Rakyat sudah semakin matang dan semakin bersedia untuk berdepan dengan umno dan kelicikan mereka.Tetapi satu "setback" terbesar dan terpenting kepada rakyat sekiranya DSAI dihantar kembali ke penjara atas kesalahan yang cukup jelas direka reka oleh umno.Untuk itu,rakyat juga harus bersedia untuk berdepan dengan kemungkinan yang terburuk ini
SEMARAK REFORMASI
LAGU SELOKA KEDAH
Tuesday, October 20, 2009
APO KONO KETUA PENERANGAN PAS NIE....
Saya membaca sanggahan Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustadz Idris Ahmad terhadap pandangan Prof Dr Abdul Aziz Bari dan mendapat sanggahan Ketua Penerangan PAS itu kesasar dan lansung tidak sepatutnya disiarkan oleh Harakahdaily.
Pertama, tidak ada di dalam pandangan Prof Abdul Aziz Bari yang menyatakan Ustadz Abdul Hadi itu sebagai pro-UMNO.
Abd Aziz hanya menyatakan
"Dalam kekecohan di Selangor Abdul Hadi membisu sehingga di dalam parti sudah ada yang berkata bahawa Abdul Hadi adalah watak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam Pas."
Apa yang disampaikan oleh Abd Aziz adalah persoalan "watak" dan "perwatakan" Abdul Hadi yang menyamai watak Tun Abdullah Ahmad Badawi yang diketahui umum lembab, suka tidur, bangang, mudah dipengaruhi orang lain dan pemalas.
Justeru itu kenyataan Idris yang menyatakan Abd Aziz "melabelkan seorang dalam kepimpinan PAS ada yang pro Umno adalah tuduhan yang berat" adalah kesasar dan lansung terpesong dari itipati persepsi Abd Aziz mengenai watak Abd Hadi.
Apakah justifikasi Idris membuat tuduhan sedemikian atau telah terasa pedasnya cili apabila tergigit di hujung lidah?
Lain-lain sanggahan Idris diabaikan kerana ia lansung tidak relevan dan kesasar dari apa yang sepatutnya dituliskan.
Ramai ahli PAS selama ini mengkagumi pandangan Abd Aziz yang berterus terang dan berani mengkritik pimpinan PAS, seperti beliau berterus terang dan berani mengkritik kerajaan Malaysia dan hakim-hakim mahkamah yang membuat keputusan yang selalu terbabas dari neraca kebenaran dan keadilan, tetapi kita hairan mengapa Idris melenting apabila Presiden parti yang melantiknya sebagai Ketua Penerangan PAS dikritik.
Apakah sindrom ampu dan terhutang budi masih belum lekang seperti ampu dan terhutang budi Roslan Mohd Shahir kepada Pesuruhjaya PAS Selangor yang telah melantiknya sebagai Ketua Penerangan PAS Selangor?
Umum mengetahui mengenai sikap Abd Hadi yang meragukan apaila beliau telah mengutarakan gagasan Unity Government (UG), namun ahli-ahli merasa lega apabila beliau telah kembali sedar untuk mengakui fakta bahawa UMNO bukan parti yang boleh dibuat baik dengannya, seperti pandangan yang kerap dilontarkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.
Dan ahli-ahli PAS gembira apabila gagasan UG ditutup dan dikuburkan.
Tetapi persoalan kini ialah persoalan professionalisme di dalam kerja, persoalan efisyien dan efektif di dalam menjalankan amanah, persoalan kredibiliti dan integriti sebagai bukan sahaj pemimpin tetapi "pengurus" sebuah jemaah untuk membawa jemaah ke mercu kemceerlangan.
Abd Hadi dilihat tidak berkeupayaan menunjukkan prestasi yang cemerlang.
Di dalam banyak ketika beliau lebih banyak menumpukan perhatian di dalam program-program luar negara daripada menjaga dan menumpukan fokus terhadap hal-ehwal parti yang beliau diamanahkan menjadi presidennya.
Terkini Abd Hadi menyatakan PAS rela kalah kerana yang dikejarkan oleh PAS adalah "mardhatillah" (keredhaan Allah).
Semudah itu untuk meletakkan alasan sedangkan mardhatillah itu urusanNya yang kita perlu ketahui bahawa Allah telah mensyaratkan kita untuk "bekerja bersungguh-sungguh" di dalam sesuatu urusan jika keredhaanNya menjadi buruan.
Dalam hadith Baginda saw telah bersabda (lihat al-Baihaqi, Bab al-Amanah, Hadith 5313 & 5315 1990:334-335):
Bermaksud: Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang daripada kamu membuat suatu kerja dengan itqan (berkualiti).
Bermaksud: ...Allah suka seseorang pekerja apabila bekerja ia sentiasa membaiki mutu (prestasi) perkhidmatannya.
Kini, sudahkan pimpinan PAS, terutama Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha Agong dan Ketua Penerangannya telah melaksanakan tuntutan hadith di atas sedangkan kita dimaklumkan bahawa Presiden selama ini begitu banyak kali mengabaikan tugas-tugasnya selaku ketua jemaah apabila hanya mementingkan program-program di luarnegara yang lebih menjurus kepada penaikan populariti?
Apa program yang PAS boleh dibanggakan yang dihasilkan oleh barisan tertinggi PAS ketika ini sedangkan post-mortem Bagan Pinang itu sendiri mengambil masa hanya setalah lebih seminggu baru hendak ditubuhkan jawatankuasa menkajinya?
Apakah itu bukan kelembapan namanya?
Belum lagi saya tonjolkan hal-hal lain terutama dalam bab ekonomi, sosial, perundangan malah poltik sendiri yang menampakkan PAS parti yang tidak bermaya sehingga ungkapan, "PAS sebagai kerajaan yang dinanti" hanya ucapan retorika yang diucapkan oleh si Jenin yang pemalas!
Sewaktu seorang pesakit sedang nazak, sepatutnya sekalian doktor berusaha untuk membantu dan mencari jalan bagi mempastikan kelansungan hidup pasien, agar amanah terlaksana.
Tetapi di dalam kes Bagan Pinang, saya ingin bertanya Ustadz Idris berapa kali pimpinan tertinggi PAS telah bertemu membincangkannya?
Sedangkan kisah yang pernah dilalui oleh umat Islam tatkala kalah di Perang Uhud, hanya tak sampai satu hari post-mortem dilakukan dan umat Islam telah bangun kembali keesokannya untuk menebus maruah yang tercalar ekoran kekalahan tersebut.
Justeru itu tidak salah Abd Aziz menyatakan memang Presiden (dan saya menambah sekalian barisan pimpinan tertinggi) PAS lembab dan pemalas seperti Tun Abdullah yang telah hampir menghancurkan negara. Saya bertanggungjawab di atas dakwaan tersebut kerana sememangnya gerak kerja pemimpin tertinggi PAS di bagan Pinang begitu mengecewakan.
Saya ingin bertanya berapa hari Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha Agong dan Ketua Penerangannya berada di Bagan Pinang?
Maaf cakap, ada para blogger nampaknya lebih hebat dari Ketua Penerangan PAS sendiri kerana mereka lebih bersungguh-sungguh untuk menyampaikan risalah kebenaran di sana waktu itu tanpa mengenal penat lelah dengan ada yang meninggalkan rumahtangga dan kerja, tetapi usaha mereka tidak pernah mendapat pengiktirafan dari pimpinan tertinggi PAS.
Sudah menjadi resam pimpinan tertinggi PAS, pandai tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar, malas tak boleh ditegur.
GREENBOC
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
salam suruh deris Ahmad bayar hutang Kolej PAS kat Gombak tu yg dia mengajar di situ kepada KOHILAL. Hutang wajib di bayar
apo kono penulih ni samdol... buto huruf agok nyo.
cubo sapo2 bacakan kat samdol sekor ni tulisan Aziz Bari yg merapu tu...
"Dengan itu mungkin sudah sampai masanya Pas membuat langkah drastik, sama ada mendisiplinkan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali atau menyingkirkannya terus. Dalam beberapa portal berita Hasan dilihat sebagai liabiliti kepada Pakatan umumnya dan Pas khususnya. Bagaimanapun, ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hasan dilihat mewakili golongan yang pro-UMNO dalam Pas seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokong mereka."
lebih baik catatkan penulis asalnya.. iaitu sdra. Greenboc, supaya ianya nanti boleh dipertanggungjawabkan. ini isu berat melibatkan pimpinan tertinggi PAS.
Amru said
"Dengan itu mungkin sudah sampai masanya Pas membuat langkah drastik, sama ada mendisiplinkan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali atau menyingkirkannya terus. Dalam beberapa portal berita Hasan dilihat sebagai liabiliti kepada Pakatan umumnya dan Pas khususnya. Bagaimanapun, ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hasan dilihat mewakili golongan yang pro-UMNO dalam Pas seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokong mereka."
Mengapa tak nak mengaku pro_UMNO bila dah masuk kelambu UMNO satu ketika dulu konon nak ujudkan kerajaan bersama?
http://warkahdaily.blogspot.com/2009/10/siapa-jembalang-yang-ingin-menjatuh.html
Post a Comment