Mesyuarat khas PAS yang telah diadakan semalam telah mengambil 3 keputusan yang dikatakan dibuat secara sebulat suara.
Pertama:
PAS akan tetap komited bersama Pakatan Rakyat dan akan memainkan peranan lebih aktif dalam usaha untuk memantap dan memperkukuh Pakatan Rakyat
Kedua:
Jawatankuasa disiplin parti yang diketuai oleh Tuan Ibrahim Tuan Man akan menyiasat PAS Selangor atas semua tuduhan-tuduhan yang membabitkan permasalan PAS dalam Pakatan Rakyat Selangor.
Ketiga:
Satu seminar politik akan diadakan bagi menggantikan EGM seperti yang disarankan oleh TG Nik Aziz. Ia akan disertai oleh semua perwakilan dari seluruh negara yang dijangka akan diadakan pada 7 November depan. Ia bertujuan bagi mengeratkan hubungan ahli sesama pemimpin PAS serta mendidik semua ahli ke arah memperkukuh Pakatan Rakyat.
Daripada 3 resolusi yang telah dicapai, hari ini aku nak sentuh tentang resolusi yang kedua. Mengapa?? Sebab kebanyakan masalah yang timbul ialah masalah yang berpunca daripada tindak tanduk PAS Selangor yang diketuai oleh PJnya iaitu Hassan Ali.
Persoalannya adalah mengapa baru sekarang keputusan diambil untuk menyiasat semua dakwaan serta pertuduhan ke atas PAS Selangor khususnya Hassan Ali. Yalah… setelah TG Nik Aziz bersuara baru nak bertindak? Apakah pucuk pimpinan PAS tidak peka akan luahan hati akar umbi serta keluhan rakan-rakan mereka dalam Pakatan Rakyat terhadap tindak tanduk PJ PAS Selangor.
Terang lagi bersuluh, apa yang dilakukan oleh Hassan Ali bertentangan dengan semangat setiakawan Pakatan Rakyat. Tak payahlah diterangkan satu persatu, apa tindak tanduk sumbang yang Hassan Ali dah buat. Bak kata TG Hj Hadi, bacalah sendiri akhbar. Semuanya ada terpampang di dalam akhbar.
Aha… tau pun yang Satu Malaysia dah tahu masalah yang ditimbulkan Hassan Ali. Jadi mengapa tindakan tidak diambil dari dulu lagi? Bukankah Jawatankuasa Disiplin PAS ini sudah lama wujud. Kenapa setelah dijolok secara kuat oleh TG Nik Aziz baru nak bertindak?
Ini menunjukkan pucuk pimpinan PAS tidak pandai mengurus masalah sehingga masalah tersebut telah memberi kesan dan persepsi negatif pada imej PAS dan prestasi Pakatan Rakyat terjejas teruk. Rakyat terutama pengikut dan penyokong PAS mempunyai persepsi bahawa apa yang Hassan Ali buat, mendapat restu daripada pucuk pimpinan PAS Pusat. Kata orang Melayu… diam itu tanda setuju.
Umum…, khasnya yang non-muslim, melihat semua ini dengan perasaan jelek dan mula rasa curiga terhadap keikhlasan PAS yang mendokong slogan PAS For All. Apakah PAS masih istiqamah dengan semangat setiakawan dan kerjasama untuk berjuang bersama-sama Pakatan Rakyat bagi menumbangkan regim UBN. Atau…, itu hanya tinggal omong-omong kosong?
PAS Selangor telah menyusahkan kerajaan Pakatan Rakyat, yang dianggotainya, di negeri sendiri dan PAS Pusat pula, dilihat tidak pandai mengurus dan menangani masalah, hasil kerja tangan orang mereka. Itulah ironiknya, bagaimana PJ PAS Selangor yang menjadi sebahagian daripada kerajaan Pakatan Rakyat boleh bertindak menikam rakan sendiri.
Apakah dia cuba menunjukkan imej yang kononnya dia islamik sangat atau cuba hendak menengak dan mempertahankan Islam? Bukan tak boleh, tapi tunggulah dulu tumingnya agar tepat. Buatlah dengan cara yang lebih berhemah. Di sinilah, Hassan Ali yang ada PHD, kelihatan bodoh dalam membuat tindakan. Dia mengaku dirinya sebagai pakar motivasi tetapi pakar motivasi yang tak tahu strategi. Kalaulah skil motivasinya dan strategi ini berjalan seiring…. alangkah cantiknya.
Sepatutnya, dia menyerlahkan kesederhaan dalam Islam, tetapi malangnya, dia bertindak sebaliknya. Tindak tanduknya telah menimbulkan rasa ngeri non-musim terhadap Islam. Apakah kita mahu PAS dilihat sebagai parti Islam yang ekstrim? Dan… itulah yang telah berjaya dilakukan oleh PJ PAS Selangor, Hassan Ali.
Kesannya, PAS dan Pakatan Rakyat telah menerima tamparan hebat apabila golongan non-muslim yang dulunya berdoyon-doyon menyokong kita, kini mula menjauhkan diri. Apakah mereka merajuk, sudah jelak dan serik dengan sikap hipokrit pemimpin PAS khususnya di Selangor.
Mereka rasa diperdaya…. mereka rasa dipergunakan!!! Mereka hanya diperlukan ketika para pemimpin ini, mahu merebut kuasa. Selepas PAS mendapat kuasa, para pemimpinnya mula besar kepala dan tunjuk belang serta tunjuk kuasa. Mereka mula tamak kuasa sehingga sanggup mengkhianati rakyat yang menaikkan mereka ke puncak kuasa. Malah, mereka juga sanggup mengkhianati janji serta kerjasama yang telah bentuk hasil persetujuan bersama.
Inilah bukti yang Hassan Ali gagal sebagai seorang pemimpin yang tidak bijak berpolitik terutama dalam mengharungi politik yang bermasyarakat plural. Oleh itu, jangan haraplah untuk meraih kemenangan sekira masih dipilih sebagai calon pada PRU 13 nanti. Tak sudi dan tak sior rakyat bukan-Melayu… non-muslim nak mengundi kamu!!
Setelah serangan demi serangan dibuat oleh Hassan Ali, imej kerajaan Pakatan Rakyat Selangor seolah-olah telah dicederakan. Apabila sudah cedera, maka mudahlah bagi UBN untuk mensasarkan topedo mereka untuk menyerang kita. Dan itulah yang berlaku sekarang. Apa yang dilakukan oleh Hassan Ali adalah serius. Lantaran itu, tindakan tegas perlu diambil ke atasnya. Tapi, apa yang PAS Pusat dan JK Disiplin buat??
Sepatutnya, Jawatankuasa Disiplin PAS, awal-awal lagi mengambil tindakan terhadap Hassan Ali tetapi ia gagal memainkan peranannya. Macam pahat dengan penukul. Dah kena katuk, baru lah nak bertindak. Tak proaktif lansung!!
Sekarang, kita tunggu dan lihat, apakah tindakan yang akan diambil ke atas PAS Selangor dan orang yang bertanggungjawab mencetuskan kontroversi-kontroversi tersebut?? Sekiranya masalah ini tak ditangani dengan bijak, Hassan Ali, sekiranya dipilih menjadi calon dalam PRU 13 nanti, pasti akan kecundang. Tak sior non-muslim mengundi dia!!
Nasib yang sama akan menimpa para pemimpin PAS yang lain, walaupun mereka tak bersalah, malah komited dengan janji perjuangan Pakatan Rakyat. Kerana nila setitik, habis susu satu belanga akan dicampakkan. Apakah ini yang para pemimpin atasan PAS mahukan??
Sebab itu, sebelum ini berlaku, dua tiga kerat yang bermasalah ini patut kita humbankan jauh-jauh. Mereka ialah liabiliti yang akan menjadi mimpi ngeri bagi PAS/Pakatan Rakyat.
Kepada Hassan Ali… jika ada maruah, bertanggungjawablah terhadap kerosakan yang telah dibuat ke atas imej PAS dan bebanan masalah yang telah diletakkan ke bahu kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Kamu boleh meringankan bebanan ini dengan berundur secara terhormat. Dengan cara itu anda akan lebih dihormati. Saranan ini juga ditujukan kepada mereka yang sewaktu dengannya.
Jangan lagi jadi liabiliti… undur dan pergi!!!
PERAKEXPRESS
2 comments:
Tuan,
1. Apa yg PAS dapat dgn bersekongkol dgn DAP dan PKR.....dulu NEGARA ISLAM....kini....NEGARA KEBAJIKAN...
2.Sepatunya pandai dibezakan antara ISLAM dan KAFIR dalam semua segi...
3.Anapun hairan bagaimana enta mendakwa sgb PEJUANG ISLAM dlm kes HASAN ALI...gituke contohnya....
4.Kalau gitu HASAn ALI mungkin Liabiliti pada PAS tapi sikap dan pendiriian enta adalah liabilti pada ISLAM.....
kubang kerian,kelantan
Adakah UMNO mengamalkan ISLAM?WAHAI ADIBETA....kalau nama islam hati kafir mcmmana?kalau di luar berserban di dalam penuh bisul?sanggup bersekongkol dengn perasua?penzina?sanggup ke pas di gelar parti meludah kelangit?dulu hj hadi kata siapa sokong umno kafir?apa kesss nie....kalau tok guru tk desak dan tak bagi sedar mungkin dalam bulan nov pas sertai UMNO..
Post a Comment