SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Thursday, May 6, 2010

SULTAN DAN MASJID

Seorang pakar undang-undang yang dikenali di negara ini Abdul Aziz Bari memberikan ulasan tentang motivasi di sebalik hidupnya semula peranan Raja Melayu sebagai ketua agama Islam, peranan yang sudah sekian lama tidak dipraktikkan tetapi secara tiba-tiba muncul dalam suasana yang menimbulkan pelbagai persoalan.

Beliau menekankan bahawa walaupun secara dasarnya Sultan adalah ketua agama tetapi fungsi dan kuasa istimewa ini mestilah digunakan selaras dengan hukum-hukum Islam dan mestilah bebas daripada pengaruh kerajaan hari ini.

Beliau menerangkan, “Inilah caranya bagaimana peranan diraja, yang dibiarkan tanpa penguatkuasaan oleh perlembagaan, harus difahami. Ianya bukan hanya terletak atas kemahuan dan kehendak diraja sahaja.”

Di dalam temuramah eksklusif bersama Malaysiakini, Professor Undang-Undang dari UIA itu mempersoalkan tentang karakter peribadi dan ilmu agama yang dimiliki oleh pihak diraja yang mempunyai banyak kekurangan walaupun mereka berperanan sebagai ketua agama.

Abdul Aziz berkata, “Perkara ini sudah terlalu jelas dan telah pun menjadi pengetahuan umum.”

Walaupun begitu, apa yang lebih menjadi persoalan adalah, “Kenapa pihak diraja tiba-tiba menjadi sungguh agresif dalam hal ini?”

Persoalan sekitar keneutralan Sultan

“Di manakah Sultan Selangor ketika Khir Toyo mengeluarkan arahan yang menghalang tazkirah daripada diadakan di masjid-masjid dalam bulan Ramadan? Apakah yang dilakukan oleh Sultan ketika Khir Toyo merobohkan satu masjid di Bangi dan mengunci pula satu masjid lain di Batu Tiga beberapa tahun lepas?” dia bertanya.

Abdul Aziz juga menimbulkan semula tentang satu insiden dimana secara tiba-tiba Agong menolak cadangan untuk meletakkan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai pengerusi zakat di sana.

Dia bertanya, “Sebagai ketua Agama Islam di Melaka, Sabah dan Sarawak, mengapakah Agong tidak melakukan perkara yang sama di sana? Adakah ini bermakna bahawa ketiga-tiga negeri tersebut adalah lebih baik daripada Pulau Pinang?”

Beliau mengatakan bahawa ada beberapa insiden lain yang melibatkan Sultan dan agama yang juga terjadi di Pahang dan Perak.

Professor Undang-Undang itu menambah bahawa ,“Ada beberapa perkara yang Raja Muda Perak Raja Nazrin – yang telah mengeluarkan satu peringatan dua minggu lepas mengenai kuasa penuh pemerintah Diraja ke atas urusan agama - perlu ambil perhatian.”

Abdul Aziz kemudiannya mengatakan bahawa menurut pengamatannya, insiden-insiden ’selektif’ yang menampakkan pihak diraja mara ke hadapan bertindak sebagai pejuang agama kelihatan seperti ada hubungan dengan isu-isu yang melibatkan negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.

“Titah-titah diraja ini kelihatan seperti digerakkan oleh golongan yang rapat dengan UMNO terutamanya dalam isu-isu yang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang,” Abdul Aziz menyatakan pengamatannya.

Walaubagaimanapun, sama ada ianya berlaku di Perak, Selangor, Pulau Pinang atau Perlis, pakar undang-undang itu berpendapat bahawa segala yang berlaku menyebelahi UMNO. Beliau juga menambah, “Pemerintah-pemerintah diraja kelihatan seperti mengatur arah hidup mereka selari bersama UMNO.”

“Ke manakah perginya kenyataan yang di buat oleh Raja Nazrin dan ayahandanya yang menegaskan bahawa kedudukan pemerintah diraja berada lebih tinggi daripada politik kepartian?” beliau bertanya.

Beliau menambah, “Hal ini menjadi lebih ketara di Pahang di mana Sultan dengan jelasnya menyatakan, Sokonglah BN!”

Sebagaimana yang pernah dilaporkan oleh Bernama pada tahun lepas, Sultan Pahang menggesa rakyat supaya terus menyokong BN untuk memastikan pembangunan akan berterusan di negeri itu.

“Apa yang mereka sedang lakukan adalah bertentangan dengan konsep raja berperlembagaan dan sistem berparlimen. Tanpa ragu-ragu lagi, pemerintah-pemerintah diraja itu sedang menekan butang pemusnah diri mereka sendiri.”

“Seperti yang berlaku pada tahun 1992 ketika kecuaian fatal Sultan Johor akhirnya menyebabkan hak-hak istimewa diraja ditarik balik oleh Parlimen,” Abdul Aziz berkata lagi.

Bukan hasutan

Walaupun beliau faham bahawa parti melayu itu akan menidakkan dan mempersoalkan apa jua usaha untuk menilai perkara ini, beliau berkata, “Secara prinsipalnya, dalam undang-undang, perkhidmatan awam dan kuasa awam adalah tertakluk kepada pemerhatian awam.”

“Penggunaan kuasa mereka mestilah telus,” kata Abdul Aziz. Beliau juga menambah bahawa setakat ini, fungsi pemerintah diraja sebagai ketua agama masih lagi tidak kelihatan.

Oleh kerana itu, beliau percaya bahawa isu ini mestilah diamati dan difahami oleh masyarakat umum.

“Tdak ada unsur hasutan dalam hal ini, perkara ini melibatkan orang-orang Islam yang merupakan majoriti di negara ini.

Mereka ada hak untuk tahu. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menjelaskan isu-isu ini kepada mereka dengan menghubungkannya kepada peraturan dan peranan yang termaktub dalam perlembagaan,

Beliau mengakhiri bicaranya dengan berkata, “Kerana secara dasarnya, negara kita adalah negara raja berperlembagaan.”

Sumber: Malaysiakini

No comments: