Di dalam suasaan berkempen PRK PENANTI saya merasakan ada satu perkara perlu dibincangkan.Ia berkisar tanggapan sesetengah pihak kepada 2 individu yang mengambil keputusan untuk pergi ke rumah KAK MIN sebelum PRK PENANTI.Niat mereka tentunya baik iaitu berjumpa kawan lama dan bersembang isu politik semasa.Dalam pada masa yang sama mereka mengesyorkan supaya KAK MIN menarik diri dari masuk bertanding PRK PENANTI.Mungkin niat mereka berdua ini agar PKR mendapat laluan agak selesa untuk menang.
Bagi saya itu tak menjadi masalah kerana mereka berdua pergi atas inesiatif sendiri dan bukan utusan dari PKR sekali pun.Di sini KAK MIN telah mengambil kesempatan untuk di gunakan ketika kempen di PENANTI.KAK MIN telah rakam perbualan mereka selama 3 jam dan di dedahkan kepada umum isi kandungan perbualan.Umum sudah mengetahui behawa mereka berdua itu berkawan baik dengan KAK MIN dan tidak menjadi masalah berjumpa kawan lama walaupun berbeza pendapat dan kini berbeza ideologi.
Tetapi yang menghairankan ada pimpinan parti PKR PULAU PINANG telah mengutuk dan menyalahkan dua individu dan menggelarkan dua individu ini dengan gelaran yang tak elok dan tak enak di dengar.Baru-baru ini saya hadir di ceramah kelompok JDM TELUK WANG.Dalam ceramah tersebut seorang penceramah telah mengatakan mereka berdua ini tidak patut pergi dan menggelarkan mereka berdua ini dengan gelaran yang kurang sesuai.Bagi saya ini tak patut di lakukan oleh mana-mana pimpinan PKR khususnya PKR PULAU PINANG,kerana kita perlu ingat ini inisiatif mereka,cuba kita bayangkan jika mereka berjaya memujuk KAK MIN?ISU TAWAR MENAWAR JAWATAN SEBENARNYA TIDAK TIMBUL.Kita akan menggunakan saluran yang ada untuk memudahkan atau menyenangkan CALON KITA UNTUK MEMANG.
Oleh itu sesama kita perlu di elakkan pepecahan atau punca yang boleh merosakkan hubungan sesama PIMPINAN PARTI PKR.
No comments:
Post a Comment