SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Monday, August 3, 2009

7 ROAD BLOCK

Saya bertolak ke KUALA LUMPUR pada hari JUMAAT tengahari,menyusuri jalan bawah dengan tidak menggunakan jalan HIGHWAY sememangnya berisiko.Bergerak ketika umat islam lelaki bersiap untuk ke MASJID menunaikan solat jumaat adalah waktu yang terbaik,kebaikkannya kerana ketika itu jalan raya kebanyakkannya akan lengang dan bolehla nak laju sikit.

Road block yang pertama kami temui iaitu di JUNJONG di hadapan BALAI POLIS,terdapat 2 orang anggota polis berbangsa INDIA,lalu mereka hanya tersenyum melihat kami dan mereka terus berkata'JALAN,JALAN'.Dalam hati hati saya berkata mungkin ini road block yang pertama di hadapan mungkin banyak lagi.Setelah memasuki negeri PULAU PINANG kami terus menyusuri beberapa daerah sebelum memasuki NEGERI ZABRY 786.Sebaik saja memasuki PARIT BUNTAR perkataan pertama keluar dari mulut saya adalah"NEGERI INI ADA MB HARAM"terus terbayang muka ZAMBRY 786 selepas itu terbayang muka 3 ekor KATAK PISANG,sapa lagi kalau bukan J,O,H.Melintasi BAGAN SERAI road block yang kedua sedia menanti kami.Waktu itu jam menunjukkan 1.30 tghr,polis di situ nampak muda-muda belaka,terasa macam nak tnya'CIK TAK P SOLAT JUMAAT DULU KA'tapi tak tanya pun malas nak cari masalah heheheh.

Melepasi sekatan tersebut melalui jalan persisir pantai menyebabkan kami memandu perlahan,banyak juga lori melalui jalan tersebut membuatkan acara potong mememotong berlaku.Tibanya kami di CHANGKAT JERING membuatkan kami menyumpah,CELAKA PUNYA OSMAN!Perkataan itu trkeluar tanpa di sangka,sakit hati da..belum pun keluar dari CHANGKAT JERING road block yang ke tiga menanti,kali ini anggota trafik yang berada di situ.Kali ini polis trafik tersebut dengan serius memandangkan kereta kami,dengan slumber kereta kami bergerak melintasi sekatan.

Masuk sahaja kawasan teluk intan kenderaan mulai memenuhi jalan dan tibalah ke satu persimpangan berhampiran TELUK RUBIAH,satu papan tanda menunjukkan satu perkataan"LUMUT".fuhh LUMUT adalah kawasan ZAMBRY 786 punya kawasan,menang dengan undi pos saja.Kami bertemu lagi road block yang keempat selepas TELUK INTAN.Kami berhenti rehat berhampiran BAGAN DATOK,kawasan ini kepunyaan MENTERI PERTAHANAN ZAHID HAMIDI.Sebaik sahaja memasuki BAGAN DATOK kami di sambut dengan satu bilboard,di bilboard tersebut terdapat gambar ZAHID HAMIDI sedang tersengeh atau senyum kambing.Pertengahan BAGAN DATOK road block yang kelima kami lalui,kali ini road block tersebut di barisi oleh anggota polis yang hampir pencen.

Road block yang keenam kami temui sebelum meninggalkan kawasan ZAHID HAMIDI,road block ini cukup berbeza kerana ia bukan di jaga oleh POLIS tetapi JPJ.Biarlah JPJ MENJALANKAN TUGAS MEREKA JANGAN RASUAH SUDAH LA.Ketika perjalanan memasuki kawasan SABAK BERNAM sudah kelihatan kenderaan yang mempunyai identiti PR bergerak masuk ke SELANGOR,ada juga yang mempunyai stiker WAJAH TOK GURU dan tak kurang juga STIKER HPA.Setelah memasuki NEGERI SELANGOR barulah hati kami tenang kerana sudah memasuki negeri PR.Bukan macam di perak KERAJAAN HARAM,MB HARAM hampir-hampir HARAM JADAH.

SEKINCHAN melengkapkan road block yang ke tujuh kami lalui,ketika jam menunjukkan 7.00 petang dan kesesakan menanti kami di hadapan.Selepasa memasuki negeri SELANGOR road block tidak sebanyak di PERAK dan kami berjaya tiba di SELAYANG untuk bermalam di situ sebelum keesokkannya masuk ke KUALA LUMPUR.

Begitulah MALAYSIA OH TANAH AIRKU,kalau ada demontrasi road block bukan main,kalau nak cari penyamun road block sikit saja MACAM LA PARA PENDEMONTRASI NI PENYAMUN BELAKA.Ada orang kata "saya orang baik tak buat demontrasi" tapi yang pi demontrasi tu jahat ka?

No comments: