Rakyat sudah semakin matang dan semakin bersedia untuk berdepan dengan umno dan kelicikan mereka.Tetapi satu "setback" terbesar dan terpenting kepada rakyat sekiranya DSAI dihantar kembali ke penjara atas kesalahan yang cukup jelas direka reka oleh umno.Untuk itu,rakyat juga harus bersedia untuk berdepan dengan kemungkinan yang terburuk ini
SEMARAK REFORMASI
LAGU SELOKA KEDAH
Tuesday, May 26, 2009
PROGRAM SAFETY RIDING BERJAYA
Program SAFETY RIDING berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik oleh penduduk GUAR PERAHU.Walaubagaimanapun terdapat dua sekatan jalan raya yang di buat berhampiran tempat program di langsungkan.Program turut di saksikan oleh calon PKR DR MANSOR OSMAN dan beliau memuji penganjur kerana berjaya merealisasikan program tersebut.Kehadiran bekas juara CUB PRIX MALAYSIA YASIR SAID menceriakan program.
Dalam pada itu juga pertunjukkan oleh pelumba cilik menunggang POCKET BIKE memanaskan lagi program SAFETY RIDING tersebut.Di sini kita dapat melihat bahawa anak muda sudah dapat menerima program yang di anjurkan oleh PKR dengan kehadiran anak muda tempatan datang menyaksikan pertunjukkan.Jika pihak berkuasa polis tidak melakukan sekatan jalan raya sudah tentu lebih ramai anak muda dapat menghadiri program tersebut.
Sebanyak 100 botol minyak enjin berjenama HI-REV di gunakan dalam acara servis dan menukar minyak enjin percuma kepada 100 motosikal pertama.Program seperti ini harus di teruskan bagi mendekatkan anak muda dengan PAKATAN RAKYAT.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment