SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Saturday, February 12, 2011

HORMATILAH PARTI SAHABAT DI PADANG SERAI

PARLIMEN PADANG SERAI baru sahaja kehilangan AHLI PARLIMEN mewakili PKR,kini AHLI PARLIMEN PADANG SERAI menjelma menjadi MP BEBAS.Ini yang di katakan saki baki kumpulan MANTAN KETUA BAHAGIAN PKR PADANG SERAI.GOBALA keluar meninggalkan PKR sememanmgnya sudah di duga dan bukannya perlu di tangisi mahupun di ratapi.

Apa yang berlaku hari ini di PADANG SERAI adalah sikap PARTI SAHABAT seakan-akan suka melihat PKR rapuh dan runtuh,laba yang mereka impikan adalah KERUSI PARLIMEN PADANG SERAI dan DUN LUNAS.Di saat dan ketika ini mereka ini sedikit pun tidak menghulurkan bantuan untuk memulihkan imej PR di PADANG SERAI,yang menyedihkan hanya menunggu bilakan KERUSI PARLIMEN PADANG SERAI dan DUN LUNAS akan di tandingi selain daripada PKR.Bukannya mereka hendak memulihkan keadaan tetapi mengeruhkan lagi keadaan yang sememangnya kusut.Walaupun kita mengetahui bukan mudah untk menentukan parti mana yang bertanding di sesuatu kawasan namun ini memperlihatkan ketamakkan parti sahabat yang jelas.Digunakan pula AKHBAR untuk mendedahkan HASRAT terpendam mereka.Jika di fikirkan balik lucu pun ada,kerana ketika kawan sepakatan sedang bermasalah,kawan yang lain hendak tunggu untuk merampas tempat untuk bertanding,adakah ini yang di namakan permuafakatan?

Cubalah berpijak di bumi yang nyata dan melihat komposisi kaum di dalam sesuatu kawasan apabila ingin meminta kerusi.Jangan menjadi jaguh di kala kawan-kawan lain sengsara,adalah lebih baik kita mencari jalan penyelsaian untuk memulihkan imej parti itu sendiri.Biarlah pimpinan atau MAJLIS PRESIDEN menentukan.Kita di peringkat pertengahan cuba menggerkkan kerja untuk mempertahankan kerajaan PAS KEDAH pada pru 13 akan datang.Jangan terlalu tunjuka hasrat hati sehinggakan ada sahabat akan terasa menyebabkan tindakkan yang kurang bijak berlaku.Masih ada ruang dan peluang untuk berbincg demi kepentingan bersama.

Kepada pihak yang berkenan KERUSI PARLIMEN PADANG SERAI dan DUN LUNAS,hormatilah sahabat-sahabat di sekeliling anda,kerana mereka juga berpolitik dan bercita-cita.

2 comments:

EL kepiah said...

Saya memang menyokong penuh tulisan penulis.Memang dalam suasana kita ditekan oleh musuh politik semangat setiakawan amatlah diharapkan.
Memanglah diakui parti disebelah sana memang kuat di Pdg Serai,tapi demi semangat setia kawan janganlah hak dan kuata yg diberikan kepada kami nak dirampas.
Walaupun kami tak begitu kuat di Pdg serai tapi pihak sebelah sana perlu ingat bahawa org cina tak akan sokong Pas kalau kami tiada.
Begitu juga dengan orang india.Akhir kata saya minta supaya jangan main isyu yg sensitif ketika dekat pilihan raya kerana ia akan melemahkan kita.Sebagai peringatan saya nak bagi tau Pas supaya jangan usik kerusi kami kalau tak mau lihat kami baikot calun pas nanti.

Anonymous said...

EL kepiah, tok sahla masuk bakul angkat sendiri...