SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH

Sunday, October 11, 2009

KEHADIRAN LUAR BIASA

Selesai sudah kempen untuk PRK BAGAN PINANG,jumlah hadirin yang hadir mendengan ceramah daripada pimpinan PR begitu luar biasa.Sebagai contoh ceramah DSAI dan pemimpin PR yang lain di hadiri sejumlah hadiri yang begitu ramai sehinggakan menyebabkan berlaku kesesakkan yang teruk.Saya di antara ribuan yang tersangkut di dalam kesesakan sebentar tadi.Ceramah di markaz DAP selesai sekitar jam 12 malam namun orang ramai dapat keluar daripada kawasan ceramah mengambil masa 2 jam dan di tambah pula berlaku pergaduhan di bilik gerakkan anak muda PKR.Akibat daripada ketegangan yang berlaku menyebabkan kenderaan bergerak perlahan,saya sendiri mengambil masa sekitar 3 jam untuk sampai ke bilik penginapan.

Di taman seri rusa juga kehadiran sekitar 3 ribu orang sehinggakan berlaku kesesakkan di kawasan taman perumahan tersebut.Di akhir kempen sebentar tadi tiada masalah besar yang timbul cuma ada sedikit prokasi daripada mat rempit yang mungkin di upah untuk mengganggu penyokong PR yang berada di bahu jalan.Suasana pada malam tadi boleh di anggap memihak kepada PR,tetapi kertas undi menjadi penentu.Apa pun keputusan kita terima samaada kalah atau menang kita tetap perlu meneruskan perjuang dan menegakkan keadilan di bumi MALAYSIA.

No comments: