SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Wednesday, September 16, 2009

BANNER UNTUK YB RADZI DI TEMUI


3 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum...

Salam dan Selawat buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW... semoga
kita semua sentiasa beroleh hidayah dan kemuliaan.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri...moga-moga tahun ini kita dibukakan
hati dan sentiasa berada dilandasan yang benar.

Merujuk kepada artikel "Merak Buih"
http://www.marhaen.info/v2/mar_a_merak_buih07.html yang bertarikh
12.09.2009, jelas sekali lagi satu episod malang sedang dan telah
dijelmakan.

Sisipan saya buat Merak Buih :-

a) Jangan melihat perjuangan dengan hanya gah berada dibarisan kepimpinan...

b) Jangan jadi gah dengan hanya memegang jawatan di AMK dan
Perhubungan Negeri Kedah....

Mengapa dan kenapa diungkitkan nama-nama besar yang pernah
bersama-sama dengan PKN Padang Serai suatu ketika dahulu, adakah
jasa-jasa mereka perlu dilupakan sekelip mata apabila mereka berehat
seketika ? ataupun adakah apabila mereka-mereka tidak bersama dengan
dasar baru PKR... maka mereka perlu dipulau dihambat dan dihina
seperti anjing ??... mereka-mereka dahulu adalah orang-orang yang
setia pada PKN !!! mereka-mereka itu adalah pejuang !!!

Unknown said...

Berapa kalikah blogger seperti Coklat Angin dan blogger Hidup dan
harapan ditangkap pada zaman reformasi ?... berapa lamakah mereka
ditahan dibawah ISA ??

Janganlah apabila peluang terhidang untuk berada disaf hadapan... maka
orang-orang lama dikutuk dan dihenyak... jangan lah dihina Tn. Hj.
Halim... jangan juga dilupakan kepada Sdr. Azizan... mereka dahulu
berada dihadapan.... takkanlah kerana Ketua Penerangan ditukar kepada
Sdr. Azizan... maka dendam mula berbara ???.....


Pada PRU 2004 bilamana Sdr Saifudin dan Sdr Thian Chua bertanding di
Parlimen Padang Serai dan DUN Lunas, Sdr. Nik Hafiz dan Sdr. Suhaimi
adalah merupakan penggerak di Jalan Paya Besar !!... mereka
mengeluarkan belanja dari poket mereka sendiri !!.... Saya sanggup
cabar jika mana-mana bilik gerakan ataupun Pondok Panas dibawah PKN
Padang Serai mampu menandingi persiapan yang dilakukan oleh
meraka...tiada seorang pun dari PKN Padang Serai yang berkunjung
kebilik gerakan dan pondok panas tersebut... YB Saifufudin Nasutian
hanya muncul sekali dihari mengundi... itulah muka calon YB yang kami
pilih dapat dilihat sepanjang tempoh PRU11 di kawasan Jalan Paya
Besar...

Unknown said...

Dimana Sdr. Nik Hafiz dan Sdr. Suhaimi mendapat bekalan bahan
kempen.... sorry !!!... mereka tidak mendapat dari Bahagian Padang
Serai... tetapi Sdr. Nik Hafiz memohon bantuan dari arwah bondanya
yang berada di Kota Bharu untuk mendapat sedikit bekalan dari Calon
PKR Parlimen Kota Bharu iaitu Nik Mahmud (PRU11).

Selepas PRU11 kekalahan ditangan PKN... namun usaha2 untuk mewujudkan
cawangan diteruskan... seramai 200 ahli baru berjaya dikutip, namun
kerenah PKN Padang Serai pada ketika itu... tidak memungkinkan akan
kewujudan cawangan Paya Besar...

Jangan dipertikaikan dimana mereka-mereka yang diatas... kerana mereka
tidak pernah cuba dan berusaha mendapatkan jawatan diperingkat
Bahagian .. apatah lagi ke peringkat negeri... mereka-mereka tersebut
adalah penyokong tegar dan bermaruah !!!

Pada PRU12.. mereka masih bersama walaupun tidak berjawatan didalam
parti ..dan mereka dari Paya Besar telah berusaha keras untuk
memastikan kejayaan Calon-calon PKR beroleh kemenangan baik untuk YB.
Gobalakhrisnan maupun YB Radzhi Salleh.

Ekoran dari kemenangan YB Gobalakhrisnan dan YB Radzhi dari PKR, maka
bersambung kembali krisis yang terdahulu bilamana terdapatnya
sekumpulan penjawat jawatan di dalam PKR Padang Serai yang
disingkirkan oleh Mantan Ketua Bahagian Cikgu Hamid Bin Othman dan
berlakunya serangan demi serangan dan yang anehnya mereka-mereka yang
disingkirkan dari PKR Padang Serai mendapat tempat di Perhubungan
Negeri Kedah.

Pelbagai kerenah dan tekanan diberikan kepada PKR Padang Serai,
sehinggalah hak memilih Ahli Majlis yang disokong oleh Ahli
Jawatankuasa PKR Padang Serai telah ditolak. Maka dimanakah hak-hak
keistimewaan yang patut diberikan kepada Ahli-ahli PKR Padang Serai
!!!

Mantan Setiausaha iaitu Sdr. Nik Hafiz sendiri pernah berbicara dengan
Cikgu Shamsul di Pejabat PKR Kedah untuk mengembalikan kegemilangan
dan keutuhan PKR Padang Serai dan menawarkan suatu pakej yang mudah
iaitu situasi menang dan menang (win win situation) dan disaksikan
sendiri oleh Sdr. Saari Fadzil.... akhirnya berkesudahan dengan Cikgu
Shamsul menolak tawaran tersebut !!!

Rentetan demi rentetan yang dijelmakan .. akhirnya membawa kepada
peristiwa penggantungan PKR Padang Serai dengan perlbagai dolak dalik
yang menyatakan arahan dari PKR Pusat..anehnya, PKR Negeri Kedah tidak
berusaha menjernihkan suasana yang permulaannya ditimbulkan di PKR
Negeri Kedah.

Merak Buih... seeloknya perjelaskan secara berfakta tentang apa yang
sebenarnya perancangan dan apa yang sebenarnya berlaku !! Kalau tidak
mampu lakukan di sini... elok juga blog Hidup dan Harapan menjadi
wadah kearah kebenaran !!

Jangan perkecilkan apa yang pernah diusahakan oleh Sdr. Suhaimi dan
Sdr. Nik Hafiz, walaupun nama mereka tidak cukup gah dan dipandang
besar di peringkat Bahagian, Negeri ataupun Pusat... namun mereka
sebenarnya sentiasa berusaha dan bersemangat untuk mewajarkan PKR
sentiasa dihadapan !!

Akhir bicara penutup kata... berkata benar walaupun pahit, berdolak
dalik dan berdusta itu sahabat kepada syaitan !!!


Wassalam