SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Wednesday, May 12, 2010

JIKA INI BENAR............

Dalam kehangatan PRK P212 Sibu kita jangan lupa isu2 terpenting di sebelah Semenanjung seperti Kes Konspirasi Liwat 2 yang dihadapi DSAI di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan juga keadaan panas yang melanda Negeri Kedah Darul Aman. Saya xmahu mengulas kes DSAI kerana kesnya sedang berlangsung. Hanya doa dan harapan dari saya buat beliau yang sedang bergelut dengan perbicaraan dalam kes tersebut agar tabah menghadapinya.. Apakan daya warga marhaen seperti saya dapat mengikuti kes tersebut secara langsung dengan kegawatan ekonami yang ada. Begitu juga ralatnya dihati saya kerana tidak dapat membantu jentera PR di Sibu.Maklumlah jika ke Sibu memerlukan perbelanjaan yang agak besar jika mahu kesana.

Semua maklum segala perbelanjaan dan keperluan tidak dikeluarkan oleh PR yang sememangnya tidak berduit untuk membayar kos2 tersebut. Kalau di Senenanjung boleh juga naik bas ekspres atau bas lompat juga berkongsi kereta tapi untuk ke Sibu kita terpaksa menaiki belon(kapalterbang) yang tambangnya menelan belanja hampir RM500 kelas paling ekonomi pergi dan balik. Tak termasuk kos pergi dan balik dari airport itu sendiri. Tak tertanggung rasanya bhai......cuma harapan pada jentera yang ada disana agar berkerja dan berkempen bersungguh sungguh dan berharap perjuangan setiap ahli PR akan mendapat balasan yang setimpal dengannya bila kemenangan yang dicapai...Insyaallah.


Berbalik dengan kes di Kedah dan mengimbau kembali tulisan saya yang terdahulu "Kedah Negeri Ku..Hikayat Sang Katak" adakah mimpi saya iru akan menjadi kenyataan.Saya dah xmahu mengulas panjang lagi. Mungkin ada pembaca yang beranggapan saya hanya berilusi dan membuat cerita dongengan serta berfantasi dengan hayalan sendiri. Manakan mungkin pokok bergoyang jika angin tidak bertiup dan dahan dan ranting turut bergoncang jika tida kera yang menggoyang. Kita jangan ambik remeh temeh dengan kenyataan Pemimpin Umngok buat baru2 di akhbar arus perdana dan dikolem media internet. Kenyataan mereka buat berasas dengan situasi yang ada sekarang. Cukup kritikal di Kedah sekarang ini. Sebenarnya cerita karangan mimpi yang saya tulis adalah dari maklumat sebenar yang saya dapat dan terima. Cuma saya ceritakan dalam bentuk mimpi untuk dibaca dan dinilai oleh pembaca..

Jangan lah menganggap cerita ini karut dan tidak berasas. Banyak juga laman2 blog yang menyiarkan cerita yang serupa dan memberi amaran kepada MB Kedah agar membubarkan DUN Kedah.Antaranya From Perak with Love dan Perakkume. Namun dianggap cerita2 ini adalah karut semata mata. Saya juga akan membuat PERINGATAN TERAKHIR untuk Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah agar membuat sesuatu dan mengambil serius perkara ini kerana saya dah Xmahu menulis lagi selepas ini berkaitan cerita lompat melompat ini. Saya akan tumpukan kepada kerja saya selepas ini. Dah malas dah.Bagi saya siapa yang memerintah sama sahaja. Saya tetap kais pagi makan pagi kais petang untuk makan malam. Saya tetap warga marhaen.Saya bukan ahli Politik tetapi hanyalah seorang reformis Jalanan. Cuma saya nakkan yang terbaik untuk generasi akan datang. Pemerntahan yang berbuat baik dan merancang yang terbaik untuk rakyat,mengurangkan beban rakyat dan sensitif terhadap segala keperluan rakyat. Semua ini hanya ada pada pemimpin Pakatan Rakyat..

Angin dan war2 ini bertiup kencang dimana perubahan dijangka selepas PRK Sibu ni.Hanya menunggu persetujuan seorang adun dari Utara Kedah sahaja. 2 yang lain khabarnya telah bersetuju. Itu pun menunggu menang atau kalahnya partinya bertanding. Kalau kalah maknanya lompatannya menjadi. Berudu hanya menunggu masa untuk menjadi katak sebenar untuk melompat. Alasannya senang aje. Xsetuju dan Xsefahaman dengan MB dan pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah .Kalau di Perak hal ini dah boleh disahkan pengambilan secara HARAM maka apalah yang salah jika mengambil Kedah dengan cara yang sama. Terpuilanglah kepada kepimpinan Kerajaan PR Kedah untuk mengambil suatu tindakan dari penulisan omongan yang saya buat ini. Jangan terantuk baru nak terngadah....sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna. Jangan nasi menjadi bubur. Ingatlah pada rakyat yang memilih dan memberi mandat kepada kamu. Berbuatlah sesuatu untuk mempertahankan mandat rakyat. Katak2 ni dah tak boleh fikir semua tu lagi kerana telah dikelabukan biji mata. Mereka ini perlu diajar pada PRU yang ke13 ini. Itu pun kalau rakyat masih menaruh harapan kepada PR lagi. Ingatlah Gerombolan di Kedah dan di Malaysia ibarat Harimau yang terluka dan akan mengganas dan membaham apa yang ada didepan matanya demi untuk mempertahankan kuasa.. Walau pun jangka hayat mereka tidak lama. Maksudnya rakyat memang menolak gerombolan UBN tapi demi kuasa mereka akan membuat apa sahaja untuk mempertahankan kuasa mereka kerana mereka masih menguasai segala instrumen kerajaan yang ada.Kalau kita ke Putra Jaya dan lihat lah akan apa yang ada sambil berfikir apakah Pimpinan gerombolan UBN akan melepaskan Putra Jaya ini........Tepuk dada tanya lah selera!!!!!.....Kepada Pimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah "FIKIR2KAN LAH....." - kedahlanie

WALLAHHUALAM

No comments: