SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH

Sunday, May 31, 2009

3.30 PM

Memang dijangkakan. sekarang sekitar 47%. Dalam next 1.5 hrs, selepas pekerja kilang balik...we can get another 4-5 %. Memang itu sasarannya.

TERKINI DARI PENGARAH PILIHANRAYA PKR

Saifuddin: Mansor sudah dapat 75% undi

TERKINI

Sehingga lukul 2 tghari tadi peratus keluar mengundi sebanyak 39 peratus.

TELUK WANG

delCapo: At siamese area..outer post telok wang.. Umno strong hold.. 50% turnout

KECOH DI MENGKUANG


matsamankati: kekecehon berlaku dan Gobalakrishnan campurtangan. SPR dan polis berganding bahu untuk merobohkan pondok tersebut. Macam mana dia boleh tak tau kebenaran telah diberikan? Pegawai SPR ni belajaq kat mana?

PEGAWAI SPR BUAT HAL


matsamankati: OK. yang ni pegawai SPR yang kurang ajar sikit. datang buat pasal suruh robohkan pondok untuk berteduh yang dibina oleh PKR

INSIDEN DI SMK MENGKUANG

Insiden arahan bodoh oleh Pegawai SPR di pusat pengundian SMK Mengkuang mendedahkan kecelaruan dan pengurusan SPR yang tidak profesional. Petugas PKR diarahkan supaya merobohkan pondok panas yang baru didirikan hari ini. Pegawai SPR yang mengarahkan perkara itu memberitahu pondok panas tersebut hanya dibenarkan jika didirikan sebelum hari ini.

Sebaik sahaja diberitahu oleh Pegawai SPR itu, puluhan anggota polis beruniform dan tidak beruniform bergegas ke pondok panas tersebut untuk menyempurnakan arahan meroboh.

Tindakan itu dibantah oleh petugas-petugas PKR-PR. Turut serta ialah YB Gobalakrishnan dan Hj. Ismail Yusof (Pengarah pilihanraya PKR Perak).

Semasa berlaku pertengkaran di antara pegawai-pegawai SPR dan petugas PKR, salah seorang pegawai SPR menimbulkan kekecohan apabila menyebut perkataan "go to hell" kepada petugas-petugas PKR.

Selepas rujukan dibuat oleh kedua-dua pihak kepada pihak atasan masing-masing akhirnya pihak SPR memaklumkan pondok panas tersebut adalah 'halal' didirikan walaupun hanya dibina/dipasang pada hari ini.

YB Gobalakrishnan turut mendesak SPR supaya mengarahkan pihak polis menghentikan rakaman video berhampiran khemah SPR dan di depan pintu masuk ke pusat mengundi. Tindakan merakamkan kehadiran pengundi-pengundi itu disifatkan sebagai berunsur ugutan bertujuan menakut-nakutkan pengundi menunaikan tanggungjawab.

Tinjauan mendapati rakaman video oleh pihak polis itu dibuat di semua pusat pengundian PRK Penanti. Hj Ismail Yusof menyifatkan pihak SPR dan polis tidak profesional dan bercelaru dalam menguruskan pilihanraya hari ini.

TEKINI

Sehingga pukul 1.23 tghr peratus keluar mengundi sebanyak 29.0 peratus

TERKINI

Pintu pusat mengundi di buka pada pukul 8 pagi,sehingga ke pukul 12.30 tghr peratus yang keluar mengundi hanya 20 percent seluruh DUN PENANTI.

Saturday, May 30, 2009

LAGI PEMIMPIN PR DI PANGGIL POLIS

Mengikut laporan sebentar tadi MP PADANG SERAI dan PENASIHAT DAP di minta ke BALAI POLIS PERDA untuk beri keterangan.Serupa dengan apa yang berlaku semalam apabila MPT PKR BADRUL HUSYAM SHAHRIN(CHEGU BARD) telah di panggil untuk beri keterangan.Sebab yang utama mereka ini di panggil beri keterangan kerana di dalam ceramah mereka telah menyebut atau menyentuh isu ALTANTUYA dan NAJIB TUN RAZAK.

Mengikut BADRUL HISYAM pihak polis telah mencari beliau hingga ke kampung halaman beliau di seremban.Pihak polis juga telah pergi ke rumah beliau di KUALA LUMPUR untuk dapatkan BADRUL HISYAM.Sebelum itu pihak polis telah menunggu BADRUL HISYAM di yayasan aman penanti sebelum mencarinya di KUALA LUMPUR.

Tekanan saat akhir kepada pemimpin PR khususnya PKR oleh polis menunjukkan bahawa PAKATAN RAKYAT memberi ancaman kepada UMNO BARISAN NASIONAL,walaupun ia tidak bertanding tetapi sesi penerangan yang di lakukan menggentarkan BARISAN NASIONAL.

SIAPAKAH INI,AHLI MUZIK?

UMNO SERU AHLI JANGAN KELUAR MENGUNDI

Kira-kira 5,000 ahli Umno tidak akan keluar mengundi dalam pilihanraya kecil Penanti esok kerana calon BN tidak bertanding, kata Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.

"Jika mereka keluar (mengundi), ia seolah-olah mengkhianati parti," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

"Datuk dan nenek mereka adalah pengundi BN, jadi mereka setia kepada parti," katanya lagi.

TELUK WANG







TELUK WANG adalah salah satu kawasan di dalam DUN PENANTI yang mempunyai masyarakat siam.Ketika PRK PERMATANG PAUH JDM TELUK WANG mencipta sejarah iaitu PKR menang denga kelebihan 23 undi.Kawasan tersebut hanya mempunyai satu saluran mengundi dan mempunyai lebih kurang 600 pengundi.Calon bebas NAI KHAN ARI telah membuka bilik gerakkan induk di KAWASAN TELUK WANG ini.Mungkin kali ini pengundi keturunan siam akan merosot,tapi kita tunggu esok bagaimana.

KENAPA DI HINA MEREKA BERDUA?

Di dalam suasaan berkempen PRK PENANTI saya merasakan ada satu perkara perlu dibincangkan.Ia berkisar tanggapan sesetengah pihak kepada 2 individu yang mengambil keputusan untuk pergi ke rumah KAK MIN sebelum PRK PENANTI.Niat mereka tentunya baik iaitu berjumpa kawan lama dan bersembang isu politik semasa.Dalam pada masa yang sama mereka mengesyorkan supaya KAK MIN menarik diri dari masuk bertanding PRK PENANTI.Mungkin niat mereka berdua ini agar PKR mendapat laluan agak selesa untuk menang.

Bagi saya itu tak menjadi masalah kerana mereka berdua pergi atas inesiatif sendiri dan bukan utusan dari PKR sekali pun.Di sini KAK MIN telah mengambil kesempatan untuk di gunakan ketika kempen di PENANTI.KAK MIN telah rakam perbualan mereka selama 3 jam dan di dedahkan kepada umum isi kandungan perbualan.Umum sudah mengetahui behawa mereka berdua itu berkawan baik dengan KAK MIN dan tidak menjadi masalah berjumpa kawan lama walaupun berbeza pendapat dan kini berbeza ideologi.

Tetapi yang menghairankan ada pimpinan parti PKR PULAU PINANG telah mengutuk dan menyalahkan dua individu dan menggelarkan dua individu ini dengan gelaran yang tak elok dan tak enak di dengar.Baru-baru ini saya hadir di ceramah kelompok JDM TELUK WANG.Dalam ceramah tersebut seorang penceramah telah mengatakan mereka berdua ini tidak patut pergi dan menggelarkan mereka berdua ini dengan gelaran yang kurang sesuai.Bagi saya ini tak patut di lakukan oleh mana-mana pimpinan PKR khususnya PKR PULAU PINANG,kerana kita perlu ingat ini inisiatif mereka,cuba kita bayangkan jika mereka berjaya memujuk KAK MIN?ISU TAWAR MENAWAR JAWATAN SEBENARNYA TIDAK TIMBUL.Kita akan menggunakan saluran yang ada untuk memudahkan atau menyenangkan CALON KITA UNTUK MEMANG.

Oleh itu sesama kita perlu di elakkan pepecahan atau punca yang boleh merosakkan hubungan sesama PIMPINAN PARTI PKR.

JADUAL CALON PKR PADA 30 HB MEI 2009

11.oo am..PC di Yayasan Aman
1.00 pm Kenduri Kahwin Di Tanah Liat
1.30 pm Kenduri Kahwin Di Guar Perahu
2.00 pm Kenduri Kahwin Di Penanti
2.30 pm Kenduri Kahwin Di Mengkuang
4.00 pm Bersama Yassin Brother AMK- Padang Homestay
5.00 pm Final Liga AMK- Padang Homestay
6.00 pm Penyampaian Hadiah AMK- Padang Homestay

3 JAM DI SOAL SIASAT


Hampir 3 jam menunggu akhirnya chegu BARD keluar daripada IPD yang terletak di kawasan perda.Menurut beliau sebab di panggil untuk beri keterangan kerana ceramah CHEGU BARD menyentuh isu ALTANTUYA.Alasannya kerana ALTANTUYA tidak masuk bertanding,selain itu serangan demi serangan pimpinan PKR ke atas BN khususnya UMNO tidak menyenangkan mereka.Begitulah uniknya demokrasi di MALAYSIA ini..ONE MALAYSIA...

Friday, May 29, 2009

CHEGU BARD DI IPD PERDA

Ketika ini CHEGU BARD berada di IPD PERDA untuk beri keterangan.Beliau tiba di IPD PERDA pukul 3.15 tenghari dan sampai sekarang belum keluar dari IPD tersebut.Para wartawan sedang menunggu chegu bard di perkarangan balai polis tersebut.gambar akan di update sebentar lagi.

PIAGAM CALON PKR DR MANSOR OSMAN

Mengadakan pusat khidmat rakyat dalam tempoh 48 jam selepas diumumkan sebagai wakil rakyat DUN Penanti. Pusat ini akan berfungsi sebagai ‘one stop center’ yang membolehkan rakyat tanpa mengira kaum dan latarbelakang mendapatkan perkhidmatan daripada wakil rakyat. Pusat ini akan dilengkapi kemudahan telekomunikasi dan internet.


Mengadakan talian ‘hotline’ dan email aduan untuk membolehkan rakyat berhubung dan berurusan 24 jam sehari dengan wakil rakyat.


Mempraktikkan amalan turun padang bertujuan mendengar sendiri punca masalah rakyat dalam DUN Penanti


Mendahulukan program kebajikan rakyat terutama kelompok ibu tunggal, anak yatim, orang kurang upaya dan warga emas supaya keperluan dan kebajikan mereka terjaga


Mengadakan program tuisyen dan bimbingan pelajaran percuma kepada anak-anak cemerlang terutama dari kalangan keluarga berpendapatan rendah.


Membina jaringan dengan kumpulan ‘civil societies’ , NGO’s dan institusi pendidikan sekaligus memanfaatkan pengalaman dan kepakaran mereka untuk pelbagai program dan aktiviti kemasyarakatan dalam DUN Penanti


Menggerakkan program ‘empowerment’ untuk ‘local opinion leaders’ dengan fokus utama kepada imam, jawatankuasa masjid, JKKK, pimpinan dan jawatankuasa rumah ibadat.

Mewujudkan klinik komuniti untuk kemudahan rakyat Penanti


Menwujudkan Bazar Rakyat untuk menjadi platform aktiviti kelompok peniaga kecil dan tarikan perlancongan setempat


Mempertingkatkan kemudahan prasarana termasuk aktiviti pengindahan kawasan pasar Penanti, tanah perkuburan dan tempatt-tempat rekreasi


Mewujudkan dewan komuniti untuk aktiviti kemasyarakatan seperti kenduri-kendara, forum rakyat dan sambutan hari kebesaran.





SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Pengarah Pilihan Raya / Elections Director
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

CERAMAH KAK MIN MENDAPAT SAMBUTAN

'Pengiraan secara rawak td,dari 20 orang,
3 anak kak min,7 pemberita,6 polis,1 jayagopal(bekas calon bebas),
1 radzi(bekas calon bebas) dan 1 saya dan kawan saya 1'


Di atas adalah sms yang di terima oleh saya daripada sahabat yang mengikuti ceramah calon bebas KAK MIN,ketika ini KAK MIN lebih glamour dari penyanyi MALAYSIA seperti SITI NURHALIZA dan pelakon ERA FAZIRA.Malah KAK MIN lebih menonjol di kaca tv berbanding filem REMP-IT VS IMPAK MAKSIMA.

Thursday, May 28, 2009

TAK NAK BERTANDING TAPI NAK MENANG




Satu LAPORAN polis telah di buat oleh MOHD SYUKRI BIN A HAMID terhadap UMNO PERMATANG PAUH.Laporan polis tersebut di buat kerana UMNO telah mengadakan sesi penerangan kepada penduduk penanti ketika masa berkempen PRK PENANTI.Terdapat juga BANNER yang di buat untuk menarik pengundi penanti supaya datang ke program mereka.Tajuk ceramah tersebut"KENAPA BN TAK BERANDING".

Antara penceramah yang di jemput adalah LOKMAN NORADAM,beliau merupakan EXCO PEMUDA UMNO.penceramah yang lain adalah USTAZ KAMAL SAIDIN dan TN HJ ABDULLAH BAHARI.UMNO sememangnya ti dak mahu bertanding tetapi mahu menang ke atas PKR.Jika UMNO mengambil keputusan untuk bertanding di PRK PENANTI masakan UMNO boleh menghentam PKR secara terang terangan TANPA BERSELINDUNG.Ini semestinya keputusan NAJIB RAZAK sendiri dan semestinya bukan keputusan AKAR UMBI UMNO.

KAK MIN JUMPA PENASIHAT

Semalam calon bebas KAK MIN di percayai telah berjumpa penasihat beliau untuk mengatur strategi seterusnya menghentam PKR.Menurut sumber beliau bertemu penasihat tersebut di SUNGAI PETANI.Pertemuan tersebut semestinya meminta nasihat kepada bagaimana untuk memperburukkan lagi PKR.Penasihat tersebut juga pakar dalam bidang keluar parti ketika PRK PERMATANG PAUH.

KAK MIN semestinya akan mengambil nasihat bekas bekas bekas pimpinan PKR yang lalu khususnya mereka yang sakit hati dengan kemajuan dan peningkatan prestasi PKR ketika ini.Kumpulan yang keluar PKR sebelum ini semestinya akan mempergunakan KAK MIN secukupnya untuk merosakkan dan memburukkan PKR pada PRK PENANTI ini.Mungkin mereka juga sedia maklum bahawa pengundi penanti sudah muak akan taktik yang di lakukan,tetapi setakat hari ini tiada lagi acara keluar parti PKR.Jika BN masuk bertanding semestinya akan ada acara lompat PARTI PKR masuk UMNO.

CERAMAH GUAR JERING






Wednesday, May 27, 2009

TERBARU

Pagi semalam, saudara Yasir (teman yang sering menemani che'GuBard) menerima panggilan telefon di telefon bimbitnya bertanyakan di mana che'GuBard sering berada....namun beliau telah menjawab tidak tahu.

Kira - kira 4.00 petang semalam sebelum bermula Program Safety Riding bersama Yasir Said (Juara CubPrix Asia) di Guar Perahu,cheGuBard pula dihubungi oleh seorang yang memperkenalkan dirinya sebagai Chief Inspektor. Beliau menyatakan terdapat beberapa laporan polis ke atas che'GuBard berkaitan ceramah. Maka diminta ke IPD Seberang Perai Tengah segera untuk dirakam percakapan.

Sebentar tadi telah hantar satu sms kepada pegawai polis berkenaan memaklumkan bahawa amat sibuk dengan jadual kempen yang ketat. InsyaAllah akan pergi sebaik sahaja punya masa.

Namun bagi che'GuBard ceramah yang disampaikan beralaskan cukup fakta, tidak ada apa yang perlu ditakutkan maka ceramah akan tetap diteruskan dengan nada dan fakta yang tetap sama.

Buat PDRM harap hentikan jadi 'alat' Bn..... Beratus laporan polis yang cheGuBard buat termasuk yang dilampirkan bukti tetapi tidak satu di siasat...sebaliknya baru ada 'beberapa' laporan polis berkaitan ceramah sudah 'cergas' bertindak.

Nota : sebentar tadi beberapa anggota polis berpakaian seragam juga datang ke Markas Utama keADILan PRK Penanti untuk mencari YB Zuraidah, Ahli Parlimen Ampang

CERAMAH DI KUBANG ULU





MP POKOK SENA MAHFUZ OMAR turut memberi ceramah,beliau banyak menyentuh mengenai PM MALAYSIA ke 6.ONE MALAYSIA


sivakumar tidak ketinggalan berkempen

BEKAS CALON BEBAS BANTU KAK MIN?

Keadaan di PENANTI ketika ini tenang tetapi sekali sekala hujan turun membasahi bumi PENANTI.Suasana esok semestinya berubah apabila di jalan sudah terdapat banyak poster dan banner calon bebas KAK MIN.Jalan kubang ulu ketika ini telah di hiasi deretan gambar dan poster KAK MIN merentasi tiang-tiang lampu.Petugas KAK MIN sudah menunjukkan rupa dan hanya menggantung POSTER KAK MIN hanya di waktu malam,MUNGKIN MALU AGAKNYA.

Di dalam kumpulan anak muda yang sedang memasang poster KAK MIN, ternampak seorang individu yang di kenali.Individu ini sedang memantau kumpulan anak muda yang menjalankan kerja yang telah di amanahkan.Apabila hampir dengan kumpulan tersebut kelihatan seorang lelaki yang pernah menjadi calon bebas ketika PRK BUKIT SELAMBAU berada di dalam kumpulan anak muda tersebut.Caranya yang bersahaja sambil menghisap rokok dengan harapan orang tidak mengenali beliau tetapi ada pihak yang mengecam beliau"pakai baju arab pun orang kenai la"

Bekas calon bebas ini telah mendapat undi yang paling sedikit di dalam 15 orang calon yang bertanding di dalam PRK BUKIT SELAMBAU.Calon bebas ini juga telah menggunakan lambang kerusi ketika bertanding baru-baru ini.Jelas sudah KAK MIN telah mendapat bantuan bekas bekas bekas orang PKR dalam pada masa yang sama KAK MIN juga bebas bekas bekas PKR.Kak min ingin mencuba nasib kali ini,adakah KAK MIN tak hilang wang deposit?silap-silap nak dapat 50 undi pun susah.Tak kan pengundi hantu nak tolong KAK MIN?segalanya berkemungkinan.

JOM PI ROMBONGAN

Strategi Umno tidak mahu bertanding untuk elak dari Pilihanraya ini jadi medan mendedahkan kepincangan dan penyelewengan serta jenayah pemimpinnya. Harapan mereka jika Umno tidak tanding maka keADILan akan memperlahankan jentera kempenya.

Malang sekali bagi mereka jentera keADILan tetap berjalan seperti biasa. Umno dan kepincangan regim Bn diserang dari segenap sudut. Ramai orang Umno tegar pun mula 'tersedar' dengan apa yang berlaku. Gusar dengan perkembangan tersebut maka Umno telah menganjurkan rombongan percuma termasuk wang poket disediakan pada hari mengundi.

Umno Bahagian Permatang Pauh dipercayai mengadakan rombongan ke Bukit Kayu Hitam, Kedah dengan tujuan melarikan sebahagian besar ahlinya pada 31 Mei ini.
Kegiatan tersebut dipercayai semata-mata menghalang ahlinya daripada menyertai pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) N12 Penanti yang menyaksikan pertandingan empat penjuru tanpa penyertaan Barisan Nasional (BN) iaitu tiga bebas dan seorang calon Pakatan Rakyat.

Dimaklumkan oleh sumber, bas disediakan di semua cawangan dan terpulang kepada ahlinya untuk turut serta atau sebaliknya.

"Kepada mereka yang tidak kesempatan menyertai rombongan tersebut mereka dinasihatkan memboikot pilihan raya berkenaan bagi mengurangkan peratus jumlah keluar mengundi," kata sumber terbabit.

Pada pendapat mereka, kata sumber itu jika peratus jumlah keluar mengundi turun tidak mustahil calon Pakatan Rakyat, Dr Mansor Othman kalah dan menyukarkan pentadbiran Kerajaan Negeri untuk mengisi kekosongan kerusi Timbalan Ketua Menteri 1 yang tinggalkan penyandangnya sebelum ini Mohamad Fairus Khairudin.

Tindakan Umno dan Barisan Nasional (BN) itu bukan sahaja menjejaskan pentadbiran Kerajaan Negeri bahkan boleh mencetuskan salah faham dan perpecahan sesama parti gabungan Pakatan Rakyat.

Ini merupakan peluang untuk Umno dan BN membalas dendam kekalahan bertubi-tubi mereka ketika berhadapan dengan Pakatan Rakyat sejak kebelakangan ini.

Namun kata sumber itu, bagi mengatasi perkara ini daripada berlaku jentera Pakatan Rakyat harus melipat gandakan gerakan penerangan kepada rakyat betapa pentingnya pilihan raya kecil ini diadakan untuk melincinkan pentadbiran Kerajaan Negeri pimpinan Lim Guan Eng yang jelas berjaya memperkenalkan beberapa strategi pembangunan serta membantu golongan miskin tegar walaupun baru memerintah setahun berbanding Umno dan BN

Tuesday, May 26, 2009

PROGRAM SAFETY RIDING BERJAYA









Program SAFETY RIDING berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik oleh penduduk GUAR PERAHU.Walaubagaimanapun terdapat dua sekatan jalan raya yang di buat berhampiran tempat program di langsungkan.Program turut di saksikan oleh calon PKR DR MANSOR OSMAN dan beliau memuji penganjur kerana berjaya merealisasikan program tersebut.Kehadiran bekas juara CUB PRIX MALAYSIA YASIR SAID menceriakan program.

Dalam pada itu juga pertunjukkan oleh pelumba cilik menunggang POCKET BIKE memanaskan lagi program SAFETY RIDING tersebut.Di sini kita dapat melihat bahawa anak muda sudah dapat menerima program yang di anjurkan oleh PKR dengan kehadiran anak muda tempatan datang menyaksikan pertunjukkan.Jika pihak berkuasa polis tidak melakukan sekatan jalan raya sudah tentu lebih ramai anak muda dapat menghadiri program tersebut.

Sebanyak 100 botol minyak enjin berjenama HI-REV di gunakan dalam acara servis dan menukar minyak enjin percuma kepada 100 motosikal pertama.Program seperti ini harus di teruskan bagi mendekatkan anak muda dengan PAKATAN RAKYAT.

BANNER DURJANA


Hari ini AMK SELANGOR telah menanggalkan beberapa BANNER yang memburukkan DATO SERI ANWAR IBRAHIM dan PRESIDEN PKR DATIN SERI WAN AZIZAH.Banner tersebut di dapati di berapit,hadapan sekolah cina jit sin,hadapan sekolah menengan guar perahu dan persimpangan MAKTAB PERGURUAN TENGKU BAINUN.Banner tersebut menunjukkan niat jahat segelintir yang tidak suka kepada PKR dan ingin meraih publisiti murahan.Biarpun BN tidak bertanding tetapi BANNER seperti ini tetap di temui di PRK PENANTI.TINDAKKAN INI MENGGAMBARKAN ADA PIHAK YANG TERDESAK UNTUK MERAIH KEMENANGAN.

AMINAH MENDAHULUI


Melihat kepada perkembangan calon bebas AMINAH ABDULLAH ini menunjukkan AMINAH mendahului.Bukan mendahului untuk menang tetapi mendahului di kalangan 3 calon bebas.Calon bebas NAI KHAN ARI berpusat di telok wang dan KAMARUL RAMIZU berpusat di atas awan,sampai sekarang tak jumpa lokasi.Aminah berjaya mempopularkan diri beliau dengan mendakwa dan menfitnah PKR dengan harapan beliau akan mendapat publisiti murahan.

Sidang media yang di hadiri oleh 3 sekeluarga itu mendakwa telah di tawarkan 80 ribu oleh PKR supaya tidak bertanding sebagai calon bebas.Lawak bodoh yang di timbulkan AMINAH ini menyebabkan ia kian popular,popular kerana fitah bukan popular kerana ketokohan atau kebijakkan dalam berpolitik.

Ketika AMINAH mendahului 2 orang calon bebas yang lain, kita jangan lupa siapa penasihat AMINAH ini.Adakah penasihat AMINAH ini orang yang bekas bekas bekas PKR?adakah orang UBN?adakah idea AMINAH sendiri?selepas ini NAI KHAN ARI dan RAMIZU perlu membuat suatu isu yang boleh mempopularkan diri sebagai calon.RAMIZU mungkin terkenal dengan P.I.S PARTI IMAN SEMALAYSIA.Mungkin selepas ini parti PIS RAMIZU akan menjadi parti kompen PPP yang kain bergolak.cepat cepat cipta isu bagi popular macam AMINAH ABDULLAH(KAK MIN).

ANWAR TAWAR UNTUK MASUK KEADILAN.....

Hari ini calon cap kunci yang bertanding di Pilihanraya Kecil Penanti 'Kak Minah' telah membuat pendedahan yang dia ditawarkan oleh Anwar Ibrahim menjelang PRK Penanti. Kak Minah dalam sidang medianya yang dihadiri oleh anak perempuan dan suaminya mendakwa Anwar terpaksa membuat tawaran kerana kekuatan yang ada padanya dan ketakutan yang Dr. Mansor akan kalah.

Tawaran Anwar yang kononya dibawa oleh seorang ahli MPT yang berasal di Pulau Pinang dan pembantu kepada exco Kerajaan negeri yang berketurunan cina ini menawarkan :

RM80,000
tawaran jawatan YDP MPSP
dengan syarat masuk keADILan dan kemungkinan akan ditawarkan bertanding dengan tiket keADILan kerana potensi Kak Minah untuk menang Pilihanraya lebih besar dari maka kalau Kak Minah menang maka Kak Minahlah calon Timbalan Ketua menteri yang paling layak......
Teman wartawan yang menyerahkan bukti perbualan yang dimaksudkan tersebut turut tergelak dengan fakta 'tawaran' tersebut. Tentu ramai turut merasa lucu dengan tawaran tersebut.

Ingat lagi Anifah Aman juga pernah kata Anwar Ibrahim pernah tawar dia jadi Timbalan Perdana Menteri dan lepas itu senyap lepas kena cabar buktikan dakwaanya.

Ingat lagi Hasan Malek yang kononya mendakwa didatangi duta kecil Anwar Ibrahim untuk buat tawaran 'berjuta'. che'GuBard juga pernah cabar Hasan Malek (ahli Parlimen Kuala Pilah) yang mendakwa dirinya akan dilantik Najib sebagai Menteri Negeri Sembilan supaya buktikan tawaran yang didakwanya...namun Hasan Malek terus senyap bisu lepas itu. Untuk baca mengenai lawak Hasan Malek ini sila klik tajuk dibawah.

benarkah Mohamad akan ditukar dengan Hassan
sidang media khas Hasan Malek dibeli ?
akhirnya jumpa dengan agen yang nak beli Hasan
siapalah yang nak beli Hasan Malek
tunggu sahajalah siapa lagi nak buat kenyataan ditawar Anwar Ibrahim.

Dalam kempen pilihanraya kali ini kita masih menanti strategi biasa yang belum digunakan iaitu ahli Pakatan Rakyat keluar parti .......

Sebenarnya tak payah susah payah nafi kes Aminah ini tetapi hanya perlu kesian melihatnya.

SIAPA KAK MIN?

SIAPA Aminah Abdullah ? Beliau adalah salah seorang calon bebas yang akan bertanding di PRK Dun Penanti nanti. Beliau adalah bekas pimpinan PKR P.Pinang yang ditolak oleh PKR P.Pinang termasuk suaminya lantas keluar dari PKR. Beliau sememangnya seorang ahli yang senior dan lama bergiat di dalam PKR iaitu semasa era reformasi lagi. Beliau menyatakan bahawa Presiden PKR sendiri boleh mengesahkan bahawa beliau adalah `pejuang' lama di dalam PKR berbanding dengan Pengerusi Perhubungan PKR P.Pinang sekarang. Tetapi beliau lupa, di dalam perjuangan, `lama' bukan bererti bagus dan hebat. Kadangkala yang `lama' itu lah pembawa `karat' kepada perjuangan. Pada saya, Aminah Abdullah adalah pembawa `karat' kepada PKR.


Oleh sebab itu, Aminah langsung tiada idea untuk menambah baik perjuangan PKR sewaktu beliau berada di dalam parti PKR. Jika sekadar hadir berhimpun atau berdemontrasi, budak-budak bekerja `despatch' pun ramai yang menyertai perhimpunan. Tanyalah ahli-ahli PKR khususnya di P.Pinang, berapa ramai yang kenal Aminah ini. Saya juga sentiasa mengikuti perkembangan PKR di seluruh negeri bermula dari era reformasi, bermula dengan nama ADIL, kemudiannya dikenali sebagai KeADILan seterusnya kini PKR. Nama Aminah langsung tidak saya kenali sehinggalah beliau keluar dari PKR dan menjadi calon bebas. Bagi saya nama Nora atau Norazimah lebih wajar dikenang sebagai pejuang di kalangan wanita daripada Aminah walaupun kini Nora tidak lagi bersama PKR tetapi berjuang bersama PKR di dalam PAS.

Terbaru, Aminah menunjukkan kononnya sebahagian bukti yang beliau ada tentang sogokan rasuah oleh PKR kepada beliau. Bukti rakaman audio telah ditunjukkan kepada wartawan baru-baru ini untuk menunjukkan PKR benar-benar menagih jasa dan khidmatnya kembali. Bahkan, PKR kononnya menawarkan kepada beliau untuk jawatan TKM 1 P.Pinang. Hendak termuntah dan loya tekak saya bila memikirkan Aminah ingin ditawarkan jawatan tersebut. Bukan saya hendak menghina atau merendah-rendahkan Aminah, tetapi beliau seharusnya sedar diri beliau siapa sebelum `merepek dan merapu' tidak tentu pasal. Mengapa beliau menunjukkan bukti tersebut kepada wartawan terlebih dahulu, mengapa tidak terus melaporkan kepada pihak berkuasa? Mengapa masih tertunggu-tunggu? Bertindaklah pantas jika dakwaan itu benar, jangan sampai rakyat menggelarnya sebagai `pelacur politik' yang murahan. Saya teringat kisah beberapa tahun dahulu, terdapat rakaman audio perbualan telefon yang dianggap `feeling' antara DS Anwar dengan isteri Azmin Ali. Itu juga kononnya sebagai bukti menunjukkan skandal DS Anwar bersama isteri orang. Tetapi, apakah yang berlaku kepada bukti-bukti tersebut? Bagaimana pula dengan bukti-bukti video (CCTV) bergambar (bukan audio semata-mata) yang jelas menunjukkan perbuatan rasuah yang berlaku di Kedah sepertimana yang telah didedahkan oleh DS Anwar di dalam Parlimen? Jika bukti video pun tidak disiasat, tentulah ganjil bukti audio semata-mata boleh diterima.

Dunia politik di negara kita ini sudah terlalu ramai `pelacur politik' yang murahan samada lelaki dan perempuan. Kesemuanya ini akan `berdagang' apabila musim pilihanraya sahaja. Saya percaya dakwaan Aminah ini akan senyap dan hilang selepas pilihanraya Dun Penanti nanti. Bermacam-macam dakwaan muncul ketika menjelang pilihanraya dan ianya akan hilang selepas itu. Dakwaan Aminah ini sepantas kilat diulas oleh mantan MB selangor yang pernah menunjukkan `kehebatan'nya membongkar kisah lembu korban di Selangor. Sememangnya antara Aminah dan Khir Toyo banyak persamaannya. Siapa Khir Toyo yang mahu bercerita soal maruah PKR ? Semenjak bila Khir Toyo ada maruah ? Ahli-ahli Umno sendiri tahu siapa Khir Toyo. Mungkin `Mickey Mouse' pun kenal siapa Khir Toyo ini. Kerajaan Selangor di bawah pemerintahannya dahulu sangat berminat dengan `Mickey Mouse' dan penyapu. Nampaknya, Aminah ada pembela kuat iaitu Khir Toyo. Selepas ini, mungkin Raja Sesumpah serta rakan-rakan seperti Lokman Noor Adam akan mengangkat Aminah sebagai pejuang terhebat.

Saya mendapat tahu melalui blog Chegubard, ramai di kalangan wartawan yang mendapat salinan audio yang diberikan oleh Aminah tersebut ketawa besar bila mendengar bahan bukti berkenaan. Wartawan yang dikatakan ramai menulis di dalam akhbar media perdana sendiri pun merasa lucu dengan apa yang Aminah lakukan sepertimana lucunya mereka apabila mendapat bukti pendedahan surat DS Anwar kepada Tun Mahathir yang telah didedahkan oleh raja sesumpah sewaktu PRK Parlimen K. Terengganu baru-baru ini. Mungkin Aminah adalah anak murid raja sesumpah tetapi masih belum tamat pengajian lagi.

Kadangkala timbul rasa simpati terhadap Aminah yang begitu bersungguh-sungguh untuk melihat PKR berkubur. Jika mahu tunjuk bukti pun, mengapa perlu bersyarat agar PKR sanggup dibubarkan? Apakah tujuan syarat-syarat tersebut dan apa kena mengena dengan bukti yang kononnya beliau ada? Kini beliau adalah calon bebas dan beliau boleh dedahkan bukti-bukti yang beliau ada di merata pelusuk bumi Penanti, tetapi bukti itu tidak akan ke mana selagi Aminah kecut perut untuk melaporkannya ke pihak berkuasa. Saya bertambah simpati jika Aminah hilang depositnya nanti di PRK Dun Penanti, kemudiannya terpaksa pula membayar saman akibat tindakan bodoh beliau itu.

PKR telah masak dengan berbagai tuduhan oleh pihak-pihak yang cemburu dengan kebangkitan parti tersebut. Mereka gagal untuk meruntuhkan kerjasama padu PKR dengan PAS dan DAP. Sumpah laknat Saiful ternyata memakan tuan. Pendedahan surat DS Anwar kepada Tun Mahathir juga menjerat diri. Memfitnah Fairus Khairuddin juga gagal untuk mengkucar kacirkan PKR. Kini, Aminah terus mencuba dengan modal basi yang lapor dek zaman itu.

WFAUZDIN NS
wfauzdin.blogspot.com

Monday, May 25, 2009

KAK MIN OH KAK MIN

JANGAN TERLALU SELESA

Umno takut untuk kalah namun masih nak tunjuk gah.... Semalam Pemuda Umno Malaysia turun ke Penanti untuk membuat program penerangan. Lokasi sekitar 'Lubuk Meriam' dengan barisan penceramah 'hebatnya' seperti Lokman Adam.

Tajuk ceramah semalam semata - mata membelasah parti keADILan dan Anwar Ibrahim. Bermacam macam cerita fithnah tanpa fakta dihamburkan. Paling lucu menurut Lokman "Pemuda Umno jangan cepat rasa kecil, kita mesti bangga kerana Pemuda Keadilan nampak hebat kerana di barisi oleh bekas pemuda Umno yang dididik dengan hebat"....

cheGuBard tak perasan pula bila pernah masuk Umno ....hahahahaa....

Menurut seorang teman pengendali laman pro Umno menyatakan semalam, beberapa teman 'pejuang cyber' Umno sudah mula berada di Penanti.

Rupanya Najib mula mula ingat tak nak masuk tanding sebab nak elak kena belasah...tetapi nampaknya sejak semalam keadaan berbeza...ternyata Najib tetap menjadi sasaran maka beberapa team telah diturunkan oleh Umno untuk 'counter' serangan. Dijangkakan 'team pcywar' Umno akan memulakan tugasnya secepat mungkin.

Hati - hatilah kepada petugas Pakatan Rakyat, jangan terlalu selesa.

PROGRAM UNTUK PENGUNDI DUN PENANTI



Program BENGKEL SAFETY RIDING akan di adakan pada 26 MEI 2009 jam 4.30.Program ini menarik apabila akan di adakan khidmat percuma penukaran minyak enjin motosikal.Ia terbuka kepada 100 motosikal cub yang pertama sahaja.Dalam pada itu terdapat acara pertunjukkan skill dari pelumba profesional terdiri daripada bekas pelumba cub prix YASIR SAID.

Sunday, May 24, 2009

PEJABAT DAP DI SERBU POLIS

Ceramah di Bukit Berapit, Bukit Mertajam turut dihadiri Sdr Lim Guan Eng, Dato’ Seri Nizar, Dr Lee Boon Chye dan sudah pastinya calon Keadilan Sdr Mansor Osman. Dalam ucapan tersebut saya mengecam tindakan pihak polis yang menyerbu Ibu Pejabat DAP di Petaling Jaya petang tadi.

Serbuan tersebut yang dibuat tanpa sebarang waran geledah dan dipercayai bermotifkan kepentingan politik umno-bn merupakan satu penghinaan ke atas Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang. Saya menggesa agar pihak polis dengan memohon maaf di atas tindakan yang membelakangkan undang-undang serta dengan segera memulangkan harta yang dirampas

ANWAR IBRAHIM

Saturday, May 23, 2009

SELESAI PENAMAAN CALON PRK PENANTI














Selesai sudah proses penamaan calon di IKBN BUKIT MERTAJAM.Menyaksikan pertandingan 4 penjuru di antara CALON PKR DR MANSOR OSMAN dan 3 calon bebas.Calon bebas terdiri dari pada AMINAH ABDULLAH,NAI KHAN ARI dan bekas calon bebas PRK BUKIT GANTANG KAMARUL RAMIZU IDRIS.Sementara itu kertas pencalonan SABRI OTHMAN sebagai calon bebas di tolak oleh SPR kerana masalah teknikal.

Proses pencalonan bermula jam 8 pagi dan selesai pukul 12 tengah hari.Kehadiran sekitar 3 ribu orang memberi sokongan kepada calon PKR DR MANSOR OSMAN.Jumlah kehadiran penyokong PAKATAN RAKYAT merosot akibat daripada tindakkan BARISAN NASIONAL tidak meletakkan calon menyebabkan suasana tidak sepanas yang di harapkan.

Walaubagaimanapun proses penamaan calon berjalan dengan lancar dan penyokong bersurai tanpa sebarang masalah yang tidak di ingini berlaku.

SEJARAH BARU BAKAL TERCIPTA.

Tinggal beberapa jam lagi proses pnamaan calon N12 PENANTI akan di adakan.Jala akan mula di tutup tepat pukul 6 pagi untuk memudahkan proses penamaan calon.Bendera PKR sudah tersergam indah menghiasi jalan menuju ke TEMPAT PENAMAAN CALON DI IKBN BUKIT MERTAJAM.Sudah pasti puluhan ribu penyokong pakatan rakyat akan memenuhi jalan ke IKBN BUKIT MERTAJAM.

Susana yang sememangnya akan menjadi ganjil dengan ketiadaan penyokong UMNO dan BARISAN NASIONAL.Mungkin penyokong BARISAN NASIONAL tetap akan datang tetapi tidak mengenakan pakaian lambang DACING.Semestinya mereka mengharapkan keajaibban CALON-CALON bebas untuk mengalahkan PKR kali ini.

AMINAH ABDULLAH dan SOBRI antara calon bebas yang akan menghiasi proses pencalonan pagi nanti.Khabarnya ada seorang lagi calon bebas akan bertanding menjadikan EMPAT PENJURU semuanya.Pelancong-pelacong politik nampaknya sudah tiba dan tunggu masa untuk melancong di 9 JDM seluruh PENANTI.

Pagi nanti suatu susana dan pemandangan yang tak terduga akan berlaku,di mana tida bendera UMNO dan BARISAN NASIONAL di kibarkan di IKBN BUKIT MERTAJAM.

Friday, May 22, 2009

BOLEH PERCAYA KA NIE?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sama sama menyatakan bahawa Barisan Nasional akan bertanding di pilihanraya kecil Manik Urau di Kelantan. Mereka berkata demikian di dua majlis berasingan Jumaat. Menurut Najib BN bertanding kerana kekosongan itu akibat kematian ADUN PAS kawasan itu dan ia adalah mengikut perlembagaan.-22/9/2009

LAGI PRK

Dikhabarkan pada pagi ini Adun kawasan Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Haji Ismail Yaacob, 60 (gambar)telah kembali kerahmatullah pada jam 5.55 pagi tadi di hospital Raja Perempuan Zainab II. Laporan penuh disini.

Lagi Pilihanraya akan menyusul selepas PRK N12. Kelantan pula bakal menjadi pentas pertarungan.

Al-Fatihah..

Thursday, May 21, 2009

TEMPAT PENAMAAN CALON YANG BARU.

Penamaan Calun akan diadakan di Institut Kemahiran Belia Negara pada 23 Mei 2009 (Sabtu).Sebelum ini PADA PRU 13 ia di adakan di MAKTAB TENGKU BAINUN.

Semua penyokong Parti Keadilan Rakyat diminta berkumpul di Bilik Gerakkan Mengkuang Semarak bermula jam 7:30 pagi pada 23 Mei 2009.

Pengarah Pilihanraya Negeri Pulau Pinang, Sdr Mustafa Kamal meminta supaya semua penyokong Pakatan Rakyat hadir bersama-sama bagi mengiringi calun ke Pusat penamaan calun. Semua yang hadir diminta memberikan kerjasama dengan Petugas yang telah dilantik bagi memastikan keselamatan sewaktu proses penamaan tersebut.

Para Penyokong diingatkan supaya tidak membuat sebarang provokasi semasa proses tersebut.

Maklumat ke IKBN
- Susur Keluar dari BKE di Maktab Perguruan Tengku Bainun
- Peta Ke kawasan akan dipaparkan selepas diperolehi.

ISTIHAR HARTA EXCO KERAJAAN NEGERI KEDAH.


Merujuk kepada masalah yang di timbulkan kebelakangan ini mengenai RUMAH EXCO NEGERI KEDAH YB USTAZAH AISYAH GHAZALI merangkap ADUN MERBAU PULAS.Saya merasakan sudah tiba masanya kerajaan KEDAH mengikut jejak langkah KERAJAAN SELANGOR.Iaitu mewajibkan setiap EXCO KERAJAAN NEGERI supaya mengistiharkan harta masing-masing.Pengistiharan tersebut harus di buat dan di tulis sendiri oleh EXCO tersebut.Tujuannya kita mengistiharkan harta kita supaya mengelak dari pada masalah seperti yang di hadapi ADUN MERBAU PULAS KEDAH.

Mulut tempayan kita boleh tutup,inikan pula mulut manusia.Persoalan persepsi juga di timbulkan oleh pihak yang sentiasa mencari silap PAKATA RAKYAT KEDAH.Hanya membuat kenyataan dari BLOG KEDAHLANIE tidak memadai,kenapa tidak istihar HARTA SEMUA EXCO?masalah yang bakal di hadapi telah jelas tindakkan segera perlu di ambil.Hari ini ADUN MERBAU PULAS di serang,mungkin selepas ini ADUN LUNAS?jalan terbaik istihar sahaja harta EXCO KERAJAAN NEGERI seperti KERAJAAN SELANGOR LAKUKAN.

Rumah sebesar itu sebenarnya bukan masalah besar,ada lagi rumah pemimpin UMNO lagi besar dari itu tetapi keadaan sekarang tidak sesuai dengan pemandangan seperti itu.Khabarnya rumah tersebut di besarkan dengan tujuan menempatkan pusat khidmat di RUMAH ADUN ITU SENDIRI.Selepas ini berbagai andaian akan timbul dengan penjelasan tersebut.Kalau tidak silap setiap ADUN ada peruntukkan untuk pusat khidmat,benar kah?jika betul kenapa tidak di adakan pejabat yang sempurna dan mudah untuk di kunjungi oleh rakyat?Jarang PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT BUAT DI RUMAH.Banyak mata yang melihat dan banyak telinga yang mendengar.

Wednesday, May 20, 2009