SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Friday, October 23, 2009

TGHH N GENG PERLU BERUNDUR

Politik itu persepsi. Kekadang rakyat dikelirukan antara pemikiran politik dan pemikiran parti politik. Bahkan tidak semua pemimpin parti politik memahami maksud politik. Tetapi sejak era reformasi lebih kurang 10 tahun yang lalu, rakyat semakin faham akan peranan parti politik dalam politik Malaysia. BN semakin lemah. Tidak pernah UMNO mengemis melutut sebegitu rupa memohon simpati rakyat. Tidak pernah PAS mengecapi kejayaan yang begitu besar dalam pilihanraya. Tidak pernah terbayang yang PAS dan DAP boleh berkawan melalui orang tengah PKR.

Semuanya ini berlaku dalam tempoh 10 tahun. Rakyat bertambah yakin dengan gandingan yang dinamakan PR. Rakyat dengan tidak berkira sangat tentang latar belakang agama dan bangsa telah bersepakat menyetujui yang DSAI sebagai PM selewat-lewatnya pada PRU 13.

DAP melangkah gagah dengan berjaya menidakkan pengaruh MCA dan Gerakan. PAS juga telah berjaya mentarbiahkan pengikutnya supaya selesa mengundi calon bukan Islam. PKR pula berjaya menambat hati penyokong UMNO dan MIC untuk mengundi PKR, PAS dan DAP. Inilah kejayaan yang tidak boleh dinafikan. Kesannya, UMNO amat gentar untuk menghadapi PRU 13. UMNO mula memperlihatkan bahawa UMNO itu sebuah parti yang mahu memahami citarasa rakyat. UMNO mula melakukan perubahan demi perubahan. Dan yang menarik, pimpinan utama PAS terus menyalak dan menganggap perubahan ini sebagai gimik.

Di ketika UMNO sedang merawat lukanya, PAS mula menunjukkan simpati. Bahkan beberapa pimpinan utama PAS telah berjaya diperangkap oleh UMNO. Rakyat marhaen bertambah hairan apabila pemimpin-pemimpin ini masih terus degil dan sombong tanpa meminta maaf di atas ketelanjuran mereka. Bahkan suara dan pidato mereka semakin berbelit-belit seperti UMNO. Tahniah kepada UMNO kerana dalam sakit masih mampu menghuru-harakan PR melalui PAS.

Saya berpandangan, jikalau Presiden PAS sayangkan masa depan PAS, silalah berundur. Pendekatan politik di Malaysia hari ini tidak sama dengan pendekatan politik 20 tahun yang lalu. Pemimpin politik harus terus segar dan sentiasa bersedia dengan pemikiran yang sesuai mengikut suasana semasa. TGNA di Kelantan walaupun telah lanjut usia, pemikiran dan ketajaman akalnya lebih hebat daripada Tuan Presiden. Tidak malukah Tuan Presiden yang berbadan besar diherdik oleh seorang tua yang bertubuh kecil?

Kami rakyat marhaen mengharapkan PR memerintah Malaysia. Tidak ada gunanya PKR dan DAP kuat jikalau PAS tidak bersama. Bermakna, selagi Presiden PAS terus degil untuk mengungguli kerusi presiden, bukan PAS sahaja yang sakit, tetapi PKR dan DAP juga akan demam menghadapi UMNO.

Janganlah Presiden PAS menjadi seperti Samy Vellu yang mahu mati sebagai Presiden MIC. Jadilah seperti Pak Lah yang berundur sebelum UMNO merempat. Jadilah pesara politik yang disegani oleh kawan dan lawan. Biarlah PAS disusun semula. Apakah PAS milik ulama? Apakah tokoh-tokoh lain seperti MB Nizar dan Husam Musa tidak boleh memimpin PAS? Apakah Tuan Ibrahim Tuan Man tidak boleh diharap untuk menjadi Presiden PAS yang baru? Tetapi jikalau Nasharudin Mat Isa dan Nasrudin Tantawi masih mahu bertanding dan menang pula, usahlah diharap lagi yang PR akan memerintah Malaysia pada PRU 13.

Saya bukan ahli PAS yang aktif. Saya bukan perwakilan atau pemegang jawatan dalam PAS. Saya adalah pengundi biasa yang hanya menyumbang satu undi untuk PR. Mungkin satu undi saya ini tidak diperlukan oleh PAS. Maklumlah PAS disokong oleh rakan barunya UMNO! -Dango Mamamat

3 comments:

Anonymous said...

nik aziz dan geng dia la yang kena berundur sebab telah ditolak mentah-mentah dalam muktamar PAS yang terbaru!

Anonymous said...

Cadangan tuan guru nik aziz perlu dilaksana secepat mungkin..

apa nak di bimbangkan..kalau benar Tuan guru hadi awang, ustaz nasa, mustafa ali dan hasan ali berada dlm landasan yg benar..insyaAllah ada la hikmah disebalik muktamar yg dibuat ini nanti....

jgn mudah melatah dan bimbang...saidina umar, saidina usman juga pernah melalui keadaan mcm ni..

kalu takut hilang pengaruh dan jawatan pangkat...tak usahlah jadi pemimpin...berilah kepada yg lebih berkelayakan dan berkemampuan...

Allah akan lahirkan jugak generasi pemimpim yg hebat untuk mengganti pemimpin yg lemah.......

Anonymous said...

usah dilayan saranan yg hanya akan melemahkan parti dan merencatkan perjalanan perjuangan.

muktamar tajdid yg memilih pimpinan baru saja dibuat...tak sampai setengah tahun pun. penat pun tak hilang lagi....marah kerana kalah pun mungkin tak hilang lagi!

jadi berlapang dada dan terimalah keputusan muktamar yg terbaru....itulah sebesar-besar syura.