SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH

Wednesday, May 27, 2009

BEKAS CALON BEBAS BANTU KAK MIN?

Keadaan di PENANTI ketika ini tenang tetapi sekali sekala hujan turun membasahi bumi PENANTI.Suasana esok semestinya berubah apabila di jalan sudah terdapat banyak poster dan banner calon bebas KAK MIN.Jalan kubang ulu ketika ini telah di hiasi deretan gambar dan poster KAK MIN merentasi tiang-tiang lampu.Petugas KAK MIN sudah menunjukkan rupa dan hanya menggantung POSTER KAK MIN hanya di waktu malam,MUNGKIN MALU AGAKNYA.

Di dalam kumpulan anak muda yang sedang memasang poster KAK MIN, ternampak seorang individu yang di kenali.Individu ini sedang memantau kumpulan anak muda yang menjalankan kerja yang telah di amanahkan.Apabila hampir dengan kumpulan tersebut kelihatan seorang lelaki yang pernah menjadi calon bebas ketika PRK BUKIT SELAMBAU berada di dalam kumpulan anak muda tersebut.Caranya yang bersahaja sambil menghisap rokok dengan harapan orang tidak mengenali beliau tetapi ada pihak yang mengecam beliau"pakai baju arab pun orang kenai la"

Bekas calon bebas ini telah mendapat undi yang paling sedikit di dalam 15 orang calon yang bertanding di dalam PRK BUKIT SELAMBAU.Calon bebas ini juga telah menggunakan lambang kerusi ketika bertanding baru-baru ini.Jelas sudah KAK MIN telah mendapat bantuan bekas bekas bekas orang PKR dalam pada masa yang sama KAK MIN juga bebas bekas bekas PKR.Kak min ingin mencuba nasib kali ini,adakah KAK MIN tak hilang wang deposit?silap-silap nak dapat 50 undi pun susah.Tak kan pengundi hantu nak tolong KAK MIN?segalanya berkemungkinan.

No comments: