SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH

Sunday, May 30, 2010

Jangan sekadar bergantung pada sentimen anti-Umno

PKR tidak boleh sekadar bergantung kepada sentimen anti-Umno semata-mata untuk mengekalkan kemenangan yang diraih Pakatan Rakyat pada Mac 2008, apatah lagi untuk menguasai Putrajaya, kata seorang perwakilan di kongres PKR hari ini.

Dalam ucapan penggulungannya, timbalan presiden Lee Boon Chye berkata Pakatan sebaliknya perlu mengemukakan dasar-dasar yang lebih 'superior' daripada BN bagi memenangi hati rakyat.

"Untuk terus maju, menawan Putrajaya, saya rasa kita kena ada aspek baru.. Dasar adil bagi membela rakyat dan memacu ekonomi," katanya.

Tambahnya, pemimpin parti yang memegang jawatan dalam kerajaan negeri juga perlu menunjukkan urus tadbir yang baik.

"Saya rayu, kita kena pegang kepada urus tadbir yang baik. Ini faktor yang memisahkan kita dengan Umno dan BN. Kalau hilang faktor ini, kita akan hilang sokongan," katanya lagi.

Lee yang juga ahli parlimen Gopeng berkata, golongan yang bekerja keras dalam parti juga perlu diberi penghargaan walaupun tidak mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi.

Bagaimanapun, parti itu juga perlu menyisihkan golongan pemimpin parti yang sekadar bermuka-muka di hadapan pemimpin tertinggi.

"Ada pimpinan negeri ada budaya tunjuk muka, 'face presentation'. Bila pimpinan tertinggi, ketua umum datang, dia muncul. Apabila ketua umum tak ada, dia tidur.

"Inilah budaya yang kita boleh saksikan sendiri, mereka yang letih tidak sanggup terus berjuang, biar orang yang lebih bertenaga ambil alih.

"Mereka yang muda harus cabar mereka supaya ada lapisan yang kuat," katanya lagi.

No comments: