yang jelas tentang pembangunan kerana rekod 35 tahun pihak UDA tidak dapat menyelesaikannya, kampung ini terbiar dan bilangan yang tidak mempunyai rumah mencecah hampir 1000 kali kerana tidak ada penyelesaian masalah dan tidak ada projek sepanjang 20 tahun,” katanya.

Kampung Tanjong Tokong telah wujud di Tanjung Tokong selama lebih daripada 200 tahun di Pulau Pinang sebelum kedatangan Francis Light.

Penduduk kampung tersebut pernah memohon bagi mendapatkan bantuan daripada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat untuk mendapat balik tanah ini daripada UDA Holdings.

Surat aduan telah dihantar berulang kali sejak tahun 2006 kepada Perdana Menteri pada waktu itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi tetapi tiada sebarang jawapan.

Bagi Salleh, projek segera bagi menyelesaikan masalah penduduk juga harus dibuat di kawasan baru dan bukannya di kampung asal iaitu Kampung Tanjong Tokong.

Beliau mendakwa UDA Holdings pernah berjanji dengan penduduk untuk memberikan surat pampasan sah dan mempamerkan pelan pembangunan keseluruhan Tanjung Tokong di pejabat cawangannya di Prima Tanjung.

“Tanpa sebarang perjanjian yang diikat antara pemaju dan penduduk, pihak UDA Holdings tidak mempunyai apa-apa ganti rugi dan pampasan sama ada berbentuk kewangan atau pun rumah ganti ke atas rumah-rumah penduduk.

“Persis seperti skandal tanah Kampung Buah Pala, tawaran yang dijanjikan kepada penduduk sememangnya lumayan tetapi tiada perjanjian secara hitam putih dibuat melalui kedua-dua pihak

P/S selepas ini mesti BN kata LIM GUAN ENG TAK TOLONG PENDUDUK KG TANJONG TOKONG...WEII MASALAH NI ZAMAN KHOO SOO KUN LAGI LA,APA BN BUAT?TIDUR KAAAA

Sunday, September 13, 2009

BN AKAN IKUT JEJAK LDP(JEPUN)


Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan kemenangan Parti Demokratik Jepun (DPJ) pada pilihan raya umum negara itu 30 Ogos lalu sebagai petanda awal Pakatan Rakyat (PR) menawan Malaysia.

Naib Presiden PKR, Mustaffa Kamil Ayub berkata, kemenangan DPJ jelas membuktikan rakyat negara itu menaruh keyakinan dan kepercayaan pada parti yang dipilih.

Menurutnya, sebagai parti pembangkang, DPJ membuktikan parti itu mampu mentadbir Jepun dengan baik sama seperti PR yang kini semakin diterima rakyat. Buktinya, berjaya mentadbir beberapa negeri di negara ini.

“Saya juga berpendapat, kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blognya adalah satu tanggapan munasabah iaitu UMNO dan Barisan Nasional mungkin akan mengalami nasib sama seperti Parti Liberal Demokratik (LDP) Jepun yang di tolak rakyat negara itu,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa UMNO dan BN mungkin mengalami nasib sama seperti Parti Liberal Demokratik (LDP) Jepun yang ditolak rakyat negara itu.

Mustaffa berkata, bukan mudah PR menawan Malaysia pada masa sekarang.

“Amalan politik Jepun dan Malaysia jauh berbeza. Di Malaysia, penggunaan media dikawal ketat oleh UMNO dan BN dan jelas tiada keseimbangan untuk pihak lain menegakkan keadilan.

“Bagaimanapun, PR akan tetap teruskan gerak kerja dalam memastikan kejayaan lebih baik pada Pilihan Raya Umum ke-13 kelak,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Organisasi DAP Malaysia, Teresa Kok Suh Sim berpendapat, jika UMNO dan BN terus memainkan sentimen isu menyakitkan hati rakyat dan mengamalkan dasar tidak adil, tidak mustahil parti itu mengalami nasib sama dengan LDP.

PROGRAM DI ANAK BUKIT


Petang tadi saya berkesempatan bersama AMK KEDAH menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin di sekitar kampung di dalam DUN ANAK BUKIT.Program yang bermula pada pukul 4 petang di jalankan dalam keadaan cuaca mendung.Melihat kepada keperitan penduduk di beberapa buah kampung yang di lawati terdetik di hati'banyak sungguh orang susah di kedah ini'.Sebelum tiba di kampung ANAK BUKIT tersebut melalui istana AULTAN KEDAH dan juga WISMA PERSEKUTUAN yang tersergam indah,di sebalik wisma persekutuan itulah kampung yang kami lawati.Kerajaan KEDAH perlu mengambil berat maslaah rakyat di bawah dengan lebih serius walaupun sudah ada usaha ke arah itu namun ia belum memadai bagi saya.

Sebelum bergerak ke kampung-kampung sekitar DUN ANAK BUKIT saya bersembang dengan seorang sahabat di pusat khidmat parlimen KUALA KEDAH..beliau meluahkan perasaan tidak puas hati kepada PBT AS yang tidak menguatkuasakan peraturan yang selari.Ia di sebabkan masalah yang di timbulkan oleh pengusaha restoran mengenai pekeliling yang di keluarkan oleh kerajaan negeri dan dato bandar AS tidak selari..hmmmm semak juga dengan masalah macam nie.Bagi saya peraturan telah di kuatkuasakan oleh PBT mahupun kerajaan negeri KEDAH dan perlu kita patuhi,biasalah bulan puasa memang mendatangkan masalah kepada pengusaha restoran terutamanya nasi kandar untuk menentukan waktu operasi.Kita yang mempunyai akal fikiran perlu menilai dan merenung apa yang di maksudkan dengan'SHUBHAH'...kepentingan umat lebih penting daripada beberapa kerat yang suka melakukan perkara SHUBHAH.

PENYOKONG S SUBRAMANIAM MENANGIS

Datuk S.Subramaniam, ketika menerima kekalahannya dalam percubaan untuk merebut kembali jawatan timbalan presiden MIC, mendakwa politik wang sebagai penyebab utama kekalahannya.

Beliau berkata wang diedarkan secara terbuka kepada perwakilan, minimum RM300 kepada setiap wakil.

"Saya terima kekalahan. Ia amat mengecewakan. Saya tidak jangka (kekalahan)," katanya kepada pemberita.

Ditanya sama ada beliau akan menyertai parti lain atau membentuk parti baru atau apakah langkah beliau seterusnya, Subramaniam yang lama berkhidmat sebagai timbalan presiden MIC berkata, "Saya perlukan masa untuk memerikirkan perkara itu (langkah seterusnya)".

Ditanya sama ada "mesej" Perdana Menteri hari ini tidak dipedulikan oleh perwakilan, Subramaniam berkata: "Saya kira Perdana Menteri membuat gesaan yang penting. Saya kira mesej itu hilang begitu saja".

Ditanya tentang kemungkinan tindakan disiplin terhadapnya oleh kerana beliau telah dirujuk kepada lembaga disiplin parti kerana membuat kenyataan mengenai pemilihan parti 1977, Subramaniam berkata beliau tidak kisah tentang itu.

"Saya tahu apa nak buat," kata beliau.

Sementara itu, ramai penyokong Subramaniam dilihat menangis. Mereka melepaskan rasa marah dengan melaungkan politik wang sebab kekalahan itu dan menggesa beliau menyertai parti lain.

Sementara itu, seorang lagi calon timbalan presiden, Datuk S.Sothinathan berkata beliau terima kekalahannya.

"Sekalipun apa yang diperkatakan oleh Perdana Menteri pagi ini...perwakilan telah membuat keputusan mereka dan tidak ada yang dapat mengubahnya," kata beliau.

Saturday, September 12, 2009

G PALANIVEL MENANG TIPIS


Penyandang jawatan timbalan presiden MIC, Datuk G Palanivel berjaya mengekalkan jawatan tersebut dengan menewaskan dua pencabarnya, Datuk S Subramaniam dan Datuk S Sothinathan.

Beliau mendapat 629 undi manakala Datuk S Subramaniam (547 undi) dan Datuk S Sothinathan 280 undi. Palanivel menang dengan majoriti tipis 82 undi.

Tiga calon naib presiden yang disokong oleh Presiden, Datuk Seri S Samy Vellu turut terpilih.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam mendapat undi tertinggi dengan 1,260 undi, manakala timbalan menteri di jabatan perdana menteri, Datuk SK Devamany ditempat kedua dengan 1,122 undi dan timbalan menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M Saravanan (1,030 undi).

Manakala senarai calon jawatankuasa kerja pusat (CWC) yang disokong Presiden Datuk Seri S Samy Vellu juga turut menang.

Sementara itu, Sothinathan berkata beliau menerima keputusan yang dibuat oleh 1,469 perwakilan yang mengundi hari ini.

Manakala Subramaniam yang gagal lagi dapat percubaannya merebut jawatan timbalan presiden berkata, walaupun sedih, beliau menerima keputusan perwakilan hari ini.

Menurutnya, perwakilan gagal memahami nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan mesyuarat tahunan MIC pagi tadi.

Beliau meninggalkan PWTC - tempat berlangsungnya mesyuarat agung MIC - sebelum keputusan rasmi diumumkan.

Keputusan tidak rasmi

Timbalan presiden

G Palanivel* - 629
S Subramaniam - 547
S Sothinathan - 280

Naib presiden (3 jawatan)

Dr S Subramaniam - 1,260
SK Devamany - 1,122
M Saravanan - 1,030
S Balakrishnan - 471
VKK Teagarajan - 215
P Subramaniam - 220
P Mariayee - 61

BN TEWS PRU 13-MAHATHIR


Mantan Perdana Menteri Dr Mahathir meramalkan yang BN akan tewas dalam pilihanraya umum akan datang jika masalah dalaman komponen seperti MCA, MIC, UMNO dan lain-lain lagi tidak diselesaikan dengan segera.

MIC sebagai contoh, bekas presiden Umno itu berkata, masyarakat India tidak lagi menyokong MIC kerana bosan dengan kepimpinan Samy yang mahu menguasai parti itu – beliau menguasai parti ketiga terbesar dalam BN selama 29 tahun.

“Sekarang orang India sudah terbahagi kepada lapan parti. Kalau dulu semuanya sokong MIC, sekarang ini, tidak ramai yang sokong MIC. Dan mereka beri alasan yang sama, iaitu mereka dah bosan dengan Samy Vellu yang hendak kuasai MIC,” jelas Dr Mahathir.

Dalam wawancaranya dengan Malaysiakini hari ini, bekas menteri kerja raya itu berkata, Dr Mahathir sendiri seorang pakar dalam seni “memusnahkan timbalannya” sendiri.

“Rasuah menjadi-jadi di dalam Umno dan parti-parti komponen (BN) yang lain. Perebutan kuasa telah melemahkan mereka. Para pemimpin begitu ghairah untuk terus berkuasa walaupun tidak lagi mampu berperanan.

“Dengan para pemimpin sedemikian, negara dan rakyat diabaikan. Pada dekad yang lepas, walaupun berdegar-degar dengan cakap-cakap bahawa berbilion ringgit diperuntukkan kepada koridor dan sebagainya, tidak ada bukti yang ketara dan boleh dilihat.

“Adakah pilihan raya yang akan datang akan menyaksikan fenomena yang sama seperti di Jepun? Ia tidak mustahil sama sekali,” kata bekas Presiden Umno dan Pengerusi BN itu.

MCA kini tidak berkesempatan untuk membuat postmortem kekalahan BN di Permatang Pasir dan meningkatnya undi kaum Cina kepada Pas kerana mereka sibuk dengan pertelingkahan. Masalah yang melanda Presiden dan Timbalan Presiden menyebabkan parti ini seperti kehilangan nakhoda.

Tiada siapa yang nampak Tee Keat mampu bertahan lama dalam politik. Walaupun beliau sedang berusaha keras untuk mempertahankan kedudukannya, dalam masa yang sama, mereka yang berada di bawahnya sudah membayangkan MCA akan kehilangan Tee Keat selain Soi Lek.

Betul kata pepatah Melayu, yang menang akan jadi arang dan yang kalah akan jadi abu. Tiada siapa yang untung dalam pertelingkahan ini. Malahan, sedikit sebanyak, kesan yang paling teruk terkena ialah parti MCA sendiri kerana, ketika rakyat semakin sangsi dengan perjuangan mereka, pemimpin-pemimpin mereka terpalit dengan skandal pula

Apa yang pasti Pakatan Rakyat seharusnya menggunakan peluang terbuka ini untuk membuktikan kepada rakyat yang mereka lebih berupaya untuk mengambil alih tapuk pemerintahan negara demi kebaikan untuk seluruh rakyat Malaysia.

BANDINGKAN..

INI WAJAH DATIN SERI WAN AZIZAH(PRESIDEN PARTI KEADILAN RAKYAT)

INI WAJAH ROSMAH MANSUR(ISTERI PRESIDEN GEROMBOLAN)

umno parti islam sebenar..gelak...kah kah kah kah ppppiiiiirrraahhhhhhhhhhhhhhhh

Friday, September 11, 2009

WAWANCARA BERSAMA RAJA PETRA

MUSA, GHANI DAN 3 AKHBAR DI SAMAN


Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Kota Alam Shah M.Manoharan, Jumaat memfailkan saman RM100 juta terhadap kerajaan Malaysia, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan tiga penerbit akhbar dengan mendakwa mereka mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya.

Akhbar yang terlibat ialah The Star, New Straits Times dan Utusan Malaysia.

Writ saman itu difailkan oleh Tetuan M.Manoharan di Mahkamah Tinggi Sivil di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, Jumaat.

Manoharan, yang merupakan penasihat undang-undang kumpulan Hindraf yang diharamkan, menuntut ganti rugi fitnah, ganti rugi teladan, ganti rugi keterlaluan dan perintah injunksi untuk menghalang Musa dan Abdul Gani atau agen mereka daripada mengulangi menerbitkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya.

Beliau mendakwa kerajaan telah berkempen untuk memburuk-burukkan namanya dan Hindraf manakala

Musa dan Abdul Gani didakwa secara berniat jahat menyebabkan perkataan-perkataan berunsur fitnah dikeluarkan dalam akhbar-akhbar tersebut.

MARI BERTADARUS

Sempena bulan RAMADHAN yang mulia ini,kita sebagai umat islam perlu memperbanyakkan bacaan al-quran.Di dalam kita membaca al-quran terdapat adab-adab apabila ingin membaca al-quran.Antaranya kita perlu menutup aurat sebelum membaca al-quran dan perlu menghormati.Gambar ini saya paparkan untuk tatapan umumdi jadikan sebagai contoh pakaian yang di tegah apabila membaca al-quran.....


JAMBUL DI DEPAN,BERBAJU BUNGA,BERKAKI AYAM

UNDI POS OH UNDI POS


Tindakan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang enggan untuk menghapuskan Lampiran 2 terus menerima kecaman kerana disifatkan sebagai satu penipuan untuk memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional.

Setiausaha Publisiti parti itu, Tony Pua berkata, calon Pas yang mewakili PR nanti pada kerusi DUN tersebut menyedari akan menghadapi laluan sukar dengan kira-kira 5,000 undi pos yang didakwanya majoriti besar pasti berpihak kepada Barisan Nasional (BN).

“Oleh kerana SPR tidak memansuhkan Borang Lampiran 2 yang mengandungi butiran peribadi termasuk nama, Mykad dan nombor siri kertas undi membuatkan pengundi pos yang terdiri daripada kalangan anggota polis dan tentera berasa tertekan kerana mereka tidak diberi kedudukan yang bebas dalam memilih pemimpin.

“Nampaknya, BN menggunakan perang psikologi untuk meraih undi daripada pengundi pos agar memberi kemenangan kepada parti itu,” katanya, di sini semalam.

Menurutnya, tindakan SPR tidak memansuhkan butiran peribadi di dalam Borang Lampiran 2 bagi pengundi pos adalah tidak adil.

“Kami masih meragui ketelusan undi pos terutama di kalangan anggota polis dan tentera kerana dipercayai ada di kalangan pengundi pos berkenaan dibayangi ugutan oleh pihak tertentu menyebabkan undi mereka hanya menyebelahi satu pihak sahaja.

“SPR seharusnya tidak memberi tekanan kepada pengundi pos yang majoritinya terdiri daripada kakitangan kerajaan dengan memaksa mereka melengkapkan butiran peribadi dalam borang 2 tersebut,” katanya.

Walaubagaimanapun, Tony berkata, DAP akan memberikan sokongan padu kepada jentera Pas dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

“Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lukut dari DAP iaitu yang berjiran dengan Bagan Pinang akan memberi sepenuh kerjasama memastikan Pas menang kerusi tersebut.

“Kita harap pada pilihan raya DUN Bagan Pinang ini, PR dapat menguasai pengundi daripada kaum Cina dan India,” katanya.

Kelmarin, PR Negeri Sembilan sepakat mencadangkan supaya parti Pas bertanding bagi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Kerusi Bagan Pinang kosong berikutan kematian penyandangnya, Azman Mohammad Nor akibat jangkitan dalam darah, Jumaat lalu.

Pada pilihan raya umum lepas, Azman, 54 mewakili BN menang dengan undi 6,430 menewaskan calon Pas, Ramli Ismail yang hanya memperolehi 4,097 undi.

INI BARU DAPAT SELANGOR

Sesi pendengaran awam jawatan kuasa(SELCAT) negeri selangor untuk menyiasat penyelewengan berlangsung tengahari tadi.Melihat kepada kepada sesi soal jawab hari ini di antara jawatan kuasa(SELCAT) dengan PEGAWAI DAERAH KUALA SELANGOR dan beberapa kakitangan yang terlibat kadang-kadang menjadi lucu,ia kerana jawapan yang di berikan kadang-kadang tidak masuk akal.Sebagai contoh jawapan yang tidak masuk akal adalah'kakitangan pejabat daerah KUALA SELANGOR tidak tahu DEWAN RAKYAT di bubarkan'memag lawak apabila seorang pegawai kewangan pejabat daerah KUALA SELAGOR seorang wanita tidak mengetahui DUN telah di bubarkan.Jawapan seperti itu kalau di jawab kepada budak darjah 6 mungkin boleh percaya,tetapi untuk rakyat yang celik minda semstinya jawapan yang tipu.Dalam pada itu sesi hari ini berkisar mengenai bagaimana seluruh PEABAT DAERAH NEGERI SELANGOR telah mengeluarkan vaucer dan cek bertarikh serentak 12 hb feb 2008.Semua pejabat daerah di negeri SELANGOR menggunakan tarikh yang sama,semestinya pelik.Mungkin semua pegawai daerah seluruh SELANGOR bermimpin malam itu semuanya sama dan bagangun keesokkannnya sepakat 12 hb feb 2009 vaucer dan cek di keluarkan kepada ADUN BN walaupun ketika itu DUN SELNGOR telah di bubarkan.

Sesiapa yang menyaksikan sesi soal jawab itu semestinya kita boleh beranggap bahawa mereka yang di soal siasat cuba meindungi perkara sebenar dan tidak memberitahu siapa yang mengeluarkan arahan supaya semua urusan dun di selesaikan walaupun DUN telah di bubarkan.Menjadi kesalahn apabila PEJABAT DAERAH masih membuat pembayaran kepada ADUN sedangakn mereka itu bukan lagi berstatus ADUN kerana DUN SELANGOR sudah di bubarkan.Banyak soslan yang gagal di jawab dan banyak jawapan kelihatan menipu mengikut pandangan saya.Selepas DUN di bubarkan serentak juga dengan DEWAN RAKYAT juga di bubarkan terdapat banyak lagi kelulusan yang diululuskan oleh PEJABAT DAERAH,12 hb,15hb dan 19 hb feb 2009 masih ada kelulusan kepada ADUN yang sudah tidak ada jawatan ADUN.

Perkara sebeginilah yang ingin PR bongkarkan demi menyelamatkan wang rakyat terus di salahgunakan.Pegawai daerah juga terlibat di dalam masalah ini,tiada intigriti di dalam melakukan tugas sehinggakan perkara yang melanggar peraturan di lakukan.Kita sebagai kakitangan KERAJAAN perlu telus dan bukan bersekongkol dengan pihak yang tidak betul.KHIR TOYO smemangnya takut perkara sebegini di dedahkan,itu yang di musnahkan segala dokumen selepas KERAJAAN BN TUMBANG.Kejadian demontrasi KEPALA LEMBU yang di lakukan oleh balachi UMNO adalah salah satu tindakkan yang tidak puas hati dan juga cuba memainkan isu perkauman dengan harapan rakyat termakan dan kembali kepada UMNO.

KERAJAAN PR SELANGOR perlu terus memdedahkan salah guna kuasa ketika zaman BN memrintah dengan tanpa rasa gentar dan kasihan.Bukan kita berdendam tetapi yang salah tetap salah perlu di bawa ke muka pengadilan dan biar rakyat menilai.Boleh kita bayangkan jika PR memerintah MALAYSIA,pastinya banyak lagi perkara yang akan didedahkan kepada rakyat untuk menunjukkan betapa bobbroknya BN.Mimpi ngeri KHIR TOYO kian menjadi kenyataan,selepas ini isu BALKIS pula akan di bangkitkan semula..hahahha,wak tempe wak tempe..INI BARU DAPAT SELANGOR..BONGKAR....

Thursday, September 10, 2009

SEDIA BUBARKAN DUN KEDAH-AZIZAN

ALOR SETAR – Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, beliau sedia membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika benar ramai Wakil Rakyat Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini termakan umpan sama ada untuk ‘melompat parti’ ataupun mengisytiharkan diri mereka sebagai ADUN Bebas.

“Kalau benar berlaku, kita bubar Dewan (Undangan Negeri). Namun sehingga kini, tiada yang menyokong dakwaan itu. Pentadbiran negeri berjalan dengan lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ketika diminta mengulas kenyataan Ketua UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu, Datuk Aziz Sheikh Fadzir yang mendakwa akan ada lagi ADUN PKR di Kedah bertukar status menjadi ADUN Bebas.

Azizan berkata, pihaknya menyerahkan kepada polis untuk menyiasat dakwaan itu setelah laporan dibuat oleh Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah kelmarin.

“Biarlah polis siasat untuk memastikan tidak ada ADUN yang ‘dibeli’, diugut ataupun dirasuah pihak tertentu untuk ‘melompat parti’ ataupun mengisytihar sebagai ADUN Bebas.

“Saya serahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk siasat. Anggap sahajalah mereka yang membuat dakwaan itu umpama berangan pada waktu siang hari.

“Mungkin sebelum ini, mereka berjaya umpan seorang dua, tetapi saya yakin, keempat-empat ADUN PKR yang ada sekarang tidak akan berbuat begitu,” katanya selepas majlis sumbangan kepada Sekolah Agama Rakyat, di sini, semalam.

Azizan berkata, strategi pihak lawan yang tidak putus-putus cuba ‘mengumpan’ anggota PR Kedah tidak akan memanfaatkan sesiapa.

“Saya percaya pihak lawan akan umpan mana-mana ADUN PR sampai bila-bila, sehinggalah pada hari Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,” katanya.

Menurutnya, sekiranya berlaku situasi di mana terdapat ADUN dari Pakatan Rakyat Kedah yang ‘termakan umpan’ dan bertindak lompat parti mahupun menjadi wakil rakyat Bebas, beliau bersedia untuk membubarkan DUN.

Aziz dalam kenyataan disiarkan Sinar Harian kelmarin berkata, beliau yakin akan ada lagi ADUN PR di negeri ini yang mengisytihar diri sebagai Wakil Rakyat Bebas daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas.

Sebelum ini, ADUN Lunas, Mohd Radzhi Salleh yang juga bekas Exco Kerajaan Negeri, bertindak keluar parti itu dan menjadi ADUN Bebas.

MP BLACKBERRY MERAPU APA NIE....

Malam tadi saya telah membaca satu posting baru dari blog YB Kulim, Zulkifli Noordin. Belumpun habis membaca, saya dah tersentak. Betul ke dia ni? Kali ni beliau benar-benar menulis berpandukan emosi, bukan fakta. Ianya berkaitan dengan isu kuil di Selangor, dan beliau seolah-olah mahu menyalahkan pihak pemimpin kerajaan Selangor, khususnya YB Khalid Samad.

Memang selama ini kenyataan Zulkifli Noordin selalu melawan arus. Saya pun selama ini banyak menyokong beliau kerana sikapnya yang lantang apabila berbicara tentang Islam. Tapi kali ni memang beliau dan benar-benar merapu, dan saya rasa agak kecewa. Beliau ulas seolah-olah beliau tu orang Shah Alam dan exco Selangor. Kenyataan beliau juga cuba melindungi puak-puak demonstran kepala lembu dan bersimpati dengan mereka kerana dihadapkan ke mahkamah.

Beliau juga seolah-olah cuba menabur fitnah dengan mengatakan ada wakil India yang menghina azan sewaktu dialog di Wisma MBSA dan mendakwa kuil yang bakal dibina itu kuil yang besar. Mana YB ni dengar cerita? Atau sekadar kutip dari berita pencacai UMNO? India itu kata, mereka boleh tahan dengar azan setiap hari - maksud dia, dia mahu orang Melayu pun bertoleransi dengan penganut Hindu yang mahu beribadat. Adakah itu satu kenyataan menghina azan?

Sebaliknya beliau cuba membela puak-puak UMNO lembu yang kurang ajar sewaktu dialog tersebut. Beliau juga kata ada pak janggut yang sanggup membaca ayat al-Qur'an untuk mempertahankan kuil - merujuk kepada YB Khalid Samad. Tak tahulah apa nak diulas lagi. Penulisan peguam ni memang telah membuatkan saya berbulu. Beliau juga telah menukar nama Selangor menjadi Darul Takbeer. Atau Zulkifli Noordin ni yang mabuk beer sewaktu menaip entri tersebut? Saya paling tak tahan dengan ayat yang paling bawah yang berbunyi :

Mungkin satu hari nanti tak lama lagi akan ada Pak Janggut memetik Quran dan hadis supaya umat Islam berlaku 'adil dan menasihatkan umat Islam supaya jangan baca lagi Surah Al Baqarah, demi menjaga hati pengikut tuhan lembu ini. Mungkin Peguam Negara akan mengenakan pertuduhan dibawah Akta Hasutan atau Seksyen 298A Kanun Kesiksaan kepada mereka yang membaca Surah Lembu ini!!
Amboi cantiknya bahasa. Seterusnya penjenguk ulas lah sendiri. Tak tahu apa nak dikata lagi dengan YB yang seakan-akan mahu satu kapal dengan Ibrahim Ali sang Salentia tu. Malam tadi lepas baca posting tu, saya terus membelasah beliau di melalui Facebook beliau. Tak tahulah dia baca atau tak. Biasanya dia ni jenis tak balas komen.

http://reformisjalanan.blogspot.com

MALAYSIA TIDAK SELAMAT


Tahap keselamatan negara yang kian meruncing membuktikan bahawa tindakan PAS membantah perlantikan semula Tan Sri Musa Hassan sebagai Ketua Polis Negara (KPN) adalah tepat, kata Ketua Penerangannya Ustaz Idris Ahmad.

"Laporan Daya Saing Global Forum Ekonomi Dunia (WEF) bagi 2009-2010 yang dikeluarkan semalam menunjukkan ranking keselamatan negara jatuh 25 tangga ke kedudukan ke-85," kata beliau yang menyifatkan peningkatan tersebut sebagai tanda kegagalan Musa.

Isu keselamatan, katanya, bukan sahaja menjadi kerisauan rakyat tetapi pelaburan dari luar juga menguncup dengan rangking daya saing Malaysia di peringkat global merudum ke kedudukan yang ke 24.

Menurut laporan berkenaan juga, potensi keganasan berada di kedudukan ke-97 dan jenayah dikedudukan ke-95 dengan kedua-duanya membawa kepada kos perniagaan yang ketara bagi pelaburan dalam negara.

"Tindakan PAS sebelum ini yang membantah kontrak Musa sebagai KPN disambung semula adalah tepat jika dinilai dari segi masa depan ekonomi dan keselamatan negara.

"Fakta yang dikeluarkan komuniti forum ekonomi antarabangsa ini memperjelaskan kegagalan KPI beliau dalam mengurus aspek keselamatan negara dengan baik," kata Idris.

Berikutan kegagalan Musa itu, PAS memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong supaya membatalkan pelantikan semula beliau.

"Dalam suasana kegawatan ekonomi sekarang, jenayah merupakan kerjaya yang kian berkembang dan Polis DiRaja Malaysia memerlukan seorang ketua yang berkerja bersungguh-sungguh untuk memerangi jenayah, bukannya seorang ketua yang gagal melaksanakan tugasnya," tegas Idris.

Walaupun dibantah pelbagai pihak termasuk PAS, perkhidmatan Musa sebagai KPN yang disambung minggu lalu sehingga 12 September tahun depan.

PAS sebelum ini memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong supaya menolak pelantikan semula Musa Hassan sebagai KPN.

Gesaan itu dibuat ekoran peningkatan kadar jenayah yang gagal dibendung dan muncul dakwaan terbaru bahawa wujud penglibatann kongsi gelap dalam mengatur kenaikan pangkat pegawai polis.

Beberapa hari sebelum kontrak Musa disambung, blog kontroversi Malaysia Today menyiarkan akuan bersumpah didakwa dibuat seorang pegawai polis yang pernah menjadi pembantu peribadi Musa.

Pegawai polis itu, antara lain, mendakwa Musa membiarkan penjenayah memanipulasi kenaikan pangkat anggota polis dan jawatan mereka.

Beliau juga mendakwa diarahkan supaya "menyelaraskan arahan mengenai pangkat dan jawatan para pegawai polis berdasarkan draf dan cadangan yang dibuat oleh BK Tan".

Laporan sebelum ini mendakwa Tan adalah kepala sindiket jenayah terancang yang menguasai dadah, persundalan, ceti haram dan rangkaian perjudian haram di seluruh Malaysia. Beliau juga didakwa menguasai sistem maklumat berkomputer polis.

Wednesday, September 9, 2009

PEMUDA UMNO BERSALAM DENGAN ANWAR,PEMIMPIN UMNO GELISAH


Tindakan Pemuda Umno bahagian Sekijang di Johor menganjurkan majlis ‘serentak' dengan program PKR yang dihadiri Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hujung minggu lalu telah menimbulkan tandatanya dan rasa tidak senang di kalangan kepimpinan Umno di situ.

Sumber Umno di bahagian berkenaan memberitahu Malaysiakini, beberapa pemimpin sayap Pemuda Umno dari bahagian tersebut juga dilihat bersalaman dengan Anwar yang menghadiri solat Tarawih di Masjid Jamek Kampung Jawa.

Malaysiakini difahamkan, Anwar sebelum itu menghadiri majlis berbuka puasa sempena perasmian cabang PKR Sekijang di sebuah dewan berhampiran, manakala pemuda Umno bahagian Sekijang pula menganjurkan majlis penyerahan zakat serta majlis berbuka puasa di masjid berkenaan.

Menurut sumber itu lagi, Pemuda Umno Sekijang tidak sepatutnya mengadakan majlis penyerahan zakat itu, sedangkan mereka mengetahui mengenai kehadiran Anwar ke situ.

"Ini nampak seolah-olah mereka sengaja nak buat majlis itu, macam satu kebetulan," katanya kepada Malaysiakini malam tadi.

Malaysiakini juga difahamkan, penganjuran majlis berbuka puasa dan penyerahan zakat oleh pemuda Umno itu, telah ditegur oleh pemimpin-pemimpin Umno lain, namun diteruskan juga.

"Biasanya, orang Umno kalau tahu pemimpin pembangkang akan datang dekat dengan program dia, dia akan bawa orang-orangnya ke tempat lain supaya tidak bertembung. Ini nampak macam sengaja dilakukan," kata sumber itu lagi.

Solat Tarawih

"Kita dengar budak-budak pemuda ini bukan main seronok lagi dapat jumpa Anwar, berlari-lari lagi hendak pergi bersalam dengan Anwar.

"Hinggakan Anwar kata, 'ingat lagi orang Umno kepada saya'," tambahnya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Sekijang Anuar Abd Manaf bagaimanapun menolak tanggapan tersebut dan menjelaskan program yang diatur olehnya itu, sememangnya berlaku secara kebetulan dengan program Anwar pada hari berkenaan.

"Kita sudah rancang program ini sejak sebelum bulan Ramadhan lagi. Kita cadang untuk agihkan zakat pada akhir Ramadhan, tetapi pejabat agama (daerah Segamat) nasihatkan kita beri awal sikit supaya penerima zakat dapat guna duit itu untuk persiapan hari raya," jelasnya.

Menurutnya, majlis itu dihadiri oleh kira-kira 150 orang penduduk di sekitar kawasan berkenaan.

"Anwar cuma datang untuk sembahyang tarawih (lepas program buka puasa dan penyerahan zakat). Dia duduk di saf belakang kerana tiba lewat. Kami (pemuda Umno) kebanyakannya di saf depan," katanya.

Ditanya mengenai dakwaan bahawa anggota Pemuda Umno dilihat begitu mesra dengan Anwar ketika bertemu di masjid tersebut, Anuar berkata:

"Saya tidak nampak suasana di belakang kerana saya di saf depan. Bersalam pun tak sempat," katanya lagi.

Naik kain rentang

Mengulas mengenai usaha-usaha PKR untuk meluaskan pengaruh di Johor, Anuar berkata tindakan tersebut akan menerima gangguan berterusan daripada pergerakan pemuda Johor.

"Kita menyambut seruan Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini yang mengatakan Anwar seorang pengkhianat bangsa Melayu," katanya.

Jelasnya, kata-kata "Anwar Pengkhianat Bangsa" itu dituliskan di kain-kain rentang yang dinaikkan di sekitar kawasan yang dikunjungi oleh pemimpin PKR tersebut.

"Kami tahu mengenai programnya di Dewan Siang Hai Kee di Bukit Siput (Segamat). Di luar kawasan itu kami juga naikkan bendera-bendera Umno dan BN untuk tunjukkan kekuatan kita," katanya lagi.

Selain Anwar, turut hadir di dewan tersebut ialah bekas naib presiden MCA, Datuk Seri Chua Jui Meng yang menyertai PKR baru-baru ini.

TERBARAI RAHSIA UNDI POS BAGAN PINANG

Bagan Pinang mempunyai 4,925 pengundi yang mengundi melalui undi pos. Ini tidak termasuk pengundi pos haram.

Bukti dan maklumat di bawah ini mendedah bahawa penipuan secara terancang oleh pihak SPR ternyata tidak dapat disangkal lagi. Malah suara-suara yang menyatakan bahawa SPR adalah kuda tunggangan UMNO-BN ternyata benar.

Maklumat ini saya perolehi dari seorang bekas tentera yang telah bersara dari ATM lebih setahun yang lalu. Katanya, secara kebetulan dia ingin menyemak daftar pemilih abangnya secara online di laman web SPR disini Namun dia sendiri terkejut apabila dia membuat semakan dengan memasukkan nombor kad pengenalan semasa tentera yang bermula dengan huruf "T" 1068XXX, namanya juga ada tersenarai dalam undi pos walaupun telah setahun menjadi pesara tentera.

Ini menunjukkan SPR gagal mengugurkan serta membersihkan senarai daftar pemilih bagi tentera yang telah bersara secara menyeluruh yang kini telah mempunyai MyKad. Nombor tentera mereka masih digunapakai sebagai pengundi pos yang sah (dibaca: sebenarnya haram).

Untuk maklumat juga katanya, anggota tentera yang bermula dengan nombor 1068xxx hingga 1070xxx adalah rekrut pengambilan pada bulan November 1986 siri 115 yang berpusat di PLR Port Dickson. Pengambilan ketika itu seramai lebih kurang 1970 orang. Jika dikira tamat tempoh perkhidmatan mereka selama 21 atau 22 tahun bermakna rata-rata mereka ini berpencen pada Nov 2007 dan Nov 2008. Namun sebahagian dari nama mereka, masihdigunakan sebagai pengundi pos secara haram setelah melebihi tempoh perkhidmatan bersara wajib.

Kenyataan di atas hanya merujuk kepada rekrut siri 115 dan belum termasuk rekrut dari perantis putera yang bermula dengan nombor 5337xx hingga 534xxx dimana tarikh bersara hampir sama.

Amat ketara adalah seperti nombor tentera yang berwarna merah di bawah adalah pengundi pos bagi kawasan DUN Bagan Pinang. Terdapat seramai 27 orang tersenarai daripada 362 orang sebagai pengundi pos secara haram. Jika 27 orang tersebut telah beristeri bermakna secara automatik isteri juga pengundi pos dan akan berganda menjadikan tambahan 27 orang lagi. Secara keseluruhannya menjadikan 54 orang pengundi pos haram di DUN Bagan Pinang. Undi ini memberi advantage kepada UMNO-BN


Anggota tentera ini telah bersara pada 4 Feb 2009


Dengan terbongkarnya rahsia ini, ada kemungkinan SPR akan melenyapkan bukti-bukti tadi dengan membersihkannya secepat mungkin dari pangkalan data mereka. Namun saya telah mencetak keluar serta mendownload maklumat tersebut terlebih dahulu agar menjadi bahan bukti jika dinafikan oleh pihak SPR. - payahsungguh

ISMAIL SABRI TAK LAYAK JADI MENTERI


Tergamak (Datuk Seri) Ismail Sabri menaikkan harga petrol dan mengabaikan kekurangan bekalan gula padahal beliau tahu rakyat sedang sibuk mahu menyambut hari raya,” keluh Azan Ismail, Ahli Parlimen Indera Mahkota.

Azan yang juga Timbalan Pengerusi II Majlis Pimpinan PKR Negeri Pahang, menyuarakan kekesalan ini ketika mengulas kenaikan harga petrol dan kekurangan bekalan gula yang beliau sifatkan berlaku di sebalik kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang jelas menipu rakyat.

Penipuan pertama, ujar Azan adalah kenyataan Ismail kononnya harga petrol tidak naik semata-mata kerana pengenalan petrol RON95 yang dijual pada harga RM1.80 seliter, padahal harga RM1.80 ini sebelum ini adalah untuk petrol RON97 yang sekarang berharga RM2.05 seliter, petrol yang telah diguna sejak sekian lama oleh rakyat Malaysia.

Penipuan kedua tentang petrol adalah kononnya seperti didakwa Ismail, kenaikan harga petrol tidak akan memberi kesan. Sementara penipuan ketiga dan paling ketara tentang harga petrol ialah ketika pengumuman kenaikan harga petrol dibuat, Ismail mengatakan yang harga petrol mentah dunia waktu itu adalah US$82 setong, sedangkan harga sebenarnya adalah US$71.35.

Tentang gula pula, Azan memberitahu yang dakwaan bekalan gula mencukupi adalah satu penipuan kerana pada masa yang sama belian rakyat dicatu untuk 2kg gula sahaja setiap belian.

Jaminan Ismail yang tiada kenaikan harga gula dianggap tersasar kerana catuan ketika permintaan mendadak naik di musim perayaan memungkinkan wujudnya pasaran gelap gula. Dalam pasaran gelap, harga gula boleh sahaja naik sehingga 100 peratus.

Bila diaju soalan apa natijahnya kepada rakyat akibat dari keadaan ini, Azan cuba menggariskan fakta sebenar. Harga petrol, RON97, yang digunakan oleh rakyat Malaysia selama ini naik RM0.25, atau 13.89 peratus.

Kenaikan harga petrol jelas Azan akan menghasilkan kesan berganda, kenaikan 1 peratus dalam harga petrol akan mengakibatkan kenaikan 3 – 5 peratus dalam Indeks Harga Pengguna (CPI). Ini kerana petroleum kini telah menjadi komoditi utama dalam mengukur CPI. Jadi kenaikan RM0.25 petrol sebenarnya telah membawa CPI naik ke sekitar 50 peratus.

Kenaikan harga gula di pasaran gelap yang mencecah 100 peratus dan kenaikan harga petrol yang mengakibatkan kenaikan CPI sehingga 50 peratus diterukkan lagi dengan gelagat musim perayaan yang mana biasanya isirumah berbelanja secara tidak rasional. Tegas Azan, perbelanjaan isirumah biasanya naik 100 peratus di musim-musim sebegini.

Azan memberi amaran yang keadaan sebegini boleh menjerumuskan negara ke dalam inflasi tukulan (hammering inflation) bilamana tekanan akibat kenaikan harga petrol bertembung dengan ketidakupayaan memenuhi permintaan pasaran terhadap gula.

Kadar “hammering inflation” ini adalah jumlah di antara 50 peratus kenaikan CPI akibat tekanan kenaikan harga petrol dan 100 peratus kenaikan harga gula di pasaran gelap. Jumlahnya adalah 150 peratus, ia bagi Azan adalah angka yang menakutkan dan merupakan senario yang belum pernah berlaku sebelum ini.

Lebih malang, tambah Azan, Ismail jelas tidak punya persediaan untuk berhadapan dengan “hammering inflation” ini, yang biasanya berlaku dalam tempoh 15 – 30 hari.

Azan dalam merumuskan kenyataannya tertanya-tanya, sebagai sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini, bagaimanakah bentuk kesan “hammering inflation” ini di luar musim? Dan bila pula ia akan pulih?

Satu keadaan yang teruk bagi Azan, yang berlaku bukan kerana masalah ekonomi dalam negara atau serangan spekulator ekonomi luar, tetapi kerana kebodohan seorang menteri yang gopoh dalam membuat polisi dan tidak bersandarkan kepada rujukan yang konkrit. -Zukri Aksah

MALAYSIAKINI PULA DI TEKAN


Hari ini kita di beritakan bahawa laman web AKHBAR INTERNET MALAYSIAKINI di siasat gara-gara tidak mahu membuat video tunjuk perasaan kepala lembu oleh balachi-balachi gerombolan,kenapa yang di marahi video?kenapa tidak membenteras?jika pihak berkuasa menghalang tunuk perasaan tersebut maka sudah tentu tiada rakaman video tersebut.Bagi saya tidak salah kita ingin melihat gelagat-gelagat agen-agen gerombolan yang ingin meniupkan api perkauman.

Malaysiakini pula yang di tekan dan di siasat,kejadian demi kejadian yang pelik selalunya berlaku di bumi MALAYSIA ini dan juga sisatan yang smestinya berta sebelah akan berlaku.Di war-war pula sudah ada penangkapan terhadap peserta demontrasi kepala lembu,jumlah yang sudah di tangkap 4 orang.Seramai 12 orang di khendaki datang ke balai polis untuk beri keterangan namun sehingga ke malam ini tidak tahu berapa orang yang sudah di tahan.Walaupun di canang bahawa peguam negara akan menyiasat,tetapi adakah rakyat akan percaya?semestinya tidak dan ia tidak lebih untuk mendapat sokongan pengundi kaum india BAGAN PINANG.Kalau betul sudah di berkas beberapa orang yang di lihat memijak kepala lembu itu ],mana gambar mereka yang di tahan?setakat hendak umum dalam TV tidak dapat memperdayakan rakyat.Sikap DOUBLE STANDARD dapat di lihat ketika hari tunjuk perasaan di adakah,pihak polis tidak bertindak dengn sebagainya.Kalau PR yang mengadakan perhimpunan aman belum sempat berhimpun sudah kena tangkap dan di dakwa.Ini sudah berapa lama baru nak siasat dan membuat tangkapan.

Nampak seperti malaysiakini di persalahkan,semua wartawan serta editor malaysiakini di soal siasat beberapa jam,dek kerana video kepala lembu.Rakyat sudah muak dengan permainan para-para penyiasat dan menyiasat bukan kepada sasaran yang sepatutnya...sudahla projek tipu melayu.

Tuesday, September 8, 2009

KEADILAN SEDIA TANDING DI BAGAN PINANG-KETUA AMK TELUK KEMANG

Angkatan Muda Keadilan Cabang Teluk Kemang dengan ini mengucapkan takziah kepada keluarga Arwahyarham Azman Mohd Noor, bekas ADUN Bagan Pinang yang meninggal dunia petang semalam. Semoga Allah menerima semua amalanNya di dunia.Sesungguhnya pemergian arwah seharusnya mampu menginsafkan kita dan mengingatkan kita hakikat kehidupan di dunia sementara ini.


Dalam amalam demokrasi kematian arwah tidak dapat dielakan dari keperluanmengadakan pilihanraya. Satu pilihanraya yang bersih, telus dan adil amat diharapkan dari pengendali pilihanraya (SPR).

Sehubungan dengan itu AMK Teluk Kemang telah bermula hari ini mula menggerakkan jentera di perbagai peringkat ke arah pilihanraya.Meneliti beberapa perkembangan peringkat nasional mahupun setempat, dilihat jika kerusi tersebut ditandingi calon dari KEADILAN kali ini maka peluang untuk menang mungkin lebih cerah. AMK Teluk Kemang akan menghantar permohonan\ rasmi kepada parti untuk KEADILAN meletakan calon di N31 bagan Pinang dalam Pilihanraya Kecil kali ini.

Namun walaubagaimana pun atas semangat setiakawan dan disiplin gabungan AMK Teluk Kemang akur dengan apa juga keputusan pucuk pimpinan dan berjanji akan berusaha bersungguh sungguh bagi memerdekan kerusi dan pengundi Bagan Pinang dari cengkaman Umno - Bn.

*Amirudin Abdul Wahab*
*Ketua Angkatan Muda KEADILAN
Cabang Teluk Kemang*
*0123589872*

KAJI SELIDIK N 31 BAGAN PINANG



Analisis DUN Bagan Pinang
9 daerah mengundi:
- 4 majoriti India
- 4 majoriti Melayu
- 1 campuran Cina dan undi pos
Pilihan Raya 2008- PAS hanya menang di tiga daerah mengundi iaitu Ladang Atherton, Pekan Siliau dan Sua Betong. Ketiga-tiga kawasan itu adalah majoriti pengundi India.
PAS kalah paling teruk - Undi undi pos.
Dari 5, 191 kertas undi yang dikeluarkan, PAS hanya mendapat 1,189 undi manakala calon BN 3,080 undi.
PAS paling banyak menang- Ladang Aterton di mana calon PAS menang dengan majoriti 84 undi.
Sumber: mt.m2day.org

TERKINI..BEKAS MB KELANTAN MENINGGAL DUNIA

Al-Fatihah atas pemergian Allahyarham Tan Sri Mohamed Yaacub, bekas Menteri Besar Kelantan. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

UGUTAN MUSA HASSAN DI KESALI


Banyak pihak menyelar kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang berkata polis akan mempertingkatkan tahap keselamatan semasa pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang yang bakal diadakan tidak lama lagi bagi memastikan ia berjalan lancar dan mengikut undang-undang.

Beliau berkata polis akan bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang membuat kacau pada pilihan raya kecil itu. Katanya beliau akan memastikan lebih ramai pegawai dan anggota bertugas, terutama pada hari penamaan calon dan pengundian.

Ugutan Ketua Polis Negara berkenaan tidak boleh diterima kerana selama ini polis diketahui telah bertindak secara diskriminasi dan pilih kasih dimana tindakan hanya dihalakan dan ditumpukan kepada pemimpin dan penyokong parti bukan-kerajaan sedangkan pengacau serta perosak dari kalangan UMNO BN tidak diambil tindakan oleh polis.

Polis sepatutnya menerima teguran dari Menteri di jabatan perdana Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon yang mengesyorkan polis supaya menggunakan kaedah merakam situasi sesuatu perhimpunan, demonstrasi atau tunjuk perasaan sebagai bukti sebelum bertindak menahan mana-mana individu yang terbabit.

Beliau berkata cadangan ini bagi mengelakkan tanggapan orang ramai mengenai sikap polis yang dilihat sebagai tidak adil dan berat sebelah serta mengambil tindakan menahan pihak tertentu sahaja.


"Polis mestilah konsisten dan adil kepada semua. Tidak sepatutnya memberi gambaran bahawa polis mengambil tindakan terhadap satu pihak dan tidak mengambil tindakan terhadap pihak yang lain.

"Kita mesti ada satu kaedah dan garis panduan yang dinampak oleh rakyat dan orang ramai sebagai adil dan konsisten," katanya.

"Jika demonstrasi secara aman, saya ingin mengesyorkan supaya polis jangan bertindak begitu cepat menahan mereka yang terlibat, sebaliknya nasihatkan supaya tidak meneruskan (demonstrasi) selepas mencapai matlamat mereka untuk kemukakan bantahan. "Tapi kalau tunjuk perasaan itu telah mencetuskan kekacauan dan menunjukkan kekerasan atau keganasan, maka selepas merakamkannya polis boleh bertindak untuk mencegah daripada insiden ini merebak.

"Ini termasuk juga sekiranya tunjuk perasaan itu menggunakan cara yang akan melukakan atau menghina perasaan orang lain yang berbabit dengan agama," katanya.

Beliau berkata demikian ekoran tindakan polis menahan 16 individu kerana mengadakan perhimpunan tanpa permit semalam selepas berarak dari pejabat Majlis Peguam ke Dataran Merdeka sambil membawa bunga ros dan beberapa kain rentang bagi memprotes perarakan kepala lembu di Shah Alam.

Sebaliknya, polis masih belum menahan mana-mana individu yang terlibat dalam demonstrasi sambil membawa kepala lembu di Shah Alam barubaru ini bagi membantah pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23.

Seorang pemimpin Pakatan Rakyat menyelar kenyataan Musa yang berhasrat untuk menambahkan bilangan anggota polis untuk tujuan pilihanraya Bagan Pinang tidak lama lagi.

"Apa tujuan mengerahkan sebegitu ramai polis ke tempat berkenaan? Nak perang dengan rakyat atau apa? Bukan bilangan berapa ramai polis yang boleh menentukan keamanan tetapi sejauh mana profesyenalnya polis menjalankan tugas mereka. Jika masih lagi bertindak sebagai kuda tunggangan UMNO BN, selagi itulah polis tidak akan dihormati dan letaklah berjuta polis sekalipun, rakyat tidak akan takut dan tidak akan mematuhinya. Jika anda bertindak profesyenal, adil dan telus, sepuloh orang anggita polis memadai kerana rakyat akan membantu polis menjaga keselamatan dan kemananan negara," tegasnya.

LAMANYA NAK TETAP TARIKH PENAMAAN CALON


Lama sungguh rasanya SPR nak bermesyuarat untuk menentukan tarikh penamaan calon dan hari mengundi PRK BAGAN PINANG.Mungkin SPR sedang menilik tarikh yang sesuai supaya UMNO menang dengan mudah,sekurang-kurang menyusahkan PR.Sebelum ini mesyuarat untuk menentukan samaada kerusi DUN KOTA SEPUTEH kosong atau tidak mengambil masa hampir satu hari,pelik tapi benar itulah hakikat satu badan yang di katakan berkecuali membuat kerja yang cukup cekap dan tersusun pppiirahhh.Mesyuarat punya mesyuarat DUN KOTA SEPUTEH kekal milik BN,selepas ini mana-mana ADUN yang malas ke sidang DUN boleh tidur di rumah makan elaun saja.Mana nak tahu mungkin ada yang cuak lihat muka speaker DUN KEDAH.

Semestinya prk N31 DUN BAGAN PINANG akan di lakukan selepas hari raya,selepas itu pula di khabarkan akan ada perhimpunan agung gerombolan.SPR mungkin akan membuat taktik seperti di PRK BUKIT SELAMBAU iaitu tetapkan tarikh PRK selepas perhimpunan gerombaol kot kot gerombolan akan ada semangat selepas persidangan.Hikmah yang kita boleh perolehi daripada keputusan SPR memutuskan mesyurat minggu hadapan sebenarnya melambatkan proses menghantar UMNO ke belakang masjid.Satu hari di situ juga tempat UMNO bersemadi dan UMNO tinggal sejarah,iaitu sejarah sebagai sebuah parti yang menggunakan perkauman apabila nak kalah dan parti yang penuh rasuah dan penipuan kepada rakyat,PERLU DI CERITAKAN KEPADA ANAK CUCU.

Ada seorang sahabat berkata kepada saya sebentar tadi'SPR AKA KETUA HAKIM NEGARA'nak tahu kenapa beliau berkata begitu?lu pikir la sendiri adios.....eh silap bukan adiosss..wassalam

Monday, September 7, 2009

SATU LAGI KARYA KONCO ZUNAR..PANASSSS



wakakakaka klik disini

SEBAB KENAPA WANITA UMNO PERLU TANDING DI PRK BAGAN PINANG


TERDAPAT BEBERAPA SEBAB WANITA UMNO INGIN MENGHANTAR WAKIL MENJADI CALON PRK DUN BAGAN PINANG

1)UNTUK MENGELAKKAN MASALAH KAHWIN LEBIH DARI SATU DAN TAK NAK MENGAKU.

2)SEMUA CALON LELAKI UMNO SEBELUM INI KECUNDANG DAN TERSEMBAM

3)WANITA DI FIKIRKAN BERSIH DARI PENYELEWENGAN,KERANA WANITA KURANG KUASA POLITIK

4)WANITA LEBIH MUDAH MENDEKATI PENGUNDI

5)CALON WANITA TAK PAYAH BAGI KHUTBAH JUMAAT

DAN BANYAK LAGI SEBABNYA

Sunday, September 6, 2009

BANNER DESAK RADZI LETAK JAWATAN.....


Di kawasan TAMAN SELASIH kulim terdapat banner mendesak RADZI MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI ADUN LUNAS.Kemarahan pengundi LUNAS kepada RADZI semakin membuak-buak,seorang pengundi berkata kepada saya'KAMI BUKAN MAHUKAN ADUN BEBAS,KAMI NAK ADUN PKR.KAMI UNDI PKR BUKAN UNDI BEBAS.

TEMPOH BERTENANG?


Pendekatan bertenang di dalam skop politik mahupun perjuangan menegakkan keadilan seharusnya tidak ada di dalam kamus hidup seseorang ahli politik mahupun aktivis.Di dalam kita menghadapi keadaan politik MALAYSIA yang penuh warna warni serta suka dan duka membuatkan sesetengah ahli politik ataupun ahli parti mengambil pendirian tunggu dan lihat.Merujuk kepada apa yang di lakukan oleh ADUN BEBAS LUNAS menyebabkan ramai ahli-ahli parti yang mengambil pendekatan rehat dengan perkataan lain"tempoh bertenang".

Nak bertenang apanya Kerajaan PR KEDAH pun terumbang ambing,ada pula yang mnegambil pendekatan tempoh bertenang.Di saat PKR PADANG SERAI menghadapi masalah ketika inilah kita perlukan kawan-kawan yang mempunyai semangat untuk memulihkan PKR PADANG SERAI yang telah di rosakkan.Biarpun berbagai pandangan di lontarkan memulihkan keadaan krisis yang tidak pernah padam namun sokongan dan dokongan perlu ada daripada ahli PKR itu sendiri.

Untuk berjuang menentang BN ini kita tidak perlu tidur untuk mendapat kemenangan,usaha dan kerja itu penting.Buang yang keruh ambil yang jernih demi memartabatkan PR di MALAYSIA.

KECOH DI PUSAT KHIDMAT DUN LUNAS

Semalam di pusat khidmat DUN LUNAS berlaku sedikit kekecohan berlaku,ia berlaku gara-gara tidak puas hati BEKAS PEMANGKU KETUA CABANG PKR PDG SERAI DIN KOMODO terhadap seorang lelaki berbangsa cina OOI MIN SOON kerana mengunci pusat khidmat terbabit setelah ADUN LUNAS bertindak keluar daripada PKR dua minggu yang lalu.Kejadian tersebut bermula apabila OOI MIN SOON iaitu orang yang menyewa kedai tersebut membenarkan AMK KEDAH bermesyuarat di pusat khidmat tersebut.Apabila pusat khidmat di buka semula setelah setelah 2 minggu di tutup datang beberapa orang untuk memaahi oii min soon kerana membuka pusat khidmat tersebut,akibat dari itu berlaku pertengkaran kecil di antara ooi min soon dan juga din komodo.

Selepas berlaku pertengkaran ada beberapa orang AMK KEDAH sudah tiba di pusat khidmat tersebut telah naik atas kebenaran ooi min soon sebagai pemegang amanah daripada tuan kedai.Mereka yang naik bersama oii min soon telah naik dan membersihkan dan mengutip sampah kerana sudah dua minggu pejaat tersebut tidak di gunakan.Dengan niat ingin membersihkan supaya mesyuarat AMK KEDAH berjalan dalam keadaan selesa.Di bawah kedai datang lagi beberapa sahabat din komodo untuk mengambil barang dan sedikit tegang.Akibat daripada pertengkaran kecil tersebut menyebabkan din komodo memanggil polis dan mendakwa berlaku pencerobohan.Sambil menunggu kawan-kawan yang lain datang untuk bermesyurat KETUA AMK KULIM BANDAR BHARU DAN PNYELARAS AMK KULIM telah menyusun meja untuk mesyuarat yang akan di mulakan jam 3 petang.

Tibanya pihak polis menyebab pihak polis mengambil keterangan KETUA AMK KULIM BANDAR BHARU dan PENYELARAS AMK KULIM.Suasana di bawah pusat khidmat mula di penuhi orang ramai dan menyebabkan pihak polis mengeluarkan arahan supaya mesyuarat AMK KEDAH berpidah ke tempa lain memandangkan keadaan yan tidak mengizinkan.Setelah KETUA AMK KEDAH tiba di pusat khidmat tersebut AMK KEDAH memutuskan untuk bermesyuarat di pusat khidmat AHLI PARLIMEN PADANG SERAI.Setelah AMK KEDAH bergerak ke pusat khidmat ahli parlimen suasana di pusat khidmat DUN LUNAS masih di penuhi orang ramai.

Selang beberapa jam AMK KEDAH di beritahu DIN KOMODO telah membuat laporan polis terhadap beberapa individu atas dakwaan cubaan menceroboh,PENYELARAS AMK KULIM BANDAR BHARU dan KETUA AMK PADANG SERAI juga di kaitkan walaupun mereka tidak mengetahui apa-apa dan tidak melakukan sebarang kesalahan dan di benarkan masuk ke PUSAT KHIDMAT atas arahan pemegang amanah pusat khidmat tersebut.Ini kerana PUSAT KHIDMAT tersebut untuk wakil PKR bukannya untuk ADUN BEBAS,dan AMK KEDAH adalah dari PKR bukannya parti bebas.Kini siasatan polis di jalankan,kita berharap semuanya selesai dan tanpa masalah

Perkara sebegini timbul kerana beberapa individu yang sakit hati melihat PKR PADANG SERAI masih hidup walaupun di khabarkan CABANG PADANG SERAI di bubarkan menggunakan kuasa ULTRAMAN oleh din KOMODO.Beginlah sifat manusia yang tidak ada sifat perjuangan dan menyalahkan PARTI PKR apabila rayuan tidak di terima

Saturday, September 5, 2009

KPN DI BIDAS

Berapa orang penganut ugama Hindu menyelar kenyataan Ketua Polis Negara yang menghalang mereka untuk menyertai upacara menyalakan lilin yang dijadual akan diadakan petang ini sebagai memprotes insiden kontroversi kepala lembu yang dibawa oleh penduduk Seksyen 23 Shah Alam di hadapan bangunan SUK Negeri Selangor baru-baru ini.

"Tindakan Ketua Polis Negara itu jelas satu diskriminasi. Mereka (polis) lansung tidak menghalang ekstremis Melayu yang mengarak kepala lembu minggu lalu, tetapi mereka cuba halang kita untuk berhimpun secara aman sekadar menyalakan lilin," kata Palani yang mengulas kenyataan Musa itu.

Musa sebelum ini menyatakan perhimpunan menyalakan lilin itu adalah satu perhimpunan haram tanpa permit dan tindakan tegas akan diambil ke atas sesiapa sahaja yang mengambil bahagian.

“Siasatan berhubung insiden ini masih dalam siasatan polis dan pada pandangan pihak polis tidak ada keperluan untuk mana-mana pihak menganjurkan apa-apa aktiviti berbentuk perhimpunan mengenainya,” ujar beliau

Namun masyarakat Hindu merasakan tindakan polis yang melambat-lambatkan siasatan jelas menunjukkan mereka cuba untuk "mencari jalan" memberikan keringanan kepada ektremis tersebut. Sehingga kini tidak ada sebarang tangkapan dibuat. Tiada sebarang pendakwaan dibuat.

"Saya percaya mereka (polis) bersama Peguam Negara merancang sesuatu untuk menunjukkan mereka berkerja tetapi sebenarnya mencari jalan untuk membuat pendakwaan dan kemudian akan menyebabkan mahkamah menjatuhkan hukuman yang ringan," tambah Palani lagi.

Beberapa orang pemimpin pakatan rakyat turut menyelar kenyataan Musa itu dan ia menunjukkan polis masih tidak mengamalkan konsep keadilan dan kesaksamaan.

"Kalau Pakatan Rakyat terus sahaja dibelasah, dipukul dan ditangkap walaupun tidak lansung menyentuh isu perkauman seperti insiden Gobala dan Kishvinder Singh, tetapi kalau UMNO terlibat, sehelai bulku roma pun mereka tak sentuh," tegas seorang pemimpin Pakatan Rakyat.

"Kita akan pastikan Polis diajar secukupnya di Bagan Pinang nanti dengan kalahkan UMNO BN yang mereka asyik ampu sekarang ini," ujarnya lagi.

WAJAH-WAJAH CALON BN



Di atas adalah waja-wajah calon BARISAN NASIONAL yang bertanding di dalam 7 PRK dan tidak termasuk PRK BATANG AI.Untuk di semenanjung wajah-wajah inilah yang menjadi wakil kepada BN dan kesemuanya tewas.Untuk kali ini BN mungkin berhati-hati di dalam memilih calon untuk PRK BAGAN PINANG yang memprlihatkan satu lawan satu buat setakat ini,pengajaran daripada PK PERMATANG PASIR perlu di jadika n panduan untuk mengelak daripada trsilap memilih calon.Pecahan komposisi kaum di DUN BAGAN PINANG majoritinya melayu merupakan KUBU KUAT UMNO,tetapi ketika PRK itu semua di ketepikan hanya isu yang berjaya di ketengahkan adalah faktor kemenangan mana-mana parti yang bertanding.

Isu calon BN PERMATANG PASIR menjadi liabiliti kepada BN ketika itu dan BN telah bersifat defensif sehingga akhir menyebabkan BN tersembam untuk kali yang ke 6.Jika mengikut pecahan DUN di dalam PARLIMEN TELUK KEMANG terdapat 5 DUN,3 di kuasai PR dan 2 OLEH BN.Keadaan ini semestinya merisaukan UMNO memandangkan kemelut UMNO NEGERI SEMBILAN tak kurang hebatnya tentunya isu pemilihan calon bagi UMNO memeningkan.PR di wakili oleh PAS juga perlu memilih calon yang sesuai dan PRK MANIK URAI di jadikan pengalaman yang berguna...

Friday, September 4, 2009

JENTERA BERAT MULA BERGERAK KE BAGAN PINANG



kali ini gerombolan telah bersedia awal.
jentolak telah siap sedia untuk menjalankan
operasi membuat jamban tan.

kali ini gerombolan akan memastikan calon mereka
bukan sahaja loyar buruk tetapi seorang yang
terlibat dalam kes bunuh dan rasuah.
ini untuk memastikan kemenangan ditangan.

PRK BAGAN PINANG:PR(PAS) VS BN(UMNO)

TERKINI ADUN BN MENINGGAL


ADUN BAGAN PINANG(NEGERI SEMBILAN),AZMAN MOHD NOR MENINGGAL DUNIA AKIBAT SAKIT JANTUNG,KAWASAN TERSEBUT TERLETAK DI DALAM PARLIMEN TELUK KEMANG YANG DI MENANGI OLEH PKR DATO KAMARUL BAHARIN.

SERAH SIME DARBY KEPADA NEGARA CHINA


KUALA LUMPUR, Sept 4 — Malaysia is offering China a stake in its prized jewel — Sime Darby Berhad, the plantation-to-power conglomerate that is one of the world’s largest palm oil companies and also with extensive interests in the Middle Kingdom.

The unprecedented step was taken recently by the Najib administration and signals a move by the government to sell down its holdings in government-linked companies (GLCs) as well as strengthen strategic ties with certain countries by allowing them or their investment arms to hold equity in Malaysian blue-chip GLCs.

The Malaysian Insider has learnt from government sources that Najib Razak discussed the plan to offer up to 10 per cent of Sime Darby Berhad for sale to China at a recent Cabinet meeting.

TAKUT NANTI KAPAL SELAM TAPI TAK BOLEH TIMBUL-MAT SABU

DUA KAPAL,DUA CERITA


Thursday, September 3, 2009

BEKAS PEMANGKU KETUA CABANG PKR PDG SERAI SOKONG RADZI LETAK JAWATAN?


Pelik bin ajaib apabila kenyataan yang di siarkan oleh akhbar sinar harian hari ini mengatakan bahawa JAMARUDIN ABU HASSAN A.K.A. DIN KOMODO menyokong agar RADZI SALLEH meletakkan jawatan.Sebelum ini meeka berdua kelihatan seperti dua beradik tetapi kenyataan di dalam akhbar dah lain,ada yang tidak puas hati ka??Kenyataan di muka surat U15 itu menggambarkan DIN KOMODO menyokong tindakkan pengundi LUNAS mendesak wakil rakyat LUNAS meletalkkan jawatan.

Keadaan ini semestinya mengejutkan banyak pihak,kerana ia menjadi sebaliknya selepas RADZI mengumumkan menjadi ADUN BEBAS kira-kira 2 minggu yang lalu.Di dalam sejarah PARTI KEADILAN RAKYAT sudah ramai ahli bertindak keluar PARTI ketika PRK,tetapi tidakkan mereka itu kelihatan sia-sia,tiada sebarang impak ke atas PR .Di tambah pula PRK PERMATANG PASIR di menangi PR,seolah-olah tindakkan mereka kelihatan bodoh dan bangang.Marilah kita lihat apa akan jadi kepada mereka selepas ini.....

600 AHLI UBN SERTAI PR...

Seramai 600 anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) di Perak didakwa akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada satu majlis di Dewan Tow Boo Keong di sini Sabtu ini.

Bekas Anggota Parlimen Lumut daripada MCA, Datuk Dr Yap Yit Thong berkata 90 peratus daripada kelompok berkenaan merupakan anggota parti MCA, Umno, MIC dan Parti Progresif Penduduk (PPP) dan hanya 10 peratus adalah mereka yang belum pernah menyertai mana-mana parti sebelum ini.

"Kebanyakan mereka daripada MCA dari Ipoh Barat, Ipoh Timur, Batu Gajah, Gopeng, Tambun, Kampar, Taiping dan Lumut," katanya pada sidang media di pejabat PKR Perak di sini Khamis.

Beliau mendakwa lebih ramai anggota MCA di Perak akan menyertai PKR selepas mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti itu selesai yang akan diadakan tidak lama lagi.

"Ini adalah gelombang pertama...ramai lagi akan sertai PKR selepas EGM.

Kebanyakan mereka memegang jawatan di peringkat MCA bahagian dan meminta untuk mengundi dalam EGM terlebih dahulu sebelum menyertai PKR," katanya.

Ditanya sama ada tindakan menyertai PKR oleh anggota MCA berkenaan ada kaitan dengan kes pemecatan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek baru-baru ini, Tan yang juga bekas Naib Pengerusi MCA Bahagian Ipoh Timur berkata anggota parti berkenaan menyertai PKR disebabkan tertarik dengan idea 'sistem dua parti' dan bukannya disebabkan faktor pemecatan bekas Menteri Kesihatan itu.

Tan bersama bekas Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng dan bekas Senator, David Yeoh keluar MCA dan menyertai PKR Julai lepas.

BALASUNGKAWA

Sebentar tadi saya mendapat berita sedih apabila BEKAS KETUA CABANG PKR BALING iaitu ABG HALIM telah kembali ke RAHMATULLAH sebentar tadi,di fahamkan akibat daripada serangan angin ahmar.Takhziah di ucapkan kepada seluruh ahli keluarga allahyarham ABG HALIM.AL FATIHAH

BN GIAN RAI KEMENANGAN...


lihat bagaimana songsangnya nilai
yang dimiliki oleh anggota gerombolan ini. orang yang
bersalah tak datang mewakili rakyat dijulang
dan raikan seolah orang yang berjaya.
orang yang cuba memperbaiki masyarakat ditangkap dan dipenjara.
inilah budaya bodoh yang meresap dalam
pembudayaan sebahagian manusia melayu.

kemana nak sorokkan buntut mereka ini.
sudah lah berkerak banyak pulak bisul kah kah kah(tt)

PENDEDAHAN DALANG DEMONTRASI KEPALA LEMBU

Sekurang-kurangnya empat pemimpin Umno peringkat cawangan dan bahagian dikenalpasti mendalangi demonstrasi mengheret kepala lembu bagi membantah pemindahan sebuah kuil Hindu di Shah Alam, kata Ahli Parlimen kawasan itu Khalid Samad.

Khalid berkata penaja demostrasi itu ialah adik Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi Datuk Mohd Zain. Seorang lagi yang dikenalpasti ialah Ketua UMNO Cawangan Seksyen 18, yang dikenali dengan nama Abang Mat. Selain itu Ketua Pemuda UMNO Selayang dan ketua Umno Cawangan Seksyen 16 Shah Alam turut mendalangi demostrasi itu pada Jumaat lalu, kata Khalid.

Khalid mendedahkan pihak yang mendalangi tunjuk perasaan berbau perkauman itu sebagai menyahut cabaran Ahli Majlis Tertinggi Umno Noh Omar yang menafikan pembabitan ahli UMNO. Noh adalah juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor dan dilaporan merestui tunjuk perasaan yang boleh membakar sentimen kaum Melayu.

Khalid berkata demikian setelah mengadakan perjumpaan dengan Ketua Polis Shah Alam Penolong Pesuruhjaya Polis Noor Azam Jamaludin untuk membincangkan tindakan susulan polis terhadap tunjuk perasaan itu.

Setakat ini polis belum membuat sebarang tangkapan walaupun anggota polis hadir semasa konco-konco UMNO mengheret, memijak dan meludah kepala lembu di depan pintu masuk Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri. Khalid memberitahu pmberita bahawa polis memaklumkan bahawa pihaknya telah selesai menjalankan siasatan dan kini menunggu arahan Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Lembu adalah binatang suci dalam agama Hindu. Demostrasi yang didalangi pemimpin UMNO itu bertujuan menghasut orang Melayu membantah pemindahan kuil berkenaan dan sekali gus membenci kaum India.