SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Thursday, May 6, 2010

WOI PEMUDA UMNO..ADA BERANI KA?

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUALA KEDAH
Pejabat PAS Kawasan Kuala Kedah,
Kampung Kuala Sungai, Mukim Kubang Rotan
06250 Alor Setar, Kedah Darul Aman


KENYATAAN AKHBAR
20 Jamadilawal 1431
04 Mei 2010


Kepada:

Semua Ketua Biro Media Cetak & Eletronik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUALA KEDAH CABAR PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN KUALA KEDAH BERDEBAT ATAS ISU PENGHINAAN TERHADAP KDYMM TUANKU SULTAN KEDAH.

Saya, Mohamad Helmi Bin Mohamad Khalid selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Kedah dengan rendah diri ingin menyatakan bahawa pihak saya ingin menghentikan segera segala tuduhan, tohmahan, fitnah yang amat sangat berhubung isu yang diputarbelitkan oleh pihak Umno berkenaan soalan lisan oleh YB Mohd. Nasir Mustafa (Kubang Rotan) dalam persidangan Dewan Undangan Negeri yang berlangsung pada 26 April lalu.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Kedah juga melihat, Umno telah memanipulasikan isu ini sekaligus telah menimbulkan suasana kurang senang dan kekeliruan di kalangan rakyat.

Maka untuk memberikan satu gambaran tepat kepada rakyat berhubung isu ini, dengan tegas, saya selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Kedah, dengan ini mencabar Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kuala Kedah untuk berdebat secara terbuka berkaitan isu ini.

Saya menyerahkan kepada budi bicara Pemuda Umno Bahagian Kuala Kedah bagi menetapkan tarikh, masa dan tempat untuk melangsungkan debat terbuka ini demi memberikan satu jawapan tepat setelah isu ini diputarbelitkan oleh pimpinan Umno.

Sekian, terima kasih.



Yang benar,



(MOHAMAD HELMI BIN MOHAMAD KHALID)
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Kedah

No comments: