SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Friday, May 8, 2009

KENAPA 16 SEPTEMBER 2008 TAK JADI?


Di dalam kita menangisi apa yang berlaku di PERAK semalam,pastinya kemarahan anda semua tidak boleh di kawal lagi.Semalam sejarah hitam DEMOKRASI di MALAYSIA TELAH TERCATAT dan akan menjadi lipatan sejarah MALAYSIA selama-lamanya.Memang sedih dan sakit hati melihat gelagat ADUN BN dengan bantuan polis.Mungkin ramai yang sudah melihat rakaman video di dalam dewan UNDANGAN NEGERI PERAK.Mujur LAP TOP nie harga beribu,kalaulah lap top nie harga RM 10 mesti dah ramai orang akan tendang dan masukkan dalam bakul sampah.

Biarpun apa yang terjadi semalam kita perlu teruskan perjuangan untuk memerintah MALAYSIA.Matlamat kita untuk ke PUTRAJAYA itu matlamat asal kita.Biarpun pelbagai dugaan yang akan kita tempuhi matlamat kita perlu jelas.

Berbalik kepada apa yang kita semua impikan tahun lepas,mungki ramai orang sudah lupa dan terlepas pandang akan tarikh penubuhan MALAYSIA 16 SEPTEMBER.Walaupun kadang-kadang kawan sebdiri mempersendakan tarikh 16 september tetapi kita jangan lupa kerana tarikh itu BN melarikan MP-MP BN ke TAIWAN.Jika PR tidak mempunyai jumlah yang mencukupi kenapa BN membuat percutian sambil belajar untuk MP-MP BN khususnya MP dari SABAH dan SARAWAK.Kita sedia maklum di SARAWAK tidak mempunyai PARTI UMNO,hanya di SABAH parti UMNO mempunyai ahli dan BAHAGIAN.Suasana ini berbeza dengan semenanjung MALAYSIA yang menjadi tempat untuk PARTI UMNO membiak dan tidak di SARAWAK.

Ketika 16 SEPTEMBER semakin hampir pada ketika itu banyak MP-MP dari SARAWAK memberi sokongan penuh kepada PR sebelum 16 SEPT 2008.Keadaan ketika itu hanya MP-MP dari SABAH dan SARAWAK kebanyakkannya menyokong PR.Di semenanjung pula tidak ramai MP-MP UMNO dari semenanjung yang berni menyokong PR ketika itu dan ketika itulah hanya MP-MP dari BORNEO yang menyokong PR.Apabila kurangnya MP-MP UMNO ketika itu yang bersetuju dengan 16 september MENYEBABKAN KURANG MP MELAYU DI DALAM PR JIKA 16 SEPTEMBER 2008 DAPAT DI REALISASIKAN.

Jumlah MP yang ingin menyertai PR mungkin sudah mencukupi tetapi kurang MP MELAYU.Kita jangan terlupa bahawa kita mempunyai YANG DI PERTUA AGONG dan SULTAN-SULTAN di semenanjung.Maka faktor melayu selalunya di utamakan oleh YANG DI PERTUA AGONG dan sultan-sultan yang lain.

Selain itu SLIM MAJORITI yang di perolehi PR ketika itu akan menyebabkan keadaan ketidak tentuan di dalam negara mungkin berlaku.PR mungkin ketika itu sudah mempunyai
bilangan MAJOROTI MUDAH tetapi mungkin hanya dengan kelebihan 2 atau 3 di DALAM DEWAN RAKYAT.Cuba kita bayangkan PR hanya mempunyai kelebihan yang terlalu sedikit?di PERAK sebagai contoh sudah berlaku.Keadaan semestinya tidak stabil di dalam negara dan akan di ambil kesempatan oleh pihak tertentu untuk mencetuskan huru hara.

Biarpun banyak pihak telah mempersendakan 16 SEPTEMBER 2008 tetapi kita jangan lupa kerana 16 SEPTEMBER 2008 BN gabra dan cemas.ADAKAH KALI INI BN KEMBALI CEMAS DAN GABRA SEMULA?

No comments: