SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Saturday, May 30, 2009

LAGI PEMIMPIN PR DI PANGGIL POLIS

Mengikut laporan sebentar tadi MP PADANG SERAI dan PENASIHAT DAP di minta ke BALAI POLIS PERDA untuk beri keterangan.Serupa dengan apa yang berlaku semalam apabila MPT PKR BADRUL HUSYAM SHAHRIN(CHEGU BARD) telah di panggil untuk beri keterangan.Sebab yang utama mereka ini di panggil beri keterangan kerana di dalam ceramah mereka telah menyebut atau menyentuh isu ALTANTUYA dan NAJIB TUN RAZAK.

Mengikut BADRUL HISYAM pihak polis telah mencari beliau hingga ke kampung halaman beliau di seremban.Pihak polis juga telah pergi ke rumah beliau di KUALA LUMPUR untuk dapatkan BADRUL HISYAM.Sebelum itu pihak polis telah menunggu BADRUL HISYAM di yayasan aman penanti sebelum mencarinya di KUALA LUMPUR.

Tekanan saat akhir kepada pemimpin PR khususnya PKR oleh polis menunjukkan bahawa PAKATAN RAKYAT memberi ancaman kepada UMNO BARISAN NASIONAL,walaupun ia tidak bertanding tetapi sesi penerangan yang di lakukan menggentarkan BARISAN NASIONAL.

No comments: