SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Sunday, May 31, 2009

INSIDEN DI SMK MENGKUANG

Insiden arahan bodoh oleh Pegawai SPR di pusat pengundian SMK Mengkuang mendedahkan kecelaruan dan pengurusan SPR yang tidak profesional. Petugas PKR diarahkan supaya merobohkan pondok panas yang baru didirikan hari ini. Pegawai SPR yang mengarahkan perkara itu memberitahu pondok panas tersebut hanya dibenarkan jika didirikan sebelum hari ini.

Sebaik sahaja diberitahu oleh Pegawai SPR itu, puluhan anggota polis beruniform dan tidak beruniform bergegas ke pondok panas tersebut untuk menyempurnakan arahan meroboh.

Tindakan itu dibantah oleh petugas-petugas PKR-PR. Turut serta ialah YB Gobalakrishnan dan Hj. Ismail Yusof (Pengarah pilihanraya PKR Perak).

Semasa berlaku pertengkaran di antara pegawai-pegawai SPR dan petugas PKR, salah seorang pegawai SPR menimbulkan kekecohan apabila menyebut perkataan "go to hell" kepada petugas-petugas PKR.

Selepas rujukan dibuat oleh kedua-dua pihak kepada pihak atasan masing-masing akhirnya pihak SPR memaklumkan pondok panas tersebut adalah 'halal' didirikan walaupun hanya dibina/dipasang pada hari ini.

YB Gobalakrishnan turut mendesak SPR supaya mengarahkan pihak polis menghentikan rakaman video berhampiran khemah SPR dan di depan pintu masuk ke pusat mengundi. Tindakan merakamkan kehadiran pengundi-pengundi itu disifatkan sebagai berunsur ugutan bertujuan menakut-nakutkan pengundi menunaikan tanggungjawab.

Tinjauan mendapati rakaman video oleh pihak polis itu dibuat di semua pusat pengundian PRK Penanti. Hj Ismail Yusof menyifatkan pihak SPR dan polis tidak profesional dan bercelaru dalam menguruskan pilihanraya hari ini.

No comments: