SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Tuesday, October 20, 2009

JOHOL...?

Hari ini Malaysiakini melaporkan mengenai penafian Umno mengenai bakal adanya PRK di dua kawasan di Negeri Sembilan.

Perkara ini pernah cheGuBard tulis dalam blog ini dan ulas dalam ceramah.

Kawasan yang pertama ialah kawasan DUN Johol dalam parlimen Kuala Pilah. Wakil Rakyatnya Datuk Roslan Md Yusu, yang kini gagal menjalankan tugas sebagai wakil rakyat kerana menderita sakit barah. Menurut sumber yang rapat dengan beliau, Roslan yang pada awalnya mengalami barah postat namun selepas pembedahan membuang sel kanser postat, sel kanser tersebut menjangkit ke tulang dan beliau kini menghadapi kanser tulang tahap serius. Lebih serius lagi beliau mengalami kecederaan tulang (belakang) sebelum ramadhan lepas dan kini hanya terlantar.

Banyak rungutan kedengaran di kawasan beliau dimana beliau payah ditemui dan banyak kes masalah rakyat tertangguh.

Dalam laporan Malaysiakini penafian akan berlaku pilihanraya kecil di DUN Johol dibuat oleh Datuk Hassan Malek selaku Timbalan Ketua Bahagian Kuala Pilah. Dalam kenyataan penafian tersebut kononya isu perletakan jawatan (mengosongkan kerusi) kerana masalah kesihatan dan gagal menemui rakyat tidak timbul kerana kononya jentera Umno yang lain termasuk Hassan sendiri sering ke Johol untuk membantu.

Menurut satu lagi sumber dalaman Umno sememangnya ADUN Johol sudah menghantar permohonan perletakan jawatan tetapi masih 'tertahan' di peringkat atasan. Namun kemingkinan kemenangan Bagan Pinang akan sedikit memberanikan Umno.

che'GuBard mendoakan yang terbaik buat Roslan (ADUN Johol). Namun berpendapat demi keadilan kepada pengundi Johol sewajarnya beliau yang sudah tidak larat menjalankan tugas dibenar mengundur diri dan kuasa diberikan semula kepada pengundi untuk memilih pengganti mereka. Adalah satu kezaliman jiga kepada Roslan apabila beliau yang sedang menderita sakit dan seharusnya menumpukan perhatian kepada perjuangan kesihatan beliau masih dipaksa terperangkap dengan masalah politik.

che'GuBard juga meminta semua jentera khususnya jentera setempat agar tidak termakan penafian Umno mengenai PRK DUN Johol kerana Umno sendiri sudah mengaktifkan bilik gerakan mereka di dalam Johol malah jauh dari itu ada beberapa pemimpin Umno setempat sudah mula melobi untuk menjadi calon PRK Johol.

Satu lagi kawasan kemungkinan diadakan PRK di Negeri Sembilan ialah Lenggeng, di mana ADUN Lenggeng, YB Mustafa Salim sedang dalam kes perbicaraan rasuah. Kes tersebut cukup mudah, fakta kes ialah Mustafa meminta wang dari kontraktor. Kontraktor tersebut telah membuat aduan kepada SPRM. SPRM telah memberikan wang (perangkap) untuk diserahkan oleh kontraktor tersebut kepada Mustafa. Ketika penyerahan SPRM telah menyerbu dan menangkap Mustafa bersama wang.

Namun bagi cheGuBard kemungkinan kawasan DUN Lenggeng untuk berdepan PRK agak tipis. SPRM dan mahkamah akan dipergunakan untuk melewatkan proses pensabitan atau kemungkinan membebaskan Mustafa.

Kena ingat tarikh akhir untuk diadakan PRK ialah 8 mac 2010. Undang - undang Pilihanraya Malaysia selepas tiga tahun dari tarikh PRU maka tidak akan diadakan PRK walaupun apa alasan. Maka Bn akan pastikan semua wakil rakyatnya yang sakit di pasang segala jenis wayar penyambung hayat sekurang - kurangnya akan bernafas sehingga 8 Mac depan dan yang masuk kes mahkamah akan dilewatkan prosesnya sehingga tarikh itu juga.

1 comment:

Anonymous said...

datuk roslan bukan orang asing bagi kami dijohol.beliau memang sakit iaitu cancer stage 4.surat perletakan jawatan bukanlah perkara asing lagi,malah adalah perkara umum pada kaum keluarga beliau.yang berdiam ialah spr.dari tampin kekuala inas sehinggalah kepilah bn/umno telah mula berkampong,sebagaimana lazimnya orang disini memulakan kerja kenduri kendara perkahwinan.pakatan rakyat bila pulak agaknya?.abang hj kamarudin dah jonggok berambai ke bolom?.walaupun kalah kek dio poi lah ziarah,pahlo tu!!