Pagi semalam, saudara Yasir (teman yang sering menemani che'GuBard) menerima panggilan telefon di telefon bimbitnya bertanyakan di mana che'GuBard sering berada....namun beliau telah menjawab tidak tahu.
Kira - kira 4.00 petang semalam sebelum bermula Program Safety Riding bersama Yasir Said (Juara CubPrix Asia) di Guar Perahu,cheGuBard pula dihubungi oleh seorang yang memperkenalkan dirinya sebagai Chief Inspektor. Beliau menyatakan terdapat beberapa laporan polis ke atas che'GuBard berkaitan ceramah. Maka diminta ke IPD Seberang Perai Tengah segera untuk dirakam percakapan.
Sebentar tadi telah hantar satu sms kepada pegawai polis berkenaan memaklumkan bahawa amat sibuk dengan jadual kempen yang ketat. InsyaAllah akan pergi sebaik sahaja punya masa.
Namun bagi che'GuBard ceramah yang disampaikan beralaskan cukup fakta, tidak ada apa yang perlu ditakutkan maka ceramah akan tetap diteruskan dengan nada dan fakta yang tetap sama.
Buat PDRM harap hentikan jadi 'alat' Bn..... Beratus laporan polis yang cheGuBard buat termasuk yang dilampirkan bukti tetapi tidak satu di siasat...sebaliknya baru ada 'beberapa' laporan polis berkaitan ceramah sudah 'cergas' bertindak.
Nota : sebentar tadi beberapa anggota polis berpakaian seragam juga datang ke Markas Utama keADILan PRK Penanti untuk mencari YB Zuraidah, Ahli Parlimen Ampang
No comments:
Post a Comment