SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Saturday, July 4, 2009

KJ HILANG JAWATAN???


Razali Ibrahim tidak sabar-sabar lagi untuk memangku jawatan Ketua Pemuda Umno? Tak kan belasah Khairy dalam senyap kot




Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno yang amat agresif dan mempunyai potensi kepimpinan tinggi, akan di bunuh kerjaya politiknya. Anak muda yang pintar ini tidak dibenarkan berkembang di bawah kepimpinan Najib kerana Rosmah dikatakan tidak menyukai beliau. Umno akan terus berpecah tapi malang buat Khairy Jamaluddin, rakan-rakan rapatnya sebelum ini adalah musuh beliau sekarang. www.selamatkanumno.blogspot.com telah dimaklumkan sehingga dalam Pemuda sendiri sudah ada kem-kem yang menunggu sahaja agar Khairy jatuh dengan tuduhan penggunaan politik wang. Khairy sendiri dikatakan mahu berundur dari jawatan tersebut tetapi pengunduran nya pasti akan memberi kesan buruk pada Umno.

Norza Zakaria masih dengan Khairy ke? Semangat setia kawan masih kekal pada Khairy.



Ramai sekarang yang sudah naik tocang dengan mengutuk dan menghina Khairy Jamaluddin. Ramai yang sebelum ini bersekongkol dengan Khairy Jamaluddin kini mengutuk, mengkritik dan menghentam Umno. Kita tengok rakan-rakan tingkat empat, kita tengok Reezal Merican, kita tengok Norza Zakaria, kita tengok Datuk Wan Ahmad Farid, mana mereka semua kini, adakah mereka bersama-sama Kj atau kini hanya bermuka-muka. Mereka hari ini membelasah KJjdalam kem Najib dengan harapan Najib akan menerima mereka semula. KJ akan menjadi mangsa politik seterusnya dan ini pasti memburukkan lagi Umno.


Dalam Pemuda juga, Datuk Razali Ibrahim sudah mula dikatakan akan memangku Ketua Pemuda Umno. Razali dikatakan akan memangku jawatan Ketua Pemuda dalam keadaan KJ akan terus di tekan hebat. Sejarah memangku Ketua Pemuda akan berulang lagi sungguhpun adalah lebih baik Razali bersabar dari tergopoh gapah mahu memangku jawatan tersebut.


Pak Lah, bapa mertua Kj juga tidak akan dapat menyelamatkan Kj. Kedudukan semakin tenat dan Umno semakin sakit. Ingat KJ adalah aset dalam Pemuda tetapi kenapa rakan lain hari ini sanggup mengatakan beliau liabiliti. Dulu bukan main sokong lagi dan hari ini, semakin jauh perginya. Bagi rakan-rakan yang dahulunya bersama-sama Khairy Jamaluddin, hari ini duduk bersama Khairy sudah cukup untuk dikatakan merosakkan kerjaya politik. Semua hari ini berlumba-lumba untuk mencari ruangan dengan Najib. Semua dikatakan sanggup melakukan apa sahaja termasuk menghentam Khairy Jamaluddin. Mungkin hari ini Khairy akan sedar bahawa jalan beliau semakin tertutup dan kedudukan beliau semakin diancam. Ketua Pemuda Umno itu akan menyaksikan rakan-rakan beliau menghentam beliau. Bagi kem Najib pula – kalau mereka boleh belasah Khairy sedangkan dahulu memang rapat, awas sekiranya mereka diberi tempat. Mereka tidak jujur dan mereka hanya mahu memastikan kedudukan mereka sahaja

SELAMATKANUMNO

No comments: